Anda di halaman 1dari 2

PERKAITAN AKTIVITI YANG DIRANCANG DI DALAM RPH DENGAN FPK 1.

Set Induksi Aktiviti: Nyanyian Lagu Jalur Gemilang dan sesi soal jawab. Perkaitan: Nyanyian lagu patriotik dapat memperkembangkan potensi diri dari

segi bakat nyanyian. Ini adalah selaras dengan dengan hasrat yang ada di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.elain itu, ia turut menerapkan nilai-nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid tentang tanggungjawab mereka terhadap negara. Semangat patriotism yang diterapkan akan menjadi satu usaha bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Seterusnya, memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Sesi soal jawab yang di jalankan juga akan memperkembangkan tahap intelek di kalangan murid.Ini bertujuan melahirkan insan atau pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif 2. Langkah 1 Aktiviti: Membaca teks cerita Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia Perkaitan: Pembacaan teks cerita secara individu mahupun berkumpulan akan

dapat meningkatkan tahap keyakinan diri.FPK juga menerapkan unsur sosial yang mengkehendaki murid berkomunikasi dengan baik. Justeru, apabila murid mempunyai keyakinan yang tinggi maka tahap social murid juga akan bertambah. 3. Langkah 2: Aktiviti: Mencari dan membentangkan makna perkataan secara berkumpulan. Perkaitan: Aktiviti ini akan meningkatkan semangat kerjasama di kalangan

murid.Murid-murid akan merasa lebih selesa jika bekerja di dalam kumpulan berbanding jika bekerja secara berseorangan. Ini juga akan meningkatkan akhlah mereka ketika bergaul dengan rakan-rakan. Cara bercakap dan bergaul akan mencerminkan akhlak seseorang individu. Ini adalah selari dengan unsur akhlak yang terdapat di dalam FPK dimana semua agama mementingkan akhlak yang baik.

4.

Langkah 3 Aktiviti:Menjawab soalan pemahaman. Perkaitan: Aktiviti menjawab soalan pemahaman memerlukan murid memahami,

merumus dan menghubungkait isi pelajaran dengan kehendak soalan. Oleh itu, keupayaan intelek diperlukan bagi mencapai hasrat ini. Maka, ia boleh melahirkan insan atau pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Mampu menjadi seorang insan yang berdaya fikir yang tinggi dan mampu bersaing di antara satu sama lain bagi mencapai cita cita dan Dasar Pendidikan negara kita. Seterusnya dapat melahirkan insan yang berinovatif tinggi 5. Langkah 4 Aktiviti:Menyenaraikan nilai murni dan pengajaran yang terdapat di dalam teks cerita. Perkaitan: Nilai murni merupakan aspek yang dititikberatkan di dalam FPK.

Aspek nilainilai murni berkait rapat dengan rohani ini. Di dalam aktiviti ini murid akan mengenalpasti nilai-nilai murni dengan lebih jelas.Nilainilai seperti kasih sayang, bekerjasama, disiplin, tolenransi, bertolak ansur, kesyukuran, dan pelbagai lagi akan dapat diterapkan. Jika nilainilai ini dapat disemat ke dalam diri murid murid, muridmurid akan bersikap lebih keronahian dari segi tingkah laku dan akhlak mereka. Mereka bersikap lebih baik, menunjukkan kesopanan dan tidak melakukan perkaraperkara negatif. 6. Penutup Aktiviti: Penerapan nilai murni dan ucapan penghargaan Perkaitan: Aktiviti penutup ini dilaksanakan dengan menerapkan nilai murni

seperti keberanian, kasih sayang dan kerjasama kepada murid. Ini adalah selari dengan kehendak FPK yang mahukan murid yang yang baik budi pekerti akhlaknya.

Anda mungkin juga menyukai