Anda di halaman 1dari 4

SK BATU BALAI

27030 JERANTUT
PAHANG
KERTAS CADANGAN

PROJEK INOVASI DALAM PdP MATEMATIK


SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BALAI
JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR
TARIKH

15 April 2015 ( 1 Hari )

TEMPAT

SK Batu Balai

TAJUK

MENGHAFAL SIFIR SAMBIL MENYANYI


( Goreng Pisang )

OBJEKTIF

:-

Program ini dirancang untuk :


melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis.
membentuk minat belajar Matematik menggunakan kaedah baharu.
meningkatkan penguasaan murid tahun 2 dalam operasi darab.
membina suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan
menggunakan kaedah pembelajaran di luar kebiasaan.

PENDAHULUAN

:-

Program ini diadakan sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang menekankan kepada
kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi
penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi dalam PdP ini diharap
dapat menyuntik semangat dan minat murid-murid Tahun 2 Pintar di SK Batu
Balai untuk lebih kreatif dan inovatif dalm pembelajaran operasi darab yang
dianggap sukar dan membosankan.

RASIONAL

:-

Murid dapat menghayati sifir dalam cara yang lebih menarik.


Murid dapat menanami sifat minat menghafal sifir yang mendalam.
Murid dapat memahami dan menghayati teknik menghafal yang
menyeronokkan.

HARAPAN

:-

Melalui program ini, murid diharap dapat meningkatkan minat dalam Matematik
di dalam diri masing-masing.

BUTIRAN
Tarikh
Tempat
Masa

::
:
:

15 April 2015 ( Rabu )


Kelas Tahun 2 Pintar
9.10 a.m. 10.10 a.m.

BUTIRAN AKTIVITI / TENTATIF PROGRAM


BIL. TARIKH
1
15 April 2015
( Rabu)

:-

AKTIVITI
Membina Sifir 2 dan 3
murid dan guru bersama-sama membina sifir 2
dan 3
Permainan Nyanyian Goreng Pisang
Tema - Sifir
Berkumpulan - Lelaki dan Perempuan
Murid tahap 1 ( Tahun 2 )

ANGGARAN PERBELANJAAN :Hadiah Penyertaan

SUMBER KEWANGAN

25

RM 2.00

= RM 100.00

:-

Panitia Matematik

PENUTUP

:-

Adalah menjadi harapan pihak penganjur agar inovasi ini dapat membuka minda
dan menyemai minat kepada sifir dalam kalangan murid sekolah ini dengan
jayanya.

Disediakan Oleh

Disemak Oleh

..
( NOOR MARDIANA MAT OMAR )
Guru Matematik Tahun 2
Pelajar Internship

( MOHD HAIZAN BIN MAT YASID )


Mentor

Disahkan Oleh
.
(
)

Anda mungkin juga menyukai