Anda di halaman 1dari 5

Tarikh : 17 Julai 2011 Kelas : Tahun 4 Masa : 12:00-13.

00 Bilangan murid : 14 orang Aspek : Permainan Rekoder Item : Pengenalan Rekoder Tajuk Lagu : Padiku Kemahiran : - Memainkan rekoder dengan mempraktikkan teknik yang betul secara berpandu. - Mengenal penjarian rekoder not BAG. . Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid boleh: 1. Bermain rekoder mengikut penjarian rekoder yang betul. . Pengetahuan Sedia ada : Murid pernah melihat rekoder. Strategi 1. Belajar cara belajar 2. Konteksual Nilai Murni : Kerjasama, keyakinan Alat Bantu Mengajar : Laptop, LCD Projector, kibod, pita rakaman. Langkah Pengajaran: Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan Set Induksi ( 5 minit ) Meneka bunyi alat muzik / genderang. 1. Guru memainkan beberapa bunyi alat muzik / genderang 2. Murid meneka bunyi yang dimainkan melalui slaid powerpoint. 3. Guru memberi jawapan dengan menayangkan klip video bunyi alatan yang diperdengarkan tadi.

1. Murid-murid mendengar dan meneka bunyi-bunyi instrument / genderang yang diperdengarkan. 2. Murid-murid mendapat jawapan melalui tayangan klip video. ABM - Laptop - LCD projector Langkah 2

( 6 minit ) Guru memperkenalkan sistem penomboran pada jari. 1. Guru menayangkan slaid powerpoint sistem penomboran pada jari. 2. Guru menerangkan sistem penomboran pada jari.

1. Murid memerhati dan mendengar dengan teliti. ABM : laptop, LCD Langkah 3 ( 10 minit ) Guru memperkenalkan sistem penomboran pada rekoder. 3. Guru menayangkan slaid powerpoint sistem penomboran pada rekoder. 1. Guru menerangkan sistem penomboran pada rekoder.

1. Murid-murid memerhati dan mendengar dengan teliti. Nilai : Berdikari, teliti, sabar. Langkah 4 ( 10minit ) Mengaitkan penjarian dengan rekoder. 1. Guru menayangkan slide powerpoint kaitan di antara penjarian dengan rekoder. 2. Guru menerangkan cara meletakkan jari pada lubang rekoder iaitu dengan meletakkan jari dan lubang dengan nombor yang sama. 1. Murid-murid memerhati dan mendengar dengan teliti. Nilai : Berdikari, teliti, sabar. Langkah 5 ( 15 minit ) Pengenalan Not Rekoder 1. Guru menayangkan beberapa slide tentang not rekoder dan penjarian yang betul. 2. Guru memberi penerangan dan menunjuk cara bagaimana meletakkan penjarian yang betul untuk not B, not A dan not G.

1. Murid memerhati dengan teliti 2. Guru tunjukcara bagaimana meletakkan penjarian yang betul pada rekoder. 3. Guru memeriksa dan memantau penjarian murid-murid.

Nilai; Sabar, yakin Langkah 6 ( 10 minit ) Penglidahan 1. Guru menerangkan kaedah tiupan pada rekoder dengan membunyikan tu..tu..tu.. 2. Guru menayang dan membunyikan not-not melalui slide powerpoint yang ditayangkan. 3. Guru meminta murid meniup rekoder dengan penglidahan yang betul, (tu) 1. Murid-murid membunyikan tu tanpa rekoder. 2. Murid meniup rekoder mengikut arahan guru. 3. Guru memastikan murid mengikut arahan. ABM Laptop, LCD Projector, rekoder. Nilai Disiplin, mengikut arahan Penutup ( 4 minit) Tayangan klip video Guru menayangkan klip video pertandingan assemble rekoder . Murid melihat dengan penuh minat. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Secara keseluruhannya, objektif pengajaran saya pada hari tersebut telah mencapai objektifnya. 70% daripada murid telah dapat memainkan penjarian not rekoder dengan baik manakala 30% lagi dapat melakukan penjarian not dengan bimbingan guru. Kekuatan Saya akui, subjek Pendidikan Muzik sangat digemari oleh murid-murid kerana ia menggabungkan aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat perkusi dan rekoder. Penggunaan teknologi maklumat (power point) dalam persembahan set induksi menarik minat murid untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Penggunaan power point juga telah memudahkan pemahaman murid ketika mereka melakukan penjarian not rekoder. Kelemahan Tiada kelemahan yang ketara dikenalpasti semasa sesi pengajaran. Cuma terdapat 3 orang pelajar yang perlukan bantuan kerana mereka masih belum dapat menghafal penjarian not rekoder. Cara mengatasi kelemahan Guru membimbing murid-murid untuk melakukan penjarian not yang betul. Di samping itu, rakan-rakan yang dapat melakukan penjarian not yang betul juga digunakan untuk membantu murid-murid yang belum dapat menguasai penjarian not tersebut.

Objektif NyanyianMuridmurid boleh, 1.1 Menyanyi dengan pernafasan yang betul 1.2 Menyanyi dengan pengeluaran suara yang baik 1.3 Menyanyi dengan sebutan yang terang dan jelas 1.4 Menyanyi mengikut rentak 1.5 Menyannyi mengikut pic dan nada tinggi, tengah dan rendah. 1.6 Menyanyi dengan iringan muzik 1.7 Menyanyi dengan yakin tanpa iringan muzik. 1.8 Menyanyi secara berkumpulan dengan suara bersama dan bersefahaman 1.9 Menyanyi dengan penuh perasaan; gembira, cergas, sentimental, semangat, atau lembut 1.10 Menyanyi dengan terkawal dan teratur 1.11 Menyanyi secara solo unruk membina keyakinan diri 1.12 Menyanyi lagu- lagu pusingan secara berkumpulan dengan suara bersama dan bersefahaman mengikut tempo yang tepat 1.13 Menyanyi mengikut pimpinan 1.14 Menyanyi dengan harmoni yang baik 1.15 Menyanyi lagu dua lapisan suara dengan pengharmonian yang sempurna 1.16 Menyanyi dengan terkawal dan teratur dan menunjukkan imbangan dan kontras 1.17 Mengecam lagu dalam nada major atau minor dan menyanyikan lagu mengikut mudnya 1.18 Menyanyi mengikut solfa 1.19 Menyanyi mengikut not

CADANGAN REFLEKSI SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah penyampaian yang kurang berkesan, misalnya membosankan, tidak menarik dan kurang bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar dan keadaan persekitaran. Misalnya pada waktu tengah hari perlu lebih banyakkan aktiviti dengan para pelajar bagi menarik perhatian mereka dan mengelakkan mereka tidur sewaktu sesi P&P. Pelajar tidak memberikan perhatian semasa guru mengajar. Tiada pengurusan masa yang efisien. Guru lebih menumpukan untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran berbanding pemahaman para pelajar mengenai topik tersebut. Keadaan persekitaran yang tidak kondusif. Pelajar tidak melakukan bacaan awal mengenai tajuk yang dibincangkan pada hari itu. Ini menyukarkan mereka memahami konsep-konsep yang ditekankan dalam topik tersebut. 2. Cadangan strategi/kaedah pengajaran bagi mengatasi masalah tersebut.

Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlulah dilaksanakan. Berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu hikmah dalam kehidupan mereka. Gambarajah dan animasi video boleh dipaparkan semasa sesi P&P. Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan. Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan pengibatan mereka secara menyeluruh. Dengan membahagikan para pelajar kepada beberapa buah kumpulan kecil. Aktiviti-aktiviti permainan kecil atau penghasilan model yang menggunakan peralatanperalatan atau bahan-bahan yang selamat dan mudah didapati. Pada akhir sesi P&P, mereka digalakkan atau dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Guru haruslah melakukan rancangan pengajaran, iaitu rancangan harian yang lebih teliti dan tersusun agar segala matlamat dan objektif pengajaran dapat disampaikan dan diterapkan ke dalam diri setiap pelajar. Lakukan latihan mengajar terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas bagi memastikan segala rancangan pengajaran dapat dilaksanakan. Kaitkan topik baru yang hendak diajar dengan topik yang telah dipelajari. Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan. Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai objektif pengajaran yang ditetapkan. Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan soal jawab dengan para pelajar. Akhir sekali, guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Ini dapat dinilai dari segi penguasaan para pelajar mengenai objektif pengajaran pada hari tersebut, bukan dinilai dari segi sukatan mata pelajaran yang dapat dihabiskan.

Anda mungkin juga menyukai