Anda di halaman 1dari 6

MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2013

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Machap Umboo 78000 Alor Gajah, Melaka. Kod Sekolah : MBC 0053

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMBINAAN TINGKAH LAKU DAN SAHSIAH

TARIKH 23 MEI 2013 ( KHAMIS)

TEMPAT LAWATAN - UK FARM, KLUANG JOHOR BAHRU -

ANJURAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI PEMBELAJARAN SJK (C) MACHAP UMBOO, 78000 ALOR GAJAH, MELAKA

MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2013

KERTAS KERJA PROGRAM SJKC MACHAP UMBOO

1.0 PENGENALAN Program melawat sambil belajar ke UK Farm, Kluang Johor Bahru adalah merupakan satu projek khas untuk memenuhi keperluan kurikulum. Pengalaman pendidikan yang berlaku di luar bilik darjah merupakan pengetahuan yang diperlukan dalam situasi harian. Oleh sebab itu, kemantapan fizikal, mental dan pengukuhan nilai-nilai murni serta pengurusan diri dapat membantu perkembangan individu terutama bagi murid-murid pendidikan khas.

2.0 TUJUAN Program ini diharap dapat memberi pendedahan kepada murid Pendidikan Khas terutama dari aspek tingkah laku, pengurusan diri, komunikasi sosial serta meningkatkan kemahiran dan mewujudkan sikap murni seperti tolong-menolong, bekerjasama, berketerampilan, menyayangi dan mensyukuri alam ciptaan Tuhan, bertanggung jawab pada masa yang sama dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Di samping itu, program ini juga akan memberi peluang kepada guru- guru dalam meninjau secara dekat dari segi pengurusan, perancangan dan pengelolaan sesuatu program luar bilik darjah.

3.0 OBJEKTIF Objektif program ini adalah seperti berikut: i. Pendedahan secara terus kepada murid pendidikan khas melalui penglibatan melalui aktiviti luar bilik darjah dan pengalaman melihat pembangunan, kehidupan dan aktiviti sosial di negeri-negeri lain.
2

MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2013

ii. iii.

Mendidik murid pendidikan khas dalam aspek pengurusan diri, tingkah laku dan pengurusan kewangan apabila berada di negeri orang. Pendedahan melalui pengalaman melihat negeri-negeri lain, sejarah permulaan serta perkembangan di Pulau Langkawi dan melihat eko pelancongan dan kehidupan haiwan-haiwan di Pulau Langkawi.

iv.

Menjana idea kreatif dan sikap positif di kalangan murid pendidikan khas.

4.0 KUMPULAN SASARAN ___________________________________________________________________________ Program ini disertai oleh semua murid, guru, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Pendidikan Khas dan ibu bapa murid PPKI SJKC MACHAP UMBOO.

5.0 TEMA LAWATAN MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

6.0 TARIKH LAWATAN ___________________________________________________________________________ Tarikh Hari : 23 Mei 2013 : Khamis

7.0 PENGANGKUTAN ___________________________________________________________________________ Pengangkutan yang digunakan sepanjang program ialah sebuah bas.

MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2013

8.0 Jawatankuasa Program Penaung : Pn. Tan Cheok Neo (Guru Besar SJKC Machap Umboo)

Pengerusi

&

En. Kuek Chin Koon (Penyelaras PPKI SJKC Machap Umboo)

Penyelaras Program

Setiausaha & Bendahari

Cik Pang Chia Min

AJK: 1. En. Mohd Faiz - PPM

MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2013

9.0 Aturcara program Tarikh / Hari Tempat Lawatan

Khamis

7.45pagi 8.15pagi 11.00pagi 11.00pagi 12.00 tgh 1.30tgh

: Berkumpul di SJKC Machap Umboo : Bertolak ke UK Farm, Kluang Johor Bahru : Tiba di UK Farm, Kluang Johor Bahru : Melawat ke kilang makanan kambing di UK Farm : Makan tengahari : Aktiviti pemberian susu kepada kambing, pemprosesan susu kambing, melawat Kampung Jakun, Taman Burung Kasuari, Taman Cendawan dan Sayur-sayuran UK Farm

4.00ptg

: Berkumpul dan bergerak pulang ke Melaka

10.0 Penutup Adalah diharapkan agar aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya lantaran mencapai objektif-objektif dasar yang telah digariskan. Sehubungan itu, kejayaan projek amatlah bergantung kepada peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan aktiviti projek berjalan dengan lancar dan berkesan. Semoga aktiviti ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta yang terlibat.

Saya amat berharap kertas kerja ini akan mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan. Kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2013

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

(KUEK CHIN KOON) Ketua Program Pembinaan Tingkah Laku dan Sahsiah Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) SJKC MACHAP UMBOO

..

Anda mungkin juga menyukai