Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

KE SEKITAR BANDAR WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Tarikh / Hari :

5 MEI 2012 SABTU


Anjuran :
PANITIA PENDIDIKAN MORAL SEK. KEB. BANDAR BARU SUNGAI BULOH 47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR
PANITIA PENDIDIKAN MORAL SEK. KEB. BANDAR BARU SUNGAI BULOH 47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR 1.0 PENGENALAN

Panitia Pendidikan Moral telah mengadakan program lawatan sambil belajar ke sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 5 Mei 2012. Seramai 39 orang murid pelbagai bangsa diiringi 5 orang guru telah mengikuti lawatan tersebut. Lawatan ini sedikit sebanyak memberi pendedahan awal kepada murid untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman sebenar di dunia luar. Ia amat penting bagi mewujudkan kerjasama dan hubungan yang baik dengan masyarakat luar di samping menambah pengalaman dan pengetahuan mereka. Selain itu, dengan adanya lawatan seperti ini guru dapat merancang suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang lebih berkesan. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, program ini berjalan lancar dan menyeronokkan. Murid-murid begitu teruja dapat melihat pelbagai spesies flora dan fauna di Taman Botani, berpengalaman menaiki kapal cruise, melihat bangunan pentadbiran Negara Malaysia dan bersiar-siar di kawasan bandar Putrajaya.

2.0

KELEBIHAN PROGRAM Terdapat pelbagai kebaikan program lawatan sambil belajar ini dijalankan. Melalui program ini :2.1 2.2 2.3 Murid-murid mendapat dapat melihat sendiri pusat pentadbiran kerajaan Malaysia iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya. Memberi pengalaman kepada murid merasai sendiri berlayar menggunakan kapal dan kerjaya dunia perkapalan. Memberi kesedaran dan pengetahuan tentang kepentingan menjaga alam sekitar terutamanya flora dan fauna kepada murid melalui aktiviti berkaitan.

3.0 KELEMAHAN PROGRAM 3.1 Perkhidmatan trem di Taman Botani dihentikan kerana rosak. Murid-murid hanya berjalan kaki di sekitar Taman Botani namun tidak dapat meninjau kawasan taman secara keseluruhan kerana cuaca tidak mengizinkan.

4.0 CADANGAN MEMPERBAIKI KELEMAHAN PROGRAM 4.1 Menyediakan perancangan sampingan sekiranya berlaku keadaan yang tidak dijangka seperti yang dialami sendiri oleh rombongan kami, di mana cuaca pada pagi lawatan tersebut dijalankan sedikit hujan dan murid-murid tidak membawa payung. Ianya sedikit sebanyak menyukarkan pergerakan kami. Namun, guruguru bertindak membawa semua ahli rombongan ke Kompleks Alamanda untuk membeli cenderahati seterusnya makan tengah hari.

Disediakan oleh, NURUL HASHIMA SHOHODIN Guru Panitia Pend. Moral

Disemak oleh, .. WAN PIDURA WAN ALI Penolong Kanan Petang

Disahkan oleh, .. ROZANA SULAIMAN Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai