Anda di halaman 1dari 3

Modul Explorasi

Kokurikulum Impak Tinggi

1|Unit Kokurikulum JPN Johor


Modul Explorasi
Kokurikulum Impak Tinggi

Kata Alu-aluan Pengarah Pendidikan Negeri Johor

Jabatan Pendidikan Negeri Johor sentiasa mengambil berat dan memikul


tanggungjawab bersama dalam menjayakan aktiviti-aktiviti kokurikulum.Pihak
jabatan sentiasa ke hadapan untuk memberi pendidikan, kefahaman serta
menyedarkan murid-murid tentang kepentingan kokurikulum.Untuk itu, Modul
Explorasi Kokurikulum Impak Tinggi diperkenalkan di peringkat sekolah sebagai
tempat yang paling tepat untuk menyemarakkan kegiatan kokurikulum.

Modul Explorasi Kokurikulum Impak Tinggi satu panduan pelaksanaan aktiviti


kokurikulum yang seharusnya diguna pakai bagi melahirkan modal insan
sepertimana yang digarapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025, iaitu untuk memastikan setiap modal insan yang apabila meninggalkan
alam persekolahan dibekalkan dengan Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran
Memimpin, Etika dan Kerohanian, Kemahiran Dwibahasa dan Identiti Nasional. Di
peringkat sekolah, menerusi program kokurikulum yang terancang diharapkan akan
dapat membantu mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan murid serta
menjadikan suasana sekolah yang lebih kondusif.

Sistem pendidikan negara memberi fokus kepada murid agar menjadi insan yang
bersifat global dan mengenali serta mencintai budaya serta alam sekeliling dalam
proses sosialisasinya. Dalam proses tersebut usaha para pendidik adalah sangat
dituntut dan dihargai. Kepada para pendidik yang berada di peringkat pelaksana,
terimakasih diucapkan semoga usaha yang tidak pernah kenal jemu akan dirahmati
Allah dan program ini mencapai kejayaan diharapkan.

Sekian, terima kasih

HAJI SHAHARUDIN BIN SHARIF


Pengarah Pendidikan Negeri Johor,

2|Unit Kokurikulum JPN Johor


Modul Explorasi
Kokurikulum Impak Tinggi

Kata Alu-aluan Ketua Sektor


Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Generasi muda khususnya murid-murid sekolah adalah pewaris generasi negara di


masa hadapan.Untuk itu sekolah perlulah dijadikan sebaik-baik wadah mendidik
murid dan menyediakan bekalan untuk keperluan masa hadapan mereka yang
sangat mencabar.

Murid-murid hendaklah sentiasa diasuh agar dapat mempamer dan menterjemahkan


apa yang mereka perolehi di dalam bilik darjah ke luar melalui kegiatan kokurikulum
yang terancang. Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa melalui kegiatan
kokurikulum yang terancang maka jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah murid
dan dibina dengan sebaiknya. Terjemahan kepada falsafah pendidikan kebangsaan
akan terjelma jika semua pihak dapat mengakui akan kepentingan kegiatan
kokurikulum.

Sehubungan dengan itu, usaha Unit Kokurikulum, Sektor Pembangunan


Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, menghasilkan Modul Explorasi
Kokurikulum Impak Tinggi ini amat tepat pada waktu dan ketikanya. Semoga modul
ini dapat dimanfaatkan oleh pemimpin dan pelaksana kokurikulum di sekolah,
sebagai panduan bagi menyemarakkan kokurikulum di sekolah masing-masing.

Saya amat berharap agar modul ini mampu membantu merealisasikan hasrat
jabatan pendidikan negeri Johor untuk memeriahkan kokurikulum dengan
penglibatan seluruh warga pendidik dan ianya berlaku sepanjang tahun.

Sekian, terima kasih.

HAJI YASMAN BIN JAMSIR


Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan,
Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

3|Unit Kokurikulum JPN Johor

Anda mungkin juga menyukai