Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK AYER KEROH Kod Sekolah:

1. Nama Guru
PAVITRA A/P CHANDRAN

2. Judul PERTOLONGAN CEMAS DAN 3. Bidang: PERUBATAN


RAWATAN KECEMASAN
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengupas topik mengenai langkah-langkah memberikan bantuan/pertolongan cemas


kepada semua pihak yang memerlukannya atau ditimpa kecederaan/kemalangan. Sekiranya
sesiapa mengalami kemalangan atau sebarang penyakit secara tiba-tiba, pertolongan yang boleh
diberi oleh orang berhampiran sebelum membawanya berjumpa doktor, disebut sebagai
Pertolongan Cemas. Individu pertama yang melahirkan idea “pertolongan cemas” ialah seorang
Pakar Bedah Jerman yang masyhur iaitu General Esmarch (1823-1908). Matlamat uatama buku
ini adalah untuk menyelamatkan nyawa, mengurangkan atau melegakan rasa sakit, mengelakkan
daripada berlaku kecederaan selanjutnya, membetulkan situasi yang mungkin menambahkan
kecederaan atau penyakit asal serta mencegah hilang upaya dan kematian. Terdapat beberapa
panduan penting yang perlu digunakan dalam pertolongan cemas ialah cuba untuk menghalang
pendarahan seawal yang mungkin, yakinkan dan tenangkan pesakit, jangan biarkan orang ramai
mengerumuni pesakit, mulakan bantuan pernafasan sekiranya nafas pesakit terhenti, lakukan apa
yang perlu sahaja, hubungi ambulans dan sebagainya. Secara keseluruhannya, buku ini
memberikan maklumat atau bimbingan mengenai pertolongan cemas yang perlu diberikan bagi
setiap kecederaan yang dialami oleh pesakit dengan betul.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk memberikan pertolongan cemas kepada
mereka yang memerlukannya sebelum dihantar kepada pihak yang lebih mahir (doktor).
Pertolongan cemas ini amat penting dan perlu diberi pendekatan yang terbaik kepada masyarakat
umum untuk menghadapi situasi mangsa yang ditimpa kemalangan, malapetaka dan bencana
alam yang lain. Pertolongan cemas adalah rawatan atau jagaan yang bersifat sementara yang
diberikan kepada orang yang cedera dan sakit sehingga khidmat doktor diperolehi bagi
menyelamatkan nyawa mereka. Kesimpulannya, rawatan kecemasan perlu diberikan secepat
mungkin agar nyawa mangsa dapat diselamatkan.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini juga mengandungi beberapa aspek ilmu organisasi yang perlu diketahui oleh seseorang
guru :-
1) Guru yang bertugas di sekolah dan berhadapan dengan murid-murid pada setiap hari
perlu melengkapkan diri dengan ilmu pertolongan cemas ini. Hal ini kerana, murid
sekolah mempunyai pelbagai kerenah yang boleh menyebabkan kecederaan pada bila-
bila masa sahaja. Oleh itu, guru haruslah melengkapkan diri dengan ilmu pertolongan
cemas agar dapat memberikan rawatan awal kepada murid-murid ketika menunggu
ambulans yang akan membawa murid yang cedera ke hospital dengan kadar yang
segera. Selain menyampaikan ilmu kepada murid-murid, guru juga perlu bertindak segera
sekiranya murid-murid ditimpa kemalangan atau mengalami kecederaan di kawasan
sekolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai