Anda di halaman 1dari 11

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN

Mata Pelajaran Kelas Bil Murid Masa Tarikh Tema Tajuk Pembukaan Objektif Pengajaran dan

: Kajian Tempatan : 5 Adil : 24 orang : 80 minit : 11 Oktober 2010 : Sejarah Negara Kita : Latarbelakang

Parameswara

dan

Sejarah

Melaka : Guru menerangkan mengenai latar belakang Parameswara

Sejarah pembukaan Melaka. Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, pelajar akan dapat: i. Menceritakan latarbelakang Parameswara sebagai pengasas Melaka. ii. Menjelaskan sebab Parameswara melarikan diri dari Palembang. iii. Menyatakan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka. iv. Menceritakan peristiwa pembukaan Melaka. Pengetahuan Sedia Ada Bahan Bantu Mengajar Nilai-nilai Murni Penyampaian : Beberapa orang murid pernah mendengar, melihat atau pernah melawat negeri Melaka Bandar Bersejarah. : Gambar, buku teks Kajian Tempatan Tahun 5, kad arahan, Lembaran kerja dan LCD. : menghargai dan menyayangi negara kita. : Kemahiran berfikir, kemahiran koperatif, sumbang saran, Kaedah pemerhatian, lakonan,inkuiri penemuan

Rancangan Pengajaran Harian

Langkah / Masa Set induksi (5 minit)

Isi pelajaran Pengenalan tajuk

Aktiviti P & P - Guru menunjukkan gambar Kota A Farmosa yang terdapat di negeri Melaka. - Berdasarkan gambar, guru menanyakan soalan kepada murid. Contoh soalan: KBKK:

Catatan

Menjana idea

Kemahiran: Berfikir, melihat,

a) Pernahkah murid melihat gambar ini? b) Apakah yang dapat dilihat melalui gambar ini? c) c) Di negeri manakah terdapatnya kota A Farmosa ini? - Guru mengaitkan topik pelajaran hari ini, iaitu pengasasan Melaka

mendengar

ABM : Gambar

LANGKAH 1 (15 minit)

- Guru meminta murid merujuk buku teks Kajian Tempatan Tahun 5, halaman 51-52. -Murid diminta membaca petikan Pengasasan Melaka yang terdapat pada halaman tersebut. -Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid yang mengandungi soalan berkaitan latar belakang Parameswara dan sebab Parameswara melarikan diri dari Palembang. - Guru bersoal jawab dengan murid jawapan bagi lembaran kerja yang diberikan. -Guru membincangkan jawapan murid dan memberi penjelasan lanjut tentang latarbelakang Parameswara dan sebab-sebab Parameswara berhijrah.

Kemahiran : berfikir, mendapatkan maklumat, memproses maklumat, menyampaikan maklumat

ABM: Buku teks, Lembaran kerja Slide power point

Nilai : Bersyukur dan berbangga

Langkah 2 (15 minit)

-Murid diminta merujuk petikan Pengasasan Melakadi dalam buku teks Kajian Tempatan. -Secara berpasangan murid diminta menanda dan melabel perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka pada peta Asia Tenggara berdasarkan maklumat dalam petikan tersebut. -Guru memilih murid secara rawak untuk membentangkan peta perjalanan Parameswara. -Guru membincangkan jawapan murid dan menerangkan dengan lebih lanjut peta perjalanan Parameswara.

ABM : Buku teks Kajian Tempatan, Peta Asia Tenggara, Slide Power point

Nilai Murni : Kerjasama

LANGKAH 3 (25 minit )

-Guru menayangkan sajak perjuangan dan sedutan animasi kepada semua murid. -Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. - Setiap kumpulan diagihkan satu tugasan iaitu melakonkan peristiwa pembukaan Melaka berdasarkan skrip yang diberi. -Murid perlu menggunakan kreativiti sendiri bagi melakonkan watak yang diberikan

Kaedah: Koperatif , kolaboratif

TKP Verbal linguistik, visual ruang, interpersonal, kecerdasan muzik, naturalis

ABM : Kad arahan Skrip Bagaimana Melaka mendapat nama

LANGKAH 4 (15 minit)

- Pembentangan /persembahan hasil kerja kumpulan -Guru merumuskan hasil lakonan tadi dengan peristiwa pembukaan Melaka

Kaedah: Koperatif , kolaboratif

TKP Verbal linguistik, visual ruang, interpersonal, kecerdasan muzik, naturalis

Nilai murni : Bekerjasama

PENUTUP (5 minit )

-Guru merumuskan kembali pelajaran hari ini dengan mengimbas kembali pengasas Melaka dan peristiwa yang membawa kepada pembukaan Melaka. -Guru memberi pengukuhan dengan soalan kuiz ringkas menggunakan multimedia. -Aktiviti susulan : Murid diminta membuat sebuah laporan pendek tentang peristiwa Pembukaan Melaka sebagai kerja rumah. Mereka juga diminta melakar semula peta perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka dalam laporan tersebut.

KBKK : Menjana idea

Strategi : Penerapan

REFLEKSI Di akhir pembelajaran , pelajar merasa gembira dan terhibur dengan aktiviti yang dijalankan pada hari ini. Hal ini demikian kerana, pembelajaran pada hari ini diselitkan dengan unsurunsur kesenian, di mana pelajar memainkan peranan dengan melakukan lakonan dan berpuisi untuk menjayakan pembelajaran pada hari ini. Melalui subjek ini juga pelajar dapat menghayati dan merasai sendiri situasi yang ingin disampaikan oleh guru, keadaan ini sekali gus membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan dan lancar. Di samping itu, pelajar juga dapat memupuk nilai kerjasama di antara mereka. Nilai kerjasama ini dapat dilihat melalui kerjasama ditunjukkan dalam aktiviti yang dijalankan pada hari ini. Walaupun setiap pelajar memainkan peranan masing-masing, namun mereka masih lagi bekerjasama dan tidak mementingkan diri sendiri dalam menjayakan aktiviti yang dianjurkan oleh guru. Keadaan ini jelas menggambarkan bahawa nilai murni masih lagi menjadi tunjang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, melalui aktiviti yang dijalankan juga hubungan antara guru dan pelajar terjalin dengan lebih erat. Hal ini dapat dilihat melalui penglibatan guru secara langsung dalam aktiviti yang dijalankan. Keadaan ini membolehkan pelajar senang berinteraksi dan beramah mesra dengan guru tanpa ada halangan dan sekali gus menjadikan hubungan antara guru dan pelajar bertambah erat.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAGI KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5 Tarikh Hari Masa Kelas Bilangan Murid Tema Topik Subtopik Hasil Pembelajaran 1. : 24 OKTOBER 2011 : Isnin : 7.30a.m.-8.00a.m. : 5B : 47 orang : 7. Sejarah Negara Kita : 7.1 Kesultanan Melayu Melaka : a. Pengasasan Melaka : Di akhir sesi pembelajaran ini, pelajar dapat :

Menguasai isi kandungan

a) Menceritakan peristiwa pembukaan Melaka b) Menerangkan Parameswara sebagai pengasas Melaka c) Menandakan dan melabelkan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.

2.

Kaedah/ Strategi/ Model/ Pendekatan / Teori Pembelajaran:

Berpusatkan guru, murid dan bahan, Kaedah pembentangan, soal jawab, Pendekatan Elektif, Teori Belajar Konstruktivisme 3. Penerapan nilai murni

Bekerjasama, berani mencuba, berterima kasih, berbangga terhadap pemimpin Negara kita Unsur-unsur Patriotisme : Berbangga dengan jasa pemimpin Negara kita.

Bahan, peralatan dan bahan sumber : Laptop, LCD Projektor, Kemahiran Berfikir Kecerdasaan Pelbagai Pengetahuan Sedia ada : Menghubungkait. : Verbal- linguistik : Murid pernah melawat tempat bersejarah Melaka.

Kajian Masa Depan

: Murid akan memahami sejarah pembukaan Melaka dan pengasas Melaka.

Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Nota Aktiviti Guru Aktiviti Murid Permulaan / Mencungkil Idea (3 minit ) Gambar pelanduk dan pokok Melaka (rujuk Lampiran 1) 1. Guru memaparkan gambar. 2. Guru membimbing murid menjawab soalan berdasarkan gambar.

a. Apakah jenis binatang yang terdapat dalam gambar pertama? b. Apakah jenis tumbuh-tumbuhan dalam gambar yang kedua? 3. Guru menerangkan pelanduk merupakan binatang binatang hutan seperti kancil tetapi lebih besar daripadanya

4. Guru menjelaskan pokok Melaka besar dan tinggi, ia dapat mencapai ketinggian antara 10 hingga 18 meter, batangnya bengkok, tangkai yang pendek, bunganya berwarna kuning hijau dan tempat asal adalah di Malaysia dan India. 5. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran hari ini.

1. Murid memerhatikan gambar. 2. Murid memberi respon. Gambar 1: pelanduk Gambar 2: Pokok Melaka Strategi/ Teknik: Penyoalan seluruh kelas

Bahan: Laptop, LCD Projektor. Langkah 1 (8minit) Video (rujuk Lampiran 2) 1. Guru memaparkan video berkaitan dengan sejarah penubuhan Melaka dengan menggunakan persembahan elektronik. (rujuk Lampiran 2) 2.Guru memperkenalkan perkataan yang sukar bagi pelajar sambil menceritakan semula sejarah penubuhan Melaka. (rujuk Lampiran 3) 3. Guru memberi soalan berdasarkan petikan. 1. Murid menonton tayangan video dengan teliti. 2. Murid membaca perkataan yang sukar serta maksudnya dan memahami cerita tentang sejarah penubuhan Melaka. 3. Murid menjawab soalan secara sukarela. Nilai-murni:

Berani mencuba Sumber: Laptop, LCD Projektor. Langkah 2 ( 10minit) Peta (rujuk Lampiran 5 dan 6) 1. Guru membahagikan murid dalam enam kumpulan. 2. Guru memberikan peta kepada setiap kumpulan. (rujuk Lampiran 5) 3. Guru memberi arahan supaya murid menulis nama bagi kedudukan Palembang, Temasik, Muar dan Melaka dan menanda perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.

1. Murid membuat perbincangan. 2. Murid menulis nama dan menanda perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka pada peta tersebut. Murid menunjukkan peta yang telah siap sambil membuat penerangan secara ringkas tentang latar belakang Parameswara dan sejarah penubuhan Melaka. (rujuk Lampiran 6) Strategi/Teknik/ Model: Perbincangan dalam kumpulan, kaedah pembentangan .

Kemahiran berfikir: Mengelaskan

Nilai murni: Bekerjasama, berbangga terhadap pemimpin Negara kita. Aplikasi Idea (6 minit)

Gambar (rujuk Lampiran 7)

1. Guru memaparkan gambar turutan dengan persembahan elektronik. (rujuk Lampiran 7) 2. Guru memilih murid untuk melakon. 3. Guru memberi galakkan kepada murid.

1. Murid mendengar penjelasan guru dan meneliti gambar yang ditayangkan. 2. Murid mempersembahkan lakonan. (watak: Parameswara, pelanduk, anjing-anjing buruan, pengikut-pengikut, pokok Melaka serta seorang riwayat) 3. Murid memberi tepukan sebagai galakkan.

Teori: Teori Belajar Konstruktivisme

Kemahiran berfikir: Menghubung -kait

Nilai-murni: Berani mencuba, bekerjasama

Bahan: Laptop, LCD Projektor.

Refleksi/ Penutup

REFLEKSI:

Selepas menjalankan rancangan pengajaran harian ini, saya mendapati pengurusan masa saya masih kurang memuaskan. Masa yang diperuntukkan sepatutnya 8 minit tetapi saya hanya menggunakan masa 5-6 minit untuk menghabiskan set induksi. Ini mungkin kerana soalan yang saya tanya tidak banyak dan terlalu mudah untuk dijawab. Selain itu, soalan-soalan tersebut harus ditujukan kepada lebih ramai murid sama ada murid yang mahu jawab ataupun murid yang tidak ingin menjawab soalan agar jawapan yang pelbagai dapat diperolehi. Penguasaan saya terhadap kemahiran menyoal masih kurang memuaskan. Soalan yang ditanya tidak dapat menarik sesetengah murid-murid untuk terlibat dalam pengajaran. Mereka kelihatan kurang bersemangat dalam pembelajaran. Dengan adanya pengalaman ini, saya berpendapat lebih banyak soalan harus ditanya dan tahap kesukaran soalan-soalan itu haruslah sesuai dengan tahap penguasaan murid. Di samping itu, saya patut memberi lebih banyak peluang kepada murid-murid untuk mengenukakan jawapan mereka dan mengggalakkan muri-murid giat melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran.Dengan itu, suasana pembelajaran yang kondusif baru dapat dibentuk. Peneguhan positif harus diberikan kepada murid-murid untuk membina keyakinan diri. Walau bagaimanapun, penggunaan alat bantu mengajar yang menarik seperti peta, kad nama, gambar kapal telah menarik perhatian murid kerana mereka boleh bergerak ke depan untuk melekat gambar dan kad tetapi bukan hanya duduk di tempat sendiri dan dengar penyampaian guru. Dengan itu, mereka lebih bersemangat untuk mengikuti pengajaran guru dan tidak berasa mengantuk. Saya berharap dengan penambahbaikan yang dilakukan, set induksi yang direka dapat menarik perhatian murid-murid dan mereka seronok untuk belajar sambil memperoleh pengetahuan yang bergun

Anda mungkin juga menyukai