Anda di halaman 1dari 8

TEKNIK Teknik membawa maksud kemahiran guru digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga merupakan satu muslihat atau strategik atau kemahiran digunakan oleh guru dengan tujuan mencapai objektif pelajaran secara optimum. ( Edward Anthony . 1963 ) Teknik pengajaran merupakan taktik atau cara-cara yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu

pengajaran.Setiap teknik yang digunakan adalah selaras dengan kaedah yang digunakan dan sejajar dengan pendekatan yang dipegang.(Tuan Jah Tuan Yusof,Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu) TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Antara teknik pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur yang boleh dijalankan ialah:

TEKNIK

PERBINCANGAN

TEKNIK LATIH TUBI

TEKNIK MAIN PERANAN TEKNIK SIMULASI

TEKNIK PERMAINAN BAHASA TEKNIK BERCERITA


TEKNIK PENGAJAR AN BAHASA

TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH

TEKNIK DRAMA

TEKNIK SUMBANGSARAN

Rajah 3.1

3.1 TEKNIK BERCERITA Guru dapat menyampaikan isi pengajaran melalui cerita. Pelajar akan lebih menumpukan perhatian sekiranya pengajaran menyentuh dan membangkitkan perasaan dan hati nurani mereka. Guru perlu mempunyai kualiti tertentu sebelum menyampaikan cerita. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah: 1.Pilih cerita yang sesuai dengan umur ,kecerdasan dan minat murid

5.Bercerita dalam keadaan selesa.

2.Kaji cerita dan masukkan aspekaspek bahasa

4.Latih bercerita

3.Hafaz frasa atau ayat-ayat penting

Rajah 3.2

3.2 TEKNIK PERMAINAN BAHASA

Mewujudkan menyeronokkan.

suasana

pembelajaran

bahasa

yang

Meneguhkan penggunaan unsur bahasa tanpa disedari murid. Boleh diaplikasikan untuk semua kemahiran.

Antara jenis-jenis permainan bahasa yang boleh dijalankan ialah:


1 PERMAINAN MENYAMPAIKAN PESANAN

5. PERMAINAN MEMERHATI DAN MENGINGAT

2 PERMAINAN TEKALAH SAYA

TEKNIK PERMAINAN BAHASA

4 PERMAINAN BERPASANGAN

3.PERMAINAN SLIP UNDIAN Rajah 3.3

3.3 TEKNIK PERBINCANGAN Melibatkan semua murid dan guru sebagai fasilitator. Melatih murid berfikir dengan cara menganalisis. Murid diberi peluang berfikir sebelum mengeluarkan pendapat. Tajuk yang dipilih mestilah sesuai dengan tahap kemampuan murid. Terdapat beberapa langkah dalam menjalankan teknik ini.
1.Guru menarik perhatian muridmurid kepada tajuk perbincangan. 2.Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan seorang ketua akan dilantik.

4.Guru meminta laporan perbincangan daripada setiap kumpulan.

3.Tugasan diberi.Murid perlu berbincang dalamkumpulan.Guru memantau perbincangan tersebut.

Rajah 3.4

3.4 TEKNIK LATIH TUBI Pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang diajar. Latih tubi akan menggalakkan hafalan. Tujuan teknik ini diajar ialah untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya menjadi kekal. Kelemahan teknik ini ialah murid tiada kebebasan berfikir dan tidak dapat menjana idea dan mungkin akan menimbulkan situasi yang membosankan. 3.5.TEKNIK SOAL-JAWAB Teknik paling lama dan popular dalam pendidikan.Teknik ini berupaya mewujudkan interaksi antara guru dan murid-murid secara berkesan. Guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran ,dan murid perlu memberi tindak balas yang sewajarnya. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran murid disamping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamikdan berkesan. Terdapat tiga tujuan utama teknik soal jawab:

1.untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid

2.untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif,inovatif ,logik dan kritis

3.untuk mendorong murid menyusun dan dan menghuraikan bahan yang diajar

TEKNIK SOAL JAWAB Rajah 3.5

3.6 TEKNIK MAIN PERANAN Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam sesuatu situasi yang disediakan. Main peranan ialah satu bentuk drama yang tidak memerlukan penghafalan skrip.Watak akan cuba menjelaskan sesuatu situasi kepada murid lain.Muridmurid lain akan mempraktikkan peranan watak tadi secara spontan.

3.7 TEKNIK SIMULASI Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan sesuatu masalah.

3.8 TEKNIK SUMBANGSARAN Dikenali sebagai pencambahan fikiran (brainstorming)yang merupakan satu sessi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Boleh diaplikasikan sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan dapat berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah,university dan latihan professional. Menekankankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara analitis.

3.9 TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH Teknik ini adalah aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan ,tekateki,silangkata dan kuiz .Teknik ini memerlukan murid-murid menggunakan kemahiran,prinsip atau teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Teknik ini melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing murid mengenalpasti masalah,mengingat semula pengalaman lalu,memilih strategi yang sesuai dan menggunakan kemahiran lisan untuk menjalankan aktiviti penyelesaian.

TEKNIK KEMAHIRAN MEMBACA TEKNIK SQ3R Teknik SQ3R adalah salah satu teknik yang boleh diguna-pakai oleh para pelajar untuk memperkukuh kemahiran membaca mereka. Kemahiran membaca patut dikuasai oleh setiap pelajar kerana dengan kemahiran ini, mereka dapat memilih maklumat yang dikehendaki dan mengenal pasti idea utama/penting. Lima langkah yang ada dalam SQ3R ialah:

1. Survey:meninjau membaca secara pantas untuk mendapat gambaran awal tentang isi bacaan . -teknik bacaan yang digunakan ialah teknik skimming dan scanning

2. Question: menyoal. murid menyenaraikan beberapa siri soalan berdasarkan teks. siri soalan adalah berkaitan dengan tugasan yang diberikan dan merupakan panduan kepada jawapan sebenar.

3. Read: membaca. murid membaca secara serius kepada teks yang dibaca dan mencari jawapan kepada siri soalan yang telah disediakan. murid juga akan menyenaraikan soalan tambahan.-murid menaakul maklumat yang terdapat dalam teks samaada untuk menerima atau menolak konsep yang dibaca.

4. Recite: menyebut /mengulang Setelah selesai membaca ,murid cuba mengingat kembali apa yang dibaca. murid menyenaraikan maklumat yang berkaitan tugasan sebelum memjawab semua soalan tugasan .

5. Review: menyemak idea yang telah dicatatkan merupakan peringkat terakhir. murid membaca semula soalan dan jawapan yang dicatat. I ni ialah peringkat untuk mengesahkan jawapan yang dikemukakan pada peringkat recite.

Murid memastikan bahawa semua bahagian soalan sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks.

TEKNIK SQ3R

SURVEY (MENINJAU)

QUESTION (MENYOAL)

READ (MEMBACA)

RECITE (MENYEBUT/MENGULANG)

REVIEW (MENYEMAK)

Rajah 3.6

Anda mungkin juga menyukai