Anda di halaman 1dari 7

Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran

By ROSDAN , 0 Comments

Unit 1 :Pengenalan Kemahiran Berfikir (KB) juga dikenali Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) telah lama diperkenallkan dalam memantapkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalalm kebanyakan mata pelajaran di sekolah. Penerapan KB ini amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi. Unit 2: Apakah Berfikir Berfikir .. .. melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. ( Mayer, 1977) ..merupakan pembentukan idea, pembentukan semual pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentyuk tertentu. (Fraenkel, 1980) ..ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep,memberi sebab atau membuat penentuan. (Beyer, 1991) Apa yang dapat dirumuskan dari pandangan berkenaan ialah " Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelelesikan masalah. Proses Berfikir Pada kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuautu perkara misalnya suatu objek, anda secara automatik akan mula menyoal diri sendiri?. Soalan-soalan yang anda mungkin bertanya ialah:1. Apakah objek itu 2. Apakah kegunaannya 3. Bagimanakah menggunakannya 4. Adakah ia memberi manfaat Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda sedang dalam proses berfikir. Untuk mencari jawapan , anda menggunakan aspek yang berikut:Pengetahuan ( apa yang anda tahu tentang objek itu)

Kemahiran ( menyoal diri sendiri tentang objek itu) Sikap atau nilai ( keinginan untuk mengetahui tentang objek itu) Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif dan sikap atau nilai. Model Kemahiran Berfikir 1. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evalautif 2. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk menerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif, idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Strategi berfikir Merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi n\beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengakaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir menaakul membantu kita sebagai pelincir dalam mambuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kemahiran berfikir sama ada kritis, kreatif, menaakul atau strategi berfikir semuanya saling berkait. Kemhiran berfikir kritis membolehkan seseorang itu:- Mencirikan - Membandingkan dan membezakan - Mengumnpul dan mengelas - Membuat urutan - Menyusun mengikut keutamaan - Menganalisis - Mengesan kecondongan - Menilai - Membuat kesimpulan Kemhiran berfikir Kreatif membolehkan seseorang itu:- menjana idea - Menghubung kaitkan - Membuat inferens - Meramalkan - Membuat hipotesis - Mensistesiskan - Mengitlaks - Membuat gambaran mental - Menganalogikan - Mereka cipta Kemahiran berfikir Menaakul membolehkan seseorang itu:- Logik

- rasional Manakala Strategi Berfikir membolehkan seseorang itu:- Mengkonsepsikan - Menyelesaikan masalah - Membuat keputusan

Pelbagai Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir


Dalam kes ini, para pelajar perlu memahami tujuh kecerdasan (seven multiple intelligences) dan kemahiran berfikir yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar dalam apa juga bentuk pengajaran, sama ada secara kontekstual atau masteri. Mengapa Tujuh kecerdasan dan kemahiran Berfikir Perlu Dikembangkan? 1. Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu dikembangkan. 2. kemahiranberfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup. 3. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, para pelajar anda seharusnya mahir berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Bagaimana Tujuh Kecerdasan Dikembangkan? Menurut Howard Gardner (1983), seseorang mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan berikut: a. Bahasa b. Logik-Matematik c. Ruang (spatial) d. Muzik e. Kinestatik f. Interpersonal g. Intapersonal. Tujuh kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topik yang berasingan, tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri tujuh kecerdasan boleh digambarkan secara ringkas melalui jadual berikut: Kecerdasan 1. Bahasa 2. Logik Matematik 3. Ruang (spatial) Cerdas dalam Menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan. Menaakul, kiraan, membuat analisis Mencorak, melukis, mengukir Pekerjaan Penulis, penyajak, penceramah Saintis, jurutera, akauntan Pelukis, pengukir

4. Muzik 5. Kinestatik 6. Interpersonal 7. Intrapersonal

Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memainkan alat muzik Gerakan, tarian, lakonan, sukan, permainan Perhubungan manusia Nilai murni, pendirian, falsafah

Pencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik. Atlet, pemain bola sepak, peninju, penari,, pelakon. Diplomat, ahli politik, peniaga Pengarang, penyajak, ahli falsafah

Guru boleh mengembangkan kecerdasan-kecerdasan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti berkaitan bahasa berkenaan: i. Pembelajaran koperatif: Mengembangkan kecerdasan interpersonal. ii. Lakonan, permainan simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan mungkin ruang. iii. Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep; mengembangkan kecerdasan ruang. iv. menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu; mengembangkan kecerdasan muzik. Guru juga boleh memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik matematik seperti kemahiran-kemahiran berikut: i. Menaakul secara logik. ii. Membuat kiraan. iii. Membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun atur, atau mentafsir. iv. Membuat sintesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan. v. Membuat keputusan vi. Menyelesaikan masalah.

Apakah kemahiran Berfikir? Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek. Terdapat beberapa perkara yang boleh difikirkan oleh guru-guru untuk mengaitkan pelancongan dan berfikir. Berikut diperturunkan beberapa istilah yang boleh difikirkan bersama: i. Kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi. - kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh: kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta dan maklumat. -kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh: Kemahiran menjelaskan, membuat analisis, menilai, menjana idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang.

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. i. Kemahiran secara kritis adalah kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis data atau maklumat itu seperti membanding, membeza, menyusun atur, mengkelas, dan mengenal pasti sebab dan akibat. ii. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kemahiran menjanakan idea yang banyak, pelbagai dan baru. iii. Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan di bawah kemahiran secara kreatif.

Kemahiran vertical dan lateral. i. Pemikiran vertical bermakna pemikiran secara logik dan kritis. Contoh Ali cedera di lututnya. Basikalnya kemek. Bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku? ii. Pemikiran lateral bermakna mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara logik. Pemikiran ini merupakan pemikiran secara kreatif. Contoh: Bagaimana kita boleh ukur ketinggian pokok. Pemikiran bertumpu dan bercapah. i. Dalam pemikiran bertumpu, tumpuan pemikiran diberi dalam menanalisis sesuatu data atau maklumat.Contoh: Ali, demam.Dia tidur di bilikd arjah. mengapa Ali tidak faham apa yang cikgu ajar? ii. Dalam pemikiran bercapah, kita hendak mengeluarkan idea-idea yang banyak, pelbagai dan baru. Contoh: Apakah kegunaan kotak buangan? Kemahiran berfikir berikut yang tidak dikelaskan mengikutmana-mana istilah tersebut di atas haruslah dikuasai oleh pelajar anda: a. membuat kaitan b. membanding dan membeza. c. mengkelaskan d. menilai e. menyusun atur f. mengenal pasti pernyataan `benar' dan `palsu' g. mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat h. mengenal pasti pernyataan berat sebelah i. mengenal pasti sebab menyatakan pelbagai sebab j. mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibat

k. membuat inferens atau kesimplan awal l. membuat generalisasi m. mentafsir n. mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir terperinci. o. merumus dan meringkas p. membuat keputusan q. menyelesaikan masalah

Bagaimanakah Kemahiran Berfikir boleh Dikembangkan? Aktiviti yang boleh digunakan untuk mengembangkan kemahjiran berfikir termasuk: a. soal jawab b. sumbang saran c. permainan d. pertandingan e. kuiz f. teka teki g. perbahasan h. projek: - mereka bentuk - mereka cipta - mengkaji - menyelidik - membuat eksperimen - menghasilkan sesuatu projek - menyelesaikan sesuatu masalah

cohost

Id: upsilib Pswd: bainun08

Emerald Id: ptb Pswd: diamond08

Proquest Id: 0QFF2779D9J Pswd: welcome

Springerlink(e-jurnal/e-book) Id: upsilib Pswd: upsi123

Anda mungkin juga menyukai