Anda di halaman 1dari 3

Pengucapan Awam : Teknik Menarik

Perhatian Audiens
kucha lana 10/10/2013 03:04:00 pm 32 Komen

Pengucapan awam merupakan salah satu cara yang paling efektif dalam menyampaikan
maklumat serta dalam memberikan kesedaran kepada orang ramai.
Kita boleh lihat daripada sejarah revolusi beberapa negara yang ditunjangi oleh pemidatopemidato yang hebat. Mereka mampu membuat orang ramai terpegun dengan kata-akat ucapan
mereka.
Antara tokoh pemidato terhebat dalam sejarah adalah Adolf Hitler, Benito Mussolini, Abraham
Lincoln dan ramai lagi tokoh lain yang mampu berucap dengan hebat. Tumpuan audiens kepada
mereka ini sungguh mengagumkan.
Satu elemen penting dalam pengucapan awam adalah tumpuan audiens. Kita tidak mahu buat
audiens cepat rasa bosan dan mula hilang fokus terhadap ucapan kita.

Jadi disinilah pentingnya kita cuba memikat fokus audiens kita. Supaya mereka akan dengar
setiap maklumat yang akan kita sampaikan hingga ke penghujung ucapan.
Jika kita tidak mampu mengekalkan fokus audiens, maka boleh dianggap pengucapan awam kita
telah gagal, kerana maklumat itu sepatutnya sampai kepada audiens, jika audiens hilang fokus,
maka maklumat itu tidak sampai kepada mereka.

'Ice-Breaking' Sebelum Ucapan

Salah satu teknik yang perlu kita praktikkan di dalam setiap pengucapan awam kita. Tujuan 'icebreaking' ini adalah untuk bangunkan audiens kita agar bersedia untuk sesi ucapan kita nanti,
disamping itu juga sebagai sesi pengenalan.
Namum jangan pula terlalu lama sesi ini , bila kita sudah rasa selesa dan audiens dah rasa
bersedia, kita boleh mulakan sesi ucapan kita.

Fakta-fakta Yang Menarik


Untuk kita mengekalkan tumpuan audiens kita, kita juga perlu pandai selitkan fakta-fakta yang
menarik serta unik. Kita kena kekalkan momentum tumpuan audiens kita, jangan biar ia terus
menjunam, sehingga ada audiens yang tertidur.

Statistik Yang Memeranjatkan


Statistik yang menarik serta memeranjatkan sebenarnya mampu menarik perhatian audiens, jadi
kajian yang tepat serta teliti amat perlu untuk jadikan statistik ini sebagai salah bahan dalam
ucapan kita. Audiens akan tertumpu kepada statistik yang kita beri.

Kenyataan Lucu Atau Berjenaka


Ini adalah salah elemen yang penting, sebab ramai orang yang suka kepada lawak-lawak, tapi
awas jangan buat lawak bodoh atau lucah.
Kita boleh tengok macam mana ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus, hinggakan
menjadi viral di dalam youtube. Sebab beliau pandai selitkan unsur-unsur lawak di dalam
ceramahnya, membuatkan audiens jadi tertarik dan berminat.

Bercerita Kisah-Kisah Yang Menarik


Orang ramai juga suka mendengar cerita, jadi cuba cari cerita-cerita yang menarik taka kira ia
cerita benar, rekaan atau dongeng. Penceritaan yang baik akan menarik perhatian audiens.
Kalau boleh carilah cerita yang jarang didengar, mungkin ada sedikit unsur dramatik untuk
sedapkan lagi cerita itu.

Bacakan Petikan Al-Quran Dan Hadis


Jika ada berkaitan dengan topik ucapan kita, cuba selitkan juga petikan-petikan daripada AlQuran dan hadis. Mungkin ia akan menjadi nilai tmabah kepada maklumat yang kita sampaikan.

Ajukan Soalan kepada Audiens


Dalam ucapan kita, perlu juga adanya hubungan dua hala diantara penceramag dan audiens.
Cuba fikirkan soalan yang berkaitan dengan topik kita dan sesekali kita lontarkan soalan-soalan
yang membuat audiens kita berfikir sejenak.
Atau kita juga boleh bertanyakan kepada audien secara terus, walaupun tiada yang cuba untuk
menjawab, kita pergi kepada audiens, dan pilih secara rawak, dan ajukan soalan kita.

Ayat-Ayat Indah Bermadah


Bagi mereka yang hebat bermain dengan pengolahan bahasa, mungkin mahu sastera sedikit.
Ayat-ayat yang indah ini juga mampu menarik perhatian audiens.
Mungkin dalam bentuk pantun atau sajak, serta susunan kata lantunan bahasa yang agak
menarik. Yang sedap didengar oleh audiens. Gunakan bahas yang indah ini, biar audiens
terpukau.
Dan akhir kata daripada saya, dalam kita membuat pengucapan awam ini. Jagalah bahasa dan
tutur kata kita biar sopan, jaga perasaan audiens, dan yang paling penting isi serta maklumat
yang kita sampaikan itu adalah tepat dan berdasarkan fakta bukannya auta.

Anda mungkin juga menyukai