Anda di halaman 1dari 6

Pengucapan Awam

Pengucapan Awam yang Berkesan


1. Memilih Satu Subjek Yang Betul-betul Dijiwai
Memilih subjek yang betul-betul dijiwai adalah memilih subjek yang benar-benar
menarik minat kita sendiri untuk memperkatakan tentangnya. Hal ini sangat penting
kerana ia akan sangat mempengaruhi ton suara, bahasa tubuh dan ekspresi muka
semasa kita berucap. Mungkin kita tidak dapat merasakannya tapi audien menilai.
Semua elemen ini sangat penting dalam mencapai objektif kita untuk membuat para
audien yakin dan percaya dengan apa yang diperkatakan.

2. Mengetahui Fakta-fakta Penting Mengenai Subjek Yang Sedang Diperkatakan


Untuk memberi ucapan yang baik, kita haruslah mempunyai ilmu tentang apa yang
sedang kita perkatakan. Kita tidak boleh memperkatakan tentang sesuatu sedangkan
kita tidak tahu apa-apa tentangnya. Pastinya, sesuatu yang sangat memalukan akan
berlaku sekiranya seseorang menangkap kita mereka-reka fakta semata-mata untuk
menjadikan ucapan itu menarik. Ini akan menghancurkan kepercayaan audien kita
secara serta merta sepenuhnya.

3. Memulakan Ucapan Dengan Menyatakan Pendirian Kita


Pendirian kita boleh dinyatakan dalam bentuk objektif, pendapat, harapan atau ramalan
berkaitan dengan subjek yang diketengahkan. Apabila kita nyatakan pendirian kita,
audien akan mendapat bayangan awal tentang apa yang kita perkatakan dan mereka
akan lebih memahami isi-isi penting yang bakal kita selitkan dalam ucapan tersebut.
Huraian yang diberikan pula akan sentiasa menyokong pendirian itu. Lebih baik lagi jika
kita mengulang pendirian itu untuk beberapa kali.

4. Menyatakan Sebab-sebab Pendirian Itu Dipilih


Manusia dilahirkan dengan sifat ingin tahu yang tinggi. Dalam membuatkan mereka
percaya, sifat inilah yang perlu digunakan sebaik mungkin kerana sifat ini membuatkan
audien lebih fokus dan berminat dengan isi ucapan. Setelah mendengar pendirian kita,
semestinya mereka akan tertanya-tanya sebab kepada pendirian itu, terutamanya
mereka yang mempunyai pendirian yang berbeza. Hal ini akan memastikan mereka
sentiasa berminat untuk mendengar hingga ke akhir ucapan.

Pengucapan Awam
5. Hiasilah Ucapan Anda
Selain perasaan ingin tahu, manusia juga adalah makhluk Allah yang mudah hilang
daya fokus. Mereka memerlukan elemen lain yang menjadikan ucapan lebih menarik
dan berkesan. Oleh itu, ucapan yang baik memerlukan sesuatu yang berbeza, bukan
sekadar ucapan mendatar semata-mata. Untuk 'menghias' sebuah ucapan, kita boleh
menggunakan klip video, gambar menarik, lagu dan sebagainya supaya ucapan kita
menjadi sebuah ucapan yang bervariasi dan tidak statik.

6. Pastikan Masa Yang Diambil Adalah Sesuai


Kajian menunjukkan, manusia hanya mampu fokus secara maksimum selama 2 jam.
Gunakan masa yang ada sebaiknya dengan tidak terbawa-bawa semasa berucap dan
tidak juga menghurai secara keterlaluan. Masa yang terlalu pendek menyebabkan
maksud sebenar tidak sampai kepada para penonton dan masa yang terlalu panjang
pula akan menyebabkan audien hilang minat untuk mendengar ucapan kita. Yang
penting, ucapanperlu ringkas tapi padat dengan isi.

7. Menggunakan Ton Suara Dan Bahasa Tubuh Yang Tepat


Jadilah orang yang mempunyai daya 'memikat' dan memujuk, bukan orang yang agresif
dan terlalu memaksa. Manusia tidak akan menggemari orang yang terlalu kasar atau
mendesak. Audienmemerlukan ruang untuk mempunyai pendapat sendiri dan tidak
harus merasakan mereka dipaksa untuk bersetuju dengan semua yang kita perkatakan.
Kita boleh menekankan suara pada waktu tertentu, bukan sepanjang masa supaya
audien selesa untuk terus mendengar.

8. Pandangan Mata Dengan Audien


Apabila berucap, mata kita memainkan peranan yang sangat penting. Pandangan mata
ke mata antara pemberi ucapan dengan audien akan membina hubungan antara
mereka; hubungan antara penyampai dengan penerima. Hubungan ini penting supaya
penerima dapat menerima segala input yang diberikan oleh penyampai dengan lebih
baik dan terbuka. Pandangan mata juga akan menunjukkan keyakinan yang ada pada
diri semasa kita berucap di hadapan khalayak ramai.

Pengucapan Awam
9. Membuat Ringkasan Dalam Proses Mengakhiri Ucapan
Ringkasan boleh dibuat dalam satu frasa, satu ayat atau satu perenggan. Ia dilakukan
untuk memberikan gambaran penuh tentang apa yang telah kita perkatakan semasa
berucap. Dalam ringkasan juga kita boleh mengulang pendirian yang kita nyatakan
pada permulaanucapan supaya audien mengingatinya kembali di samping isi-isi penting
yang diambil daripada ucapan tersebut.

10. Menutup Dengan Sempurna


Penutup yang sempurna mempunyai beberapa elemen dan kita juga boleh memilih
elemen yang sesuai untuk mengkonklusikan ucapan yang diberikan. Kita boleh
mengulangi pendirian, menyatakan harapan dan mencadangkan penambahbaikan yang
boleh dilakukan. Penutup ini akan memberitahu audien objektif sebenar ucapan itu
diberikan dan meninggalkan kesan yang lebih mendalam kepada mereka.

Teknik Menarik Perhatian Audiens:


1. 'Ice-Breaking' Sebelum Ucapan
Salah satu teknik yang perlu kita praktikkan di dalam setiap pengucapan awam kita.
Tujuan 'ice-breaking' ini adalah untuk bangunkan audiens kita agar bersedia untuk sesi
ucapan kita nanti, disamping itu juga sebagai sesi pengenalan. Namum jangan pula
terlalu lama sesi ini , bila kita sudah rasa selesa dan audiens dah rasa bersedia, kita
boleh mulakan sesi ucapan kita.

2. Fakta-fakta Yang Menarik


Untuk kita mengekalkan tumpuan audiens kita, kita juga perlu pandai selitkan faktafakta yang menarik serta unik. Kita kena kekalkan momentum tumpuan audiens kita,
jangan biar ia terus menjunam, sehingga ada audiens yang tertidur.

3. Statistik Yang Memeranjatkan


Statistik yang menarik serta memeranjatkan sebenarnya mampu menarik perhatian
audiens, jadi kajian yang tepat serta teliti amat perlu untuk jadikan statistik ini sebagai
salah bahan dalam ucapan kita. Audiens akan tertumpu kepada statistik yang kita beri.

Pengucapan Awam
4. Kenyataan Lucu Atau Berjenaka
Ini adalah salah elemen yang penting, sebab ramai orang yang suka kepada lawaklawak, tapi awas jangan buat lawak bodoh atau lucah. Kita boleh tengok macam mana
ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus, hinggakan menjadi viral di dalam
youtube. Sebab beliau pandai selitkan unsur-unsur lawak di dalam ceramahnya,
membuatkan audiens jadi tertarik dan berminat.

5. Bercerita Kisah-Kisah Yang Menarik


Orang ramai juga suka mendengar cerita, jadi cuba cari cerita-cerita yang menarik taka
kira ia cerita benar, rekaan atau dongeng. Penceritaan yang baik akan menarik
perhatian audiens. Kalau boleh carilah cerita yang jarang didengar, mungkin ada sedikit
unsur dramatik untuk sedapkan lagi cerita itu.

6. Bacakan Petikan Al-Quran Dan Hadis


Jika ada berkaitan dengan topik ucapan kita, cuba selitkan juga petikan-petikan
daripada Al-Quran dan hadis. Mungkin ia akan menjadi nilai tmabah kepada maklumat
yang kita sampaikan.

7. Ajukan Soalan kepada Audiens


Dalam ucapan kita, perlu juga adanya hubungan dua hala diantara penceramag dan
audiens. Cuba fikirkan soalan yang berkaitan dengan topik kita dan sesekali kita
lontarkan soalan-soalan yang membuat audiens kita berfikir sejenak. Atau kita juga
boleh bertanyakan kepada audien secara terus, walaupun tiada yang cuba untuk
menjawab, kita pergi kepada audiens, dan pilih secara rawak, dan ajukan soalan kita.

8. Ayat-Ayat Indah Bermadah


Bagi mereka yang hebat bermain dengan pengolahan bahasa, mungkin mahu sastera
sedikit. Ayat-ayat yang indah ini juga mampu menarik perhatian audiens. Mungkin
dalam bentuk pantun atau sajak, serta susunan kata lantunan bahasa yang agak
menarik. Yang sedap didengar oleh audiens. Gunakan bahas yang indah ini, biar
audiens terpukau.

Pengucapan Awam
Teknik Pengucapan Awam yang Berkesan:
1. Kenali Tempat Pengucapan Awam
Ambil masa untuk biasakan diri dengan suasana dengan hadir awal, berjalanjalan sekitar dan rasakan suasana pembelajaran.
2. Kenali Penonton Yang Hadir
Kenali mereka dengan lingkungan umur, peratusan mengikut umur, tegur sapa
sebahagian mereka sebelum bermula (datang awal).
3. Ketahui dan Pastikan Bahan dan Props
Perlu ketahui bahan yang ingin digunakan sesuai dengan suasana, penonton
dan penggunaannya sebagai membantu menyampaikan pengucapan awam
anda.
4. Bertenang
Perlulah tidak rasa terlalu gementar dan takut untuk berhadapan dengan
penonton.
5. Sampaikan dari dalam diri anda sendiri
Yakinkan diri dengan bayangkan anda memberi ucapan yang penuh, bergaya
dan menarik perhatian yang ramai sebagaimana anda melihat mereka yang
berjaya menyampaikan ucapan.
6. Ramai yang ingin anda berjaya
Sematkan dalam diri semasa menyampaikan pengucapan awam ada
sebahagian kalangan penonton ingin anda berjaya dan yakinkan diri dengan
bayangan ini.
7. Jangan minta maaf
Jika anda tersilap atau tersasul jangan sebut maaf sebaliknya teruskan ucapan
anda dan pembetulkannya dengan pantas sekali supaya anda tidak menarik
perhatian penuh penonton akan kesilapan.
8. Fokuskan untuk menyampaikan bukan ketakutan
Set kan dalam minda untuk terus menyampaikan pengucapan dengan sepenuh
hati. Jangan fokus pada gementar dan gugup.
9. Tukarkan aura gementar kepada keyakinan
Permulaan yang perlahan atau gementar itu biasa namun anda harus segera
menukarkan gementar dan takut dengan seorang yang kelihatan yakin berucap
di hadapan. Sebarkan aura pengucapan anda secara total dan yakinkan diri
anda dengan pergerakan bahasa badan anda.

Pengucapan Awam
10. Bina pengalaman dan bahasa badan
Bina pengalaman secepat mungkin pada 5 minit pertama dengan suasana
penonton dan reaksi. Dan secara pantas anda zahirkan gaya bahasa badan
anda mengikut intonasi yang sesuai, tidak terlalu banyak dan tidak terlalu kaku.
Amalan memantapkan pengucapan awam:
Merancang dan rangka teks, bahan, props dan penyampaian ucapan.
Sentiasa praktis setiap hari supaya berjaya menimbulkan bahasa badan
mengikut pengucapan.
Interaksi dengan penonton melalui pandangan, lihat pada muka, semyum dan
intonasi yang sesuai.
Berfikir secara positif bahawa semua penonton sukakan pengucapan.
Rakam ucapan dan perbaiki lagi kekurangan.

Anda mungkin juga menyukai