Anda di halaman 1dari 20

PENGENALAN

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di


dalam

badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-
tisu lemak

menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan
organ-organ

badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain
daripada

mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin
pendek

Siapakah yang tergolong dalam obesiti? Orang dewasa? Remaja? Kanak-kanak? Obesiti
tidak

mengira bangsa, jantina, mahupun umur seseorang. Antara-antara ciri-ciri masalah


obesisiti pada

seseorang adalah berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding
ukuran ideal,

berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya, Indeks


Jisim

Badan (BMI) melebihi 40 atau 35.

Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh badan kita. Ini kerana diet pemakanan
yang

sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh
badan kita

bekerja dengan lebih cergas. Tentu ramai dikalangan anda yang gemar menghabiskan
masa
lapang di hadapan kaca televisyen, melayari internet hingga lewat malam dan
sebagainya.

Aktiviti seperti ini amat menyeronokkan dan melalaikan akan tetapi anda harus ingat
aktivitiaktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda. Aktiviti ini
dipanggil sebagai

aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi

membakar kalori dalam tubuh badan kerana ini mungkin boleh mendatangkan
kegemukan

Jesteru itu, untuk meransang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan
aktiviti

yang mengeluarkan peluh seperti bermain bola,menari, mengayuh basikal, menyertai


acara

sukan di sekolah, mengemas bilik atau rumah atau memncuci kereta di waktu lapang
atau apa

sahaja aktiviti yang boleh dilakukan denagan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan
melakukan

aktiviti seperti ni, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi cergas dan kuat.

CARA MENGIRA BMI

Indeks Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau
isipadu

seseorang. Cara pengiraan Index Jisim Badan adalah seperti berikut:

Berat (kg)

BMI = -------------------------------------

(Tinggi (m) X Tinggi (m))

Bawah 18.5 kurang berat


Antara 18.5 - 22.9 berat yang sihat

23 hingga 27.4 agak lebih berat

27.5 dan keatas gemuk / obes

Walau bagaimanapun, formula ini tidak boleh digunakan jika anda:

berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun

mengandung atau menyusukan anak

seorang ahli sukan yang aktif

PENYATAAN MASALAH

Kami dari unit Kesihatan Sekolah Chemor telah mengadakan lawatan ke Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina Tanah Hitam untuk melakukan pemeriksaan fizikal untuk murid-murid
darjah

6. Antara ujian yang telah kami lakukan seperti ujian scoliosis test dan ujian buku istihara
untuk

ujian mata.

Semasa melakukan ujian pemeriksaan fizikal kepada murid-murid tersebut terdapat


salah

seorang dari mereka mengalami badan yang gemuk setelah BMI (Indeks Jisim Badan)
murid itu

melebihi paras berat badan yang ideal iaitu BMI 26.4

Tubuh badannya agak gemuk daripada kawan-kawannya yang lain. Daripada beberapa
soalan

yang telah diajukan kepada murid ini, murid ini gemar makan makanan yang tidak
berkhasiat

seperti snak, air berkarbonat, makanan-makanan ringan dan sebagainya. Selain itu, tidak
mengamalkan aktiviti bersukan dan tidak makan makanan mengikut piramid makanan.

BIODATA PESAKIT

Nama : Chong Foo Weng Umur : 12 Tahun

No.S/B : Jantina : Lelaki

Bangsa : Cina Alamat : 401, Tanah Hitam, 31200 Chemor,

Perak

Tinggi : 157 cm Berat : 65 kg

BMI : 26.4 Sekolah :SJK(C) Tanah Hitam, Chemor

Setelah melakukan pemeriksaan Antropometri kepada murid ini maka status


pemakanan

murid ini dikenalpasti sebagai berlebihan berat badan. Selain itu, morbiditi yang dikesan

yang dipaggil Head to Toe keatas murid adalah normal.

Seterusnya perkhidmatan yang diberi oleh doktor adalah khidmat kauseling dan akan

dirujuk kepada PZM atau Pegawai Dietatik untuk lagkah selanjutnya.

PENCARIAN LITERATUR

Pertubuhan kesihatan Sedunia(WHO, 1948) mendefinisikan gaya hidup sihat sebagai


suatu

keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, sergas, cerdas serta bebas dari sebarang

penyakit.berlandaskan keadaan social dan masyarakat

Kajian Thatcher dan Rhea (2003) pula mendapati bahawa media massa, keluarga dan
rakan

sebaya merupakan pengaruh utama terhdap stail pemakanan pelajar

Konsep gaya hidup sihat merupakan suatu kempen aspirasi kerajaan bagi melahirkan
masyarakat
yang sihat, cergas, sejahtera dan bebas dari penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup
sedentari.

Sasaran utama kempen ini ialah semua golongan rakyat Malaysia terutamanya remaja
dan pelajar

institusi pengajian tinggi 'IPT. Empat komponen utama yang menjadi teras konsep gaya
hidup

sihat ini ialah 1. peningkatan pengetahuan dan amalan pemakanan. 2. peningkatan


pengetahuan

dan amalan menangani stress. 3. Peningkatan pengetahuan dan amalan anti merokok.
4.

Peningkatan pengetahuan dan amalan sukan dan rekreasi. Walaubagaimanapun,


keberkesanan

kempen ini dalam mempertingkatkan tahap kesihatan di kalangan rakyat Malaysia boleh
diragui.

Kurangnya penyelidikan khusus untuk menilai keberkesanan kempen ini selain


peningkatan

bilangan pesakit hipokinteik membuktikan bahawa keberkesanan kempen ini boleh


diragui

(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2004 Penang Cancer Registry, 2000)

Menurut Sizer dalam buku yang ditulisnya yang bertajuk Nutrition Concepts and

Controversies (2006), pada tahun 2000, 64% orang dewasa di Amerika Syarikat
mengalami

masalah lebihan berat badan dan lebih kurang 30% mangalami masalah obesiti.
Tambahan lagi,

seorang daripada tujuh kanak-kanak dan remaja di sana mengalami lebihan berat badan.

Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia


(UPM),Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada

tahun 2002 hingga 2003 bagi orang dewasa 18 hingga 59 tahun, jumlah peningkatan ini,
adalah

hampir 20 peratus berbanding kajian yang dijalankan sebelumnya iaitu pada tahun 1996

sebanyak 20 peratus. Menurut beliau lagi, perkara ini amat membimbangkan. Justeru itu
pelbagai

program akan dijalankan untuk mengubah cara hidup dan corak pemakanan rakyat
Malaysia.

Obesiti adalah gejala penyakit lebihan berat badan yang dialami oleh individu

yang memiliki indeks jisim badan (BMI) 30 atau lebih (William, 2005).

Menurut Dictionary of Biology, obesiti adalah lebihan berat badan. Obesiti adalah hasil
daripada

lebihan simpanan tenaga untuk satu jangka masa yang lama yang menyebabkan
peningkatan

jisam badan. Menurut satu lagi sumber iaitu buku World of Health obesiti adalah berat
yang

melebihi 20 peratus daripada berat ideal seseorang

artikel Global Obesity yang ditulis oleh Thoms.J, dalam Faces pada Mar 2007, turut
menyatakan

tentang statistik yang dikeluarkan oleh World Health

Organization (WHO), bahawa dua daripada tiga orang individu lebihan berat badan atau
obesiti

tinggal di negara yang membangun yang mana Malaysia adalah salah satu daripadanya.

Artikel seterusnya yang bertajuk Two Teen Health Danger : Obesity and Drug Addiction
pada
tahun 2005. Artikel ini ada menyatakan tentang peratusan golongan muda antara 12
hingga 19

tahun yang mengalami lebihan berat badan.

Artikel bertajuk Obesity in Children and Teens yang disiarkan pada Januari

2001, menyatakan bahawa antara 1633% kanak-kanak dan remaja adalah obes

PERBINCANGAN & HUJAH

DEFINISI

MENURUT KAMUS DEWANKegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang

berlebihan

KLASIFIKASI

FAKTOR FAKTOR

PERSEKITARAN

Faktor lingkungan atau persekitaran ternyata juga mempengaruhi seseorang untuk


menjadi

gemuk Jika seseorang dibesarkan dalam lingkungan yang menggangap gemuk sebagai
adalah

simbol kemakmuran dan keindahan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi
gemuk.

Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang yang obesiti
tidak

akan mengalami masalah-masalah psikologi berkaitan dengan kegemukan.

Jadi, bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat badan yang berlebihan dan belum
berjaya

mengurangi berat badan , janganlah berasa kecewa. Mungkin dengan mengetahui faktor-
faktor
penyebab kegemukan seperti yang tertulis anda akan menemui penyebab mengapa
berat badan

anda tidak kunjung susut.

FAKTOR KETURUNAN

Kegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di


dalam

sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk
cenderung

memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya faktor genetik telah ikut
campur

dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.

Hal ini dimungkinkan kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka unsur sel
lemak

yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan
kepada si

bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah bila bayi yang lahir pun memiliki
unsur

lemak tubuh yang relatif sama besar.

DIET YANG TIDAK SEIMBANG

Mengambil kurang makanan pula akan menyebabkan perut lapar dan kurang bertenaga.
Apabila

tenaga kurang, sistem badan akan secara automatik mengambil kalori dari sumber lain
untuk

ditukar menjadi tenaga iaitu sel-sel otot dan sel-sel lemak. Biasanya sel-sel otot lebih
mudah
untuk ditukar menjadi tenaga berbanding sel-sel lemak. Oleh itu, berat badan akan
menurun,

tetapi penurunan dalam jisim otot dan kandungan berat air sahaja. Sebaliknya lemak
masih

kekal.

Pada satu tahap, penurunan berat badan akan terhenti buat seketika kerana sel-sel otot
sudah

tidak diambil lagi untuk ditukar menjadi tenaga. Sistem badan akan melakukan
perubahan di

mana ketika ini sel-sel lemak pula akan ditukar menjadi tenaga. Ini biasanya akan
mengambil

sedikit masa. Kebiasaanya, ketika ini ramai yang sudah berputus asa untuk tidak berdiet
lagi.

KURANG MENGGUNAKAN TENAGA

Pekerjaan yang dilakukan hari-hari akan mempengaruhi gaya hidup seseorang.Kurang

melakukan aktiviti fizikal akan menyebabkan proses pembakaran kalori


terganggu.Umumnya

kandungan kalori yang berlebihan yang tidak diimbangi dengan aktiviti fizikal akan

menyebabkan tubuh menjadi berisi dan gemuk. Jika anda selalu tidur dan kurang
bersenam,

ianya akan mempengaruhi keadaan fizikal tubuh badan anda.

Aktiviti fizikal seperti senaman sangat perlu untuk membakar kalori dalam tubuh badan.
Jika

anda makan dengan berlebihan dan tidak diseimbangi dengan senaman, maka berat
badan anda
akan naik. Seseorang yang kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti lebih mudah
untuk

mendapat obesiti. Di dalam keadaan yang serba selesa pada masa kini juga boleh
menyebabkan

obesiti. Contohnya menonton televisyen, bermain video game, menggunakan komputer


dan

sebagainya.

Pada waktu bersukan, kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak
kalori yang

hilang. Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang
duduk

bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. sukan sangat


penting

dalam penurunan berat badan tidak sahaja kerana dapat membakar kalori, melainkan
juga kerana

dapat membantu mengatur berfungsinya metabolis normal.

BUDAYA MAKAN MALAM

Tentu ramai bersetuju bahawa orang Malaysia suka makan mengikut selera. Semua
makanan

yang sedap akan diambil tanpa memikirkan kesan pada kesihatan. Malah ramai juga
yang

berpegang pada falsafah, 'hidup hanya sekali dan makanlah selagi ada selera sebab jika
sudah

sakit, Salah satu punca obesiti tanpa disedari ialah budaya atau tabiat suka makan pada
waktu
malam.Restoran dan gerai-gerai yang dibuka 24 jam telah menikmati ramai orang
menghabiskan

waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam.

Memetik kata-kata mantan Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar yang pernah penulis
temui

tidak lama dulu, banyak negara yang telah dikunjunginya dan puas mengelilingi dunia,
tiada

negara yang restoran atau gerai makan yang dibuka 24 jam kecuali Malaysia. Mereka
yang

sememangnya tidak boleh tidur malam lantas menghabiskan masa dengan makan-
makan di

restoran mamak 24 jam atau gerai yang menjual bermacam-macam jenis makanan yang

enak.Namun,kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam dan lemak lebih mudah

berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jam menjual makanan yang tinggi kandungan


lemak, kalori

dan kolesterol.

Contohnya sekeping roti canai mengandungi 301 kalori, roti telur ( 356 kalori), capati (300

kalori), mi goreng (281 kalori) dan ayam goreng (255 kalori).

PENGARUH EMOSIONAL

Obesiti bermula daripada masalah emosional yang tidak dapat diatasi. Orang gemuk
dahaga akan

kasih-sayang, seperti masakan ibu sebagai simbol kasih terhadap mereka. Ia juga
dianggap

kelebihan makan sebagai subtitusi untuk pengganti kepuasan lain yang tidak tercapai
dalam
hidupnya.

Namun sebahagian orang yang berlebihan berat badan tidaklah lebih terganggu secara
psikologi

dibandingkan dengan orang yang berbadan normal .Meski banyak pendapat yang
mengatakan

bahawa orang gemuk biasanya tidak bahagia, namun sebenarnya ketidakbahgiaan


tekanan

batinnya lebih diakibatkan sebagai hasil daripada kegemukan.

Pada orang gemuk didapati bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek setelah

menyaksikan filem yang tegang atau suspens dibandingakan setelah menonton filem
yang

membosankan. Sedangkan pada orang yang berat badan berkurangan , selera makan
kerepek

tetap sama setelah menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan.

APA YANG DIHADAPI OLEH GOLONGAN OBESITI?

MASALAH PSIKOLOGI

Obesiti bukan hanya melibatkan kesihatan fizikal badan, malahan turut memberi kesan
kepada

psikologi dan kesihatan mental.

Kesihatan mental yang disebutkan bukanlah mengaitkan obesiti dengan penyakit gila
atau

masalah otak tetapi lebih kepada kesan kepada emosi individu yang mempunyai berat
badan

berlebihan atau obes hasil interaksi sosial.


Seseorang yang besar badannya akan diejek.Kesan diejek pada usia muda ini akan
dibawa

sehingga mereka dewasa dan mungkin membawa kepada masalah hidup yang
menjejaskan tahap

kepuasan hidup individu yang berbadan besar.

PENYAKIT

Selain daripada itu, Obesiti juga didapati memberikan kesan yang tidak diingini terhadap

kesihatan.

Contohnya,Sakit jantung.Lemak yang terlalu tebal boleh menyumbat saluran darah

menyebabkan organ tubuh kita tidak mendapat cukup oksigen yang diperlukan. Didapati
mereka

yang obes pada ukuran BMI lingkungan 25 ke atas terdedah kepada serangan jantung,
mati

mengejut, sakit dada dan denyutan jantung yang tidak normal.

Darah Tinggi juga merupakan salah satu penyakit yang akan dihadapi oleh obes.Ini
bermaksud

kandungan lemak darah (triglycerides) tinggi dan HDL kolestrol baik yang rendah di
dalam

darah pengidap obesiti. Trigliseride tinggi boleh menyumbat salur darah dengan cepat.
Apabila

ruang salur darah menyempit tekanan di dalamnya akan meningkat.

MASALAH SOSIAL

Obesiti juga dapat meningkatkan masalah sosial.Hasil dari kajian terbaru yang secara
asasnya
mendapati orang dewasa yang mengalami obesiti kurang aktif dalam seks dan masalah
ereksi

bagi lelaki manakala bagi wanita pula akan terdedah kepada kandungan tidak terancang.

Oleh sebab itu,taburan penduduk di Malaysia akan menjadi semakin kekurangan.Hal ini
akan

menyebabkan banyak masalah seperti bekalan sumber alam tidak dapat dieksploitasi
dalam tahap

yang optimum.Di samping itu,bebanan kerajaan akan menjadi berat apabila bilangan
warga emas

demi hari demi meningkat.Kesannya,proses pertumbuhan ekonomi di Malaysia akan


terbantut.

KAEDAH MENGATASI OBESITI

PEMAKANAN YANG SEIMBANG

Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan
dan

pemakanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan,
kita juga

dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung
semua jenis

pengelasan makanan, misalnya vitamin, protein, lemak dan sebagainya. Makanan


berkhasiat

seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan bijirin sebenarnya dapat membantu


pertumbuhan

serta kesihatan tubuh badan.

Elakkan makanan yang tinggi kandungan kolori seperti makan yang banyak lemak dan
gula.
Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan
dan

banyakkan makanan yang direbus dan dibakar. Elakkan menggunakan susu pekat manis
dalam

masakan kerana susu mengandungi kandungan gula yang amat tinggi. Selain itu,
kurangkan

kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih.

Hindari makanan berkadar gula dan lemak tinggi seperti cake cokelat, mentega, lemak
haiwan

dan sebagainya, Kita mestilah makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual
makan.

Minuman bersoda mestilah dikurangkan kerana kanak-kanak yang mengambil minuman


ini

berisiko tinggi mengalami kegemukan.

Laporan para pengkaji dari Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh The British Medikal
Journal

The Lancet, remaja AS perlu segera mengurangkan minuman bersoda dan jeruk yang
berisiko

mengganggu kesihatan.

Kegemukan dalam kalangan kanak-kanak juga disebabkan oleh punca lain. Misalnya
tabiat

menonton televisyen yang terlalu lama. Rancangan yang menarik seperti kartun dan
telenovela

membuatkan kanak-kanak mengurangkan aktiviti di luar rumah. Keadaan demikian


mendorong

tubuh kurang bergerak dan mudah menjadi gemuk.


Psikologikal

Rawatan obesiti diperingkat kanak-kanak adalah terapi jangka panjang dan mungkin
sepanjang

hayatnya. Ahli keluarga juga perlu menyertai bersama rawatan ini bagi mencapai
matlamat

rawatan yang dicita-citakan. Tujuan utamanya adalah untuk mencari bersama-sama


dengan

kanak-kanakdan remaja, corak tingkah laku individu yang membawa kepada


pengambilan

makanan yang berlebihan. Pengurusan konflik yang berbeza membantu menghadapi


situasi yang

berpotensi bermasalah. Pesakit diarahkan untuk mengkaji adab dan tingkah laku yang
baru dan

disokong bagi merealisasikan tingkah laku yang sihat. Pelan kaunseling individu perlu

berdasarkan gaya hidup. Strategi yang penting ialah dengan menggalakkan kawalan
kendiri,

kesedaran diri, interaksi sosial serta strategi yang positif.

AMALAN SENAMAN YANG EFEKTIF

Tentu ramai yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang,
kalau

ad penyakit tentu ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan
lagi

aktiviti anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan. Senaman perlu dilakukan secara
berterusan

setiap haridalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang
dilakukan.
Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 setiap hari daripada bersenam selama 2
jam tetapi

hanya seminggu sekali. Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik,


bersukan,

berenang dan sebagainya.

Kenapa perlu bersenam?

Anda tahu atau tidak mengapa kita perlu bersenam? Disini terdapat banyak faedah.
Antaranya

adalah badan kita menjadi sihat dan kuat. Kita juga akan terhindar daripada pelbagai
penyakit.

Antara faedah lain daripada bersenam ialah senaman dapat meningkatkan kelembutan

(kelenturan otot) dan membina kekuatan otot. Selain itu, jantung bekerja lebih cekap
ketika

bersenam dan berehat. Pergerakan nadi akan meningkat dan mencegah pengerasan
arteri serta

menurunkan tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin
ahmar.

Bersenam juga dapat menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Hal demikian
dapat

membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan

mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggan atau
kecederaan

yang lain.

MENGUBAH TABIAT
Seseorang obesity perlu mengenalpastikan masalah yang mengakibatkan kenaikan
berat badan

seperti tekanan perasaan ,makan mengikut perasaan,bosan dan sebagainya.seseoarang


itu perlu

mengelakkan perkara tersebut berlaku agar berat badan tidak di pengaruhi dengan
perkaraperkara yang menyebabkan kegemukan.pesakit juga perlu meletakkan matlamat
untuk

mengurangkan pengambilan kalori dan meningkatkan aktiviti fizikal seperti bersenam


semasa

menonton televisyen dan sebagainya.selain itu,pesakit hanya perlu menimbang berat


badan

mereka sekali seminggu untuk melihat perubahan yang berlaku.hal demikian kerana
apabila

mereka mengetahui berlaku sedikit perubahan ke atas diri sendiri ,mereka akan lebih
yakin untuk

meneruskan matlamat untuk menguruskan berat badan.mereka juga perlu memantau


jumlah dan

jenis pemakanan dan minuman yang diambil serta aktiviti fizikal yang dapat dilakukan
dalam

tempoh yang telah ditetapkan.hal ini kerana jika perkara tersebut tidak dititikberatkan
minda

akan lebih cenderung untuk tidak mematuhi pemakanan yang seimbang.mereka juga

memerlukan sokongan yang kuat daripada keluarga dan kawan kerana golongan
tersebut dapat

menberi semangat untuk lebih yakin dengan berat badan mereka.

UBAT-UBATAN
Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga sepuluh
peratus berat

badan.terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu lipase inhibator.sejenis ubat untuk


menhaklang

enzim lipase didalam saluran penghadaman memproses lemak makanan yang dimakan
daripada

menyerap ke dalam tubuh.bagaimanapun,ia hanya menyekat 1/3 daripada lemak


tersebut dan

bakinya akan memasuki system penghadaman makanan.selain itu,terdapat juga ubat


untuk

mengekalkan paras hormone adrenalin dan serotonin.dengan memakan ubat ini,ia akan

mengawal fingsi selera makan dalam otak yang menyebabkan individu terbabit berasa

kenyang.kesan sampingannya ialah hipertensi,sukar tidur,jantung berdebar,panas dan

sebagainya.ubat ini tidak digalakkan makan selalu kerana mengundang kesan


sampingan .ubat

yang ketiga adalah ubat kencing manis.

KESAN OBESITI

Sakit Jantung

Lemak yang terlalu tebal boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dalam organ

tubuh kita dan menyebabkan tubuh badan kita tidak mendapat oksigen yang

mencukupi.Mereka yang mengalami obes iaitu pada ukuran BMI dalam lingkungan

25 ke atas terdedah dan menyebabkan penyakit seperti serangan jantung, mati

mengejut, sakit dada dan denyutan jantung yang tidak normal

Darah Tinggi
Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan berekemungkinan mendapat

tekanan darah tinggi. Puncanya kandungan lemak darah (triglycerides) tinggi dan

HDL kolestrol baik yang rendah di dalam darah pengidap obesiti.Trigliseride yang

tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dengan cepat. Apabila ruang

salur darah telah menyempit tekanan di dalamnya akan meningkat

Kanser

Golongan obesiti mempunyai risiko lebih tinggi terhadap pelbagai jenis kanser

seperti kanser endometrical iaitu kanser lining uterus, kolon,gall bladder , prostat,

buah pinggang dan post menopausal, breast kanser

Penyakit Kencing Manis

Obesiti mempunyai kaitan rapat dengan diabetes. Pengambilan gula yang

berlebihan dan mempunyai tabiat malas bersenam akan menyebabkan seseorang

individu tersebut mudah terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan. Misalnya, gula

boleh menjejaskan platelet darah yang mungkin menjadi punca kepada masalah

jantung. Malah, gula turut menjadi antara penyebab penyakit kencing manis jenis

dua, tulang rapuh, masalah ginjal, hati, kemurungan serta dikaitkan dengan tumor

darah.

Emosi Tidak Stabil

Seseorang yang mengalami obesiti juga akan menyebabkan emosi tidak stabil dan

sering menganggap dirinya tidak menarik, kurang keyakinan diri dan mengalami

depresi kerana tidak dapat menghadapi hidup yang normal dan aktif seperti orang

lain

Anda mungkin juga menyukai