Anda di halaman 1dari 18

OUM

119
TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI
TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI
PENGENALAN
Senaman adalah latihan satu jenis gerak badan. Tidak ada terlalu tua atau muda untuk
bersenam. Senaman ialah untuk semua dan senaman adalah asas kesihatan.
Kebanyakkan orang bersenam dan rekreasi kerana mereka ingin menjadi cergas
seumur hidup dan menikmati erti kesejahteraan yang sebenar. Terdapat dua jenis
kegiatan rekreasi, iaitu rekreasi aktif dan pasif. Kegiatan rekreasi aktif merangkumi
kegiatan berjalan kaki, berjoging, mendaki gunung, berkenu dan lain-lain. Kegiatan
membaca dan bermain catur, bermain congkak dan mendengar muzik pula merupakan
kegiatan dalam kategori senaman pasif.
Setengah kegi atan bol eh di l akukan secara i ndi vi du atau berkumpul an. Wal au
bagaimanapun, tentu lebih bermanfaat jika kegiatan itu dilakukan secara berkumpulan
l ebi h seronok dan t i dak membosankan. Rekreasi dan senaman merupakan
pembaharuan kesejahteraan fizikal dan mental. Ia sangat penting dalam perkembangan
manusia. Rekreasi dan senaman menyihatkan dan menyegarkan tubuh badan.
Kajian senaman melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi 1996 yang dilakukan
hanya 11.6% daripada rakyat Malaysia yang aktif bersenam iaitu bersenam
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. (www.moh.gov.my) Manakala mengikut
laporan WHO, dianggarkan lebih kurang 2 juta manusia mati setiap tahun
disebabkan gaya hidup yang tidak aktif dan secara globalnya, ia penyebab
sebanyak 10%-16% kes kanser payudara, kanser kolon, diabetes dan 22%
kepada penyakit jantung. WHO juga melaporkan risiko untuk mendapat penyakit
kardiovaskular adalah 1.5 kali lebih tinggi dari mereka yang menjalankan aktiviti
fizikal mengikut yang dicadangkan iaitu setiap kali sebanyak 3 hingga 5 kali
seminggu. (http://www.who.int/dietphysicalactivity/en/)
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menyenaraikan faedah fisiologi yang diperolehi daripada senaman dan kegiatan
rekreasi;
2. menghurai definisi kecergasan keseluruhan dan mengamalkan aktiviti berkaitan
senaman;
3. mengenal pasti beberapa jenis rehat pasif dan rehat aktif;
4. menerangkan bahawa rehat, istirehat dan senggang ialah faktor-faktor penting
pertumbuhan, pemulihan dan pemeliharaan tubuh badan; dan
5. menerangkan cara-cara mengatasi stres dan pengurusan konflik.
SENAMAN DAN REKREASI TOPIK 7
120
OUM
PETA MINDA TOPIK
7.1.1 Keperluan Senaman dalam Kehidupan
Mengapa anda perlu bersenam?
Senaman adalah perlu menjaga kesihatan dan pengekalan tahap kecergasan yang
tinggi. Antara kelebihan senaman untuk kesihatan adalah seperti berikut:
menguatkan kesihatan jasmani terutamanya jantung, paru-paru dan otot-otot;
mengelakkan penyakit-penyakit seperti penyakit jantung koronari, kencing manis dan
tekanan darah tinggi;
membantu anda bertenang;
membantu anda mengurangkan lemak untuk mengawal berat badan;
membuat anda sihat dan lebih cergas;
membantu anda tidur dengan lebih nyenyak;
meningkatkan kolesterol baik dalam badan;
menguatkan tulang dan sendi; dan
membina kekuatan dan daya tahan otot.
Tips:
Kesihatan jasmani bukanlah sesuatu yang anda dapat capai dengan serta
merta.
Untuk sentiasa sihat, anda hendaklah menjadikan senaman sebahagian
dari cara hidup anda.
OUM
121
TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI
7.1.2 Kesan Senaman dari Aspek Fisiologi
Fisiologi merujuk pada fungsi dan proses dalam sistem tubuh badan manusia, seperti
sistem pernafasan, sistem peredaran darah dan sistem otot.
Orang yang aktif dalam senaman dan kegiatan rekreasi akan memperolehi faedah
seperti peningkatan daya tahan kardiovaskular dan tahap kelenturannya. Faedah
fisiologi yang lain termasuklah dapat mengawal koordinasinya dan meningkatkan daya
tahan dan kekuatan ototnya.
Faedah senaman dan rekreasi dari segi fisiologi termasuklah peningkatan:
daya tahan;
kelenturan;
koordinasi; dan
kekuatan.
7.1.3 Cara Bersenam
(a) Bagaimana merancang dan cara untuk bersenam?
(i) Di rumah
melaksanakan kerja rumah seperti membasuh baju, mengemas rumah, mencuci
pinggan mangkuk, mencuci lantai, longkang kawasan rumah, berkebun dan berjalan-
jalan di kawasan perumahan. Gunakan peluang untuk berjalan kaki semasa
melakukan kerja-kerja rumah contohnya berjalan kaki ke kedai untuk membeli
barangan dapur.
(ii) Di tempat kerja
menaiki tangga dan mengurangkan penggunaan lif, melakukan senaman ringgan
seperti regangan sebelum memulakan sesuatu aktiviti atau dipertengahan
mesyuarat dan menyertai aktiviti kecergasan di tempat kerja anda. Banyakkan
berjalan semasa berkerja dan berurusan di tempat kerja daripada duduk sahaja di
atas kerusi.
Senaman yang tidak tetap tidak akan memberikan sebarang kesan yang positif,
tetapi senaman dan rekreasi yang tetap sekurang 3-4 hari seminggu dibahagikan
sama rata akan membina kesihatan jasmani yang mantap.
(b) Berapa banyak anda perlu bersenam?
Untuk mendapat faedah dari senaman yang dilakukan anda perlu bersenam sekurang-
kurangnya 3 hingga 4 kali seminggu selama 20 minit hingga 30 minit setiap sesi.
Penemuan terbaru menyatakan anda juga boleh menikmati faeadah-faedah kesihatan
sekiranya anda melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang sederhana seperti melakukan kerja-
kerja rumah atau berjalan kaki selama 10 minit melakukan aktiviti-aktiviti ini anda sudah
memenuhi kehendak senaman.
(c) Nasihat perubatan
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan aktiviti fizikal/senaman
anda, terutamanya jika anda:
Lelaki berumur 35 tahun ke atas atau wanita 40 tahun ke atas
Memiliki berat badan berlebihan sebanyak 7 kg ke atas
SENAMAN DAN REKREASI TOPIK 7
122
OUM
Tidak jelas dengan status kesihatan anda
Memiliki sejarah perubatan seperti sakit jantung, asma, darah tinggi dan lain-lain
Sedang dalam rawatan
Tidak pernah bersenam untuk beberapa waktu atau tidak melakukannya secara
teratur
Anda tidak perlu melakukan senaman yang lasak untuk menjadi cergas. Pilih senaman
mengikut kemampuan anda. Berjalan kaki adalah antara yang terbaik dan selamat jika
dilakukan dengan betul. Untuk panduan senaman yang ringkas dan lebih berkesan
bolehlah anda melakukan mengikut prinsip FITT:
F - Frequency (kekerapan) - 3-5 kali seminggu
I - Intensity (tekanan bebanan) - sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas
panjang dengan selesa.
T - Time (masa) - sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk memanas
dan menyjukkan badan)
T - Type (jenis) aerobik, bersukan contoh: bola sepak, bola jaring, badminton.
(d) Senaman yang baik mengandungi:
5 minit memanaskan badan
Ini menyediakan badan anda untuk senaman selanjutnya yang lebih berat.
15-60 minit senaman aerobik
Anda harus bersenam dengan bersungguh-sungguh sehingga anda berpeluh, tanpa
susah bernafas.
5 minit menyejukkan badan
Ini dapat mencegah pening kepala atau pitam yang berlaku jika anda berhenti
bersenam dengan tiba-tiba.
Misi Kementerian Kesihatan Malaysia
Misi Kementerian Kesihatan Malaysia ialah mewujudkan penglibatan dan
penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan
rakyat untuk:
Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka.
Menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai.
Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan
bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.
OUM
123
TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI
Latihan 7.1
Sediakan jadual aktiviti senaman/ rekreasi harian anda selama seminggu.
Buat penilaian terhadap jadual tersebut.
(e) Maklumat penggayaan
Pusat sukan dan rekreasi telah menyediakan pelbagai perkhimatan sukan dan rekreasi
berserta kemudahan yang lengkap dan terkini. Aktiviti rekreasi adalah berikut:
1. Sukan Air
2. Aktiviti Lasak
3. Wall Climbing/memanjat tembok
4. Sukan Massa
5. Aerobik
6. Lari Ria
Pusat sukan dan rekreasi juga memberi sokongan kepada aktiviti sukan dan rekreasi
anjuran daripada IPTA/IPTA tempatan. Selain daripada tumpuan kepada para pelajar,
pusat sukan dan rekreasi juga tidak melupakan aktiviti untuk para kakitangan univesiti.
Antara kejohanan yang dianjurkan dan sertai kursus untuk para kakitangan ialah:
Sukan Antara Jabatan
Sukan Staf Antara Universiti Malaysia
Sintani (Sintok-Pattani)
Sindai (Sintok-Skudai)
Bola Sepak 4 penjuru
Karnival Sukan Badan Berkanun Malaysia
Liga Pos Sempadan
MAKSAK
Lain-lain Sukan Jemputan
SENAMAN DAN REKREASI TOPIK 7
124
OUM
Cadangan aktiviti dalam rancangan mengajar untuk kanak-kanak pra-sekolah dan
tahun satu persekolahan.
A. mengembangkan motor halus , contohnya menguasai kemahiran koordinasi mata tangan
dan menguasai kemahiran motor kasar contohnya koordinasi otot leher, kepala dan lain-lain,
agar kemahiran tersebut dapat membantu kanak-kanak dalam aktiviti senaman, rekreasi dan
mengisi masa senggang mereka.
Bermain menggunakan pelbagai bahan untuk membuat kolaj
Meramas, menggentel, mengoyak, mencubit, menguji dan memicit
Menyanyi dan membuat lakonan menggunakan jari
Membuka dan menutup botol pelabgai saiz
Mengikat tali
- kasut
- bungkusan
Bermain mengguna cara jentik seperti karom
Meniru pergerakan kepala ke kiri, ke kanan, ke atas dan ke bawah mengikut rentak muzik
dengan menanduk objek lembut.
Menggunakan gunting dengan betul
Membilang lampu di siling, melihat kapal terbang lalu
Menguntai manik mengikut saiz besar kecil ke besar atau dari besar ke kecil
Menuang air ke dalam bekas pelbagai bentuk
Mengena butang, zip
Melukis garis lurus dan zig zag
Bergerak mengikut arahan dan rentak muzik
Permainan angkat sebelah kaki
Ketingting dengan iringan muzik
Murid berjalan secara berjengket
Gerakan melompat seperti binatang ( arnab, katak, kanggaru)
Loncatan dari gelung ke gelung
Berlari dari jarak yang ditetapkan secara kumpulan dan individu
Menaiki dan menuruni tangga tanpa memegang railing
Meniti secara individu dan kumpulan
Membuat pergerakan kepala ke kiri, ke kanan, ke atas dan ke bawah mengikut rentak muzik
Menanduk objek lembut mengikut rentak muzik
Bermain guli
Membaling bola dalam bakul
Membaling gelung ke dalam skital
Permainan bola monyet
Bermain bola
Bermain bola keranjang
Bermain skiping berganti-ganti secara individu pasangan dan kumpulan
OUM
125
TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI
7.2 REHAT, ISTIREHAT DAN SENGGANG
Manusia perlu rehat di dalam setiap perkara. Rehat adalah faktor penting dan sering
dikaitkan dengan tidur. Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup.
Kita sering menganggap bahawa rehat yang cukup perlu untuk pembelajaran yang
berkesan. Dalam hal ini terdapat banyak definisi tentang berapa jumlah masa untuk
rehat yang baik dalam setiap hari. Sebenarnya apabila kita berbicara tentang rehat maka
kita harus faham bahawa rehat memerlukan kualiti. Maksudnya kita lihat ramai orang
mengatakan bahawa mereka perlu rehat pada petang selama 3 jam dan waktu malam
8 jam. Ini adalah kaedah yang tidak begitu baik. Sepatutnya kita mesti menguruskan
waktu rehat dengan berkesan.
7.2.1 Definasi dan Konsep
Rehat ialah tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti
fizikal atau mental atau melakukan aktiviti yang ringan. (Sumber: Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan). Waktu rehat boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan,
menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Untuk merehatkan badan yang telah penat
bekerja, kita boleh melakukan aktiviti ringan seperti membaca, bermain karom atau
permainan dalaman yang lain. Untuk merehatkan otak yang telah penat berfikir kita
boleh mendengar muzik, membaca majalah, bermain dan bersiar-siar.
Istirehat ialah satu tempoh masa terluang yang diisi dengan aktiviti ringan dan tidak
aktif (Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan). Mendengar muzik,
melukis atau tidur sejenak bolehlah dianggap sebagai beristirehat. Masa beristirehat
kita berasa amat tenang dan semasa istirehat juga, kita dapat melegakan ketegangan
dan stres. Setiap hari badan dan otak kita memerlukan istirehat.
Kesenggangan ialah waktu terluang yang diisi dengan sebarang aktiviti yang digemari.
(Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan) Biasanya waktu terluang ini
diisi dengan aktiviti yang tidak membebankan badan dan otak. Akan tetapi, sesetengah
orang lebih gemar mengisi waktu senggangnya dengan aktiviti yang proaktif seperti
melukis, mengubah lagu, menanam dan menyiram pokok bunga dan sebagainya. Waktu
senggang ini boleh juga digunakan untuk memulihkan keadaan badan dan otak yang
telah penat berkerja. Iaitu dengan cara berehat atau tidur. Setiap hari kita perlu
mempunyai waktu kesenggangan yang berkualiti pada masa tertentu.
7.2.2 Jenis-jenis
Rehat boleh dibahagi kepada 2 jenis, rehat pasif dan rehat aktif:
(a) Rehat pasif bermakna rehat tanpa melakukan pergerakkan badan, iaitu tiada regangan
otot. Tiga jenis rehat pasif yang berkesan ialah latihan mental, pembayangan gambaran
dan istirehat fizikal. Kita boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dan
dalam postur yag selesa.
(b) Rehat aktif ialah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal untuk meregangkan
otot badan. Kita boleh membuat senaman yang ringan seperti berjalan-jalan dan
mengambil angin di taman bunga atau melakukan senamrobik. Senamrobik boleh
dilakukan rentak muzik.
SENAMAN DAN REKREASI TOPIK 7
126
OUM
7.2.3 Aktiviti
(a) Aktiviti rehat pasif
(i) Latihan Mental
Meditasi merupakan bentuk latihan mental yang paling popular. Bertafakur atau
meditasi bermakna memikirkan sesuatu dengan mendalam. Semasa melakukan
meditasi, kita duduk dengan cara pasif dan menumpukan sepenuh perhatian pasa
rangsangan yang berbentuk objek di hadapan.
(ii) Pembayangan gambaran
Penggunaan pembayangan gambaran sebagai suatu kaedah istirehat induksi telah
digunakan dengan meluas. Pemandangan alam yang indah merupakan tema yang
lazim dalam pembayangan gambaran. Berangan-angan sesungguhnya diiktiraf
sebagai suatu cara untuk kita berehat sambil lari daripada kenyataan hidup harian.
Pembayangan gambaran yang dilakukan mengikut panduan dinamakan
pembayangan positif. Melalui teknik ini, kita perlu membayangkan suatu kenangan
yang manis atau suasana yang tenang. Kita juga boleh membayangkan suatu
pemandangan indah yang pernah kita lihat. Ini boleh dianggap sebagai angan-angan
yang positif.
(iii) Istirehat fizikal
Untuk memulakan istirehat fizikal, kita perlu memilih suatu tempat yang tenang.
Kemudian longgarkan pakaian kita. Pejamkan mata dan biarkan badan kita berada
dalam kedudukan yang selesa dan keadaan rehat yang sepenuhnya. Tarik nafas
dalam-dalam dan secara seragam. Hembus nafas. Lakukan secara berterusan.
Kita boleh meredakan ketegangan pada keseluruhan otot badan, sama ada secara
menurun bermula daripada bahagian kepala atau secara menaik bermula daripada
bahagian kaki. Misalnya, kita boleh bermula daripada kepala dan menurun ke mata,
rahang, leher, tengkuk, bahu, lengan, dada, abdomen, pinggang, paha dan bahagian
belakang.
Ketegangan pada bahagian badan tertentu boleh diredakan jika kita mengendurkan
otot setelah menerangkannya. Misalnya, untuk meredakan ketegangan pada tangan
kanan, gengamkan tangan kita perlahan-lahan sehingga otot tangan dan lengan
terasa getaran selama lima hingga tujuh saat. Kita akan terasa getaran itu hingga
ke bahu. Getaran itu dirasai kerana berlakunya regangan otot setelah membuka
genggaman, tumpuan fikiran kita untuk merehatkan otot. Keadaan ini dinamakan
istirehat. Ulangi langkah ini untuk bahagian-bahagian badan yang lain dengan
mengerutkan muka, membengkokkan lengan dan kaki pada sendi-sendi atau
mengengsotkan di atas lantai tempat kita duduk atau baring. Setelah melakukan
aktiviti ini secara sistematik pada seluruh badan, kita akan merasa lega dan segar.
OUM
127
TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI
(b) Aktiviti rehat aktif
(i) Latihan regangan
Antara beberapa latihan regangan yang sesuai untuk rehat aktif ditunjukkan di bawah:
(ii) Aktiviti kesenggangan
Memancing ikan aktiviti yang boleh menenangkan pemikiran seseorang dan
membentuk sikap tidak terburu- buru.
Bermain bola sepak sukan yang boleh mengeratkan hubungan pemain.
Berenang sukan yang boleh melegakan badan seseorang.
Mendengar muzik yang merdu boleh menenangkan pemikiran seseorang.
Bermain alat muzik ini dapat menyenangkan seseorang.
Menyanyi ini dapat meyebabkan seseorang meluahkan perasaannya.
Bermain catur ini dapat melatih kecergasan pemikiran seseorang.
Menonton televisyen ini dapat menyeronokkan seseorang.
SENAMAN DAN REKREASI TOPIK 7
128
OUM
Membaca buku ini dapat menenangkan pemikiran dan menambah
pengetahuan seseorang.
Membaca suratkhabar boleh mengetahui gejala sosial di dalam dan luar
negara.
Membuat kek dapat mengetahui cara membuat kek dan berasa puas hati
jika berjaya membuatnya.
Menanam bunga dapat meluangkan masa lapang dan membentuk nilai
menghargai alam sekitar.
Bersiar-siar dapat melegakan hati seseorang.
Berlari menjaga kesihatan seseorang.
Membuat yoga sukan yang membentuk dan struktur badan yang baik.
Menari meneroka keaktifan seseorang.
Melukis meneroka keaktifan seseorang.
Berlumba basikal melegakan perasaan seseorang dan membentuk
keseronokkan.
Berbual-bual melegakan perasaan seseorang.
Bersenam menyegarkan pemikiran dan menjaga kesihatan seseorang.
(iii) Maklumat penggayaan
Rekreasi Kesenggangan
Aktiviti terancang Aktiviti tidak terancang
Sentiasa dijalankan dalam kumpulan Boleh dijalankan dalam kumpulan atau
individu
Memerlukan tenaga yang banyak Memerlukan tenaga yang sederhana
Memerlukan latihan yang sistematik Tidak memerlukan latihan yang sistematik
Aktiviti dijalankan di tempat/persekitaran Akti vi ti ti dak semesti nya di j al ankan di
yang tertentu tempat/persekitaran yang tertentu
Aktiviti agak tercabar Kurang tercabar
Contoh: abseiling, perkhemahan Contoh: bersiar-siar, menyiram pokok
Jadual 7.1: Perbezaan Rekreasi dan Kesenggangan
Latihan 7.2
Dapatkan bahan di akbar atau majalah yang berkaitan dengan rehat,
rekreasi dan kesenggangan. Jelaskan maklumat yang anda peroleh di
dalam kuliah?
OUM
129
TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI
7.3 KONFLIK DAN STRES
Konflik dan stres adalah dua faktor yang bertindak balas dan kerap mengganggu
perjalanan hidup remaja. Bentuk konflik dan stres adalah berbeza-beza antara
seseorang remaja dengan remaja yang lain. Perbezaan ini adalah dipengaruhi oleh
faktor-faktor luaran dan dalaman contohnya emosi, sosial ekonomi, persekitaran, rakan
sebaya dan lain-lain.
7.3.1 Penghargaan Diri
Konsep kendiri juga merangkumi unsur penghargaan diri. Penghargaan diri merupakan
penilaian yang positif terhadap keupayaan dan potensi fizikal serta psikologi diri
berdasarkan imej kendiri sebenar.
Penghargaan diri bermula dengan keyakinan diri. Seseorang yang mempunyai
keyakinan diri akan berbangga dengan keupayaan dan potensi fizikal serta psikologinya.
Contohnya kita akan berbangga kerana berkebolehan dalam sesuatu kita lakukan serta
sifat kita yang mempunyai daya kreatif, berketerampilan dan berinisiatif. Dengan itu,
kita lebih sanggup menghadapi cabaran tanpa sebarang masalah, konflik atau stres.
Bukan semua orang mempunyai sifat-sifat ini, kerana setiap orang dikalangan kita tidak
dapat menjauhkan diri dari masalah konflik dan stres dalam menjalani kehidupan harian.
7.3.2 Jenis, Kesan dan Cara Mengatasi
Stres adalah sebahagian daripada kehidupan. Ianya bukanlah penyakit. Stres adalah
apa saja yang menimbulkan perasaan tegang, takut, marah, atau kecewa. Akan tetapi,
jika stres yang berlebihan dan berpanjangan boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan
mental.
Rajah 7.1: Faktor luaran penyebab stres
SENAMAN DAN REKREASI TOPIK 7
130
OUM
(i) Tempat belajar/kerja
Persekitaran tempat pembelajaran di sekolah memberi impak yang besar kepada
seseorang pelajar. Keadaan sekolah yang bersih, hubungan baik antara guru dan pelajar
dan kemesraan hubungan sesama rakan akan membantu mengurangkan stres. Waktu
berkerja yang panjang mungkin juga boleh menyebabkan seseorang itu merasa tertekan,
penat dan menghadapi stres.
(ii) Kegagalan institusi keluarga
Kebahagiaan keluarga adalah faktor penting bagi mengelakkan stres dikalangan remaja.
Kasih sayang yang diberi oleh ibu bapa kepada anak-anak dan kemesraan sesama ahli
keluarga adalah tunggak kepada keluarga bahagia. Kegagalan institusi keluarga memikul
tanggungjawab yang diberi menjadi punca stres yang menyebabkan remaja bermasalah.
(iii) Tiada hubungan baik sesama jiran tetangga
Situasi masyarakat/komuniti masa kini banyak mempengaruhi remaja. Masalah tiada
hubungan baik sesama jiran tetangga boleh menyebabkan stres. Dalam kehidupan
masyarakat kerukunan sesama jiran haruslah dijaga agar kehidupan lebih harmoni dan
selesa.
(iv) Persekitaran yang tidak selesa
Persekitaran yang tidak selesa contohnya pencemaran bunyi daripada kenderaan dan
kegiatan manusia turut mempengaruhi emosi kita. Keadaan suhu yang tidak menentu
contohnya terlalu panas atau sejuk akan menyebabkan ketidakselesaan dan mungkin
sekaligus menyebabkan stres.
(v) Masalah sosial
Masalah sosial seperti kejadian jenayah, penyalahgunaan bahan seperti penyalahgunaan
dadah boleh mengakibatkan stres dikalangan ahli masyarakat di sekelilingnya. Banyak
kes-kes jenayah yang melibatkan remaja telah menyebabkan timbul rasa takut dikalangan
masyarakat setempat. Rasa takut ini akan menyebabkan stres.
Rajah 7.2: Faktor dalaman penyebab stres
OUM
131
TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI
(a) Bagaimana cara mengatasi Stres?
Menghindari rokok
Lakukan senaman dan dapatkan tidur yang mencukupi
Gunakan masa dengan efektif, keutamaan kerja/tugas
Mengambil cuti/rehat sementara
Memberikan teguran yang positif
Berkongsi/meluahkan perasaan kepada kawan atau ahli keluarga yang boleh
dipercayai
Berpegang teguh kepada ajaran agama
Rancang masa anda
Tetapkan matlamat yang realistik untuk dicapai
Imbangkan antara kerja dan rekreasi
Dapatkan bantuan kaunseling/nasihat
Anda boleh juga mengamalkan teknik rekreasi seperti:
Teknik pernafasan
Aromaterapi
Rajah 7.3: Konflik
Latihan 7.3
Berdasarkan gambarajah diatas, dengan menggunakan internet, layari
laman web yang berkaitan dengan topik tersebut. Dapatkan maklumat
tentang penyebab stres dan dalam kumpulan bertiga hurai serta
jelaskan faktor-faktor yang dimaksudkan dan yang menjadi penyebab/
punca stres.
SENAMAN DAN REKREASI TOPIK 7
132
OUM
Konflik timbul apabila seseorang itu terpaksa berhadapan dengan masalah sukar
hendak membuat pilihan diantara dua perkara yang bertentangan atau bercanggah
matlamatnya. Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada konflik.
Penceraian ibu bapa menyebabkan anak sukar membuat pilihan sama ada ingin tinggal
dengan ibu ataupun bapa.
Perbezaan pendapat atau pandangan menyebabkan seseorang itu sukar untuk memilih
pendapat atau pandangan yang baik untuk membuat keputusan dan menyelesai masalah.
Perbezaan nilai dan budaya menyebabkan seseorang itu sukar memilih nilai yang baik
untuk diamalkan.
7.3.3 Pengurusan Konflik dan Peningkatan Penghargaan Diri
Konflik perlu diuruskan dengan berkesan bagi mengelakkan diri daripada terdedah
kepada kesan yang negatif. Langkah-langkah berikut boleh dilakukan untuk mengurus
konflik.
Rajah 7.4: Langkah-langkah mengelakkan konflik
OUM
133
TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI
(a) Peningkatan penghargaan kendiri
Sesungguhnya konsep kendiri dapat diperkembangkan melalui kegiatan fizikal, seperti
senaman dan rekreasi yang teratur, amalan kesihatan dalam pemakanan yang seimbang
dan dalam kuantiti yang betul, pergaulan sosial, pemikiran serta penaklukan.
Rajah 7.5: Peningkatan penghargaan kendiri
SENAMAN DAN REKREASI TOPIK 7
134
OUM
B. komponen perkembangan fizikal perlu disepadukan dengan komponen lain iaitu
komponen perkembangan sosioemosi melalui aktiviti pembelajaran yang menarik
untuk membolehkan murid-murid mengfokuskan kepada penguasaan kemahiran
emosi yang matang contohnya dapat memahami emosi dan menguruskan emosi
sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif dan membina kemahiran
sosial. Kebolehan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid-murid.
Memahami keperluan emosi
Menghormati pandangan orang lain
Membina keyakinan diri
Memupuk semangat berdikari
Memupuk sikap positif terhadap pembelajaran atau kehidupan seharian yang
penuh dengan pelbagai cabaran.
Nilai-nilai yang dibincangkan di atas dapat mengembang kepada kestabilan
dalam menyelesaikan masalah konflik dan stres dikalangan kanak-kanak sekolah.
Bercerita tentang watak-watak yang mengalami emosi tertentu melalui:
- situasi benar dalam kehidupan sehari
- cerita kanak-kanak
memperlihatkan mimik muka mengikut emosi seperti marah, gembira, sedih,
terkejut, takut, kasih, jijik dan malu.
Melukis dan mewarna mimik-mimik muka berdasarkan emosi-emosi tertentu.
Membina pelbagai mimik muka yang beremosi menggunakan pelbagai media.
Menyatakan situasi yang dialami oleh murid serta menyatakan perasaan
mereka seperti semasa:
- membantu ibu di dapur
- mengemaskan bilik tidur
- berkongsi alat minuman
Berbual mengenai perasaan atau emosi yang dialami sama ada negatif atau
positif.
Membezakan gambar-gambar berkaitan dengan emosi.
Bercerita mengenai keburukan akibat terlalu mengikut perasaan.
Bercerita tentang cara mengurus emosi yang negatif supaya suasana kehidupan
menjadi lebih baik.
Main peranan cara seseorang menyesuaikan diri dengan keadaan.
Bercerita tentang peristiwa yang pernah dialami yang menunjukan sesuatu
kelemahan dan kesilapan diri sendiri.
Bercerita tentang peristiwa yang menunjukkan kelebihan atau keistimewaan
sendiri
Menggunakan carta emosi untuk menyatakan perasaan sendiri pada orang lain
mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.
OUM
135
TOPIK 7 SENAMAN DAN REKREASI
RUMUSAN
Pengurusan masa yang baik adalah penggunaan masa yang kualiti. Kualiti masa dicapai
dengan adanya prinsip asas bagi kita menguruskan masa. Justeru itu senaman dan
rekreasi akan menjadi lebih berkesan dan penuh bermakna.
Rehat, rekreasi dan kesenggangan adalah saling berkaitan. Rehat, rekreasi dan
kesenggangan juga penting kepada pertumbuhan, pemulihan dan pemeliharaan fungsi
sistem badan. Ketiga-tiga menolong memulihkan kelesuan, meningkatkan kewaspadaan
dan meningkatkan kecekapan system tubuh badan. Kita perlu membuat perancangan
dan penggunaan masa untuk berehat, rekreasi dan kesenggangan dengan bijak dan
berkesan. Penjadualan aktiviti mesti mengambil kira faktor-faktor seperti kemampuan
diri, minat, kemudahan, alatan, masa, jenis, aktiviti dan makanan.
Oleh sebab konflik dan stres boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada diri
seseorang, adalah lebih baik jika dicegah daripada awal. Sebagai persediaan kita perlu
memastikan mental dan fizikal sentiasa bersedia dengan kemungkinan yang berlaku.
Kita hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa berfikiran positif.
GLOSARI
Imej kendiri gambaran yang terbentuk dalam pemikiran seseorang dan
tanggapannya terhadap diri sendiri; tanggapan orang lain
terhadap dirinya dan dirinya yang benar.
Keselesaan kel egaan, kemudahan dan kepuasan; kepuasan keti ka
melakukan sesuatu.
Konflik berselisih, bertentangan.
Latihan aerobic aktiviti atau kegiatan yang menggunakan otot dan perlukan
oksigen.
Nilai pemikiran tentang sesuatu yang dianggap baik, betul dan
diterima umum.
Penghargaan diri penillaian positif terhadap keupayaan dan potensi fizikal serta
psikologi diri berdasarkan imej kendiri sebenar.
Pusat kecergasan sebuah dewan yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan
unt uk l at i han dan program kecergasan. Bi asanya i a
beroperasi secara komersil dan mempunyai juru tunjuk yang
bertauliah.
Rekreasi kegiatan yang berunsur hiburan ; keseronokan dan membawa
kebaikan.
Sejahtera bebas daripada segala bentuk kesusahan; selamat; aman;
sentosa dan makmur
Senggang waktu tidak sibuk, lapang.
SENAMAN DAN REKREASI TOPIK 7
136
OUM
UJIAN 1
Nyatakan jenis rehat, rekreasi dan kesenggangan yang anda gemari. Bagaimanakah
aktiviti itu dapat menolong memulihkan kelesuan yang anda alami, meningkatkan
kewaspadaan dan meningkat kecekapan sistem tubuh badan anda?
UJIAN 2
Anda bersama rakan-rakan anda yang lain ingin menjadi ahli sebuah pusat kecergasan
yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Sediakan satu senarai semak yang akan
menolong anda dan rakan-rakan memilih pusat kecergasan yang sesuai. Ini merupakan
open book test.
RUJUKAN
(2006). Leadership Convention. PHHP. Johor Bahru: Malaysia.
(2003). Huraian Kurikulum Pra-sekolah Kebangsaan. PPK. Kementerian Pendidikan
Malaysia: Kuala Lumpur .
Jamilah & Helen T. (1991). Pendidikan Jasmami dan Kesihatan. Jilid 1. Petaling Jaya: Seri
Kuntum Sdn. Bhd.
Marjorie, J.K., Anne K.S. & Alice P.W. (2004). Developmentally Appropriate Curriculum.
Pearson. Columbus: Ohio.
Idris M., Shahrudin A.A. & Zamry A. (2002). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan.
Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shamsudin, M.S. & Shahrizad, Y. (2002). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan.
Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://www.infisihat.gov.my/lamanutama.asp
http://www.moh.gov.bn/senaman/cara.html-
http://www.moh.gov.bn/promo/kesihatan_mental/kesihatan_mental2.htm
file://Documents/Aktiviti.htm.

Anda mungkin juga menyukai