Anda di halaman 1dari 1

PULAU SIBU

Pulau Sibu terletak di timur negeri Johor, kira-kira 12 kilometer dari


daratan. Pulau Sibu terdiri daripada Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah,
Pulau Sibu Kukus, Pulau Sibu Hujung dan Pulau Papan. Pulau Sibu boleh
didatangi dari Tanjung Lema, Mersing atau Sedili Besar dengan menaiki
bot.
Pulau Sibu Besar, panjangnya kira-kira enam kilometer dan lebarnya
tidak sampai satu kilometer. Pengunjung dapat mengelilingi pulau ini
dengan kaki melalui denai sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
Bentuk Pulau Sibu Besar yang kecil di bahagian tengah menjadikan pulau
ini terbahagi kepada dua, iaitu bahagian utara dan selatan. Pantai di
bahagian timur laut pulau ini bercerun landai. Keadaan ini menjadikannya
selamat untuk pengunjung bermandi-manda. Di kawasan ini, terdapat
pelbagai hotel murah dan calet tempat penginapan pengunjung.di
bahagian selatan Pulau Sibu Besar terdapat sebuah perkampungan
nelayan, iaitu Kampung Duku. Kebanyakan penduduk di sini bergiat dalam
bidang pelancongan secara tradisional. Sesetengah pula bergiat dalam
bidang pelancongan yang menjanjikan pulangan yang agak lumayan.
Pulau Sibu Tengah pula mempunyai keluasan 65 ekar. 20 ekar
digunakan untuk pembangunan calet dan 45 ekar lagi dijadikan hutan
simpan rekreasi. Pulau Sibu Tengah adalah di bawah kelolaan Sibu Island
Resort Sendirian Berhad yang dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan Anak
Syarikat Johor. Pengunjung pulau ini biasanya melakukan aktiviti
menyelam scuba, memacing, berperahu, berenang dan bersiar-siar di
pantai. Perairan Pulau Sibu memaparkan pelbagai hidupan laut dan batu
karang yang indah.
Pulau Sibu merupakan tempat pelancongan yang istimewa di
Negara kita. Oleh sebab itu, pulau ini sentiasa dikunjungi pelancongan
dari dalam dan luar Negara.

Daripada teks Pulau Sibu dapatkan maklumat yang


berikut:
a. Kedudukan Pulau Sibu.
b. Cara untuk ke Pulau Sibu.
c. Tiga keistimewaan Pulau Sibu.
d. Pengunjung yang suka melancong ke Pulau Sibu.

Anda mungkin juga menyukai