Anda di halaman 1dari 3

Drama : Mahkamah

   SINOPSIS

Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, …( 1 )... memulakan perbicaraan. Hakim
memerintahkan pegawai memanggil Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat sumpah. Tertuduh I, …
( 2 )... dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua. Pendakwa raya membaca pertuduhan,
bahawa …( 3 )… telah dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu …( 4 )..., berumur …
( 5 ) ... tahun, di …( 6 ) ... .

JAWAPAN

1. Hakim
2. Bulat bin Leper
3. Bulat bin Leper
4. Mek Teh binti Jali
5. 99
6. Taman Gagak Putih

…( 7 ) ... memahami pertuduhan yang dibaca oleh pendakwa raya. Namun begitu, dia tidak
mengaku bersalah. …( 8 ) ... bela telah dipanggil masuk untuk membela Bulat bin Leper. Selepas
perbicaraan dijalankan, Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu.
Dia telah makan sebiji …( 9 ) … dan membuang kulitnya. Kemudian, seorang nenek yang sedang
berjoging telah terpijak kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper itu. Nenek itu tergelincir dan
jatuh. Kejadian itu menyebabkan …( 10 ) … nenek tua itu patah dan dia meninggal dunia dalam
perjalanan ke hospital. Pendakwa …( 11 ) … mendesak Bulat bin Leper supaya mengaku bersalah
terhadap tuduhan tersebut. Bulat bin Leper bertegas bahawa dia tidak mahu mengaku salah. Peguam …
( 12 ) … bangun lalu membantah tindakan pendakwa raya yang cuba mendesak anak guamnya …( 13 ) …
bersalah terhadap tuduhan tersebut.

JAWAPAN

7. Bulat bin Leper


8. Peguam
9. pisang
10. pinggang
11. raya
12. bela
13. mengaku

Peguam bela menyatakan bahawa pada waktu tersebut, …( 14 ) ... telah makan sebiji pisang. Kulit
pisang tersebut dibuang ke dalam …( 15 ) ... yang telah disediakan oleh pihak berwajib, tetapi pintunya
sudah … ( 16 ) .... . Bulat bin Leper mengaku bahawa kenyataan tersebut benar. Peguam bela
menyambung kenyataan bahawa Bulat bin Leper sedar bahawa tugas membaiki pintu tong sampah itu
… ( 17 ) … tugasnya. Tambah peguam bela lagi, kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper ke dalam
tong sampah itu sudah cukup memperlihatkan kesedaran sivik dan perkara itu merupakan suatu contoh
yang baik.
JAWAPAN
14. Bulat bin Leper
15. tong sampah
16. rosak
17. bukan

Pendakwa raya membantah hujah peguam bela dengan menyatakan bahawa peguam bela cuba
memutarbelitkan kenyataan. Peguam bela menyambung hujahnya dengan menyatakan bahawa Bulat
bin Leper telah membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah. Namun begitu, seekor …( 18 ) ... yang
sangat kurus dan lapar telah makan sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya sehingga
menyebabkan kulit pisang itu tercampak keluar ke jalan raya. Oleh sebab kambing terlalu letih, matanya
menjadi kabur dan berpinar-pinar. Kambing itu tidak nampak akan kulit pisang sehingga terkaislah kulit
pisang itu ke …( 19 ) ... . Ketika nenek tua melalui jalan itu, dia terpijak kulit …(20) ... itu lalu jatuh,
kemudian meninggal dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Sebaliknya,
kambing itu yang bersalah. Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan …(21) ... daripada
tuduhan membunuh secara tidak sengaja tanpa syarat.

JAWAPAN

18. kambing
19. jalan raya
20. pisang
21. Bulat bin Leper

Pendakwa raya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat terhadap Bulat bin Leper.
Pendakwa raya menyatakan bahawa … (22) … adalah untuk manusia, bukan untuk binatang. Peguam
bela tidak bersetuju dengan kenyataan pendakawa raya. Peguam bela menyatakan bahawa binatang …
(23) … mesti ada tuannya. Oleh itu, tuan kambing itulah yang perlu dihukum. Jika tidak ada yang mahu
mengaku, maka kambing itu harus menjadi milik pihak berwajib. Berdasarkan kenyataan tersebut,
hakim telah membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper …(24) … bersalah.

JAWAPAN

22. mahkamah
23. peliharaan
24. tidak

Mahkamah berhenti rehat. Selepas …(25)... minit, mahkamah bersidang semula. Tertuduh II
dipanggil masuk. Tertuduh II tidak pandai berbahasa …(26)… . Seisi mahkamah ketawa apabila Tertuduh
II mengangkat sumpah dalam bahasa yang …(27) … difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil
penterjemah. Pendakwa raya membacakan pertuduhan terhadap Tertuduh II, iaitu Akikino-komokotoko
(Akinomoto). Pada …(28) …, Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan
Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Hakim mohon
pendakwa raya menjelaskan istilah tersebut. Pendakwa raya menjelaskan istilah tersebut dengan
menggunakan bahasa lnggeris seperti yang tercatat di dalam kamus The Advance Dictionary of the
Modern English for the Malaysian World.
JAWAPAN

25. dua
26. Melayu
27. tidak
28. 20 Mac 1988

…(29) ... menyatakan bahawa dia semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menggunakan
bahasa Melayu. Hakim bersetuju bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa …(30) … dan seharusnya
digunakan dalam mahkamah tersebut. Beliau meminta pendakwa raya menghuraikan istilah beruk
subsidi itu dalam bahasa Melayu. Akinomoto memahami penjelasan tentang istilah beruk subsidi itu
dan mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Akinomoto turut menyatakan bahawa ibu …(31)...
itu sudah hamil dan dia mahu mengembalikan ibu …(32)... itu kepada yang berhak semula dan dia mahu
memelihara anak beruk itu. Hakim memerintahkan …(33)… memelihara ibu beruk itu sehingga selamat
melahirkan anak. Sebagai dendanya, …(34)... perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil
baligh. …(35)… juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak …(36)... itu sebagai
tuannya. . Keadilan dan kebenaran itu mesti ditegakkan dengan apa-apa cara sekalipun tanpa mengira
bangsa, warna kulit, kepercayaan, pangkat, kedudukan, dan sebagainya.

JAWAPAN

29. Akinomoto
30. kebangsaan
31. beruk
32. beruk
33. Akinomoto
34. Akinomoto
35. Akinomoto
36. beruk

Anda mungkin juga menyukai