Anda di halaman 1dari 3

NOTA DAN LATIHAN

DRAMA MAHKAMAH TINGKATAN 2

SINOPSIS

Latar tempat drama adalah di mahkamah.Dalam kes yang pertama Bulat bin Leper
selaku tertuduh, didakwa menyebabkan kematian seorang nenek tua.Pada 10
januari 1988 antara pukul 8 pagi hingga 9 pagi,tertuduh telah menyebabkan
seorang nenek tua tergelincir dan jatuh apabila terpijak kulit pisang yang
dicampak oleh tertuduh di jalan raya.Kejadian itu menyebabkan pinggang nenek
patah dan dia mati dalam perjalanan ke hospital.

Bulat bin Leper tidak mampu mengupah seorang peguam untuk membelanya.
Jadi,dia diberikan seorang peguam percuma. Semasa perbicaraan, Bulat bin Leper
tidak mengaku bersalah.Peguam Bulat bin Leper membelanya dengan mengatakan
bahawa Bulat yang tidak lalu makan kulit pisang telah membuang kulit pisang itu di
dalam tong sampah yang kerosakan pintu.Ekoran itu, seeokor kambing yang kurus
dan kelaparan telah datang dan memakan sisa buangan di dalam tong sampah itu
sehingga kulit pisang tersebut tercampak keluar ke jalan raya.Kemudian, nenek
yang sedan berjoging terpijak kulit pisang dan jatuh lalu mati.

Maka, kambing kurus itu yang menyebabkan kematian nenek tua itu bukannya
Bulat bin Leper.jadi, Bulat bin Leper tidak terbabit dalam kes ini.Akhirnya,hakim
telah memutuskan bahawa Bulat bin Leper tidak melakukan kecuaian dan
dibebaskan daripada tuduhan membunuh nenek tua itu yang bernama Mak teh binti
Jali, 99 tahun di Taman Gagak Putih.Hakim juga mengeluarkan perintah supaya
tuan kambing itu dicari dan pintu tong sampah itu dibaiki dengan segera.Jika tiada
sesiapa yang mengaku sebagai tuan kepada kambing itu, kambinmg itu akan
menjadi milik pihak yang berwajib.

Mahkamah pun berehat.

Dalam kes yang kedua.Akinomoto selaku tertuduh didakwa mencuri beruk subsidi
milik kerajaan malaysia dari stor JKK Ulu Dungun.Seorang penterjemah telah

dipanggil untuk membantu Akinomoto.Penterjemah mengatakan bahawa

Akinomoto tidak memahami makna beruk subsidi. Pendakwa raya menerangkan
maksudnya dalam bahasa Inggeris tetapi Akinomoto semakin tidak faham dan
meminta pihak pendakwa raya supaya menggunakan bahasa Melayu.Akhirnya,
Akinomoto memahami makna istilah beruk subsidi. Dia kemudiannya mengaku
bersalah.Mahkamah dimaklumkan bahawa ibu beruk sudah hamil.
Akinomoto ingin memulangkan ibu beruk itu tetapi mahu memelihara anaknya.
Akhirnya, hakim memutuskan agar Akinomoto memelihara ibu beruk itu sehingga
ibu beruk itu selamat melahirkan anaknya. Jika anaknya jantan, anak beruk itu
akan dinamakan "Mat Yeh".Jika anaknya betina, anak beruk itu akan dianamakan
"Mentesah".Hakim juga memerintahkan supaya ibu beruk itu dipulangkan kepada
yang berhak setelah tempoh pantangnya selama 40 hari. Sebagai denda kepada
Akinomoto, Akinomoto terpaksa memanjat pokok kelapa. Anak beruk akan menjadi
tuannya. hal ini akan berlarutan sehingga anak beruk itu mencapai umur akil
baligh.

Pemikiran
-Sesi perbicaraan rekaan di mahkamah yang melibatkan dua kes.

Persoalan
1.Persoalan tanggungjawab seseorang terhadap kesan tindak-tanduknya.
2.Persoalan kepentingan peranan pihak berkuasa untuk memastikan kemudahan-
kemudahan awam dipelihara.
3.Persoalan sikap profesional hakim,pendakwa raya, dan peguam bela di
mahkamah.
4.Persoalan kepentingan penggunaan bahasa Melayu di mahkamah.
5.Persoalan tanggungjawab seorang hakim untuk mempertimbangkan kes-kes
dengan adil dan saksama.
6.Persoalan tanggungjawab seorang peguam bela berkhidmat untuk terttuduh yang
miskin.

NILAI

1.Nilai adil
2.Nilai bijaksana
3.Nilai rasional
4.Nilai mementingkan ilmu pengetahuan
5.Nilai prihatin

PENGAJARAN

1.Kita patut menyelesaikan masalah yang didepani dengan adil dan saksama supaya
semua pihak berasa puas hati.
2.Kita mestilah prihatin dan membantu golongan miskin dengan menawarkan
khidmat secara percuma kepada mereka.
3.Kita perlulah bersikap rasional dan berfikir betul-betul sebelum memberi
pendapat.
4.Kita haruslah meluaskan ilmu pengetahuan supaya dapat meberi hujah-hujah
berasas dan pendapat yang bernas.

LATIHAN
JAWAB SEMUA SOALAN BERIKUT

1. Berdasarkan drama Mahkamah, berikan dua pengajaran berserta contoh.

_________________________________________________________________

( 3 markah )

2. Nyatakan dua perwatakan Hakim yang boleh diteladani berserta contoh.

_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

( 3 markah )

3. Drama Mahkamah memaparkan persoalan kepentingan peranan pihak

berkuasa untuk memastikan kemudahan-kemudahan awam dipelihara.
Namun kini, terdapat segelintir remaja yang terlibat dalam gejala
vandalisme iaitu merosakkan harta benda awam.
Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan segelintir remaja
bersikap sedemikin.
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
(4 markah)

Anda mungkin juga menyukai