Anda di halaman 1dari 70

MAHKAMAH

DRAMA
DISEDIAKAN OLEH:
EVELYN MIZPHA, NEMISHA,
BOO YI HENG
KANDUNGAN
BIL. PERKARA
1. SINOPSIS
2. TEMA
3. PERSOALAN
4. PLOT = BINAAN PLOT & TEKNIK PLOT
5. LATAR = TEMPAT / MASA / MASYARAKAT
6. WATAK DAN PERWATAKAN
7. GAYA BAHASA & UNSUR BAHASA
8. NILAI
9. PENGAJARAN
01
SINOPSIS
Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, Hakim
memulakan perbicaraan. Hakim memerintahkan
pegawai memanggil Tertuduh I masuk. Tertuduh I
mengangkat sumpah. Tertuduh I, Bulat bin Leper
dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua.
Pendakwa raya membaca pertuduhan, bahawa Bulat
bin Leper telah dituduh menyebabkan kematian
seorang nenek tua, iaitu Mek Teh binti Jali, berumur 99
tahun, di Taman Gagak Putih.
Bulat bin Leper memahami pertuduhan yang dibaca oleh pendakwa raya.
Namun begitu, dia tidak mengaku bersalah. Peguam bela telah dipanggil
masuk untuk membela Bulat bin Leper. Selepas perbicaraan dijalankan,
Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika
itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Kemudian,
seorang nenek yang sedang berjoging telah terpijak kulit pisang yang
dibuang oleh Bulat bin Leper itu. Nenek itu tergelincir dan jatuh. Kejadian
itu menyebabkan pinggang nenek tua itu patah dan dia meninggal dunia
dalam perjalanan ke hospital. Pendakwa raya mendesak Bulat bin Leper
supaya mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Bulat bin Leper
bertegas bahawa dia tidak mahu mengaku salah. Peguam bela bangun lalu
membantah tindakan pendakwa raya yang cuba mendesak anak guamnya
mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Peguam bela menyatakan bahawa pada waktu tersebut.
Bulat bin Leper telah makan sebiji pisang. Kulit pisang
tersebut dibuang ke dalam tong sampah yang telah
disediakan oleh pihak berwajib, tetapi pintunya sudah
rosak. Bulat bin Leper mengaku bahawa kenyataan
tersebut benar. Peguam bela menyambung kenyataan
bahawa Bulat bin Leper sedar bahawa tugas membaiki
pintu tong sampah itu bukan tugasnya. Tambah peguam
bela lagi, kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper ke
dalam tong sampah itu sudah cukup memperlihatkan
kesedaran sivik dan perkara itu merupakan suatu contoh
yang baik.
Pendakwa raya membantah hujah peguam bela dengan menyatakan
bahawa peguam bela cuba memutarbelitkan kenyataan. Peguam bela
menyambung hujahnya dengan menyatakan bahawa Bulat bin Leper telah
membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah. Namun begitu, seekor
kambing yang sangat kurus dan lapar telah makan sisa buangan di dalam
tong sampah itu dengan rakusnya sehingga menyebabkan kulit pisang itu
tercampak keluar ke jalan raya. Oleh sebab kambing terlalu letih, matanya
menjadi kabur dan berpinar-pinar. Kambing itu tidak nampak akan kulit
pisang sehingga terkaislah kulit pisang itu ke jalan raya. Ketika nenek tua
melalui jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu jatuh, kemudian meninggal
dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah.
Sebaliknya, kambing itu yang bersalah. Peguam bela merayu agar
mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh
secara tidak sengaja tanpa syarat.
Pendakwa raya meminta mahkamah menjatuhkan
hukuman yang berat terhadap Bulat bin Leper. Pendakwa
raya menyatakan bahawa mahkamah adalah untuk
manusia, bukan untuk Binatang. Peguam bela tidak
bersetuju dengan kenyataan pendakwa raya. Peguam bela
menyatakan bahawa binatang peliharaan mesti ada
tuannya. Oleh itu, tuan kambing itulah yang perlu
dihukum. Jika tidak ada yang mahu mengaku, maka
kambing itu harus menjadi milik pihak berwajib.
Berdasarkan kenyataan tersebut, hakim telah membuat
keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah.
Mahkamah berhenti rehat. Selepas dua minit, mahkamah bersidang
semula. Tertuduh Il dipanggil masuk. Tertuduh Il tidak pandai berbahasa
Melayu. Seisi mahkamah ketawa apabila Tertuduh Il mengangkat sumpah
dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil
penterjemah. Pendakwa raya membacakan pertuduhan terhadap Tertuduh
II, iaitu Akikino-komokotoko (Akinomoto). Pada 20 Mac 1988, Akinomoto
telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari
stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi.
Hakim memohon pendakwa raya menjelaskan istilah tersebut. Pendakwa
raya menjelaskan istilah tersebut dengan menggunakan bahasa Inggeris
seperti yang tercatat di dalam kamus The Advance Dictionary of the
Modern English for the Malaysian World.
Akinomoto menyatakan bahawa dia semakin tidak faham dan
meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Hakim
bersetuju bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan
dan seharusnya digunakan dalam mahkamah tersebut. Beliau
meminta pendakwa raya menghuraikan istilah beruk subsidi itu
dalam bahasa Melayu. Akinomoto memahami penjelasan tentang
istilah beruk subsidi itu dan mengaku bersalah terhadap tuduhan
tersebut. Akinomoto turut menyatakan bahawa ibu beruk itu
sudah hamil dan dia mahu mengembalikan ibu beruk itu kepada
yang berhak semula dan dia mahu memelihara anak beruk itu.
Hakim memerintahkan Akinomoto memelihara ibu beruk itu
sehingga selamat melahirkan anak. Sebagai dendanya, Akinomoto
perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh.
Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan
menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya.
02
TEMA
Keadilan dan kebenaran ketika
membuat sesuatu keputusan.
Keadilan dan kebenaran itu
mesti ditegakkan dengan apa-
apa cara sekalipun tanpa
mengira bangsa, warna kulit,
kepercayaan, pangkat,
kedudukan, dan sebagainya.
03
PERSOALA
N
(a) Orang miskin tidak mampu mengupah
peguam untuk membela dirinya. Namun
begitu, demi keadilan, peguam bela telah
disediakan. Contohnya, Bulat bin Leper
ialah orang miskin. Dia telah
menggunakan khidmat peguam bela
untuk membela dirinya di mahkamah.
(b) Keadilan mesti ditegakkan
dalam apa-apa cara sekalipun.
Contohnya, Peguam bela
bersungguh-sungguh
mengemukakan pelbagai
hujah untuk membebaskan
Bulat bin Leper daripada
pertuduhan.
(c) Kehidupan golongan yang terlibat
dalam kerja-kerja untuk menegakkan
keadilan dan kebenaran sama seperti
kehidupan golongan biasa. Contohnya,
Hakim dan peguam bela gemar menonton
rancangan gusti sama seperti orang
biasa. Selain itu, hakim juga gemar akan
colek kelubi dan pisang.
(d) Denda akan dikenakan terhadap
pihak yang bersalah. Contohnya,
Tertuduh Il dikenakan denda supaya
menjaga anak beruk yang bakal lahir
itu sehingga mencapai umur akil
baligh serta dia dipaksa memanjat
pokok kelapa dengan menjadikan
anak beruk sebagai tuannya.
(e) Isu bahasa Melayu di
mahkamah. Contohnya,
penggunaan bahasa Melayu di
mahkamah masih belum meluas
lagi. Hakim sendiri masih bercakap
dalam bahasa Melayu dengan telor
Inggeris.
04
PLOT
4i) BINAAN PLOT
(a)Permulaan
Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu,
Hakim memulakan perbicaraan. Pegawai
meminta Tertuduh I masuk.Tertuduh I
mengangkat sumpah. Pendakwa raya membaca
pertuduhan terhadap Tertuduh I, Bulat bin Leper.
Bulat bin Leper dituduh menyebabkan kematian
Mek Teh binti Jali, berumur 99 tahun di Taman
Gagak Putih. Bulat bin Leper mengaku tidak
bersalah.Peguam bela percuma dipanggil untuk
membela Bulat bin Leper.Mereka diberi masa
untuk berunding selama seminit.
(b)Perkembangan
Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak
Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang
kulitnya. Namun begitu, dia tidak mengaku bahawa dia yang
menyebabkan kematian Mek Teh. Pendakwa raya saling berbalas
hujah. Peguam bela membangkitkan isu tentang dan peguam bela
kambing yang sangat kurus dan lapar. Kambing itu telah makan
sisa seekor buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya.
Akibatnya, kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper
tercampak ke jalan raya. Ketika nenek tua melalui jalan itu, dia
terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh.Seterusnya, nenek tua itu
meninggal dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper
tidak bersalah. Peguam bela merayu agar mahkamah
membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh
secara tidak sengaja, tanpa syarat. Setelah meneliti hujah
pendakwa raya dan peguam bela, Hakim membuat keputusan
bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah.
(c) Klimaks
Tertuduh II (Akikino-komokotoko), ringkasnya (Akinomoto)
dipanggil masuk. Akinomoto mengangkat sumpah. Dia berbicara
dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim menyuruh pegawai
memanggil penterjemah. Pendakwa raya membaca pertuduhan
bahawasanya pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh mencuri
seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu
Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Oleh itu,
hakim meminta pendakwa raya menjelaskan istilah beruk subsidi
dalam bahasa Inggeris. Akinomoto semakin tidak faham dan
meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Setelah
pendakwa raya menjelaskan istilah beruk subsidi itu dalam bahasa
Melayu, Tertuduh II dapat memahami kes tuduhan tersebut. Dia juga
mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Namun begitu, dia
turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil dan dia mahu
mengembalikan ibu beruk itu semula kepada yang berhak dan mahu
memelihara anaknya.
(d) Peleraian
Setelah hakim mempertimbangkan kes
tersebut dengan adilnya dan saksamanya,
hakim memerintahkan Akinomoto supaya
memelihara ibu beruk itu sehingga
selamat melahirkan anak. Sebagai
dendanya pula, dia perlu menjaga anak
beruk itu sehingga mencapai umur akil
baligh dan dia dipaksa memanjat pokok
kelapa dengan menjadikan anak beruk itu
sebagai tuannya.
04
PLOT
4ii) TEKNIK PLOT
(a) Dialog. Contohnya,

• HAKIM: Siapa nama kamu?


TERTUDUH I: Bulat bin Leper, tuan.
HAKIM: Baik, pendakwa raya... mulakan perbicaraan. [hlm. 82]

• HAKIM: Baiklah, kes kamu akan dibicarakan. Adakah kamu memakai


peguam?
TERTUDUH 1: Saya orang miskin, tuan. Saya tak ada duit nak bayar peguam.
[hlm. 83]

• PENTERJEMAH: Adapun Akinomoto itu berkata, bahawa dia faham sikit-


sikit, tuan.

• HAKIM: Sikit-sikit... kira bolehlah. Jadi, Akinomoto, apakah kamu mengaku


salah? [hlm. 95]
(b) Pemerian. Contohnya,

•PENDAKWA RAYA dan PEGAWAI MAHKAMAH


berdiri. TUAN HAKIM masuk (dengan iringan
muzik) lalu mengambil tempat. [hlm. 82]

• PEGUAM BELA dan TERTUDUH I berunding


dengan aksi tergesa-gesa, keburuan. [hlm.84]

• TERTUDUH I mengucapkan terima kasih kepada


PEGUAMBELA dengan gaya penuh kesyukuran.
[hlm. 90]
05
LATAR
5i) LATAR TEMPAT
(a)Mahkamah.Tempat berlangsungnya
sidang perbicaraan.
(b)Taman Gagak Putih. Tempat Bulat
bin Leper makan sebiji pisang
berangan dan tempat Mek Teh binti
Jali berjoging.
(c)Stor JKK Ulu Dungun. Tempat
Tertuduh II mencuri seekor beruk
subsidi milik kerajaan Malaysia.
05
LATAR
5ii) LATAR MASA
(a) Waktu pagi. Contohnya, sidang perbicaraan itu dijalankan
pada waktu pagi.
(b)10 Januari 1988. Contohnya, tarikh kematian Mek Teh binti
Jali dan waktu Bulat bin Leper berada di Taman Gagak Putih.
(c) 20 Mac 1988. Contohnya, Tertuduh II telah dituduh mencuri
seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK
Ulu Dungun.
(d)1 minit. Contohnya, Hakim memberikan tempoh seminit
kepada peguam bela dan Tertuduh I untuk berunding.
(e) 2 minit. Contohnya, mahkamah mengambil masa untuk
berehat selama dua minit sebelum kembali bersidang dan
tempoh masa untuk pendakwa raya merujuk kamus.
05
LATAR
5iii) LATAR MASYARAKAT
(a) Masyarakat intelektual. Contohnya, hakim, pendakwa raya,
dan peguam bela merupakan masyarakat intelektual.
(b)Masyarakat yang hidup miskin. Contohnya, Tertuduh I
merupakan masyarakat yang miskin kerana dia tiada wang
untuk mengupah peguam bagi membela dirinya di mahkamah.
(c) Masyarakat yang baik hati. Contohnya, peguam bela
bersungguh-sungguh mempertahankan Tertuduh I agar anak
guamnya itu terlepas daripada pertuduhan yang dihadapinya.
(d)Masyarakat yang prihatin terhadap haiwan. Contohnya,
Tertuduh II prihatin terhadap keadaan beruk yang telah
dicurinya itu.
(e) Masyarakat yang tetap pendirian. Contohnya, Bulat bin Leper
dipaksa oleh pendakwa raya untuk mengaku bersalah tetapi
dia tetap tidak mengaku bersalah.
06
WATAK &
PERWATAK
AN
6i) HAKIM
(a)Golongan intelektual.
(b)Pandai bergurau.
(c)Berbahasa Melayu tetapi dengan telor
Inggeris.
(d)Adil dan saksama.
(e)Menjalankan amanah dengan
baiknya.Kehidupannya seperti orang
biasa. Contohnya, hakim juga menonton
rancangan gusti, makan colek kelubi,
dan pisang.
06
WATAK &
PERWATAK
AN RAYA
6ii) PENDAKWA
(a)Golongan intelektual.
(b)Tegas dengan hujahnya.
(c)Menjalankan tugasnya dengan
penuh tanggungjawab.
(d)Seorang yang terburu-buru ketika
berhujah.
06
WATAK &
PERWATAK
AN BELA
6iii) PEGUAM
(a)Tegas ketika menjalankan tugas.
(b)Berfikiran rasional ketika menjalankan
tugas.
(c)Sanggup berkhidmat dengan percuma
untuk orang-orang susah.
(d)Berkeyakinan ketika membicarakan
hujah.
(e)Gemar menonton gusti.
06
WATAK &
PERWATAK
6iv) TERTUDUHAN
I (BULAT BIN LEPER)
(a)Orang miskin.
(b)Dituduh terlibat dengan kes kematian seorang
nenek tua, iaitu Mek Teh.
(c)Berani berhadapan dengan hakim dan pendakwa
raya.
(d)Seorang yang bertanggungjawab kerana
membuang kulit pisangke dalam tong sampah
yang telah disediakan oleh pihak berkuasa.
(e)Tetap pendirian bahawa dirinya tidak bersalah.
(f) Seorang yang berbudi bahasa.
06
WATAK &
PERWATAK
AN
6v) TERTUDUH II(AKIKINO-KOMOKOTOKO)
(a)Dipanggil Akinomoto.
(b)Dituduh mencuri beruk subsidi milik kerajaan
Malaysia.
(c)Tidak fasih berbahasa Melayu tetapi boleh
memahaminya.
(d)Prihatin terhadap keadaan beruk yang telah
dicurinya itu.
(e)Didapati bersalah dan dikenakan hukuman
menjaga anak beruksehingga akil baligh serta
memanjat pokok kelapa dengan
menjadikananak beruk itu sebagai tuannya.
07
GAYA BAHASA
& UNSUR
BAHASA
7i) AYAT
(a) Pengarang menggunakan dialog yang pendek dan berkesan dalam drama
ini. Contohnya,
• PEGAWAI: Sudah, tuan. [hlm.82]
• HAKIM: Kenapa lambat?[hlm.83]
• TERTUDUH I: Benar, tuan.[hlm.85]
b) Pengarang menggunakan dialog yang panjang dalam drama
ini.Contohnya,
• HAKIM: Ya, peguam bela ini pelanggan kamu ... Bulat bin Leper,telah
dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua secaratidak sengaja pada
10 Januari 1988, antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi, di Taman Gagak Putih. [hlm.
84]
• PEGUAM BELA: Dan pada waktu siang yang tersebut itu, kamutelah
makan sebiji pisang berangan... kemudian kulitnya, yang kamutidak lalu nak
makan, kamu buang ke dalam tong sampah, yangtersedia oleh pihak berwajib,
tapi sudah rosak pintunya? [hlm. 86]
• PEGUAM BELA: ... Ya, yang arif, saya kira fakta ini cukup jelasdan tidak
meragukan, dan saya mohon mahkamah yang muliamenjalankan keadilannya
dengan membebaskan Bulat bin Leperdaripada tuduhan membunuh secara
tidak sengaja, tanpa syarat. [hlm. 88]
07
GAYA BAHASA
& UNSUR
BAHASA
7ii) DIKSI
(a) Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuaian
dengan jalan cerita yang berlaku di mahkamah. Contoh kata-
kata tersebut seperti hakim, pendakwa raya, peguam bela,
penterjemah, Tertuduh I,Tertuduh II, kandang, bersumpah,
tuduhan, mensabitkan, anak guam, kad kuning, dan
sebagainya.
(b)Penggunaan bahasa Inggeris. Contohnya,
•…The Advance Dictionary of the Modern English for the
Malaysian World... [hlm. 94]
•…is a kind of animal which have a short tail, and the
body is full with "bulus", and like to eat bananas, and many
people call...monkey. [hlm. 94]
•... is a subsidy ... [hlm. 94]
•Well done ... well done ... [hlm. 94]
07
GAYA BAHASA
& UNSUR
BAHASA
7iii) SINKOPE
Contohnya,
• HAKIM: Oh, itu tak jadi masalah... kita ada
peguam percuma. [hlm. 83]

• PENTERJEMAH: Adapun Akinomoto berkata


bahawa dia mengaku salah tuan, tapi katanya
dia mahu bercakap sikit. [hlm. 95]

• HAKIM: Dibenarkan ... (dengan gaya sedikit


berlucu) tapi sikit saja,tau [hlm. 95]
07
GAYA BAHASA
& UNSUR
BAHASA
7iv) REPETISI
Contohnya,
• PENDAKWA RAYA: Pada hemat saya, Bulat bin Leper
ialah pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini. Kalau
Bulat tidak membuang kulit pisang, maka kambing tidak
boleh mengaisnya ke jalan raya dan seorang nenek tua
tidak akan memijaknya.[hlm.89]

• HAKIM: Sudah...sudah! Hujah-hujah kamu berdua


sudah selesai. Harap bertenang. [hlm.90]

• HAKIM: Ya, ya, ya... Saya juga sudah lupa. Kita sudah
merdeka selama 30 tahun, seharusnya kita menggunakan
bahasa Melayu...bahasa kebangsaan kita di dalam
mahkamah yang mulia ini. [hlm.94]
08
NILAI
(a)Keadilan. Contohnya, hakim membuat
keputusan terhadap tertuduh dengan adilnya
dan saksamanya.
(b)Tanggungjawab. Contohnya, Bulat bin Leper
membuang kulit pisang ke dalam tong
sampah.
(c)Ketegasan. Contohnya, hakim tegas ketika
membuat keputusan terhadap tertuduh.
(d) Keyakinan. Peguam bela begitu yakin
ketika berhujah untuk menyelamatkan
Tertuduh I daripada pertuduhan yang
dihadapinya.
(e) Rasional. Contohnya, peguam bela
bersikap rasional ketika menjalankan
tugasnya.
(f) Simpati. Contohnya, peguam bela sanggup
memberikan khidmat guaman percuma
kepada golongan miskin seperti Bulat bin
Leper.
(g) Keberanian. Contohnya, Bulat bin Leper
berani bersoal jawab di hadapan pendakwa raya.
(h) Keprihatinan. Contohnya, Tertuduh II prihatin
terhadap keadaan beruk subsidi yang sedang
hamil itu.
(i) Kejujuran. Contohnya, Tertuduh II mengaku
salah terhadap tuduhan mencuri beruk subsidi
milik kerajaan Malaysia.
09
PENGAJARAN
(a)Kita hendaklah tegas dalam
menjalankan sesuatu tugas.
(b)Kita mestilah bertanggungjawab
untuk menjaga kebersihan alam
sekitar.
(c)Kita hendaklah bersimpati
terhadap golongan miskin yang
dituduh melakukan kesalahan
sehingga dibawa ke mahkamah.
(d) Kita hendaklah bersikap rasional ketika
menjalankan tugas.
(e) Pihak berwajib hendaklah sentiasa
memastikan kemudahan awam dapat berfungsi
dengan baiknya.
(f) Kita mestilah menghormati bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan terutamanya dalam
urusan-urusan rasmi.
(g) Kita mestilah berani jika berada
pada pihak yang benar.
(h) Kita mestilah yakin ketika
membicarakan sesuatu hujah supaya
tidak menimbulkan keraguan.
(i) Kita hendaklah prihatin terhadap
keadaan haiwan yang berada di
sekeliling kita.
SESI SOAL
JAWAB
HARAP RAKAN-RAKAN AKAN
MENJAWAB SEMUA SOALAN
DENGAN BETUL DAN
MENDAPATKAN HADIAH YANG
DISEDIAKAN!!!
SOALAN 1-3 BERDASARKAN TEKS
DRAMA YANG DIBENTANGKAN TADI.
Saya tidak mahu mengaku,
tuan. Saya tidak bersalah.

1. Apakah peribahasa yang sesuai dengan penyataan di atas?

A. Ada udang di balik batu


B. Sudah jatuh ditimpa tangga
C. Daripada cempedak, baiklah Nangka
D. Berani kerana benar, takut kerana salah
2. Tertuduh I telah membuang kulit pisang
berangan itu di

A.Kawasan padang
B.Dalam mahkamah
C.Dalam tong sampah
D.Kawasan perumahan
3. Berdasarkan petikan drama tersebut, Bulat bin Leper
ialah

A. Hakim
B. Tertuduh I
C. Peguam bela
D. Pendakwa raya
4. Apakah tuduhan yang dikenakan ke atas
Akinomoto?

A.Mencuri di stor JKK Ulu Dungun


B.Mengambil seekor beruk di dalam stor
C.Mengambil seekor beruk di Ulu Dungun
D.Mencuri seekor beruk subsidi kerajaan
5. Apakah tema yang diketengahkan oleh penulis bagi
drama di atas?

A. Kehidupan golongan intelektual


B. Ketidakadilan sistem kehakiman
C. Penindasan golongan yang miskin
D. Keadilan dan kebenaran dalam membuat keputusan
6. Yang berikut merupakan kepentingan perbicaraan
mahkamah yang adil dan saksama, kecuali

A. Memastikan tiada pihak yang teraniaya


B. Membawa pesalah ke muka pengadilan
C. Memelihara keamanan dan ketenteraman sosial
D. Memberi peluang kedua kepada mereka yang berbuat
salah
7. Mengapakah peguam bela menyatakan kambing
kurus perlu dikenakan hukuman?

A. Kambing itu terlanggar nenek tua


B. Kambing itu mengancam keselamatan sosial
masyarkat
C. Kambing itu menyebabkan timbulnya keadaan
huru-hara di jalan raya
D. Tindakan kambing itu menyelongkar tong
sampah merupakan penyebab kematian nenek tua
8. Yang berikut merupakan persoalan bagi drama
Mahkamah, kecuali

A.Penindasan terhadap haiwan.


B.Kejujuran dalam menegakkan keadilan.
C.Golongan miskin yang tidak mampu mengupah
peguam.
D.Keadilan mesti ditegakkan supaya tiada pihak
yang teraniaya.
9. Apakah punca kematian nenek tua?

A.Kambing kurus terlanggar nenek tua


B.Nenek tua tergelicir semasa berjoging
C.Nenek tua terpijak kulit pisang dan jatuh
D.Bulat bin Leper tidak membuang kulit
pisang ke dalam tong sampah
10. Berikan 3 nilai yang terdapat dalam drama
Mahkamah?

Keadilan, Tanggungjawab,
Ketegasan
TERIMA
KASIH ATAS
KERJASAMA
ANDA…

Anda mungkin juga menyukai