Anda di halaman 1dari 5

Drama: Mahkamah

Tema

Keadilan dan kebenaran ketika membuat sesuatu keputusan.

Persoalan

 Tanggungjawab seseorang terhadap kesan tindak-tanduknya.


 Kepentingan peranan pihak berkuasa untuk memastikan kemudahan-
kemudahan awam dipelihara.
 Sikap profesional hakim, pendakwa raya, dan peguam bela di
mahkamah.
 Kepentingan penggunaan bahasa Melayu di mahkamah.
 Tanggungjawab seorang hakim untuk mempertimbangkan kes-kes
dengan adil dan saksama.
 Tanggungjawab seorang peguam bela berkhidmat untuk tertuduh yang
miskin.

Watak dan perwatakan

Watak: Hakim

 Duduk di meja tinggi


 Menggunakan penukul di mahkamah apabila perlu

Perwatakan:

 Seorang yang adil – Mengarahkan supaya Bulat bin Leper yang


miskin dibela oleh peguam percuma. Hal ini supaya Bulat bin
Leper diberi perbicaraan yang adil.
 Seorang yang rasional – Hakim mendengar hujah-hujah
pendakwa raya dan peguam bela sebelum membuat keputusan.
 Seorang yang bertanggungjawab – Menjalankan tugas sebagai
seorang hakim dengan penuh tanggungjawab di mahkamah.
Beliau memastikan keadaan di mahkamah tidak kecoh.
Drama: Mahkamah
Watak: Pendakwa Raya

 Mensabitkan tertuduh di mahkamah

Perwatakan:
 Seorang yang bertanggungjawab – Bertanggungjawab mendakwa Bulat bin Leper
dan Akinomoto di mahkamah berdasarkan bukti yang diperoleh.
 Seorang yang berilmu pengetahuan – Boleh menerangkan maksud istilah beruk
subsidi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan menggunakan kamus
sebagai bahan rujukan yang berasas.
 Seorang yang bijak - Dipuji oleh hakim setelah berjaya menerangkan maksud
beruk subsidi di mahkamah.

Watak: Peguam Bela

 Seorang peguam

Perwatakan:
 Seorang yang tidak menepati masa – Agak lambat masuk ke ruang
perbicaraan Bulat bin Leper.
 Seorang yang bijak dan licik – Berjaya melepaskan Bulat bin Leper
daripada tuduhan menyebabkan kematian seorang nenek tua.
 Seorang yang baik hati – Menjadi peguam percuma kepada Bulat bin
Leper yang miskin.

Latar

Latar masa

Siang, waktu pagi – Sesi perbicaraan rekaan berlangsung.


Pada 10 Januari 1988, antara jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi – Kematian
seorang nenek tua, Mek Teh binti Jali.
Pada 20 Mac 1988 – Seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia telah
dicuri dari stor JKK Ulu Dungun.
Drama: Mahkamah
Latar tempat

Ruang mahkamah – Sesi perbicaraan rekaan berlangsung.


Taman Gagak Putih – Kulit pisang yang tercampak ke jalan raya
menyebabkan kematian seorang nenek tua.
Stor JKK Ulu Dungun – Seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia
dicuri.

Latar masyarakat

Masyarakat hakim yang adil saksama – Hakim tidak menjatuhkan hukuman


ke atas Bulat bin Leper kerana sebenarnya dia telah membuang kulit pisang ke
dalam tong sampah, bukannya di atas jalan raya.
Masyarakat peguam yang bertanggungjawab – Pendakwa raya
bertanggungjawab menstabilkan orang yang dituduh dengan kesalahan yang
telah dilakukan dan peguam bela memastikan Tertuduh I dibela dengan adil.
Masyarakat tertuduh yang jujur – Akinomoto mengaku bersalah mencuri
seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia.

Plot 4. Klimaks:

Akinomoto mengaku bersalah dan hakim


menjatuhkan hukuman keatasnya.
3. Konflik:

Peguam bela menolak dakwaan bahawa Bulat


bin Leper bersalah dengan mengatakan bahawa
kambing kurus yang menyebabkan kematian
nenek tua itu, dalam kes kedua, Akinomoto
dituduh mencuri beruk subsidi.

2. Perkembangan:

Bulat bin Leper dituduh menyebabkan


kematian seorang nenek tua, Mek Teh
binti Jali, 99 tahun di Taman Gagak Putih.

5. Peleraian:
1. Permulaan:
Perbicaraan di mahkamah
Ketibaan hakim ke mahkamah dan
bersurai.
perbicaraan bermula.
Drama: Mahkamah

Teknik Plot

 Teknik pemerian – PENTERJEMAH masuk dengan agak lambat sambil membetulkan kain
sarung dan tali lehernya. (m/s. 92)
 Teknik kejutan – Hakim meminta supaya Bulat bin Leper dibela peguam percuma tetapi
memberikan mereka tempoh seminit sahaja untuk berunding. (m/s. 84)
 Teknik dialog – Dialog antara hakim, pendakwa raya, peguam bela, dan tertuduh di
mahkamah. Kes tertuduh sedang dibicarakan.

Gaya bahasa

o Simile – PEGAWAI: (Bernada selamba tetapi tidak keras seperti jerkahan HAKIM
tadi) (m/s 92)
o Imejan – HAKIM mengeluarkan kad kuning. (m/s. 88)
o Bahasa percakapan harian – PEGUAM BELA: Tengah tengok gusti, tuan. (m/s. 83)
o Diksi bahasa Inggeris – HAKIM: Well done...well done...Apakah kamu sudah faham
Akinomoto...(m/s. 94)
o Sinkope – HAKIM: Tak habis-habis dengan gusti... (m/s. 83)
o Repetisi – Cakap...cakap...apakah kamu sudah... (m/s. 95)

Nilai

 Keadilan
 Kebijaksanaan
 Rasional
 Hemat tinggi
 Prihatin
Drama: Mahkamah

Pengajaran

Kita patut menyelesaikan masalah yang didepani


dengan adil saksama supaya semua pihak berasa
puas hati.
Kita mestilah prihatin dan membantu golongan
miskin dengan menawarkan khidmat secara percuma
kepada mereka.
Kita perlulah bersikap rasional dan berfikir betul-
betul sebelum memberi pendapat.
Kita haruslah meluaskan ilmu pengetahuan supaya
dapat memberi hujah-hujah berasas dan pendapat
yang bernas.

Anda mungkin juga menyukai