Anda di halaman 1dari 3

Latihan komsas: `Tajuk : Seni Bahasa Kemahiran : Menulis

1. Sinopsis Drama: Mahkamah

Kambing beruk bersalah mahkamah berpantang pisang

Drama ini mengisahkan perbicaraan yang berlangsung di


sebuah ............................. Kes pertama melibatkan Bulat bin Leper yang dibicarakan atas
pertuduhan menyebabkan kematian seorang nenek, Mek Teh binti Jali, 99 tahun, di Taman Gagak
Putih. Bulat tidak mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Menurut pendakwa raya, nenek itu
terpijak kulit ........................ yang dibuat oleh Bulat lalu terjatuh dan mati dalam perjalanan ke
hospital. Peguam bela menerangkan fakta bahawa Bulat sudah melakukan perbuatan yang
beretika dengan membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah. Walau bagaimanapun,
seekor .............................. yang menyelongkar sampah yang telah rosak pintunya itu
menyebabkan kulit pisang tercampak ke jalan raya. Pada ketika itulah nenek yang kebetukan
berjoging di situ terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh. Peguam bela berpendapat pemilik kambing
itulah yang harus didakwa. Mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada pertuduhan
kerana pihak pendakwa raya gagal menyakinkan mahkamah bahawa Bulat bersalah. Selepas
berehat seketika, mahkamah kembali bersidang dengan kes kedua, iaitu kes Akinomoto yang
didakwa mencuri seekor........................ subsidi dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto
mengaku ..................................... Dia berhasrat untuk memulangkan beruk itu tetapi hanya selepas
beruk itu melahirkan anak. Akinomoto mahu membela anak beruk tersebut. Mahkamah
memerintahkan beruk berkenaan dipelihara oleh Akinomoto sehingga selamat melahirkan
anaknya. Selepas ........................................... ibu beruk itu akan dipulangkan kepada yang berhak.
Akinomoto akan melakukan pekerjaan memanjat kelapa sehingga anak beruk itu akil baligh.

2. Pemikiran* dan persoalan : Drama Mahkamah

pemikiran Keadilan dalam ............................................. di mahkamah.


Persoalan 1. Keberanian mengakui .............................sendiri.
2.
3.

Nota:
pemikiran : idea utama sesuatu cerita yang hendak disampaikan.
pemikiran hanya ada satu dalam sesuatu drama
Persoalan : Idea sampingan sesuatu cerita yang hendak disampaikan
Persoalan dalam sesuatu cerita terdiri dua atau lebih
*Istilah pemikiran dalam drama adalah sama dengan tema.

3. Nyatakan tiga *latar masyarakat* dalam Drama Mahkamah.


1. Masyarakat yang mengamalkan perundangan dalam kehidupan harian.

2. Masyarakat yang berlagak dan lupan akan bahasa .................................

3.

*Latar
Terbahagi kepada latar tempat, masa dan latar masyarakat
 Latar tempat merujuk pada tempat berlakunya sesuatu peristiwa
 Latar masyarakat merujuk pada gambaran sesebuah masyarakat dalam sesebuah karya.
 Latar masa merujuk pada waktu, masa (hari, bulan, tahun), zaman.

Soalan Pemahaman
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
menggunakan ayat anda sendiri.

HAKIM : Sikit-sikit...kira bolehlah, jadi, Akinomoto, apakah kamu mengaku salah?


TERTUDUH II : Akakuku mekengskskuku sakaloko, takapiki akakuku noko cakakaka cikikiki.
PENTERJEMAH : Adapun Akinomoto berkata, bahawa dia mengaku salah tuan, tapi katanya dia
mahu bercakap sikit.
HAKIM : Dibenarkan....(dengan gaya sedikit berlucu) tapi sikit saja, tau.
TERTUDUH II : Ikibiku bekeroko ikitiku sukudoho hakamiki, daka akakuku noko akanokonyako
daka
bererika bakaleke ikibunyoko.
PENTERJEMAH : Adapun Akinomoto berkata bahawa ibu beruk itu sudah pun hamil dan dia mahu
beri balik ibu beruk itu kepada yang berhak dan mahu memelihara anaknya.
HAKIM : Ya, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, setelah mempertimbangkan dengan penuh
adil dan saksama, maka saya dengan kuasa yang ada pada saya dengan ini
memerintahkan Akinomoto memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan
anak. Kalau anaknya jantan, namakan “Mat Yeh”. Kalau anaknya betina, namakan
“Mentesah”.
Lalu apabila habis tempoh pantangnya selama 40 hari, tak termasuk cuti am dan
cuti
ganti, maka ibu beruk itu haruslah dipulangkan kepada yang berhak ... dan sebagai
dendanya, sehingga anak beruk itu mencapai akil baligh, maka Akinomoto
terpaksalah memanjat kelapa dengan anak beruk menjadi tuanya.

(Dipetik daripada drama “Mahkamah”, dalam antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Dewan Bahasa dan

Soalan kefahaman

1. Berdasarkan petikan drama tersebut, apakah permintaan yang dikemukakan oleh Akinomoto
kepada hakim?
2. Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama tersebut.
3. Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara
kita?
Soalan 1.
-jawab dengan ayat yang lengkap
-boleh bina 1 ayat sahaja untuk soalan 1. Gunakan kata hubung sekiranya mempuyai beberapa isi.
-jawapan ada dalam petikan

Soalan 2
-jawab dengan ayat yang lengkap
-aspek yang diuji berkaitan dengan kefahaman tentang aspek kajian sastera
-digalakkan jawab dalam bentuk 2 ayat. Gunakan penanda wacana untuk ayat kedua, isi kedua.
-wajib sertakan 2 isi.
-beri contoh bagi isi dari petikan
-Isi berkaitan hendaklah intipati dalam petikan sahaja.

Soalan 3
-jawab dengan ayat yang lengkap
-aspek yang diuji berkaiatan pengetahuan KBAT
-jawab dalam bentuk 2 ayat. Gunakan penanda wacana untuk ayat kedua, isi kedua.
-wajib dua isi dan dihuraikan.
-isi hendaklah lain dari petikan. Bermakna idea anda sendiri.

Anda mungkin juga menyukai