Anda di halaman 1dari 2

Topik : Tatabahasa Sub topik : Kata Ganda

a. Kata Ganda
Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses penggandaan. Terdapat tiga jenis kata ganda,
iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.

1. Penggandaan penuh
Menggandakan keseluruhan perkataan
Contoh; buku-buku, minum-minum, mandi-mandi, kanak-kanak
2. Penggandaan separa
Menggandakan sebahagaian perkataan
Contoh; jejari (jari-jari), lelaki (laki-laki), pepohon (pohan-pohan), bebola (bola-bola)
3. Penggandaan berentak
Menggandakan perkataan mengikut rentak bunyi tertentu
Contoh; sayur-mayur, gotong-royong, tungkus lumus, batu batan, saudara mara

b. Tandakan penggunaan kata ganda (penggandaan) yang betul ( √ ) dan kata ganda (penggandaan
yang salah ( X )
1. Tiga ekor lembu-lembu Pak Mat mati kerana jangkitan penyakit. ( )
Tiga ekor lembu Pak Mat mati kerana jangkitan penyakit. ( )
2. Beberapa banyak dedaun kering bertaburan di halaman rumah saya. ( )
Dedaun kering bertaburan di halaman rumah saya. ( )
3. Suasana di pesta buku itu sangat hiruk-pikuk. ( )
Suasana di pesta buku itu hiruk-pikuk. ( )
4. Kita perlu saling sayang-menyayangi sesama anggota keluarga. ( )
Kita perlu saling menyayangi sesama anggota keluarga. ( )
5. Jejari-jejari basikalnya berkarat. ( )
Jejari basikalnya berkarat. ( )

c. Gandakan kata yang berhuruf tebal dalam ayat-ayat di bawah ini.


1. Doktor melakukan pemeriksaan pada gendang telinga budak itu. (................................................)
2. Kedatangan penjajah Barat ke Timur pada masa dahulu adalah untuk mendapatkan rempah.
(..................................................................)
3. “Sebelum mengambil sebarang tindakan, elok siasat lebih dahulu”, nasihat Tuk Penghulu kepada
anak-anak buahnya. (.....................................................................)
4. Encik Nazly memerlukan masa kurang dua minggu untuk menyiapkan kertas kerja itu.
(.....................................................................)
5. Anak kambing itu ronta untuk melepaskan diri daripada ikatan. (................................................)
6. Ranzi berasa ragu akan kejujuran Maiza yang baru dikenalinya itu. (............................................)
7. Para peserta perkhemahan itu bersalam sebelum berpisah. (...................................................)
8. Ada desas yang mengatakan bahawa Cikgu Thang akan berpindah ke Sabah.
(......................................................)
9. “Tutup tingkap itu rapat kata ibu kepada kakak. (................................................)
10. Anak kucing itu bercakar di bawah meja. (.........................................................)
d. Bina ayat kata ganda (penggandaan) berikut:

1. Hiruk-pikuk
...........................................................................................................................................................
................................................................................................................................................

2. Kanak-kanak
..................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................

Anda mungkin juga menyukai