Anda di halaman 1dari 1

Topik : Tatabahasa Sub Topik : Pepatah

1. Maksud Pepatah

Pepatah ialah jenis peribahasa yang mengandungi susunan kata yang indah serta terdapat
pengulangan kata dalamnya untuk penegasan, falsafah atau pengajaran yang hendak
disampaikan.

2. Pengunaan pepatah dalam pertuturan harian


Untuk penegasan, Untuk menyatakan falsafah dan pengajaran.

3. Padankan pepatah dengan maksudnya. Tulis A, B, C, D dan E dalam kurungan


A Walaupun kami bersahabat baik, namun kami sering berbeza pendapat
B Setelah lama merantau, Encik Azman pulang ke kampung halamanya semula
C Suhada bukan sahaja berjaya dalam akademik tetapi juga aktif dalam kegiatan kokurikulum
D Tabungannya akan digunakan untuk masa depan dan ketika kecemasan.
E Bertahun-tahun Pak Long dan Pak Ngah bermasam muka kerana tanah pusaka, namun akhirnya
mereka berbaik-baik semula.

a. Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh. ( )


b. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. ( )
c. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. ( )
d. Rambut sama hitam, hati masing-masing. ( )
e. Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga. ( )

4. Lengkapkan pepatah berikut


a. Biar putih tulang, ..............................................................................................................................
b. Di mana bumi dipijak, .......................................................................................................................
c. Harimau mati meninggalkan belang, ................................................................................................
d. Ikut hati mati, ...............................................................................................................................
e. Kalau kail sejengkal, .................................................................................................................
f. ............................................................................................, mengata orang aku yang lebih.
g. ............................................................................................, orang memberi kita merasa.
h. .............................................................................................,yang dikendong berciciran.
i. .............................................................................................,untung batu tenggelam.
j. ............................................................................................., di situ ada jalan.

5. Berikan maksud dan buat ayat pepatah berikut.


a. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Maksud.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________.
Contoh ayat
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________.

Anda mungkin juga menyukai