Anda di halaman 1dari 3

Latihan komsas: `Tajuk : Seni Bahasa Kemahiran : Menulis

1. Sinopsis Cerpen: Talia dan Raksasa Qadqad

Tuan Binjah huma lombong Tuk Sibat Talia

Cerita ini mengisahkan ............................... seorang anak Orang Asli yang telah
merawat seekor makhluk menyerupai katak yang diberi gelaran Qadqad. Talia menemui anak
makhluk yang cedera akibat terkena libas gergaji ketika bermain di pinggir .................. lalu segera
merawatnya dengan daun dalut. Cerita Talia tentang makhluk itu pada mulanya hanya dianggap
khayalan oleh ibu bapanya, namun akhirnya mereka mengakui kebenaran tersebut apabila
beberapa orang asli suku turut berselisih dengan makhluk-makhluk itu. Dalam satu insiden ,
makhluk itu telah menyerang pekerja-pekerja ................................... sebagai balasan kerana telah
menentak mati sekumpulan keluarga mereka. Pada masa itulah, Raksasa Qarqad yang dirawat
oleh Talia sebelum ini sekali lagi bertemu Talia yang pada masa itu berada di kawasan lombong
kerana mereka ingin ke bandar untuk membawa adiknya yang sakit. Apabila raksasa itu tidak
mencederakan keluarga Talia, ........................................ beranggapan bahawa makhluk itu alah
akan tanah ungu yang pada masa itu ada di tangan, rambut dan kuku Talia. Tuan Binjah yang
tamak dan mneginginkan kekayaan, menghalau suku kaum yang diketuai
oleh ...................................... agar meninggalkan perkampungan mereka. Talia yang terkejut
apabila melihat ayahnya ditembak oleh Tuan Binjah segera memanggil Raksasa Qarqad untuk
membantunya, Ratusan makhluk itu menyerang Tuan Binjah dan pengikut-pengikutnya. Mereka
semua mati dalam serangan itu. Kisah Talia dan raksasa itu masih menjadi bualan penduduk
kampung.
2. Tema dan persoalan : cerpen Talia dan Raksasa Qarqad

Tema Berbuat ..................................... dibalas dengan kebaikan.


Persoalan 1. Hubungan antara manusia dengan ......................................
2. Sifat .............................. yang membawa padah
3.
Nota:
Tema : idea utama sesuatu cerita yang hendak disampaikan.
Tema hanya ada satu dalam sesuatu cerita
Persoalan : Idea sampingan sesuatu cerita yang hendak disampaikan
Persoalan dalam sesuatu cerita terdiri dua atau lebih

3. Nyatakan 3 nilai murni cerpen Banjir Di Mata Emak

Nilai Bukti dan huraian daripada cerpen


Kasih sayang Dodo menyayangi anak-anaknya. Dia segera membewa Jini ke hospital apabila
mendapati Jini diserang demam panas. (m.s 60-61)

Tanggungjawa
b

Kegigihan

Soalan Pemahaman
Baca petikan Cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
menggunakan ayat anda sendiri.

Tanpa diduga, Sidek datang mencari mereka di hospital tiga hari kemudian. Kebetulan pula
Jini sudah dibenarkan pulang. Pemandu kereta api itu menemukan mereka sekeluarga di farmasi,
menunggu giliran untuk mengambil ubat.
“Tuan Binjah mahu melombong di Bukit Ungu.” Kata Sidek.
“Melombong apa?” Misa mencelah kebingungan. “Kami ada padi saja.”
“Tentulah tanah ungu. Serangan Qadqad sekarang berleluasa di hutan di seluruh negeri.
Kata Tuan Binjah, sesiapa yang dapat mengawal tanah ungu, pasti kaya-raya.”
“Kalau begitu, melombomg di pinggir hutan saja......tanahnya ungu juga,” saran Dodo.
“Bagi Tuan Binjah, mana cukup kalau setakat di pinggir hutan.” Sidek menggeleng.
Dodo dan Misa mengurut dada.
“Kelmarin, Tuan Binjah mengarahkan seisi kampung berpindah. Katanya, tanah itu bukan
hak milik suku yang pindah-randah macam kamu. Tapi tentulah Tuk Sibat tak mahu terima arahan
itu,” ujar Sidek, menyambung cerita. “Khabarnya, pagi ini pula, Tuan Binjah bawa samseng luar ke
sana.”
Selepas berunding beberapa minit, keluarga Talia dibawa oleh Sidek membuat aduan di
sebuah balai polis. Kemudian, mereka menumpang kereta api yang dipandu Sidek.
Kawasan lombong lengang apabila mereka tiba di sana. Hanya ada beberapa orang lelaki
yang masih meneruskan kerja di sekitar lombong dan stesen kereta api.

Soalan kefahaman

1. Berdasarkan petikan cerpen tersebut, mengapakah Tuan Binjah membawa samseng luar datang
ke Bukit Ungu?
2. Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.
3. Keseimbangan alam sekitar harus dijaga dengan baik.
Pada pendapat anda, apakah tindakan yang boleh diambil untuk meghalang pencerobohan pihak
yang tidak bertanggungjawab terhadap alam semula jadi?

Soalan 1.
-jawab dengan ayat yang lengkap
-boleh bina 1 ayat sahaja untuk soalan 1. Gunakan kata hubung sekiranya mempuyai beberapa isi.
-jawapan ada dalam petikan

Soalan 2
-jawab dengan ayat yang lengkap
-aspek yang diuji berkaitan dengan kefahaman tentang aspek kajian sastera
-digalakkan jawab dalam bentuk 2 ayat. Gunakan penanda wacana untuk ayat kedua, isi kedua.
-wajib sertakan 2 isi.
-beri contoh bagi isi dari petikan

Soalan 3
-jawab dengan ayat yang lengkap
-aspek yang diuji berkaiatan pengetahuan KBAT
-jawab dalam bentuk 2 ayat. Gunakan penanda wacana untuk ayat kedua, isi kedua.
-wajib dua isi dan dihuraikan.
-isi hendaklah lain dari petikan. Bermakna idea anda sendiri.

Anda mungkin juga menyukai