Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AKTIVITI LARIAN PERDANA MAHKOTA SK SERI GADING 2011 Tarikh Hari Masa Perasmi : 08.04.2011 : Sabtu : 08.

00 Pagi : YDP PIBG SK Seri Gading En Mohamad Roslan b Aroff

Pada tanggal 8 April 2011 ( Sabtu ), SK Seri Gading telah sama-sama memeriahkan sambutan Larian Perdana Mahkota dengan mengadakan larian tersebut di peringkat sekolah. Semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 telah menyertai acara ini. Program ini juga menjadi serampang dua mata dimana murid-murid bukan sahaja dapat berekreasi dengan cara yang sihat, malah secara tidak lansung murid-murid juga menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan 1 murid,1 sukan. Acara dimulakan dengan senamrobik yang dipimpin oleh kumpulan senamrobik klinik kesihatan Sri Gading. Senamrobik ini dilihat dapat membangkitkan suasana sukan yang meriah dengan penyertaan dari murid dan masyarakat setempat. Larian Perdana Mahkota peringkat sekolah ini diadakan melalui dua peringkat dengan laluan yang berbeza. Murid tahap 1 di lepaskan terlebih dahulu dengan diikuti oleh murid tahap 2 10 minit kemudiannya. Acara ini telah dirasmikan oleh En Mohamad Roslan b Aroff, YDP PIBG SK Seri Gading. Tepat jam 11 pagi, murid-murid telah menamatkan larian mereka dengan sempurna dan dibenarkan rehat dengan minuman yang ditaja oleh pihak sekolah. Semua murid dibenarkan pulang tepat jam 11.45 pagi.

Disediakan Oleh: . MOHD SHEIKH B ALI Disahkan Oleh : .

Lampiran A

Pendaftaran Guru dan Ibu-Bapa

Murid melakukan Senamrobik

Senamrobik pimpinan Kump.Senamrobik Klinik Sri Gading

Perasmian oleh En Mohd Roslan B Aroff

Anda mungkin juga menyukai