Anda di halaman 1dari 8

RUMUSAN BM PT3

 Panduan Menjawab Rumusan

1. Teliti kehendak soalan. Kemudian kenal pasti idea utama melalui kata
kunci yang terdapat dalam petikan.Kata kunci tidak diberi, jadi murid
perlu membaca dan memahami petikan untuk mengetahui kata kunci.
Idea utama ini dianggap sebagai pendahuluan.
 

2. Idea utama mungkin ada 1 atau mungkin ada 2

3. Kemudian cari dan kenal pasti 6 idea sokongan(isi penting yang ada
dalam  bahan petikan setelah memperoleh idea utama. Jika murid salah
mengemukakan idea utama maka idea sokongannya juga akan salah.
Kemungkinan dalam petikan memang cukup-cukup 6 sahaja idea
sokongan yang diberi. Sekiranya lebih isi diberi mungkin antara 6-8.
(bergantung kepada tahun semasa panjang pendek petikan dan skema
jawapan)

4. Akhir sekali murid dikehendaki menulis kesimpulan iaitu idea calon


sendiri. Tidak boleh menulis kesimpulan yang diambil daripada bahan
petikan. Pelajar kena buat sendiri. Harus ada sekurang-kurangnya dua
elemen, iaitu cadangan & harapan.
 

5. Dari segi binaan perenggan, murid dicadangkan menulis rumusan dalam


satu perenggan tetapi dalam perenggan rumusan itu pastikan
mengandungi idea utama (pendahuluan), idea sokongan dan
penutup/kesimpulan (kena fikir ...tidak boleh ambil dalam petikan).
Namun tidak menjadi kesalahan jika murid menulis rumusan dalam 3
perenggan. Rumusan masih disemak seperti biasa.

1
6. Cara-cara hendak memulakan penulisan ayat bagi rumusan...
i) Jika ada 1 idea utama:-
Petikan membincangkan punca-punca pencemaran alam sekitar.
 
ii) Jika ada 2 idea utama:-
Petikan membincangkan punca-punca pencemaran alam sekitar dan langkah-
langkah mengatasinya.

7. Markah rumusan ialah 15 markah,iaitu 10 markah untuk isi dan 5 markah untuk
bahasa.
 
isi Bilangan markah
isi
Idea utama 1 2m
Idea 6 6m
sokongan(Is
i penting)
kesimpulan 1 2m
Jumlah 8 10
markah     

TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN

Penanda wacana bagi menghubungkan isi:

1. Antaranya,

2. Selain itu,

3. Tambahan pula,

4. Selanjutnya,

5. Seterusnya,

6. Akhir sekali,

AYAT 1
Petikan membincangkan + kehendak isi tersurat
IDEA UTAMA

(Pendahuluan)
AYAT 2
Kehendak isi tersurat + isi 1
(Idea sokongan)

2
AYAT 3
Selain itu + isi 2
AYAT 4
Tambahan pula + isi 3
AYAT 5
Selanjutnya + isi 4
AYAT 6
Seterusnya + isi 5
AYAT 7
Akhir sekali + isi 6
AYAT 8 (Penutup)
Kesimpulannya, semua pihak (perlu/hendaklah/haruslah)..........................
Cadangan + harapan
(untuk/agar/supaya/demi).............................

TEKNIK SINONIM - KATA KUNCI

kebaikan usaha/perlu/wajar punca kesan


manfaat langkah sebab akibat
kepentingan inisiatif faktor natijah
kelebihan tindakan kerana impak

Item Contoh Bahagian C– Rumusan [ masa  dicadangkan:15 minit]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis
satu   rumusan yang panjangnya hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. Kadar kemalangan meningkat setiap kali
musim perayaan walaupun pelbagai kempen dan tindakan dijalankan oleh pihak berkuasa.
Peningkatan jumlah kematian merupakan suatu kerugian yang melibatkan nyawa, harta benda,
wang, tenaga manusia, dan masa. Memandangkan bilangan kematian terus meningkat, maka
pelbagai usaha perlu diambil untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Antara usahanya1
ialah pengeluaran lesen memandu diperketat demi membendung kejadian yang menyayat hati
terutamanya pada musim perayaan.

                                                              

            Para pemandu perlu2 menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu yang teliti
sebelum diberi lesen bagi memastikan mereka mengamalkan gaya pemanduan yang positif.
Antara penyebab1 peningkatan kadar kemalangan jalan raya termasuklah sikap pengguna yang
cuai. Hal ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
yang menunjukkan bahawa 90 peratus daripada kes kemalangan jalan raya berlaku kerana
kecuaian pemandu. Dalam memastikan kemalangan sifar dicapai, hukuman yang lebih tegas
sebagai pengajaran terhadap pemandu perlu3 dikenakan. Pemandu-pemandu baharu yang

3
melakukan kesalahan dalam tempoh  dua tahun pertama perlu dikenakan tindakan4 perlanjutan
tempoh percubaan sebelum mendapat lesen sepenuhnya.

            Orang ramai masih belum belajar daripada kesilapan-kesilapan masa lalu, malah
pengalaman pihak lain juga dipandang rendah. Sejajar dengan itu, sudah tiba masanya pihak
berkuasa mengkaji5 secara mendalam aspek-aspek yang sesuai dalam sistem pembelajaran
dan pendidikan pemanduan di negara kita. Sistem pemanduan yang dikendalikan oleh pihak JPJ
umpama sistem peperiksaan akademik yang diduduki oleh para pelajar. Sewajarnya, elemen
sivik dipupuk6 pada jiwa seseorang pelajar sehingga amalan tersebut tersemai dengan
mendalam dan menjadi amalan apabila dewasa nanti.

            Di samping itu, menjadi7 tanggungjawab ibu bapa, sekolah, dan masyarakat menyemai
nilai-nilai murni dalam usaha melahirkan generasi pemandu yang berhemah. Penguatkuasaan
undang-undang dan denda yang dikenakan perlu8 diketatkan supaya mereka yang bersalah
dihukum sewajarnya. Selain itu, penetapan had laju di lebuh raya dan di jalan-jalan biasa perlu9
dikekalkan kerana banyak kemalangan yang berlaku berpunca2 daripada kenderaan yang tidak
dapat dikawal sebagai akibat dipandu terlalu laju. Para pengguna perlu disedarkan bahawa jalan
raya bukanlah tempat untuk berlumba dan mereka perlulah memandu secara berhemah supaya
tidak mengakibatkan nahas yang membabitkan orang lain.

            Jelaslah bahawa banyak langkah yang boleh diambil oleh individu, masyarakat mahupun
negara pelbagai pihak dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Semua pihak perlu
menggemblengkan tenaga secara lebih efektif untuk mengatasi kemelut ini, janganlah sudah
terhantuk baru hendak tengadah kerana apabila sesuatu kecelakaan sudah berlaku, tiada guna
menyesalinya lagi, kerana nasi sudah menjadi bubur. Tragedi kemalangan boleh berlaku kepada
sesiapa sahaja dan bila-bila masa kerana malang tidak berbau.

                                                (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Budayakan Hargai Nyawa”


oleh G. Manimaran, Utusan Malaysia, Disember 2003)

*  untuk tujuan pencontohan, latihan rumusan ini ada 9 idea sokongan.Namun


begitu,diingatkan   dalam peperiksaan hanya 6 idea sokongan sahaja perlu di kenal pasti oleh calon.

4
Item Contoh Bahagian C– Rumusan [ masa  dicadangkan:15 minit]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis
satu   rumusan yang panjangnya hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. Kadar kemalangan meningkat setiap kali
musim perayaan walaupun pelbagai kempen dan tindakan dijalankan oleh pihak berkuasa.
Peningkatan jumlah kematian merupakan suatu kerugian yang melibatkan nyawa, harta benda,
wang, tenaga manusia, dan masa. Memandangkan bilangan kematian terus meningkat, maka
pelbagai usaha perlu diambil untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Antara usahanya
ialah pengeluaran lesen memandu diperketat① demi membendung kejadian yang menyayat
hati terutamanya pada musim perayaan.

                                                              

            Para pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu ②yang teliti
sebelum diberi lesen bagi memastikan mereka mengamalkan gaya pemanduan yang positif.
Antara penyebab peningkatan kadar kemalangan jalan raya termasuklah sikap pengguna yang
cuai. Hal ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
yang menunjukkan bahawa 90 peratus daripada kes kemalangan jalan raya berlaku kerana
kecuaian pemandu. Dalam memastikan kemalangan sifar dicapai, hukuman yang lebih tegas
sebagai pengajaran③ terhadap pemandu perlu dikenakan. Pemandu-pemandu baharu yang
melakukan kesalahan dalam tempoh  dua tahun pertama perlu dikenakan tindakan
perlanjutan tempoh percubaan④ sebelum mendapat lesen sepenuhnya.

            Orang ramai masih belum belajar daripada kesilapan-kesilapan masa lalu, malah
pengalaman pihak lain juga dipandang rendah. Sejajar dengan itu, sudah tiba masanya pihak
berkuasa mengkaji secara mendalam aspek-aspek yang sesuai dalam sistem
pembelajaran dan pendidikan pemanduan⑤ di negara kita. Sistem pemanduan yang
dikendalikan oleh pihak JPJ umpama sistem peperiksaan akademik yang diduduki oleh para
pelajar. Sewajarnya, elemen sivik dipupuk pada jiwa seseorang pelajar ⑥ sehingga amalan
tersebut tersemai dengan mendalam dan menjadi amalan apabila dewasa nanti.

            Di samping itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, sekolah, dan masyarakat menyemai
nilai-nilai murni⑦ dalam usaha melahirkan generasi pemandu yang
berhemah. Penguatkuasaan undang-undang dan denda⑧ yang dikenakan perlu diketatkan
supaya mereka yang bersalah dihukum sewajarnya. Selain itu, penetapan had laju di lebuh
raya dan di jalan-jalan biasa ⑨ perlu dikekalkan kerana banyak kemalangan yang berlaku
berpunca daripada kenderaan yang tidak dapat dikawal sebagai akibat dipandu terlalu laju. Para
pengguna perlu disedarkan bahawa jalan raya bukanlah tempat untuk berlumba dan mereka
perlulah memandu secara berhemah supaya tidak mengakibatkan nahas yang membabitkan
orang lain.

5
            Jelaslah bahawa banyak langkah yang boleh diambil oleh individu, masyarakat mahupun
negara pelbagai pihak dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Semua pihak perlu
menggemblengkan tenaga secara lebih efektif untuk mengatasi kemelut ini, janganlah sudah
terhantuk baru hendak tengadah kerana apabila sesuatu kecelakaan sudah berlaku, tiada guna
menyesalinya lagi, kerana nasi sudah menjadi bubur. Tragedi kemalangan boleh berlaku kepada
sesiapa sahaja dan bila-bila masa kerana malang tidak berbau.

                                                (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Budayakan Hargai Nyawa”


oleh G. Manimaran, Utusan Malaysia, Disember 2003)

*  untuk tujuan pencontohan, latihan rumusan ini ada 9 idea sokongan. Namun
begitu,diingatkan   dalam peperiksaan hanya 6 idea sokongan sahaja perlu di kenal pasti oleh calon.

Panduan Menulis Perenggan Lengkap Rumusan

Petikan membincangkan ( idea utama ). Antaranya ialah / adalah/termasuklah  ( idea sokongan


1 ). Selain itu, ( idea sokongan 2 ). Seterusnya, ( idea sokongan 3 ). Tambahan pula, ( idea
sokongan 4 ). Selanjutnya, ( idea sokongan 5 ). Akhir sekali, ( idea sokongan 6 ).
Kesimpulannya, ( kesimpulan ) supaya / agar / untuk ( penjelasan ).  

Contoh Jawapan 

Petikan membincangkan usaha-usaha mengatasi kemalangan jalan


raya. Antaranya termasuklah pengeluaran lesen memandu diperketat. Selain
itu, para pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu sebelum
diberi lesen. Tambahan pula, hukuman tegas sebagai pengajaran terhadap
pemandu perlu dikenakan. Selanjutnya, pemandu-pemandu baharu yang
melakukan kesalahan dalam tempoh  dua tahun pertama dikenakan hukuman
tempoh percubaan. Seterusnya, sistem ujian pemanduan yang dikenakan oleh
Jabatan Pengangkutan Jalan perlu dikaji semula. Akhir sekali, elemen sivik dipupuk
dalam jiwa pemandu. Kesimpulannya, kadar kemalangan yang tinggi di jalan raya
perlu dibendung supaya jalan raya menjadi tempat yang selamat untuk semua
pengguna.

6
Praktis 5: Rumusan buku mesra digital halaman 103

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sebahagian daripada kita beranggapan bahawa kegagalan merupakan suatu musibah yang
dapat merencatkan perancangan masa depan seseorang. Namun begitu, kita tidak
seharusnya cepat berasa kecewa setelah gagal untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.

Seseorang itu harus berani berdepan dengan kegagalan. Lupakan kegagalan tersebut
agar perkara itu tidak menguasai diri kita dan menjadikan diri kita lemah. Antara perkara yang
dapat dilakukan untuk mengatasi kekecewaan adalah dengan mendekatkan diri kepada
Tuhan. Dengan melakukan muhasabah diri kita akan memperoleh ketenangan jiwa dan tidak
akan menyalahkan pihak lain atas kegagalan yang berlaku. Pendekatan agama berupaya
untuk membantu jika kita mengamalkan perkara-perkara yang dianjurkan agama seperti
sembahyang dan puasa.

Masa yang ada hendaklah diluangkan bersama-sama ahli keluarga. Lakukan perbincangan
tentang perancangan masa depan. Dalam konteks ini, ahli keluarga terutamanya ibu bapa
pastinya mempunyai buah fikiran yang bernas untuk membantu kita berdasarkan pengalaman
hidup mereka yang lebih dahulu makan garam daripada kita. Seterusnya, kita mestilah
berfikiran lebih terbuka serta bersedia untuk menerima pandangan atau nasihat daripada
orang lain. Dalam hal ini, sikap sering menyalahkan orang lain atas kegagalan yang ditempuh
perlu dibuang sama sekali.

Kita disarankan untuk membaca buku motivasi bagi membina keyakinan diri dan fikiran
yang positif juga. Apabila kita berfikiran positif, kita akan memiliki kekuatan untuk mengharungi
masalah yang dihadapi. Idea-idea yang bernas untuk mencari pintu penyelesaian masalah
akan mudah terhasil juga. Aktiviti gaya hidup sihat seperti bersukan, beriadah atau kegiatan
luar yang lain wajar dilakukan juga. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan
perasaan malahan dapat menyihatkan badan.

Kesimpulannya, kegagalan adalah lumrah dalam kehidupan. Dalam apa-apa bidang yang
diceburi, sekiranya kita berhadapan dengan kekecewaan, kita perlulah berani dan bersedia
untuk berubah juga.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Fail


Pengarang)

7
Petikan membincangkan cara-cara yang dapat dilakukan bagi melupakan kekecewaan dalam
kehidupan. Antaranya, kita hendaklah mendekatkan diri kepada Tuhan dengan mengamalkan
perkara-perkara yang dianjurkan agama. Selain itu, kita haruslah meluangkan masa bersama-sama
dengan keluarga dan berbincang tentang perancangan masa hadapan. Tambahan pula, kita mestilah
berfikiran lebih terbuka serta bersedia menerima nasihat daripada orang lain. Selanjutnya, kita
disarankan untuk membaca buku motivasi bagi membina keyakinan diri dan fikiran yang positif.
Seterusnya, amalkan gaya hidup yang sihat. Akhir sekali, kita perlulah berani dan bersedia untuk
berubah . Kesimpulannya, kita perlulah sentiasa sabar dalam menempuhi sesuatu ujian agar dapat
membawa kita kepada kehidupan yang lebih bermakna.

Anda mungkin juga menyukai