Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN MENJAWAB RUMUSAN

1. Teliti kehendak soalan.Kemudian kenal pasti idea utama melalui kata kunci yang terdapat dalam
petikan. Kata kunci tidak diberi,jadi pelajar perlu membaca dan memahami petikan untuk
mengetahui kata kunci. Idea utama ini dianggap sebagai pendahuluan.
2. Idea utama mungkin ada 1 atau mungkin ada 2.
3. Kemudian cari dan kenal pasti 6 idea sokongan (isi penting yang ada dalam bahan petikan
setelah memperoleh idea utama). Jika pelajar salah mengemukakan idea utama maka idea
sokongannya juga akan salah. Kemungkinan dalam petikan memang cukup-cukup 6 sahaja idea
sokongan yang diberi. Sekiranya lebih isi diberi mungkin antara 6-8. (bergantung kepada tahun
semasa panjang pendek petikan dan skema jawapan).
4. Akhir sekali pelajar dikehendaki menulis kesimpulan iaitu idea calon sendiri.Tidak boleh menulis
kesimpulan yang diambil daripada bahan petikan.Pelajar kena buat sendiri. Harus ada sekurang-
kurangnya 2 elemen, iaitu harapan&cadangan serta kesan.
5. Dari segi binaan perenggan, murid dicadangkan menulis rumusan dalam satu perenggan tetapi
dalam perenggan rumusan itu pastikan mengandungi idea Utama(pendahuluan), idea sokongan
dan penutup/kesimpulan (kena fikir ...tidak boleh ambil dalam petikan). Namun tidak menjadi
kesalahan jika pelajar menulis rumusan dalam 3 perenggan. Rumusan pelajar masih disemak
seperti biasa.
Cara-cara hendak memulakan penulisan ayat bagi rumusan:
i) Jika ada 1 idea utama: Petikan membincang tentang .........................................................
ii)Jika ada 2 idea utama: Petikan membincangkan .............................................. dan ................................
Isi Bilangan Markah
isi
Idea utama 1 2m
Idea sokongan(Isi penting) 6 6m
kesimpulan 1 2m
Jumlah markah untuk isi 8 10
Jumlah markah bahasa 5
Jumlah markah rumusan 15

PANDUAN MUDAH MENULIS RUMUSAN (3 perenggan)

Petikan membincangkan ( idea utama ).

Antaranya ialah / adalah/termasuklah ( idea sokongan 1 ). Selain itu, ( idea sokongan 2 ).

Seterusnya, ( idea sokongan 3 ). Tambahan pula, ( idea sokongan 4 ). Selanjutnya, ( idea sokongan 5 ).

Akhir sekali, ( idea sokongan 6 ).

Kesimpulannya, ( kesimpulan ) supaya / agar / untuk ( penjelasan ).

(......... patah perkataan)


 tulisan berwarna merah : idea utama
 tulisan berwarna biru : idea sokongan
 Tulis rumusan yang lengkap dalam buku BM (B) masing-masing

Item Contoh Bahagian C– Rumusan [ masa dicadangkan:15 minit]


Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. Kadar kemalangan meningkat setiap kali
musim perayaan walaupun pelbagai kempen dan tindakan dijalankan oleh pihak berkuasa. Peningkatan
jumlah kematian merupakan suatu kerugian yang melibatkan nyawa, harta benda, wang, tenaga manusia,
dan masa. Memandangkan bilangan kematian terus meningkat, maka pelbagai usaha perlu diambil
untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Antara usahanya ialah pengeluaran lesen memandu
diperketat① demi membendung kejadian yang menyayat hati terutamanya pada musim perayaan.

Para pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu ②yang teliti sebelum
diberi lesen bagi memastikan mereka mengamalkan gaya pemanduan yang positif. Antara penyebab
peningkatan kadar kemalangan jalan raya termasuklah sikap pengguna yang cuai. Hal ini dibuktikan
melalui kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menunjukkan bahawa 90
peratus daripada kes kemalangan jalan raya berlaku kerana kecuaian pemandu. Dalam memastikan
kemalangan sifar dicapai, hukuman yang lebih tegas sebagai pengajaran③ terhadap pemandu perlu
dikenakan. Pemandu-pemandu baharu yang melakukan kesalahan dalam tempoh dua tahun
pertama perlu dikenakan tindakan perlanjutan tempoh percubaan④ sebelum mendapat lesen
sepenuhnya.

Orang ramai masih belum belajar daripada kesilapan-kesilapan masa lalu, malah pengalaman
pihak lain juga dipandang rendah. Sejajar dengan itu, sudah tiba masanya pihak berkuasa mengkaji
secara mendalam aspek-aspek yang sesuai dalam sistem pembelajaran dan pendidikan
pemanduan⑤ di negara kita. Sistem pemanduan yang dikendalikan oleh pihak JPJ umpama sistem
peperiksaan akademik yang diduduki oleh para pelajar. Sewajarnya, elemen sivik dipupuk pada jiwa
seseorang pelajar ⑥ sehingga amalan tersebut tersemai dengan mendalam dan menjadi amalan apabila
dewasa nanti.

Di samping itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, sekolah, dan masyarakat menyemai nilai-nilai
murni⑦ dalam usaha melahirkan generasi pemandu yang berhemah. Penguatkuasaan undang-undang
dan denda⑧ yang dikenakan perlu diketatkan supaya mereka yang bersalah dihukum sewajarnya. Selain
itu, penetapan had laju di lebuh raya dan di jalan-jalan biasa ⑨ perlu dikekalkan kerana banyak
kemalangan yang berlaku berpunca daripada kenderaan yang tidak dapat dikawal sebagai akibat dipandu
terlalu laju. Para pengguna perlu disedarkan bahawa jalan raya bukanlah tempat untuk berlumba dan
mereka perlulah memandu secara berhemah supaya tidak mengakibatkan nahas yang membabitkan orang
lain.

Jelaslah bahawa banyak langkah yang boleh diambil oleh individu, masyarakat mahupun negara
pelbagai pihak dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Semua pihak perlu menggemblengkan
tenaga secara lebih efektif untuk mengatasi kemelut ini, janganlah sudah terhantuk baru hendak tengadah
kerana apabila sesuatu kecelakaan sudah berlaku, tiada guna menyesalinya lagi, kerana nasi sudah
menjadi bubur. Tragedi kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan bila-bila masa kerana
malang tidak berbau.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Budayakan Hargai Nyawa” oleh G.
Manimaran, Utusan Malaysia, Disember 2003)
* untuk tujuan pencontohan, latihan rumusan ini ada 9 idea sokongan. Namun begitu, diingatkan hanya 6
idea sokongan sahaja yang perlu dimasukkan dalam rumusan anda.

Anda mungkin juga menyukai