Anda di halaman 1dari 5

Teknik Mengolah Karangan STPM - Guna Formula

Pendahuluan
Karangan yang baik haruslah diolah dengan
mengembangkan isi iaitu menghuraikannya sambil
mengemukakan bukti atau contoh yang sesuai. Dalam
hal ini, kita jarang-jarang mendengar murid
menghadapi masalah untuk mendapatkan isi karangan.
Namun demikian kebiasaannya murid menghadapi
masalah untuk mengolah atau mengembangkan isi
karangan tersebut. Mereka selalunya menghadapi
masalah untuk mengembangkan isi tersebut agar
menjadi satu kesatuan idea dalam perengganperenggan karangan. Isi tersebut perlu dikembangkan
menjadi satu pertautan idea antara satu perenggan
dengan perenggan yang lain.
Murid-murid juga selalunya menghadapi masalah untuk
menulis karangan yang menepati jumlah perkataan,
seperti yang dikehendaki oleh soalan. Kerap kali
berlaku, murid-murid menulis karangan yang jumlah
perkataannya kurang daripada yang telah ditetapkan
oleh soalan. Perenggan karangan juga biasanya tidak
seimbang kerana terdapat perenggan yang panjang dan
ada pula perenggan yang pendek. Perkara ini berlaku
kerana murid-murid tiada teknik atau cara yang
boleh membantu mereka untuk mengembangkan isi
karangan agar seimbang antara perenggan. Oleh hal
yang demikian, cikgu akan membincangkan teknik atau
cara-cara untuk mengolah atau mengembangkan isi
karangan.
Keperluan Soalan
Bagi peperiksaan STPM, bahagian ini akan
mengemukakan 4 soalan karangan yang berdasarkan
isu-isu semasa. Berdasarkan trend soalan semasa,
terdapat satu soalan yang biasanya merujuk kepada
soalan karangan berformat. Murid-murid dikehendaki
menulis sebuah karangan yang panjangnya hendaklah
antara 650 hingga 700 perkataan dengan berdasarkan
4 soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan STPM.
Untuk menghasilkan karangan yang baik, empat proses

yang berikut perlu diikuti oleh pelajar, iaitu:


i. Membaca semua soalan
ii. Membuat pemilihan dan perancangan
iii. Menulis karangan
iv. Membuat semakan
Selepas proses pertama dan kedua itu dilakukan,
barulah murid menjalankan proses yang ketiga iaitu
menulis karangan. Proses menulis karangan akan
melibatkan pengolahan dan pengembangan isi karangan
yang diperoleh dalam proses yang kedua. Proses
inilah yang paling rumit dan mencabar kebolehan,
kemahiran dan pengetahuan murid. Oleh yang
demikian, proses yang ketiga ini perlulah diberikan
tumpuan utama kerana markah karangan murid akan
ditentukan oleh proses yang ketiga ini.
Teknik Mengolah Karangan dengan Menggunakan Formula
1. Pendahuluan
i. Ikatan 2 Hati (IKTHH- Isi, Kesan, Tindakan,
Hasil, Hubung kait) - Formula Dr. Ghazali Lateh
Contoh perenggan pendahuluan
Statistik kemalangan jalan raya seringkali
meningkat pada musim perayaan utama negara kita.
(I) Hal ini telah menyebabkan banyak kecederaan
berlaku dalam kalangan pengguna jalan raya di
samping banyak juga nyawa manusia yang terkorban.
(K) Oleh itu pihak berkuasa telah meningkatkan
usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya
seperti penguatkuasaan undang-undang melalui ops
sikap dan juga kempen keselamatan jalan raya. (T)
Diharapkan jumlah kemalangan jalan raya akan dapat
dikurangkan setelah langkah-langkah yang berkesan
diambil oleh pihak berkuasa. (H) Oleh yang demikian
usaha pihak berkuasa itu perlu diteruskan bukan
sahaja pada musim perayaan malah pada hari-hari
biasa untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya
daripada terus meningkat di negara kita. (H) (96
perkataan)
ii. Ismail Kena Cium Lembu Hitam (IKCLH Isi,
Kesan, Contoh, Langkah, Hasil)

Contoh perenggan pendahuluanTerdapat projek


perumahan yang terbengkalai atau tidak disiapkan
oleh pemaju perumahan di negara kita. (I) Hal ini
sudah tentu akan menyusahkan pembelipembeli rumah
yang mengharapkan rumah mereka disiapkan mengikut
jadual yang telah ditetapkan. (K) Terdapat beberapa
kes seperti ini yang berlaku di Kuala Langat,
Gombak dan Hulu Langat, iaitu seperti yang
dilaporkan oleh media massa arus perdana. (C) Oleh
itu pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas
terhadap pemaju perumahan yang bersikap seperti
harapkan pagar, pagar makan padi ini untuk
mengatasi masalah tersebut sebelum menjadi lebih
serius. (L) Diharapkan langkah tersebut akan dapat
mengatasi masalah yang terpaksa ditanggung oleh
pembeli rumah yang hendak berpindah ke rumah
sendiri. (H) (96 perkataan)
2. Isi Karangan
i. 5W1H (Apa, Siapa, Mengapa, Bila, Di mana, dan
Bagaimana)
Contoh perenggan isi
Kemalangan jalan raya yang berlaku kebanyakannya
berpunca daripada sikap pengguna jalan raya yang
cuai. Mereka biasanya tidak menumpukan perhatian
semasa memandu kenderaan di jalan raya. (A)
Kebiasaannya juga mereka menggunakan telefon bimbit
semasa memandu kenderaan ataupun memandu dalam
keadaan mengantuk. (M) Keadaan ini seterusnya
menyebabkan pemandu kenderaan hilang kawalan dan
seterusnya menyebabkan berlakunya kemalangan. (Ba)
Oleh yang demikian, pengguna jalan raya perlulah
berhati-hati dan tidak cuai semasa memandu
kenderaan di jalan raya agar kemalangan dapat
dielakkan daripada berlaku. Hal ini bertepatan
dengan pepatah Melayu iaitu beringat sebelum kena
dan janganlah sudah terhantuk baru nak tengadah.
(M) (79 perkataan)
ii. Individu dan Keluarga (Inke), Masyarakat
(Kawan, Jiran dan Sekolah), Negara, Teknologi, dan
Antarabangsa. ((InkeManeTekA)

Contoh perenggan isiSalah satu punca penagihan


dadah adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.
(Kawan) Para ramaja biasanya mudah terpengaruh oleh
perbuatan yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka.
Selain itu mereka juga ingin tahu dan ingin mencuba
perkara tersebut. Hal ini biasanya akan menyebabkan
mereka ketagih terhadap dadah.
iii. Inikah Hasilnya Cinta (IKHC Isi, Kesan,
Huraian, Contoh)
Contoh perenggan isi
Aktiviti sukan yang kita lakukan boleh menyihatkan
badan kita. (I) Hal ini demikian kerana semasa kita
bersukan, badan kita akan mengeluarkan peluh. (K)
Seterusnya perkara ini berlaku disebabkan oleh
jantung kita bekerja kuat dan mengepam darah ke
seluruh badan. (H) Contoh aktiviti sukan yang boleh
kita lakukan adalah seperti bermain bola sepak,
badminton, hoki, dan berjoging. (C)
3. Penutup/kesimpulan
i. Rasa Cinta Aku Pasti Hilang (RCAPH Rumusan,
Cadangan, Ancaman, Harapan) - Formula Dr. Ghazali
Lateh (saya tambah dengan P iaitu peribahasa)
Contoh perenggan kesimpulan
Kesimpulannya, masalah rasuah perlulah ditangani
segera oleh pihak berkuasa di negara kita. (R) Oleh
yang demikian pihak berkuasa perlulah mengadakan
kempen secara besar-besaran tentang keburukan
rasuah. Kempen tersebut bolehlah dijalankan di
media-media massa arus perdana dan juga melalui
ceramah yang dijalankan oleh pegawai-pegawai Badan
Pencegah Rasuah. (C) Hal ini demikian kerana jika
masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu akan
merosakkan jentera pentadbiran negara. Jika jentera
pentadbiran negara kita rosak sudah pasti kita
semua yang akan menerima padahnya.(A) Perkara ini
bertepatan dengan ungkapan, lebih baik mencegah
daripada mengubati sesuatu penyakit.(P) Jadi, kita
semua berharap agar masalah ini dapat ditangani
dengan berkesan sebelum berleluasa atau menjadi

lebih serius. (H) (102 perkataan)


ii. Kena Hati-Hati (Kesimpulan, Hurai, Harapan)
Contoh perenggan kesimpulanKesimpulannya semua
pihak perlu bekerjasama untuk membanteras jenayah
yang berlaku di negara kita. (K) Anggota masyarakat
perlulah membantu pihak berkuasa dengan melaporkan
kejadian jenayah yang berlaku dengan segera. (H)
Dengan cara itu masalah jenayah ini diharapkan
dapat dikurangkan dan dibanteras daripada terus
berleluasa. Seterusnya hal ini membolehkan
masyarakat di negara kita ini hidup dalam keadaan
aman, tenteram dan harmoni.(H)
Penutup
Teknik yang dibincangkan tadi diharapkan dapat
membantu murid-murid dalam menghuraikan dan
mengembangkan isi karangan dengan baik. Diharapkan
juga murid-murid dapat membina setiap perenggan
karangan dengan teratur dan seimbang. Perenggan
pendahuluan, perenggan isi, dan perenggan
kesimpulan akan menjadi seimbang jika olahan dan
huraian dirancang dengan baik dan jumlah perkataan
yang dikehendaki akan dapat dipenuhi oleh muridmurid. Di samping itu murid-murid juga dinasihatkan
agar membaca bahan-bahan bacaan yang relevan dan
sesuai untuk membantu proses pengolahan dan
pengembangan isi karangan. Murid-murid turut
digalakkan membaca suratkhabar Utusan Malaysia dan
Berita Harian, majalah Dewan Masyarakat, Dewan
Siswa, Pelita Bahasa, Fokus, Kosmik dan sebagainya.
Selain itu murid-murid juga dinasihatkan supaya
banyak berlatih untuk mengembangkan isi karangan
supaya tidak menghadapi masalah semasa berada di
dalam dewan peperiksaan. Selamat mencuba formula
yang dicadangkan ini.

Anda mungkin juga menyukai