Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN MEMBETULKAN AYAT (40%)

Arahan: Betulkan ayat-ayat yang berikut dari aspek penggunaan ejaan, kata,
imbuhan dan struktur ayat.

1. Antara kunci utama kejayaan di dalam penjualan ialah penyelesaian kepada


masalah terutamanya masalah yang ramai orang hadapi.

JAWAPAN:

2. Ramai remaja sukakan permainan atas talian. Ini menimbulkan kepada


banyak masalah akibat daripada terlalu asyiknya remaja dengan permainan
tersebut.

JAWAPAN

3. Kerajaan nasihati orang ramai agar kurangkan menggunakan air, aktiviti luar,
pembakaran terbuka dan cukup minum air pada tempoh cuaca panas dan
kering.

JAWAPAN:

4. Ini kerana di kalangan masyarakat pada zaman kini, pengunaan internet


sangat penting sekali kerana ianya memudahkan urusan seharian di mana
semua kerja boleh dibuat dengan cepat.

JAWAPAN:

5. KPM ingin dapatkan dapatan data-data perlaksanaan pakaian kasut hitam di


peringkat sekolah dan setiap sekolah perlu mengisi borang soal-selidik kajian
pelaksanaan ini sebelum atau pada 31 Januari.

JAWAPAN:
6. Usaha memastikan anak-anak kita terus kuasai berbagai bahasa
terutamanya bahasa English, maka usaha untuk mendaulat Bahasa Melayu
amat wajar sekali dipertingkatkan.

JAWAPAN:

7. Apa yang lebih penting adalah memperketatkan peraturan lalulintas,


memperbaiki mutu jalan raya dan lebuh raya.

JAWAPAN

8. Di peringkat ini, objektif USM adalah untuk memastikan segala procedure


kajian luar telah digunakan oleh penemuduga.

JAWAPAN

9. Kes rasuah yang penjawat awam laporkan kepada SPRM akan disiasat dan
akan menerima iktiraf bentuk inisiatif yang sama nilai rasuah yang ditawari.

JAWAPAN:

10. Beliau berkata apa yang penting semua pihak perlu memahami isu agama
adalah satu perkara yang sangat sensetif.

JAWAPAN:
11. Apa kenyataan rasmi tentang menular virus influenza A hanya boleh
Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan bagi mengelakkan masyarakat
menerima laporan yang salah.

JAWAPAN:

12. Di antara cabaran-cabaran penting ialah bagaimana kita mempastikan


kelestarian kualiti hidup pada masa hadapan terjamin. Dengan perkataan lain,
kita harus mempastikan apa yang diminati oleh kita pada masa kini akan juga
dinikmati oleh generasi pada masa hadapan.

JAWAPAN:

13. Pekerjaan mudah ditawari kepada calon yang berestika dan yang mempunyai
nilai akhlak yang baik tidak dapat dinafikan. Di samping daripada itu, bidang
keusahawanan adalah antara altenatif untuk menangani penganggur lepasan
universiti.

JAWAPAN

14. Antara yang diterangkan oleh beliau ialah tentang pakaian yang sesuai ketika
seseorang menghadiri majlis rasmi. Hal ini demikian sebab penampilan diri
menunjuk jatidiri seseorang.

JAWAPAN

15. Apa yang patut guru kaunselor fikirkan sekarang adalah cara-cara
mengurangkan tekanan perasaan yang dialami oleh setengah pelajar. Oleh
kerana itu, untuk menjadi guru kaunselor perlu bermesra dengan para pelajar
di mana pelajar tidak berasa segan untuk meluah masalah yang mereka
hadapi.

JAWAPAN
16. Tindakan tegas kerajaan akan ambil terhadap mana-mana pihak yang cuba
memasukki ke sempadan negara secara haram. Di masa yang sama, agensi
penguatkuasa akan terus memperketatkan kawalan sempadan negara.

JAWAPAN

17. Selain bidang kerja makan gaji, kita perlu cuba terokai bidang usahawan.
Latihan dan program mahir keusahawanan dapat menjadi alternatif untuk
mempertingkatkan prospek keboleh pasaran dan keupayaan kita.

JAWAPAN

18. Beliau menerangkan sebab bacaan am pada meter itu berubah dan kemudian
menyatakan tentang hubungan di antara bacaan am pada meter dan faktor
yang mempengaruhinya. Penerangan itu berdasarkan kepada pemerhatian
terhadap carta di atas.

JAWAPAN

19. Sikap saling hormat-menghormati di antara jiran-jiran tetangga adalah nilai


murni yang perlu dikekalkan di kalangan masyarakat yang terdiri daripada
berbagai kaum. Oleh kerana itu, setiap keindividuan haruslah memiliki
semangat kejiranan yang tinggi untuk mengekalkan keharmonian dan
kemakmoran negara Malaysia.

JAWAPAN

20. Adalah dimaklumkan mesyuarat ini terpaksa tertangguh pada lain-lain tarikh
disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan dan tarikh mesyuarat akan
diberitahu saya kelak.

JAWAPAN:

21. Selain dari itu, apa yang kita perlu lakukan untuk memikat hati kebanyakkan
majikan ialah berusaha memiliki semua komponen-komponen seperti mana
yang dinyatakan diatas.
JAWAPAN:

22. Antara kunci utama kejayaan di dalam penjualan ialah penyelesaian kepada
masalah terutamanya masalah yang ramai orang hadapi.

JAWAPAN:

23. Kebanyakkan pihak yakin salah satu daripada cara yang terbaik sekali untuk
memelihara dan pulihara alam sekitar adalah pendidikan awal pada golongan
kanak-kanak.

JAWAPAN:

24. Lumba haram di jalanraya adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 42(1)
Akta Pengangkutan Jalan 1987 bahawa memperuntukan penjara maksima
lima tahun dan denda minima RM5,000 hingga RM15,000 jika didapati
bersalah.

JAWAPAN:

25. Dengan kepelbagaian sosio budaya dan ekonomi rakyat dapat dicanai dan
digembeleng supaya menjadi ciri kekuatan national, seterusnya diterjemah
supaya menjadi berbagai-bagai program strategik di dalam pembinaan
negara bangsa Malaysia.

26. Selain daripada itu, kebanyakkan kes-kes kemalangan jalanraya juga


berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai
pemandu-pemandu yang memandu di dalam keadaan menggantuk. Biasanya
keadaan ini berlaku ketika tengahari dan di waktu malam.

JAWAPAN: Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca
pada kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang
memndu dalam keadaan mengantuk. Biasanya keadaa ini berlaku ketika
tengah hari dan waktu malam.

27. Buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka masih mengandungi


kesalahan tatabahasa yang banyak juga memberi kesan terhadap
penggunaan bahasa standad. Ini amat keliru. Pelajar juga tidak mengetahui
tatabahasa yang mereka gunakan sering tidak tepat. Mereka lebih sukakan
bahasa tidak resmi.

JAWAPAN: Buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang masih


mengandungi kesalahan tatabahasa yang banyak juga memberikan kesan terhadap
penggunaan Bahasa standard. Hal ini amat mengelirukan. Pelajar juga tidak
mengetahui bahawa tatabahasa yang sering digunakan oleh mereka tidak tepat.
Mereka lebih menyukai bahasa tidak rasmi.

28. Paling mengecewakan majikan adalah apabila golongan mahasiswa memberi


tumpuan kejayaan dalam bidang akademik. Golongan mahasiswa harap
kejayaan itu mampu menjamin masa depan yang lebih baik. Ini tidak
seharusnya berlaku kerana universiti ialah tempat yang paling sesuai untuk
mahasiswa membina nilai kepemimpinan, keusahawanan, yakin dan mahir
keindividuan.

JAWAPAN: Perkara yang paling mengecewakan majikan ialah golongan


mahasiswa terlalu memberikan tumpuan pada kejayaan dalam bidang
akademik. Golongan mahasiswa berharap kejayaan itu mampu menjamin
masa depan yang lebih baik. Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana
universiti ialah tempat yang paling sesuai untuk mahasiswa membina nilai
kepimpinan, keusahawanan, keyakinan dan kemahiran individu.

29. Gigi susu sama funsinya dengan gigi kekal iaitu untuk mengunyah makanan.
Ianya sama penting dengan gigi kekal di dalam tumbesaran tubuh badan. Jika
sekiranya dicabut, beberapa masalah-masalah akan timbul. Pertama, individu
tersebut sukar mengunyah makan kerana tiada gigi. Kedua, gigi kekal akan
lambat tumbuh kerana lambat menembusi gusi berbanding dengan gigi susu
yang tumbuh lebih cepat.

JAWAPAN: Gigi susu sama fungsinya dengan gigi kekal iaitu untuk
mengunyah makanan. Ia sama penting, dengan gigi kekal dalam tumbesaran
tubuh badan. Jika gigi susu dicabut, beberapa masalah akan
timbul.pertama,individu tersebut sukar mengunyah makan .
30. Harapan ibu bapa yang tak realistik dapat mengakitbatkan tekanan ke atas
anak-anak. Sewajarnya ibu bapa mengenalpasti akan bakat dan
kecenderungan anak remaja dan memberi dorongan. ini adalah salah satu
daripada cara untuk memenuhi emosi anak-anak. Seterusnya, harga diri
mereka dapat dipertingkatkan

JAWAPAN Harapan ibu bapa yang tidak realistik, dapat mengakibatkan


tekanan terhadap anak-anak. Sewajarnya ibu bapa mengenalpasti bakat dan
kecenderungan anak remaja dan memberikan dorongan. Cara ini ialah salah
satu cara untuk memnuhi emosi anak-anak. Seterusnya harga diri mereka
dapat ditingkatkan.

31. Penggunaan gadjet juga memberi kesan terhadap prestasi kerja atau
pelajaran di kalangan generasi muda. Hal ini akan mengakibatkan kita
mengalami kebejatan idea untuk memajukan negara.

JAWAPAN Penggunaan gadjet

32. Jika sekiranya majikan atau ketua di kumpulan kerja tidak mempunyai jelas
dasar kerja,ia pasti menimbulkan tekanan di kalangan pekerja.

Jawapan Sekiranya manjikan atau ketua dalam kumpulan kerja tidak


mempunyai dasar kerj yang jelas, tekanan akan timbul dalam kalangan
pekerja.

33. Adalah kita mengharapkan program tersebut memberi faedah kepada syarikat
di mana syarikat perlu memanafaatkan bakat dan modal insan untuk bersaing
di peringkat antarabangsa.

Jawapan Kita mengharapkan bahawa program tersebut memberikan faedah


kepada syarikat kerana syarikat perlu menfaatkan bakat dan modal insan
untuk bersaing di peringkat antaranbangsa.

34. Sewaktu menyoal Wan Alak tentang pemilihan para pelakon untuk
membintangkan siri Hantu Raya Pergi Perang, Wan Alak memberitahu
produksi memerlukan pelakon versatil yang boleh membawakan watak
komedi seperti pelakon utamanya, Hun Haqeem. Pemilihan pelakon tampan
itu juga tepat kerana berjaya membawakan wataknya sebagai Kadir dengan
begitu baik sekali.

Jawapan Sewaktu pemberita menyoal Wan Alak pemilihan para pelakon untuk
membingtangi siti Hantu Raya Pergi Perang, Wan Alak memberitahukan
bahawa, produksi memperlukan pelakon versatil yang boleh membawakan
watak komedi seperti pelakon utamanya, Hun Haqeem.Pemilihan pelakon
tampan itu juga tepat kerana pelakon itu berjaya membawakan wataknya
sebagai Kadir dengan baik sekali.

35. Antara perkara yang beliau umumkan ialah tentang keputusan kerajaan
menaikkan kadar gaji minima. Ini memberi rakyat peluang menikmati gaji
minima di antara RM1200 hingga RM1500 sebulan. Kenaikan ini dapat
memperkukuhkan ekonomi keluarga.

Jawapan Antara perkara yang diumumkan oleh beliau ialah keputusan


kerajaan menaikkan kadar gaji minima. Perkara ini memberi rakyat peluang
menikmati gaji minima di antara RM1200 hingga RM1500 sebulan. Kenaikan ini
dapat memperkukuh/ mengukuhkan ekonomi keluarga.

36. Apabila pelajar ditanyakan mengenai isu-isu global dan terkini, pertanyaan
yang diajukan tidak dapat diulas dengan baik dan sesetengah isu langsung
tidak mereka ketahui. Ini menunjukkan kepada kita pelajar kita kurang
mengikuti perkembangan antarabangsa semasa.

Jawapan Apabila pelajar ditanyai isu-isu global dan terkini, pertanyaan


yang diajukan tidak dapat diulas dengan baik dan sesetengah isu langsung
tidak diketahu oleh mereka. Perkara ini menunjukkan kepada kita bahawa
pelajar kita kurang mengikuti perkembangan antarabangsa semasa.

37. Sebanyak 15 syarikat pembungkusan minyak masak bersubsidi akan di ambil


tindakan undang-undang termasuk ditarik balik lesen oleh Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sejak dari tahun lalu.

Jawapan Tindakan undang-undang seperti mesin ditarik balik akan


diambil oleh Kementrian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna terhadap sebanyak 15 syarikat pembungkusan minyak masak
bersubsidi sejak tahu lalu.
38. Bagaimana pun apa yang menjadi masalah kita, adalah kurang berlaku
interaksi sastera bukan saja di antara Melayu, Cina dan Tamil malah
puluhan peri bumi di Semenanjung dan Borneo.

Jawapan Bagaimanpun hal yang menjadi masalah kita ialah kurang


berlakunya interkasi sastera bukan Sahaja antara Melayu, Cina dan Tamil
malah antara puluhan peribumi di Semenanjung dan Borneo.

39. Haiwan-haiwan maun seperti lembu dan kambing membuat pilihan untuk
hidup secara berkawanan daripada secara bersendirian sebagai perlindungan
dari pemangsa. Akan tetapi, ini memberikan pemangsa dua kemungkinan,
iaitu pemangsa teragak-agak menyerang sekumpulan haiwan yang besar
tetapi pada masa yang sama pemangsa mudah mendapatkan sasaran.
Adalah dipercayai faktor yang paling penting adalah pengurangan risiko iaitu
sekali pun kawanan diserang oleh pemangsa, namun kemungkinan menjadi
amat tipis seekor ahli kawanan dibaham.

JAWAPAN Haiwan-haiwan maun seperti lembu dan kambing membuat


pilihan untuk hidup secara berkawanan daripada secara bersendirian sebagai
perlindungan dari pemangsa. Akan tetapi, ini memberikan pemangsa dua
kemungkinan, iaitu pemangsa teragak-agak menyerang sekumpulan haiwan
yang besar tetapi pada masa yang sama pemangsa mudah mendapatkan
sasaran. Adalah dipercayai faktor yang paling penting adalah pengurangan
risiko iaitu sekali pun kawanan diserang oleh pemangsa, namun kemungkinan
menjadi amat tipis seekor ahli kawanan dibaham.

40. Antara faktor yang mengakibatkan kelunturan amalan hidup berkasih sayang
di dalam masyarakat ialah arus pemodenan yang menyekat penglibatan
seseorang dalam aktiviti kemasyarakatan sebab kesibukkan dengan tugas
seharian dan kelalaian terhadap tanggungjawab sosial masing-masing.

JAWAPAN Antara faktor yang mengakibatkan kelunturan amalan hidup


berkasih sayang dalam masyarakat adalah arus pemodenan yang menyekat
penglibatan seseorang dalam aktiviti kemasyarakatan kerana kesibukan
dengan tugas seharian dan kelalaian terhadap tanggungjawab sosial masing-
masing.

41. Menurut ketua pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin


Abdul Wahab, meski pun gejala siber buli menunjukkan trend penurunan
seperti yang dilaporkan kepada Pusat Bantuan Cyber999, menurun kes buli
siber tidak bermaksud kes itu semakin kurang di Malaysia. Buli siber
merupakan ancaman siber yang perlukan perhatian semua pihak
terutamanya di kalangan pengguna social media. Mereka perlu mempunyai
kesedaran_ mengendalikan medium tersebut agar buli siber tidak berlaku.

JAWAPAN Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr


Amirudin Abdul Wahab, meskipun kes buli siber menunjukkan trend menurun seperti
yang dilaporkan oleh Pusat Bantuan Cyber999, menurunnya kes buli siber tidak
bermaksud bahawa kes itu semakin kurang di Malaysia. Buli siber merupakan
ancaman siber yang memerlukan perhatian semua pihak terutamanya dalam
kalangan pengguna media sosial. Mereka perlu mempunyai kesedaran_
mengendalikan medium tersebut agar buli siber tidak berlaku.

42. Setengah ibu bapa terlalu pentingkan kerja sehingga mengabaikan


tanggungjawab mereka pada anak-anak. Sifat keibubapaan di dalam diri
mereka semakin hari semakin hilang tanpa mereka sedari. Oleh kerana itu,
kes penderaan di kalangan kanak-kanak pada masa kini semakin meningkat.

JAWAPAN: Sesetengah ibu bapa terlalu mementingkan pekerjaan sehingga


mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Sifat keibubapaan di
dalam diri mereka semakin hari semakin hilang tanpa disedari oleh mereka. Oleh
sebab itu, kes penderaan di kalangan kanak-kanak pada kini semakin meningkat.

43. Kesimpulannya, gejala sosial adalah salah satu daripada masalah jenayah
yang paling banyak sekali dilakukan pada masa kini disebabkan beberapa
faktor yang mendorong kepada seseorang untuk melakukannya seperti taraf
pendidikan yang sangat rendah sekali, sikap individu dan tahap iman
seseorang.

JAWAPAN: Kesimpulannya, masalh sosial ialah satu daripada jenayah yang


banyak berlaku kini kerana beberapa faktor seperti taraf pendidikan yang sangat
rendah sekali, sikap individu dan tahap iman seseorang yang mendorong seseorang
itu untuk melakukannya.

44. Apa yang penting dalam objektif seminar ini antara lain ialah bertujuan untuk
mengkaji punca-punca kegagalan perlaksanaan dasar bahasa kebangsaan
sebagai bahasa ilmu di samping untuk mencari jalan bagaimana untuk
mengatasinya.

JAWAPAN:
Perkara yang penting dalam objektif seminar ini antara lain ialah
bertujuan untuk mengkaji punca-punca kegagalan pelaksanaan Dasar Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa ilmu di samping mencari jalan untuk mengatasinya.

45. Dengan hujan lebat melanda Pulau Pinang sejak jam 5 pagi tadi
mengakibatkan beberapa laluan utama di negeri itu dibanjiri air. Keadaan itu
turut mengakibatkan kesesakan di laluan yang terjejas berlaku. Di media
sosial, orang ramai turut berkongsi maklumat mengenai situasi banjir kilat di
beberapa laluan serta sekitar kawasan perumahan, antaranya di Bayan Baru
dan Sungai Ara di Bayan Lepas.

Jawapan Hujan lebat yang melanda Pulau Pinang sejak jam 5 pagi tadi
mengakibatkan beberapa laluan utama di negeri itu dibanjiri air. Keadaan itu
turut mengakibatkan berlakunya kesesakan di laluan yang terjejas. Melalui
media sosial, orang ramai turut berkongsi maklumat mengenai situasi banjir
kilat di beberapa laluan serta sekitar kawasan perumahan, antaranya Bayan
Baru dan Sungai Ara di Bayan Lepas.

Anda mungkin juga menyukai