Anda di halaman 1dari 4

ARAHAN: Jawab SEMUA soalan.

BAHAGIAN A (5 markah)

Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat 5 tempat kosong. Isi setiap
tempat kosong ini dengan perkataan yang sesuai mengikut konteks petikan
karangan tersebut. Tuliskan jawapan kamu di dalam Buku Jawapan yang
disediakan.

Ramai warga Malaysia yang bekerja di Singapura belum berkesempatan untuk


pulang ke negara mereka di bawah skim Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA). Kenaikan
jumlah kes COVID-19 di Malaysia menyebabkan Singapura memperketat semula
undang-undang rentas (5) sempadan. Kementerian Luar Malaysia sedang mengadakan
perbincangan dengan pemerintah Singapura mengenai prosedur operasi standard (SOP)
bagi membolehkan orang ramai (6) meneruskan perjalanan atas dasar belas ihsan.
Singapura pada mulanya menyifatkan Malaysia sebagai salah sebuah dari enam negara
dan wilayah yang (7) berisiko rendah dan memendekkan tempoh Notis Jangan Keluar
Rumah (SHN) kepada tujuh hari mulai 1 Sep dan boleh dijalani di (8) rumah
masing-masing. Gelaran 'Anak Malaysia' turut diberikan oleh sebilangan rakyat Singapura
yang simpati terhadap nasib warga Malaysia yang terpaksa tinggal sementara di (9) Kota
Singa ini dan perlu berdepan dengan kos kehidupan yang tinggi.
2

BAHAGIAN B (30 markah)

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.

REMAJA DAN KERJAYA


Hampir sebahagian besar golongan remaja dan anak muda yang terdiri daripada
lepasan sekolah sehinggalah graduan universiti berharap memperoleh kerjaya yang sesuai
selepas menamatkan pengajian. Mereka menginginkan pekerjaan yang dapat menjamin masa
depan serta dapat menyara kehidupan mereka dan keluarga.

Setiap tahun, beribu-ribu graduan dilahirkan dari pelbagai institusi pengajian tinggi
seperti politeknik dan universiti. Justeru, tidak hairanlah jika persaingan untuk merebut pekerjaan
semakin lama menjadi semakin sengit. Tahap pengangguran juga menjadi kerisauan bagi
individu yang sedang mencari pekerjaan. Sementara itu, bagi yang sudah memiliki pekerjaan
pula, belum tentu merasakan kerjaya mereka sesuai atau dapat memenuhi kehendak peribadi.
Oleh itu, persediaan rapi amat mustahak supaya remaja tidak menghadapi masalah dan dapat
menentukan matlamat dalam kerjayanya nanti.

Masalah pemilihan kerjaya sebenarnya adalah masalah yang sering dihadapi golongan
remaja. Mereka tidak dapat membuat keputusan dan tidak tahu matlamat dalam kerjayanya
nanti. Hal ini disebabkan oleh masalah minat yang tidak jelas, tidak dapat mengagak kebolehan
diri dan kurang pengetahuan tentang bidang kerjaya yang ada. Bahkan, ada kalanya remaja juga
kurang prihatin untuk memastikan mereka boleh mencapai matlamat kerjaya yang diingini.
Keadaan ini berpunca daripada konflik diri yang mengakibatkan remaja keliru dengan pilihannya
sendiri.

Dalam hal ini, kekuatan, kelemahan, minat dan kemahiran seseorang itu perlu dikenal
pasti supaya dapat disesuaikan dengan pemilihan kerjayanya nanti. Ujian psikologi seperti ujian
Myers-Briggs TypeIndicator (MBTI) boleh dilakukan untuk lebih memahami personaliti diri dan
bentuk kepimpinan masing-masing. Keputusan daripada ujian sebegini pula nanti akan
membantu seseorang itu untuk mempersiapkan diri dengan ilmu, kemahiran dan sikap yang
seharusnya ada dalam kerjaya yang hendak diceburi. Remaja juga tidak perlu segan jika mahu
bekerja sambilan sementara menunggu keputusan peperiksaan. Hal ini dikatakan demikian
kerana bekerja sambilan akan memberikan manfaat dari segi memperkaya pengalaman bekerja
dan dapat meluaskan pandangan tentang dunia kerjaya.

Di samping itu, para remaja juga boleh menghadiri pameran-pameran kerjaya yang
diadakan pelbagai pihak seperti agensi pemerintah, universiti dan syarikat swasta. Mereka boleh
mendapatkan maklumat serta bertukar-tukar pandangan dengan individu yang sudah berada
dalam dunia kerjaya tersebut. Dengan cara ini, seseorang dapat menentukan matlamat dalam
kerjaya kelak dengan lebih berkeyakinan. Selain itu, program mentor kerjaya pula boleh
memadankan pelajar dengan seorang mentor profesional dalam bidang tertentu. Mentor
profesional ini akan menunjukkan pelajar tentang realiti dunia kerjaya dan dapat memberikan
nasihat kepada pelajar itu supaya meneladaninya untuk mencapai cita-cita yang diinginkan.
Pelajar juga boleh mendapatkan nasihat daripada Unit Bimbingan dan Kerjaya di sekolah
masing-masing untuk mendapatkan kaunseling dan bimbingan yang berkaitan.Pelajar harus
memastikan bahawa pilihan kerjayanya adalah pilihannya sendiri dan bukan dipengaruhi atau
dipaksa orang lain.

Oleh hal yang demikian, alam pekerjaan dilihat sebagai destinasi terakhir kepada
kebanyakan pelajar. Setiap individu mempunyai pelbagai tujuan apabila melibatkan diri dalam
3

sesuatu kerjaya dan ramai yang mengharapkan mendapat kerjaya yang baik. Justeru, keputusan
terletak di tangan remaja itu sendiri apabila menetapkan matlamat dalam kerjaya.

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 3, jawab soalan-soalan yang berikut


dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Tuliskan jawapan kamu di dalam Buku
Jawapan yang disediakan.

10 Jelaskan sebab mengapa penting bagi seseorang itu membuat persiapan yang teliti
dalam perancangan kerjaya mereka. (6
markah)

Jawapan:

Membuat persiapan yang teliti dalam perancangan kerjaya penting kerana yang pertama,
persaingan untuk merebut pekerjaan semakin lama menjadi semakin sengit. Hal ini boleh
dibuktikan melalui tahap pengangguran yang menjadi kerisauan bagi individu yang sedang
mencari pekerjaan. Selanjutnya, perancangan kerjaya penting bagi yang sudah memiliki
pekerjaan pula kerana mereka belum tentu merasakan kerjaya mereka sesuai atau dapat
memenuhi kehendak peribadi. Oleh yang demikian, perancangan kerjaya mampu menjaminkan
agar mereka tidak menghadapi masalah dan dapat menentukan matlamat dalam kerjayanya
nanti.

11 Pemilihan kerjaya merupakan satu cabaran yang dihadapi golongan remaja.


Terangkan. (6
markah)

Jawapan:

Pemilihan kerjaya merupakan satu cabaran yang dihadapi golongan remaja kerana mereka tidak
dapat membuat keputusan dan tidak tahu matlamat dalam kerjayanya pada masa akan datang.
Hal ini disebabkan oleh masalah minat yang tidak jelas, tidak dapat mengagak kebolehan diri
dan kurang pengetahuan tentang bidang kerjaya yang ada. Seterusnya, remaja juga kadangkala
kurang prihatin untuk memastikan mereka boleh mencapai matlamat kerjaya yang diingini. Hal in
berpunca daripada konflik diri yang mengakibatkan remaja keliru dengan pilihannya sendiri.

12 Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil para remaja untuk mengenal pasti
kebolehan serta minat mereka bila memilih bidang kerjaya yang ingin diceburi. (6
markah)

Jawapan:
4

Yang pertama, remaja boleh mengambil ujian psikologi seperti ujian Myers-Briggs TypeIndicator
(MBTI) untuk lebih memahami personaliti diri dan bentuk kepimpinan masing-masing. Apabila
remaja mendapat keputusan daripada ujian tersebut, ia akan membantu seseorang itu untuk
mempersiapkan diri dengan ilmu, kemahiran dan sikap yang seharusnya ada dalam kerjaya
yang hendak diceburi. Yang kedua, remaja juga sewajarnya mengambil bekerja sambilan
sementara menunggu keputusan peperiksaan. Hal ini dikatakan demikian kerana bekerja
sambilan akan memberikan manfaat dari segi memperkaya pengalaman bekerja dan dapat
meluaskan pandangan tentang dunia kerjaya.

13 Buktikan bahawa nasihat serta perspektif orang lain boleh membantu seorang
remaja dalam pemilihan kerjaya mereka? (6 markah)

Jawapan:

Nasihat dan perspektif orang lain boleh membantu seorang remaja dalam pemilihan kerjaya
mereka sepertimana yang dilakukan oleh program mentor kerjaya yang memadankan pelajar
dengan seorang mentor profesional dalam bidang tertentu sehinggakan mentor profesional ini
dapat menunjukkan pelajar tentang realiti dunia kerjaya dan dapat memberikan nasihat kepada
pelajar itu supaya meneladaninya untuk mencapai cita-cita yang diinginkan. Selanjutnya, nasihat
daripada Unit Bimbingan dan Kerjaya di sekolah masing-masing mampu membantu para pelajar
untuk mendapatkan kaunseling dan bimbingan yang berkaitan. Hal in agar pelajar dapat
memastikan bahawa pilihan kerjayanya adalah pilihannya sendiri dan bukan dipengaruhi atau
dipaksa orang lain.

14 Terangkan maksud perkataan-perkataan yang berikut mengikut konteks petikan


karangan yang diberikan. (6
markah)

(a) sengit - dahsyat


(b) keliru - bercelaru
(c) memadankan - menyesuaikan

Selesai

Anda mungkin juga menyukai