Anda di halaman 1dari 2

Dalam meniti arus kemodenan ini, sektor pekerjaan semakin mencabar

sementelah pula situasi sekarang ini banyak orang yang dibuang kerja atau
ditamatkan perkhidmatannya, seseorang remaja haruslah lebih bijak dalam
mengatur perjalanan kerjaya mereka. secara umumnya, kerjaya bermaksud
pekerjaan untuk mencari nafkah hidup. Pada hari ini, pelajar seharusnya sudah
menetapkan matlamat kerjaya mereka agar tidak tercari-cari atau terikut-ikut
dengan matlamat orang lain. Oleh itu, remaja perlu mencari panduan dalam
memilih kerjaya. Persoalannya ialah apakah faktor-faktor pemilihan kerjaya
bagi seseorang remaja?

Minat dan kecenderungan remaja


Antara faktor yang signifikan dalam perbincangan ini ialah minat dan
kecenderungan remaja dalam sesuatu bidang. Hal ini dikatakan demikian
kerana kedua-dua aspek ini mempengaruhi kerjaya seseorang remaja. Sebagai
contoh, jika remaja meminati komputer dan teknologi, maka remaja
mempunyai kecenderungan dalam bidang kursus sains komputer. Begitu juga
bagi remaja yang suka membaiki mesin seperti enjin motosikal. Maka
kecenderungannya ialah kursus teknikal. Dengan cara ini, remaja akan lebih
fokus pada minat dan kecenderungannya dalam sesuatu bidang. Secara tidak
langsung mereka akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
mencapai cita-cita dan kerjaya mereka.

Memilih jurusan yang berkaitan dengan kerjaya


Selain itu, pelajar juga perlulah memilih jurusan yang berkaitan dengan
kerjaya mereka. Lazimnya, apabila berada di alam persekolahan, pelajar akan
dipecahkan mengikut jurusan sains atau sastera. Sebagai contoh, pelajar yang
bercita-cita dalam bidang akaun memasuki jurusan sastera dan mengambil
kelas akaun. Hal ini akan memudahkan pelajar apabila ingin memohon belajar
di universiti dan seterusnya bekerja dalam bidang yang diminatinya. Secara
tidak langsung, pelajar akan lebih fokus dalam mengejar cita-cita dan kerjaya
mereka. Jelasnya, pemilihan jurusan dan mata pelajaran menjadi penentu
dalam kerjaya seseroang.
Pengaruh daripada idola atau tokoh
Tidak dinafikan, pemilihan kerjaya juga berdasarkan pengaruh daripada idola
atau tokoh dalam sesuatu bidang. Lazimnya, pelajar akan menjadikan ahli
keluarga sebagai idola mereka. Mereka bercita-cita menjadi doktor kerana
terpengaruh oleh kerjaya abang atau kakak yang menjadi doktor. Selain itu,
pelajar juga terpengaruh oleh tokoh sukan negara seperti Datuk Lee Chong
Wei. Hal ini menyebabkan pelajar akan bersungguh dalam kerjaya sukannya
demi mencapai kejayaan yang pernah dikecapi oleh tokoh sukan negara.
Secara tidak langsung, mereka memiliki keazaman yang tinggi untuk
mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka. Tegasnya, dayung sudah ditangan,
perahu sudah di air, remaja perlu mempunyai seorang idola untuk menghala
ke arah pemilihan kerjaya.

Mendapat sokongan daripada ibu bapa


Faktor pemilihan kerjaya terakhir ialah kerjaya idaman remaja mestilah
mendapat sokongan daripada ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu
bapa lebih mengetahui sesuatu kerjaya itu sesuai atau tidak dengan
perwatakan anak mereka. Walaupun kemungkinan berbeza pandangan,
remaja seharusnya akur dengan nasihat dan teguran ibu bapa. Dengan cara ini
kerjaya remaja akan diberkati dan mendapat sokongan serta doa daripada ibu
bapa. Oleh itu remaja tidak seharusnya melupakan jasa ibu bapa yang telah
banyak memberi tunjuk ajar kepada mereka. Tegasnya, ibu bapa menjadi
panduan kerjaya anak-anak.

Penutup karangan Faktor Pemilihan Kerjaya


Secara keseluruhannya, remaja yang sedang mencari arah tuju kehidupan ini
haruslah bijak menilai mana kaca mana permata agar tidak menjadi seperti
batu yang bergolek tidak akan melekat lumut. Oleh itu, remaja perlulah bijak
melakukan timbang tara agar dapat memastikan kerjaya yang dipohon
memenuhi tuntutan dunia dan akhirat. Jika tidak remaja akan terjerumus
dalam kerjaya yang membawa kebinasaan.

Anda mungkin juga menyukai