Anda di halaman 1dari 2

DISIPLIN ASAS KEJAYAAN

Pada era globalisasi ini , pencapaian yang cemerlang dan seimbang dalam bidang akademik serta
kokurikulum oleh anak anak merupakan harapan ibu bapa sebagai langkah untuk menjamin masa
depan anak-anak yang cerah . Hal ini menyebabkan ramai anak yang mengalami tekanan kerana
ingin memuaskan kehendak ibu bapa mereka .Oleh itu , remaja yang terlibat dalam masalah disiplin
ibarat cendawan tumbuh selepas hujan .Hal ini menyebabkan remaja mencari jalan untuk
menghilangkan stress. Contohnya, membuli , merokok dan berlumba haram. Akhirnya , masalah
disiplin pelajar menjadi lebih serius dan mereka terjebak ke dalam kancah kebinasaan .Oleh itu ,
pelajar harus belajar untuk menjadi disiplin kerana disiplin asas kejayaan .

Sebagaimana yang kita tahu, seseorang yang mempunyai disiplin diri dapat membina jati
diri .Remaja sekarang mempunyai jati diri yang lemah .Hal ini disebabkan oleh pengaruh media
massa dan pengaruh kawan yang kuat. Kesannya , remaja tidak berminat dalam pelajaran kerana
terlalu berminat dalam pelajaran dan menumpukkan perhatian dan masa kepada media massa atau
kawan . Sekolah harus mengadakan kelas intensif untuk membantu pelajar yang lemah dan
membaiki kelemahan pelajar. Dengan itu , pencapaian akademik pelajar akan meningkat . Apabila
pemikiran pelajar menjadi matang , jati diri pelajar akan turut meningkat .

Selain itu , sikap disiplin dalam seseorang dapat meningkatkan kesedaran remaja dalam pelbagai
perkara .Remaja kini tidak menyedari kepentingan akademik dan suka hidup dalam mimpi .Mereka
suka melepak ,merokok dan hidup dalam alam fantasi mereka .Akhirnya , mereka lupa daratan dan
hilang arah tuju.Oleh itu, para guru disiplin sekolah harus sentiasa tegas dalam mengatasi masalah
disiplin pelajar dan menguatkuasakan peraturan sekolah sebelum nasi menjadi bubur. Sebuah
sekolah yang berada dalam keadaan yang erkawal akan dapat melahirkan tempat yang kondusif
kepada pelajar-pelajar .

Seterusnya , disiplin yang ada pada seseorang remaja dapat menetapkan masa depan seorang
remaja .Remaja alaf baharu ini mudah hilang arah tujuan kerna mereka tiada motivasi
diri .Contohnya , mereka tidak membuat jadual belajar dan mereka malas untuk berusaha . Oleh itu ,
guru sekolah harus mendidik murid untuk menjadi disiplin .Dengan teknik pembelajaran yang disiplin
. remaja dapat mengetahui perkara yang sedang dibuatnya dengan jelas dan tahu mencari cara
untuk memajukan diri mereka .Dengan itu , remaja akan menghargai masa dan mereka akan
sentiasa melakukan aktiviti yang berfaedah .

Sementara itu, sikap disiplin yang ada pada seseorang dapat meningkatkan imej diri .Pada masa
ini , masalah remaja seperti berpakaian selekeh dan berambut panjang sudah menjadi perkara yang
umum . Budaya Punk dan Barat dipraktikkan dalam kehidupan mereka.Contohnya , mereka
mewarnakan rambut dan berseluar ketat . Pepatah Melayu pernah mengatakan melentur buluh
biarlah dari rebungya ,ibu bapa harus menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan menjadi suri
telada kepada anak sejak kecil kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.Sebagaimana yang kita
tahu , anak-anak yang dididik dengan baik dari rumah sentiasa mempunyai sikap disiplin dan
perkara-perkara yang dilakukan oleh mereka tidak menconteng arang di muka ibu bapa.

Di samping itu , disiplin merupakan kunci kejayaan diri . Anak muda pada masa kini
antikokurikulum dan antipeperiksaan kerana mereka tidak dapat mencari keseronokan yang mereka
kira seronok . Misalnya , mereka ponteng sekolah semasa dikehendaki untuk menghadiri aktiviti
kokurikulum dan hanya hadir pada hari peperiksaan sahaja. Pengetua sekolah haruslah memberikan
nasihat dan teguran untuk menyedarkan remaja bahawa pentingnya kokurikulum dan akademik
dalam dunia ini . Pengetua juga harus member kata-kata yang dapat memotivasikan pelajar supaya
pelajar lebih yakin akan diri sendiri . Pelajar haruslah menunjukkan muhasabah disiplin diri yang
tinggi dan harus memperbaik sikap yang buruk kerana buang yang keruh , ambil yang jernih .

Tuntasnya , masalah disiplin pelajar dapat dikawal tetapi memerlukan usaha yang pragmatik dan
kerjasama bagai aur dengan tebing oleh semua pihak . Pepatah Melayu sentiasa berbunyi ‘pemuda
harapan bangsa , pemudi tiang negara , remaja harus diasuh untuk menjadi pemimpim negara yang
berketerampilan dan berwibawa .Kesimpulannya ,sikap disiplin merupakan penentu kejayaan untuk
memastikan masa depan negara cerah dan sejahtera . Saya yakin bahawa remaja ialah aset negara
dan mereka akan menerajui dan mendukung cita-cita negara pada masa depan dengan sikap disiplin
yang utuh dalam diri mereka .

Anda mungkin juga menyukai