Anda di halaman 1dari 17

Pengurusan Pembelajaran (KPS3014)

Pengurusan Tingkah Laku dan


Disiplin
Disediakan oleh : Athirah Binti Abdul Hamid
No matrik : D20191088336
Pengenalan
Jenis-jenis
Definisi Tingkah laku
 Tingkah laku ialah perbuatan, gerak geri
seseorang manakala disiplin pula merujuk
kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya
dapat mengawal diri sendiri dan patuh kepada  Tingkah Laku Positif  Tingkah Laku
tatatertib. : Negatif :
- sikap ingin tahu - distruktif
 Menurut Kamus Dewan, disiplin merujuk
kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya
- cepat beajar - distruptif
boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada - proaktif - sikap bergantung.
tatatertib. - pintar, cerdas

 Disiplin juga merupakan kesediaan untuk


mematuHi peraturan-peraturan dan larangan-
larangan (Amier Daien Indrakusuma, 1973).
Isu-isu Masalah Disiplin
Ponteng Sekolah
• Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar
peraturan sekolah. Seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak
hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari
persekolahan.

• Contoh : Tidak masuk kelas kerana melepak di siber kafe, memanjat


keluar balik melalui pagar sekolah dan pelbagai lagi.

• Kesan :
- pembaziran masa dan tenaga
- terdorong melakukan pelbagai lagi masalah disiplin yang lain
- memburukkan imej sekolah
- masa depan tidak terjamin
Isu-isu Masalah Disiplin
Budaya Gengsterisme
• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gengsterisme merupakan kegiatan
gengster, gejala samseng dalam kalangan pelajar. Budaya gengsterisme ini
sudah lama wujud di kalangan pelajar dan masih berterusan hingga kini.
Keadaan menjadi bertambah serius apabila didapati semakin ramai
pelajar perempuan dan murid sekolah rendah dikesan terlibat dengan
gangsterisme.

• Contoh : peras ugut, membuli, terlibat dalam geng kongsi gelap,


dan sebagainya.

• Kesan :
- Menjatuhkan maruah diri sendir
- Ditakuti oleh pelajar lain
- Masa depan terjejas
- Risiko digantung sekolah
Isu-isu Masalah Disiplin
Penyalahgunaan Dadah
• Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang
berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada
kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau
ketagih bertujuan lari daripada kenyataan. Pada masa kini, ramai pelajar
telah terpengaruh dengan gejala dadah ini.

• Contoh : Mengambil ubat batuk dalam kuantiti yang berlebihan dan


menggunakan wang saku untuk membeli dadah.

• Kesan :
- Kerap ponteng sekolah
- Prestasi menurun
- Selalu mengasingkan diri di tempat yang terpencil
- Menunjukkan perubahan sikap dan kelakuan
Pengaruh Rakan Masalah
Sebaya Keluarga

Faktor-faktor
Penyebab Isu-
isu Masalah
Disiplin

Pengaruh Media
Sosial Sikap Diri Sendiri
Faktor Penyebab Isu-isu Masalah Disiplin

Pengaruh Rakan Sebaya

 Rakan sebaya banyak mempengaruhi remaja kerana rakan-rakan merupakan


individu yang rapat dan ]pelajar lebih banyak meluangkan masa mereka
dengan rakan-rakan sama adadi sekolah mahupun di luar sekolah.

 Rakan sebaya sedikit sebanyak telah memberi dorongan dalam membentuk


konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri.

 Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan,


kumpulan belajar dan sebagainya.

 Sekiranya rakan sebaya yang dipilih itu baik akhlaknya, maka dorongan dan
pengaruh yang diberi juga ke arah perkara positif. Namun, sekiranya rakan
sebaya yang dipilih itu jahat, maka pengaruh yang diberi juga lebih ke arah
perkara negatif.
Faktor Penyebab Isu-isu Masalah Disiplin

Masalah Keluarga

 Remaja yang berhadapan dengan krisis keluarga sering mengalami tekanan


kerana kurang kasih sayang dan perhatian daripada keluarga. Keadaan seperti
ini boleh menjejaskan perkembangan remaja terutamanya dalam pencapaian
akademik serta proses pembentukan personaliti.

 Krisis keluarga seperti penceraian ibu bapa dan keluarga yang berpecah belah
menyebabkan pelajar hilang tempat bergantung untuk berkongsi masalah
hidup.

 Justeru, lahirlah personaliti remaja yang jati dirinya lemah seterusnya


menyumbang kepada pelbagai masalah sosial yang negatif.
Faktor Penyebab Isu-isu Masalah Disiplin

Pengaruh Media Sosial

 Perkembangan hari ini menunjukkan bahawa media sosial telah memberi


pengaruh terhadap personaliti dan pergerakan remaja. Aksi, gaya hidup
dan tingkah laku yang ditayangkan oleh artis, selebriti dan 'influencer' di
medium media sosial seperti Instagram, Twitter dan Tiktok menjadi ikutan
para remaja.

 Pembentukan personaliti yang dipengaruhi melalui media massa dianggap


sukar dibendung kerana media sosial ialah medium yang tiada batasan,
sesiapa sahaja terutamanya remaja akan cepat terpengaruh seolah-olah apa
yang dilihat di media sosial itu merupakan trend yang perlu diikuti.
Faktor Penyebab Isu-isu Masalah Disiplin

Sikap Diri Sendiri

 Sikap remaja itu sendiri yang menyebabkan mereka mudah terpengaruh untuk
terjebak dalam masalah disiplin. Mereka selalunya tidak mempunyai minat
belajar dan hilang tumpuan semasa di kelas kerana menganggap pembelajaran
itu membosankan.

 Hal ini kerana, di usia muda remaja lebih cenderung untuk melakukan apa
sahaja yang mereka rasakan seronok. Mereka tidak dapat mengawal diri dan
hanya ingin merasa kebebasan dan keseronokan apabila berada di sekolah.
Tambahan lagi, di usia yang muda masih banyak yang belum mereka cuba.

 Maka, sifat ingin tahu dalam diri masih membuak-buak sehingga


menyebabkan mereka berani mencuba perkara-perkara negatif sehingga
terlibat dalam kegiatan jenayah.
Peranan Pihak Peranan
Sekolah Ibu Bapa

Cadangan
Cara
Penyelesaian
Isu Masalah
Peranan Disiplin
Kementerian
Pelajaran Peranan Individu
Malaysia
Cadangan Cara Penyelesaian Isu Masalah Disiplin
 Pihak pengurusan disiplin sekolah mestilah
mengambil tindakan sewajarnya ke atas pelajar
yang melanggar disiplin.

 Sekolah boleh menganjurkan kem atau program


Peranan Pihak tertentu yang berterusan untuk memerhati atau
memantau kegiatan pelajar bermasalah.
Sekolah
 Aktiviti persatuan, kelab dan organisasi
beruniform perlu sentiasa diperbaharui supaya
ia memenuhi citarasa pelajar yang mahu aktif
dan mencuba sesuatu yang baru

 Pihak sekolah juga boleh meminta bantuan


Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PlBG) dalam
menangani masalah disiplin pelajar.
Cadangan Cara Penyelesaian Isu Masalah Disiplin

 Ibu bapa mestilah prihatin dan mengambil


tahu tentang pergerakan anak-anak dan
rakan-rakan mereka.
Peranan Ibu Bapa  Menunjukkan contoh yang baik kepada anak-
anak agar dapat menjadi suri teladan dalam
hidup mereka.

 Menasihati anak-anak agar mengamalkan


nilai-nilai murni dan sentiasa melakukan
perkara yang positif.
Cadangan Cara Penyelesaian Isu Masalah Disiplin

 Pihak Kementerian Pelajaran mempunyai kuasa


untuk menggubal peraturan baru bagi
memperbaiki masalah disiplin pelajar.

Peranan KPM  Meminta kerjasama pihak polis dalam menangani


disiplin pelajar.

 KPM juga hendaklah mengambil tindakan yang


tegas kepada pihak pentadbiran sekolah yang cuba
menyembunyikan masalah disiplin pelajar di
sekolah mereka.
Cadangan Cara Penyelesaian Isu Masalah Disiplin

 Pelajar itu sendiri mestilah mengamalkan nilai-


nilai murni ketika berada di sekolah mahupun
dalam kehidupan seharian.

Peranan Individu  Pelajar juga mesti sedar tanggungjawab mereka


kepada sekolah dan ibu bapa iaitu menjadi
seseorang yang berjaya dalam hidup.

 Didikan agama yang kukuh pasti dapat menjadi


benteng untuk para pelajar tidak mudah terdorong
dengan perkara-perkara negatif.
Kesimpulan

Pengurusan disipilin dan tingkah laku murid amatlah penting untuk


mengekalkan prestasi sekolah dan para pelajar itu sendiri. Masalah
disiplin di sekolah haruslah dikawal dengan sebaik mungkin agar
dapat mengelakkan segala perkara yang tak diingini. Oleh itu, semua
pihak haruslah berganding bahu membantu pihak sekolah dalam
mengawal disiplin dan tingkah laku para pelajar.
Sekian,
Terima Kasih
CREDITS: This presentation template was created by
Slidesgo, including icons by Flaticon, and infographics &
images by Freepik.

Anda mungkin juga menyukai