Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENDAHULUAN
Sekolah adalah sebuah gedung atau institusi bagi setiap insan yang berhasrat meneroka dan
memperolehi ilmu pengetahuan tanpa mengira aliran. Aliran agama, sastera, perdagangan,
vokasional mahupu sains. Oleh kerana peranan sekolah sebagai pusat perkembangan dan
perolehan ilmu pengetahuan, maka adalah amat penting bagi institusi ini mempunyai pesekitaran
yang selamat dari sebarang pengaruh negative yang boleh mengugat fungsi sebenar dalam
sesuatu sistem persekolahan itu. Oleh yang demikian, disiplin adalah menjadi asas utama dalam
menjamin keberkesanan dalam sistem pendidikan di sesebuah sekolah.
Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang
aman dan harmoni supaya segala proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan lancar dan berkesan sejajar dengan inspirasi negara menjadikan sistem pendidikan di
sekolah adalah bertaraf antarabangsa. Oleh itu, aspek disiplin pelajar di sekolah harus diberi
perhatian utama pihak sekolah dan keluarga mahupun masyarakat sekeliling seperti saranan
Kementerian Pelajaran Malaysia 1981. Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud
dalam masyarakat. Oleh itu ia hendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di
sekolah atau di luar sekolah. KPM 1981. Kini , masalah disiplin merupakan satu isu yang
menjadi topik hanyat sama ada diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai
saluran media sama ada bercetak mahupun elektronik. Pelbagai jenis salahlaku dilakukan oleh
pelajar, dari jenis ringan sehinggalah kesalahan-kesalahan yang berat seperti membuli, memeras
ugut, merosakkan harta benda sekolah (vandalism), mengancam guru-guru dan pelbagai lagi.
Sekiranya hal ini tidak dibendung dengan segera, dikhuatiri ianya akan menjejaskan minat dan
fokus pelajar-pelajar yang bermotivasi untuk belajar di mana secara tidak langsung akan
memusnahkan inspirasi sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti latarbelakang dan masalah disiplin pelajar.
2. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah disiplin pelajar.
3. Mencari jalan penyelesaian terhadap masalah disiplin..

BENTUK KAJIAN
Kajian ini berbentuk kajian kes dan lapangan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencari
secara intensif mengenai latar belakang pelajar yang bermasalah serta mengkaji cara untuk
mengatasi masalah disiplin pelajar tersebut.
METODOLOGI KAJIAN
Dalam proses untuk mengenal pasti punca dan penyelesaian terhadap masalah disiplin pelajar ,
beberapa kaedah yang bersesuain telah digunakan. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk
deskriptif iaitu menganalisis data menggunakan kaedah
1. Temubual
Temubual yang dilakukan adalah bertujuan bagi mendapatkan lebih maklumat mengenai
latar belakang pelajar, punca masalah pelajar dan cara untuk mengatasi masalah pelajar
tersebut.Temubual yang telah digunakan untuk melaksanakan kajian, iaitu temubual separa
struktur dengan guru, murid dan rekod rasmi/penyata salahlaku yang ada di sekolah.Temubual
separa struktur dengan pengetua, Guru Disiplin, Warden dan guru kelas mengenai masalah
disiplin pelajar tersebut, tindakan pihak sekolah dan cara-cara menangani masalah pelajar
tersebut.Temubual separa struktur dengan pelajar yang ada bermasalah disiplin di sekolah dan
kawan-kawan pelajar tersebut.

LATAR BELAKANG KAJIAN


Seiring dengan kemajuan era globalisasi, bakat dan kepelbagaian pelajar juga semakin
berkembang. Menyedari kepentingan memahami pelajar yang pelbagai, satu kajian telah
dijalankan dengan memilih seorang pelajar dari Sekolah Menengah Agama al-Maidah adDinniah Padang Tengku (SMAPT). Pelajar Muhammad Kamarul Ikmal Bin Ismail merupakan
salah seorang daripada pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Pelajar berasal dari Kampung
Chegar Perah,Kuala Lipis Pahang. Pelajar berasal dari latar belakang keluarga yang susah.
Pelajar merupakan anak sulung daripada 2 orang adik beradik. Beliau di jaga oleh bapa
saudaranya. Pelajar Muhammad Kamarul Ikmal bukan pelajar yang lemah dalam pelajaran.

Beliau pelajar yang sederhana yang berada di kelas kedua. Salah laku disiplin pelajar bukan saja
berlaku kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran malah pelajar pelajar yang cerdik
dan pintar juga tidak boleh lari dari melakukan
merupakan satu kajian
yang

mempengaruhi

salah laku

disiplin. Kajian

untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan


berlakunya

masalah

disiplin

ini

adalah

faktor - faktor

pelajar yang dikaji dan cara untuk

mengatasi masalah tersebut. Kes salahlaku yang dilakukan oleh pelajar yang dikaji adalah
bertumbuk atau membuli dan mengugut pelajar lain.

KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini diharap akan menghasilkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan masalah disiplin
pelajar di sekolah. Dapatan kajian ini juga akan dapat menjelaskan lagi tentang faktor-faktor
yang mempengaruhi masalah disiplin pelajar di sekolah. Selain itu kajian ini dijalankan adalah
diharapkan kita dapat mengetahui cara penyelasaian terhadap masalah disiplin pelajar sekolah di
Malaysia amnya dan khususnya kepada masalah disiplin pelajar yang di kaji di Sekolah
Menengah Agama Al-Maidah ad-Diniah Padang Tengku Kuala Lipis Pahang. Ia juga sebenarnya
berperanan sebagai pemberi maklumat tambahan kepada semua pihak.

DAPATAN KAJIAN
Menerusi hasil kajian terhadap pelajar Muhammad Kamarul Ikhmal, pelajar ini boleh
digolongkan dalam kumpulan yang mempunyai tingkah laku bermasalah negatif. Tingkah laku
bermasalah negatif ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan
tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan. Tingkah laku
distruktif sering berlaku di kalangan pelajar yang berusia 13 hingga 15 tahun. Sikap agresif
mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran
atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti
seseorang yang lain. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak
puas hati, benci, marah atau dendam. Tingkahlaku distruktif sebenarnya dipelajari sama ada

melalui masyarakat, ibu bapa mahupun televisyen. Ciri-ciri pelajar yang distruktif secara lisan
ialah memberi arahan secara kasar kepada orang lain, mengejek dan mengkritik kerja orang lain.
Manakala ciri-ciri pelajar yang distruktif secara fizikal pula ialah menendang, memukul,
meludah, menggigit, merampas, melempar dan bergaduh. Ciri-ciri ini terdapat pada pelajar yang
dikaji. Pelajar ini ketika dalam kelas sering mengejek pelajar yang lain.
Pemerhatian di dalam kelas juga menunjukkan pelajar sentiasa bosan dan mengantuk di
dalam kelas. Pelajar juga sentiasa murung. Pelajar sekolah kurang berdisiplin berpunca daripada
persekitaran sekolah itu sendiri. Antara perkara yang menggalakkan masalah disiplin berlaku
adalah organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengaliran murid mengikut pencapaian.
Punca yang seterusnya ialah keluarga. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
membentuk anak-anak walaupun mereka mendapat pendidikan disekolah. Gaya keibubapaan itu
penting untuk membentuk sahsiah dan tingkahlaku pelajar. Gaya keibubapaan yang dipraktikkan
oleh ibubapa terhadap anak-anak secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan dan
tingkah laku anak-anak. Dalam usaha membentuk sikap anak-anak, ibu bapa tidak boleh
mengawal sepenuhnya tingkah laku mereka kerana ia boleh mendatangkan kesan yang negatif
kepada kedua-dua belah pihak. Selain itu, ibu bapa yang kurang memberi didikan agama dan
moral kepada anak-anak menyebabkan pelajar berani melakukan kesalahan tanpa ditegur dan
dimarahi oleh ahli keluarga. Rumahtangga bermasalah,adanya konflik, perceraian dan
sebagainya lagi akan menimbulkan anak-anak yang bermasalah. Kebanyakan pelajar-pelajar
yang menghadapi masalah ini tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas. Sentiasa
murung dan menyendiri. Hal ini kerana mereka kekurangan kasih sayang dan perhatian dari ibu
bapa dan ahli keluarga. Lalu mereka akan melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian
orang ramai seperti mencuri, merosakkan harta benda sekolah dan pelbagai masalah disiplin lagi
akan timbul. Peribadi ahli keluarga yang tidak bermoral dan berakhlak juga akan mempengaruhi
diri pelajar lantas terbawa-bawa sehingga ke sekolah. Contohnya suka mengeluarkan kata-kata
kesat dan lain-lain lagi. Pelajar ini akan melepaskan tekanan di sekolah seperti merosakkan harta
benda sekolah, bergaduh, ponteng kelas dan sekolah serta melanggar peraturan yang lain. Bagi
pelajar yang dikaji ibu bapanya telah bercerai. Pelajar tinggal bersama ibu saudaranya yang juga
dari kalangan keluarga yang susah serta mempunyai anak yang ramai. Ini menyebabkan pelajar
tersebut kurang kasih sayang dari ibu dan ayahnya sendiri.

Rakan sebaya turut mempengaruhi masalah disiplin pelajar di sekolah. Rakan sebaya
merupakan orang yang paling rapat selain ibu bapa. Pelajar atau remaja lebih gemar
menceritakan masalah dan perasaan mereka kepada rakan. Ekoran itu, rakan sebaya mempunyai
pengaruh yang sangat besar kepada pelajar. Rakan-rakan yang baik akan mendorong rakannya
yang lain mengikut tingkah laku dan norma-norma yang sering dilakukan. Hal yang demikian
turut berlaku kepada pengaruh pelajar yang negatif yang akan mendorong rakannya untuk turut
bersikap sedemikian. Justeru itu, rakan sebaya amat berpengaruh dalam membentuk personaliti
pelajar. Sekiranya nilai rakan sebayanya rajin, tekun, menhormati orang lain dan sebagainya,
maka secara tidak langsung akan mempengaruhi rakannya. Masalah sosiaekonomi adalah punca
masalah disiplin pelajar. Pelajar yang berasal daripada keluarga yang miskin lebih terdorong
untuk melakukan masalah disiplin. Hal yang demikian kerana mereka tidak mampu untuk
mendapatkan sesuatu, lalu menggunakan perkara yang salah. Selain itu, pelajar yang berasal
daripada keluarga yang miskin sering dipinggirkan dan dihina.
Perkembangan media cetak dan media elektronik juga merupakan punca terjadinya
masalah disiplin. Media cetak menyajikan fesyen-fesyen, hiburan, gaya hidup yang pelbagai.
Manakala perkembangan pesat teknologi maklumat pula seperti budaya cybercafe, chatting di
internet, kebebasan melayari aneka laman web menjadikan pelajar dapat mengetahui sesuatu itu
dengan mudah. Ini adalah kerana, peranan media massa dan cetak yang memaparkan aksi,
pertuturan dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan cetak menjadi ikutan
sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi role model bagi golongan remaja. Pelajar yang
mudah terikut dengan gerak hati anak muda akan mudah meniru atau terpengaruh dengan apa
yang dilihatnya. Contohnya datang ke sekolah dengan fesyen dan gaya rambut yang pelbagai,
menubuhkan kumpulan mereka yang tersendiri, membawa bahan-bahan lucah ke sekolah dan
banyak lagi.

CADANGAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH

Anda mungkin juga menyukai