Anda di halaman 1dari 8

KPP 3014

PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR

TUGASAN INDIVIDU:

PENULISAN KRITIS MENGENAI MASALAH TINGKAH LAKU PELAJAR

NAMA EZEKIEL SANJAY JAMES A/L


SAMIKANOO

NO. MATRIK D20212098981

NAMA PENSYARAH DR. NUZSEP ALMIGO


PENULISAN KRITIS
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Tingkah Laku Disruptif dalam Kalangan Murid

1.0 Pengenalan

Pengenalan bagi penulisan kritis ialah berasaskan ‘Faktor- faktor Yang Mempengaruhi
Tingkah Laku Disruptif di Bilik Darjah Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah’. Tingkah
laku disruptif sering berlaku dibilik darjah dalam kalangan murid murid tingkatan 1 dan 2
sekolah menengah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor faktor yang
mempengaruhi tingkah laku disruptif di bilik darjah tersebut. Jenis-jenis tingkah laku
distruptif yang utama termasuklah tingkah laku hiperaktif, tindakan mengusik yang
melampau, membuat bising hingga mengganggu pelaksanaan pembelajaran, mengganggu
rakan lain belajar, bergelak ketawa dengan kuat, berkelakuan agresif secara fizikal seperti
tolak-menolak atau tumbuk-menumbuk dan juga perbuatan berbaur atau berunsur lucah.
Kebanyakan masalah disiplin seperti gangsterisme, ponteng sekolah, buli, vandalisme,
merokok dan memeras ugut berpunca daripada tingkah laku disruptif yang bermula daripada
pengawalan individu atau kelas yang lemah dan tidak dibendung dari awal lagi. Berdasarkan
dari kajian dan pemerhatian didapati tingkah laku disruptif ini berlaku kerana kurangnya
keupayaan individu dalam proses mengadaptasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam
alam persekitaran. Apa jua tingkah laku yang menganggu pengajaran guru atau bersifat tidak
selamat dari segi psikologi mahupun fizikal ditakrifkan sebagai tingkah laku disruptif. Secara
umumnya, masalah tingkah laku di dalam kelas akan mengganggu kelancaran dan
keberkesanan proses PdP di dalam kelas.
2.0 Tujuan Kajian

1. Memahami dan Menganalisis Permasalahan: Penulisan kritis ini bertujuan untuk


memahami secara mendalam permasalahan tingkah laku disruptif di bilik darjah. Melalui
analisis yang kritis, kita dapat mengidentifikasi faktor-faktor utama yang berkontribusi pada
tingkah laku tersebut.
2. Menyoroti Faktor Penyebab: Dengan mengidentifikasi faktor-faktor yang mempengaruhi
tingkah laku disruptif, tujuan penulisan kritis ini adalah untuk memberikan pemahaman yang
lebih baik tentang penyebab di sebalik perkara tersebut. Hal ini dapat membantu Guru-guru,
Ibu bapa, dan pihak-pihak yang lain dalam merancang strategi yang efektif untuk mengatasi
masalah ini.
3. Menganalisis Kesan: Penulisan kritis ini bertujuan untuk menganalisis kesan dari tingkah
laku disruptif terhadap lingkungan belajar dan perkembangan siswa. Dengan pemahaman
yang lebih mendalam tentang kesan negatif yang ditimbulkan, akan lebih mungkin untuk
mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai dan efektif.
4. Mencari Langkah: Penulisan kritis ini juga bertujuan untuk mengeksplorasi pelbagai
langkah yang dapat membantu mengatasi tingkah laku disruptif di bilik darjah. Tujuannya
adalah untuk memberikan pemikiran kritis dan alternatif yang dapat diterapkan

2.1 Teori Yang Digunakan

Terdapat beberapa teori yang digunakan dalam jurnal ini, antaranya:

1. Teori behavioris Pendekatan teori behavioris boleh digunapakai untuk memberi gambaran
yang lebih jelas tentang tingkah laku murid. Sekiranya dilihat daripada definisi behaviorisme
ataupun tingkah laku, maka dapatan hasil kajian ini diharap bertepatan dengan teori tersebut.
Mengikut beliau individu bertingkah laku berdasarkan pengalaman dengan melihat orang lain
yang dianggap sebagai model. Individu akan mengamalkan apa yang dilihat sebagai tingkah
laku yang perlu diamalkan. Sekiranya berterusan, tingkah laku tersebut akan kekal dalam diri
individu. Tingkah laku remaja disekolah boleh dilihat daripada sudut pendekatan tingkah laku
(behavioral).
2. Teori Pavlov Teori ini mengaitkan perhubungan ransangan dan gerak balas yang
menghasilkan perubahan tingkah laku. Setiap rangsangan menimbulkan tindak balas dan
pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu
rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran
yang dikenali sebagai pelaziman. Guru yang kurang daya inisiatif dari segi strategi dan teknik
pengajaran akan gagal untuk menarik dan meransang minat murid-murid untuk mengikuti
proses pembelajaran semasa di dalam bilik darjah. Begitu juga dengan ransangan dalam
bentuk arahan guru semasa di dalam bilik darjah juga membawa kepada terjadinya tingkah
laku bermasalah ini. Arahan guru yang kurang jelas, tidak mudah difahami dan suara yang
kurang kuat boleh menyebabkan murid-murid berasa keliru dan tidak tahu apa yang hendak
dilakukan.

3. Teori Pembelajaran sosial oleh Bandura Menurut Albert Bandura 1925 pula, manusia
secara semulajadi belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian. Pengkaji harap dapatan
kajian ini membuktikan dapatan yang lebih tepat dengan faktor media massa mempengaruhi
tingkah laku disruptif.

2.2 Metodologi Kajian

Metodologi kertas konsep ini berdasarkan kajian di perpustakaan iaitu melalui pengumpulan
maklumat maklumat dan bahan-bahan berkaitan faktor yang mempengaruhi serta cadangan
untuk mengatasi polemik tingkah laku disruptif dalam kalangan murid. Hasil dapatan kajian
diharapkan dapat membantu golongan guru sekolah menengah mengenal pasti punca tingkah
laku disruptif di bilik darjah dan dapat meningkatkan ilmu pengawalan kelas yang cekap
untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif di bilik darjah.
2.3 Hasil Kajian

Melalui pembacaan kajian lepas didapati faktor sikap murid itu merupakan salah satu faktor
utama yang menyebabkan murid murid terlibat dengan tingkah laku disruptif di bilik darjah.
Tiap-tiap individu itu bertanggungjawab di atas perlakuan sendiri. Murid-murid
berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikuti kehendak-kehendak diri mereka
sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakan sebagai ‘the potential
influence of the student’s free will’.Mereka mungkin juga melanggar peraturan-peraturan di
sekolah sewaktu belajar atau bermain kerana mereka tidak menyedari bahawa perbuatan
mereka telah menyalahi peraturan. Ini menjadi suatu faktor yang penting dalam hal murid-
murid melakukan perbuatan yang tidak berdisiplin. Terdapat juga pelanggaran-pelanggaran
peraturan yang dilakukan oleh murid-murid yang mempunyai masalah emosi. Jenis kanak-
kanak ini dipanggil ‘neurotic’ atau ‘psychotic’, dan mengikut Despert (1965) dapat dikenali
dengan gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat salah, melawan, ingkar, tidak dapat
dibentuk dan tidak stabil. Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh membawa
kepada pelanggaran peraturan di sekolah. Murid-murid yang lemah belajar dan gagal berkali-
kali dalam peperiksaan, akan merasa kecewa dan hilang minat untuk belajar. Selain itu,
keluarga merupakan orang yang paling dekat perhubungan dengan murid. Sekolah pertama
bagi murid-murid adalah rumah mereka. Pengalaman daripada keluarga mempengaruhi
perlakuan murid. Ibu bapa yang kurang meluangkan masa di rumah untuk anak-anak lantaran
sibuk bekerja, begitu juga murid yang miskin juga kurang mendapat kasih sayang dari ibu
bapa di rumah kerana adik beradik yang ramai mendorong terjadinya tingkah laku
bermasalah ini di sekolah. Anak-anak yang tidak mendapat cukup perhatian di rumah
selalunya cuba mendapatkan perhatian daripada guru di sekolah. Seseorang anak selalunya
mendapat perhatian daripada ibu bapa apabila berkelakuan tidak senonoh. Jika mereka tidak
mengganggu ibu bapa selalunya dia tidak diberi perhatian. Situasi ini menggalakkan mereka
berkelakuan negatif dan tidak menggalakkan mereka berkelakuan positif. Murid ini
beranggapan perlakuan tidak senonoh adalah cara untuk mendapatkan perhatian
guru.Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa, beberapa ciri persekitaran keluarga seperti
hubungan yang berkesan antara murid dan ibu bapa, mempengaruhi tingkah laku serta
disiplin anak-anak mereka. Selain itu, Guru juga merupakan faktor yang mempengaruhi
tingkah laku pelajar. Guru menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang kurang
sesuai dengan umur atau kebolehan murid. Dengan itu, ada murid yang yang tidak dapat
mengikuti perkembangan pelajaran kerana tahapnya terlalu sukar. Ini menambahkan
kegelisahan mereka. Ada juga guru yang menyampaikan pelajaran melalui ’chalk and talk’
dan ini membosankan murid. Oleh itu, murid akan mudah berasa bosan dan tidak mahu
mengikuti pelajaran. Seterusnya, mereka menunjukkan tingkah laku yang disruptif seperti
mengganggu kawan-kawan yang lain, membuat bising dan sebagainya di dalam kelas. Guru
yang kurang daya inisiatif dari segi strategi dan teknik pengajaran akan gagal untuk menarik
dan meransang minat murid-muri > ezethegodofdarkness: d untuk mengikuti proses
pembelajaran semasa di dalam bilik darjah. Begitu juga dengan ransangan dalam bentuk
arahan guru semasa di dalam bilik darjah juga membawa kepada terjadinya tingkah laku
bermasalah ini. Arahan guru yang kurang jelas, tidak mudah difahami dan suara yang kurang
kuat boleh menyebabkan murid-murid berasa keliru dan tidak tahu apa yang hendak
dilakukan.

3.0 Ulasan Kritis

Berdasarkan penulisan kritis ini, isu utama yang diutamakan adalah berkenaaan dengan
faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku di dalam kalangan pelajar sekolah. Isu yang di
kemukakan cukup menarik berkaitan dengan masalah tingkah laku yang sering berlaku di
setiap sekolah. Pandangan saya, isu yang dibangkitkan masih releven dan perlu di ambik
serius. Ini kerana bagi mengurangkan kadar masalah tingkah laku dalam kalangan pelajar,
kita perlu mengetahui faktor yang memperngaruhi masalah ini berlaku lantas langkah untuk
membendung dapat dirancang dengan segera kerana remaja merupakan pewaris dan aset
negara pada masa depan negara. Saya bersetuju dengan hasil kajian yang mengeluarkan
peratusan penyumbang kepada berlakunya masalah tinglah laku dalam kalangan pelajar. Pada
pendapat saya, setiap pihak memainkan peranan dalam menangani masalah tingkah laku di
kalangan murid-murid. Dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai dengan tahap dan minat murid dalam bilik darjah maka guru harus mengenali latar
belakang murid dan mengkaji kebolehan dan minat mereka. Dengan ini pelajaran yang
disampaikan sejajar dengan kebolehan dan minat, dengan ini komunikasi berkesan akan
wujud. Guru harus memanggil nama murid semasa menyoal dan ini membentuk suasana
yang mesra antara guru dengan murid. Penyampaian arahan dan pengajaran guru hendaklah
jelas dan mudah diikuti oleh murid-murid agar mereka teransang dan tertarik untuk
meneruskan proses pembelajaran. Selain itu juga, kemahiran komunikasi yang berkesan
haruslah dikuasai oleh guru-guru ini kerana, amalan komunikasi yang berkesan di dalam bilik
darjah akan membawa hasil pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Guru yang
mempunyai komunikasi yang berkesan ialah guru yang boleh bertutur atau menulis dengan
jelas dan tepat. Kemahiran komunikasi ini membolehkan murid-murid mengikuti pelajaran
yang diajarkan dengan lebih tepat. Guru hendaklah bertutur dengan intonasi yang sesuai agar
tidak membosankan murid. Guru juga perlulah bersemangat tinggi dalam penyampaiannya.
Penggunaan pergerakan fizikal, gerak isyarat dan memek muka semasa menerangkan sesuatu
pelajaran akan memudahkan pemahaman dan menarik minat perhatian murid untuk terus
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Selain itu, tingkah laku
guru yang membenarkan murid melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti tetapi pada masa yang
sama dapat mengekalkan disiplin bilik darjah. Guru perlu meransang murid untuk
mengemukakan soalan-soalan dalam bilik darjah. Suasana bilik darjah akan lebih mesra dan
tenang jika guru dapat menyelitkan humor dan unsur-unsur kecindan semasa proses mengajar
dilakukan. Guru harus bersikap positif dan bertutur dengan bahasa yang baik serta bercakap
tentang perkara-perkara yang baik dan benar. Guru seharusnya mengelak daripada mengkritik
idea atau pendapat murid yang salah atau tidak tepat. Malah guru perlu memberi peneguhan
positif dan cuba memperbaiki jawapan murid yang kurang tepat dan menggalakkan mereka
mencuba lagi jika jawapan salah. Dengan ini, suasana sosioemosi bilik darjah akan lebih
tenang dan relaks dan menggalakkan penglibatan murid secara aktif dan komunikasi guru
dengan pelajar lebih terbuka. Oleh itu, dengan adanya kemahiran komunikasi yang berkesan
di kalangan guru-guru menyebabkan murid-murid tidak terdorong ke arah melakukan tingkah
laku yang bermasalah dalam bilik darjah. Akhir sekali, kajian ini membuka mata saya
mengenai pelajar-pelajar yang mempunyai pembagai bermasalah kursusnya dalam tingkah
laku. Tidak disangkalkan masalah ini berlaku atas kesilapan beberapa pihak seperti diri
sendiri namun semua pihak perlu membendung masalah ini dengan lebih >
ezethegodofdarkness: berkesan untuk mengurangkan kadar masalah tingkah laku makin
meningkat dalam kalangan pelajar.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai perkara dan ilmu yang dapat saya peroleh semasa
pengkajian saya terhadap penulisan ini. Antaranya adalah faktor-faktor yang mempengaruhi
masalah tingkah laku dalam kalangan pelajar di sekolah. Pengkaji ini juga menggunakan
teori-teori yang berkaitan bagi menguatkan lagi kajian yang dilakukan. Ilmu pengetahuan
yang saya peroleh di dalam jurnal ini boleh saya aplikasikan dengan pelbagai cara bagi
memastikan hasil kajian atau data saya mencapai dengan objektif kajian. Sebagai seorang
bakal guru di sekolah saya dapat pengetahuan untuk mengenalpasti punca masalah tingkah
laku di sekolah dan saya dapat memikirkan langkah untuk membendung masalah yang
berlaku disekolah daripada masalah tersebut menjadi lebih kritikal. Pendedahan di peringkat
awal pasti dapat mengubah masalah ini daripada bertambah kepada berkurangan. Oleh itu
cara-cara untuk mengatasi tingkah laku disruptif ini hendaklah bersesuaian dengan tingkah
laku bermasalah tersebut. Cara-cara mengatasinya adalah berbeza bergantung kepada
masalah-masalah yang dihadapi. Dalam usaha menangani masalah ini, semua pihak harus
melibatkan diri samada ibu bapa, guru, masyarakat dan juga pihak kerajaan. Usaha bersama
akan membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan semua pihak serta dapat melahirkan
murid yang berkaliber serta berwawasan selaras dengan wawasan Negara ke arah masyarakat
yang berpengetahuan.

Anda mungkin juga menyukai