Anda di halaman 1dari 39

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

SEMESTER MEI 2022

HBEF3203

PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : 890528065310002


NO. KAD PENGENALAN : 890528-06-5310
NO. TELEFON : 017-9552572
E-MEL : aashakumare@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : SRI RAMPAI LEARNING CENTER


ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka surat

1. Pengenalan 3

2. Soalan 1 4–6

3. Soalan 2 6 - 15

4. Jadual JPU 16

5. Jadual skor 17

6. Soalan 3 18-24

7. Rujukkan 25

8. Soalan online 26-27

9. Set soalan A-B 28-33

10. Lampiran 34- 39

1
Penghargaan

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiakan jutaan terima
kasih kepada Tuan, MOHD LOKMAN BIN ABDULLAH selaku pensyarah PENGUKURAN DAN
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya
untuk melunaskan tugasan yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-
putus dalam usaha membantu memyempurnakan tugasan ini terutamanya pensyarah saya atas
budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan.

Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah
banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurkan
tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan
ini sama ada secara langsung dan tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan
amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka tugasan ini tidak dapat
dilaksanakan dengan baik.

Sekian terima kasih


PENGENALAN

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah satu bahagian dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dari zaman dulu hingga zaman sekarang. Pengujian, pengukuran dan
penilaian konsep ini, walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi pengertian, tujuan
dan ciri-ciri, memangnya ada kaitan yang rapat dengan proses pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran. Secara , ketiga-tiga perkara ini saling sering membantu dalam pencapaian
matlamat yang sama dalam proses pendidikan dan memainkan peranan penting dalam
kurikulum pendidikan serta sebahagian dari kurikulum itu sendiri. Ianya dilakukan untuk
menilai samada sesuatu objektif yang ditetapkan itu tercapai atau tidak.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, ketiga-tiga aspek ini dilakukan bagi mengetahui
sama ada guru ‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’. Oleh itu pemahaman terhadap konsep
pengujian, pengukuran dan penilaian sangat penting bagi seseorang guru untuk memastikan
pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.Dalam bidang pendidikan, kita seringkali
berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam
semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan.

Guru perlu membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam
bilik darjah tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung sama ada telah mencapai
objektif yang telah ditetapkan atau memerlukan tindakan pengulangan semula dan
sebagainya, Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira
semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan
membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat.

3
Soalan 1

1.1 Konsep Pengujian

Menurut Cronbach (1970),“Ujian adalah satu proses atau prosedur yang sistematik
untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan
bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.Pengujian dalam bilik darjah
merupakan proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set
instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau
perubahan perhatian seseorang individu atau pelajar. Dalam erti kata lain, pengujian ini
merupakan alat pengukuran yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang
pencapaian pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun efektif.
Dalam konteks pembelajaran dalam bilik darjah, pengujian digunakan untuk mengukur
perubahan tingkah laku yang mempunyai kaitan dengan aktiviti pembelajaran para
pelajar.Kepentingan pengujian adalah untuk mengukur perubahan tingkah laku pelajar
dikukuhkan lagi oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran
(1991) yang menegaskan bahawa ”Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan
perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau
pengadilan”.
Hasil daripada jawapan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai
markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa
baguskah prestasi murid yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat
persediaan, diikuti pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip
jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang guru dapat mengetahui sama ada pelajar-
pelajarnya telah menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari.

4
1.2 Konsep Pengukuran

Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran


membawa definisi sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik
(melalui angka) tentang sebanyak mana seseorang individu iaitu pelajar mempunyai sesuatu
ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Oleh yang demikian pengukuran ialah
proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.
Pengukuran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh- contoh
adalah kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukr melalui pemerhatian/ pencerapan,
sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melaluitemu bual. Justuru, kita boleh
menganggapan pengukuran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan
mengunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula merupakan salah daripada kaedah
tersebut.

1.3 Konsep Penilaian

Penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan


maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan
selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu sistem atau proses yang
meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan
yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan
cara yang lebih berkesan.
Banyak definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”. Antaranya ialah Gay (1985)
berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan
menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah
tercapai”. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang
tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran

5
yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat
kuantitatif.
Justeru, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang
berbentuk kuantiti, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Dengan menggunakan maklumat
kuantitatif, penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred (seperti A, B, C, D atau E) bersama
penjelasan nilainya ( seperti cemerlang, kepujian, baik, lulus atau gagal.) sementara itu,
penilaian yang menggunakan data kualitatif boleh dinyatakan dalam bentuk kualitatif juga,
misalnya, Ali dapat mulikis gambar kawannya dengan cepat, tepat dan bersih. Secara
ringkasnya, penilaian tiga proses utama iaitu, menentukan ukuran, menganalinasi ukuran dan
menyatakan nilai/ interpretasi ukuran. Prosedur penilaian boleh dijalankan dalam lima
peringkat seperti dalam rajah

PERSEDIAAN UJIAN

PENTADBIRAN UJIAN

PEMERIKSAAN JAWAPAN UJIAN

ANALISIS UKURAN

SOALAN B
1.2.1 Objektif Domain Kognitif

Perkembangan pemikiran ini merupakan suatu proses yang mengambil masa yang lama.
Taksonomi objektif domain kognitif bloom membahagikan domain kognitif ini kepada
enam peringkat yang bermula dengan tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang
sukar dicapai seperti Rajah 1.2.1 di bawah.
6
 Elemen
pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah. Aras ini
merupakan satu tahap yang menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat
kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Elemen pengetahuan ini
mempunyai tiga peringkat. Aras pertama pengetahuan. Ini bermaksud fakta khusus
berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras dua pengetahuan
tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam
menyelesaikan masalah. Aras yang ketiga diberi nama pengetahuan. Pengetahuan ini
tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya
seperti siapa, apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri soalan berasaskan pengetahuan ialah:
i. Soalan memerlukan pelajar menggunakan proses mental untuk mengingat
pengetahuan yang diminta.
ii. Pengetahuan yang diminta hendaaklah sama dengan pengajaran guru.
iii. Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.
iv. Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada betul atau salah.
v. Perkataan yang biasa digunakan ialah seperti siapa,apa,di mana.bila,beri definisi.

 Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras kefahaman ini mempunyai tiga
cabang iaitu penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke bahasa
lain tanpa menggubah makna asal.Cabang kedua bernama mentafsir atau intepretasi iaitu
mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri. Bagi

7
cabang ketiga diberi nama ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang akan
berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi.Ciri-ciri soalan
berasaskan kefahaman adalah seperti berikut:
1. Soalan memerlukan penggunaan proses mental berkait dengan kefahaman,misalnya
terjemahan,tafsiran dan ekstrapolasi.
2. Pengetahuan/maklumat asas telah diajar/ diberi kepada pelajar.
3. Memerlukan bahan atau alat komunikasi untuk diterjemahkan,ditafsir atau
diektrapolasikan.
4. Pelajar menyatakan kefahaman mereka dalam ayat atau perkataan mereka sendiri.
5. Perkataan yang kerap digunakan dalam soalan ialah seperti
huraikan,bandingkan,nyatakan,bezakan.nyatakan dalam perkataan anda sendiri.
 Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Menguji ini merupakan keupayaan pelajar
menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Dalam menguji ini murid
benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. Ciri-
ciri soalan berasaskan aplikas ialah:
i. Soalan menggunakan proses mental berkait dengan aplikasi.
ii. Soalan melibatkan tiga frasa,iaitu menggunakan prinsip,menyelesaikan masalah
dan dalam situasi baru.
iii. Soalan hendaklah berkaitan dengan masalah dalam situasi yang baru tidak sama
dengan masalah yang dibincang dalam bilik darjah.
iv. Perkataan yang sering digunakan ialah gunakan,pilih,buat,kira dan selesaikan.
 Elemen keempat diberi nama Aras Analisis. Dalam Aras ini murid dikehendaki
untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan
pertalian antara unsur-unsur. Dalam analisis ini jenis-jenis adalan yang pertama aras
analisis unsur kedua analisis hubungan dan ketiga analisis prinsip. Ciri-ciri soalan aras
analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan
pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat
perkaitan antara komponen.Ciri-ciri berasaskan analisis ialah:

8
i. Soalan menggunakan proses mental berkait dengan analisis,sama ada analisis
unsur,hubungan atau prinsip organisasi.
ii. Situasi masalah mestilah baru,tidak biasa atau berbeza dengan situasi semasa
pengajaran.
iii. Situasi,dokumen atau bahan yang hendak dianalisis perlu ada pada pelajar.
iv. Soalan memerlukan fikiran kritik,bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari.
v. Perkataan yang kerap digunakan ialah seperti mengapa,kenapa,apakah
faktor,buatkan rumusan,buktikan.
 Elemen Yang Kelima Adalah Aras Sintesis. Dalam aras kelima keupayaan murid
untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Jenis soalan bagi aras sintesis
ini merupakan satu penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi
dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang
lain. Ciri-ciri soalan berasaskan sintesis ialah:
i. Soalan menggunakan proses mental berkaitan sintesis.
ii. Masalah, tugas atau situasi hendaklah baru kepada pelajar atau berbeza daripada
semasa pengajaran.
iii. Memberikan kebebasan kepada calon menjawab sama dan dari segi isi atau masa.
iv. Hasilnya dinilai oleh “pengguna” seperti pembaca atau pemerhati.
v. Soalan tidak perlu terperinci kerana ia akan membataskan kretiviti.
vi. Bentuk soalan objektif atau esei memerlukan masalah yang kreatif.
vii. Perkataan yang kerap digunakan ialah seperti ramalkan, hasilkan, tuliskan,
cadangkan apa akan berlaku.
 Elemen Yang Terakhir Adalah Aras Penilaian. Dalam Aras ini akan menguji
keupayaan murid untuk menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui.
Ciri-ciri soalan berasaskan penilaian ialah:
i. Soalan menguji proses mental peringkat penilaian.
ii. Situasi perkara yang hendak dinilai mestilah baru dan tidak pernah disentuh
semasa pengajaran.
iii. Mutu penilaian boleh dibandingkan dengan penilaian pakar.

9
iv. Soalan penilaian,dibentuk berdasarkan tiga bahagian iaitu apa yang hendak
dinilai,arahan tindak balas dan kriteria yang digunakan.
v. Perkataan yang biasa digunakan ialah seperti pertimbangkan, taksirkan, tentukan,
pertahankan.

2.2.1 Objektif Domain Afektif.


Objektif domain afektif mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap
penghargaan dan nilai.dari segi pratikalnya,guru jarang menulis objektif ini dalam buku
rekod pengajaran berbanding objektif kognitif,yang ditulis dalam bentuk perlakuan
pelajar.
ORGANISASI PENERIMAAN

PENILAIAN

GERAK BALAS

PENERIMAAN

Rajah 2: Kategori domain afektif


i. Penerimaan

Objektif pertama domain afektif ialah penerimaan(receiving),yang bermaksud


kesediaan seseorang/penerima untuk menerima sesuatu yang ingin disampaikan.
Selepas kesedaran,indivudu berkenaan akan menunjukkan kesediaan untuk
menerima,iaitu individu berkenaan tidak “menjauhkan” diri daripada rangsangan yang
diterima. Contoh objektif peringkat ini ialah pelajar dapat membezakan aktiviti di luar
bilik darjah daripada aktiviti formal dalam bilik darjah.
ii. Gerak Balas

Objektif kedua domain afektif ialah gerak balas(responding),yang bermaksud


seseorang akan bertindak balas terhadap rangsanganyang diterima disebabkan dia
mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Walaubagaimanapun, selepas
10
individu berkenaan mempunyai motif tersendiri,dia akan bertindak balas sendiri.
Misalnya menunjuk minat terhadap aktiviti di luar bilik darjah yang menyebabkan
invidu berkenaan bertindak balas bagi menghasilkan kepuasan padanya, seperti
membersihkan kawasan sekolah.

iii. Penilaian

Objektif ketiga domain afektif ialah penilaian(valuing), yang bermaksud seseorang


itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukan kepada masyarakat. Nilai/motif
ini, yang boleh dianggap sebagai motivasi luaran,akan menjadi landasan kepada setiap
perlakuan yang ditunjukkan oleh setiap individu berkenaan, terdapat tiga jenis nilai
seperti yang dijelaskan dalam jadual yang diberi bawah.
Jenis-Jenis Nilai Penjelasan
Penerimaan semua nilai, iaitu menerima semua nilai
yang terdedah kepada individu tersebut yang menjadi
Penerimaan semua nilai landasan kepada perlakuannnya
Pemilihan nilai tertentu, iaitu memilih nilai tertentu
dari nilai-nilai yang didedahkankepada individu
Pemilihan nilai tertentu tersebut yang menjadi lansadan kepada perlakuannya.
Komitmen, iaitu memegang teguh kepada sesuatu
kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan
kepada perlakuannya dan sanggup mempertahan
Komitmen kepercayaan ini daripada sebarang cabaran.

iv. Organisasi

Objektif keempat domain afektif adalah organisasi (organisation), yang bermaksud


seseorang itu boleh menyusun semua nilai yang diterimanya bermaksud seseorang itu
boleh menyusun semua nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih pratikal.

11
Perwatakan Objektif kelima dan terakhir domain afektif ialah perwatakan
(chracterisation), yang bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan
sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.
 Perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu,misalnya dapat membuat
keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau sogokan; dan

 Sistem nilai tersendiri,iaitu mempunyai falsafah atau prinsip atau prinsip hidup
tersendiri.

3.2.1 Objektif domain psikomotor

Domain psikomotor ialah domain yang berkaitan dengan kemahiran pergerakan anggota
fizikal seseorang.Guru Pendidikan Jasmani sentiasa memberi tumpuan kepada
pengawalan pergerakan anggota dalam pengajaran dan latihan.Pada peringkat prasekolah
dan sekolah rendah, murid- murid diasuh untuk menguasai pergerakan yang biasa
dilakukan dalam kehidupan harian dan juga pergerakan baru dalam senaman.Selain itu,
mereka dilatih untuk menguasai kemahiran khusus yang jarang dilakukan dalam
kehidupan harian, misalnya, kemahiran menggelecek dalam permainan bola
sepak.Sebagai mana dalam domain kognitif dan afektif, domain psikomotor turut
mempunyai hierarki tersendiri. Simpson (1972) mengemukakan tujuh peringkat hasil
pembelajaran domain psikomotor, daripada mudah kepada susah seperti di bawah :
a) Persepsi

Aras pertama Domain Psikomotor ialah Persepsi (Perception), yang mewakili


kebolehan memerhati dan membentuk persepsi suatu pergerakan tertentu, seperti
memerhati pergerakan masalah dalam permainan badminton.Melalui pemerhatian ini,
seseorang itu akan dapat mengingat pergerakan motor (motor movement) berkaitan
dengan pergerakan yang dilihat.Misalnya, apabila murid melihat pergerakan masalh
dalam permainan kriket, dia akan ingat cara bagaimana gurunya melakukan ‘sixer’
tersebut.Contoh hasil pembelajaran peringkat Persepsi ialah ‘Murid dapat
menjelaskan permain melakukan sixer dalam permainan ‘kriket’.

12
b) Persediaan

Aras kedua Domain Psikomotor ialah Persediaan (Set), yang mewakili kesediaan dari
segi mental, emosi dan fizikal untuk melakukan sesuatu pergerakan. Misalnya,
melalui pemerhatian terhadap sesuatu pergerakan, seperti memerhati pergerakan sixer
dalam permainan kriket , murid dapat mengingat pergerakan tersebut (persediaan
mental) dan dengan itu bersedia untuk melakukannya. Contoh hasil pembelajaran
peringkat Persediaan ialah ‘Murid dapat menjelaskan cara melakukan sixer dalam
permainan kriket’.
c) Pergerakan Terkawal

Seterusnya, Aras ketiga Domain Psikomotor ialah Pergerakan Terkawal (Guided


Response), yang mewakili kebolehan melakukan pergerakan awal berkaitan
kemahiran yang ingin dipelajari. Pergerakan ini biasanya dilakukan secara peniruan
dan cuba jaya. Misalnya, murid meniru bagaimana guru melakukan pergerakan sixer
dalam permainan kriket. Contoh hasil pembelajaran peringkat Pergerakan Terkawal
ialah ‘Murid dapat melakukan pergerakan awal cara melakukan kriket dalam
permainan kriket’.
d) Pergerakan Mekanistik

Aras keempat Domain Psikomotor ialah Pergerakan Mekanistik (Mechanistic


Response), yang mewakili kebolehan melakukan sesuatu pergerakan yang ingin
dipelajari secara mahir dan yakin..
e) Pergerakkan Kompleks

Objektif kelima domain psikomotor ialah pergerakkan kompleks(complex response),


yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakkan yang kompleks
secara cekap dan licin. Misalnya,pelajar berjaya melakukan pergerakkan rejaman
dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin,iaitu berjaya melakukan
pergerakkan ini sendiri,tanpa meniru pemain. Contoh objektif pengajaran peringkat
pergerakkan kompleks ialah “pelajar dapat melakukan rejaman dalam permainan bola
tampar dengan cekap dan licin”.
13
f) Pergerakan Suaian

Objektif keenam domain psikomotor ialah pergerakan suaian(adaptive response),


yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakkan secara cekap dan
licin dalam sesuatu keadaan tertentu. Contohnya objektif pengajaran peringkat
pergerakan suaian ialah “pelajar dapat melakukan sixer bola kriket dengan cekap dan
licin semasa bola rendah”.

g) Pergerakan Ciptaan

Objektif ketujuh dan terakhir domain psikomotor ialah pergerakan ciptaan(originative


response), yang bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan baru
secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. Misalnya, pelajar berjaya
melakukan pergerakan rejaman baru dalam permainan bola tampar dengan cekap dan
licin semasa bola rendah.Contoh objektif pengajaran peringkat pergerakan ciptaan
ialah “pelajar dapat melakukan rejaman baru dalam permainan bola tampar dengan
cekap dan licin semasa bola rendah”.
4.2.1 Objektif Domain Sosial

Selain daripada itu, proses/aktiviti yang berlaku dalam tiga domain utama ini, kita
dapati proses/aktiviti dalam bidang hubungan sosial tidak diberi perhatian sewajarnya.
Contohnya, hubungan murid dengan murid, murid dengan guru atau murid dengan
orang tua.Sehubungan itu, Dettmer (1997) mencadangkan satu domain khusus untuk
hubungan/tingkah laku sosial, iaitu Domain Sosial. Domain ini terdiri daripada lapan
peringkat hasil pembelajaran, iaitu:
Berhubung Hasil pembelajaran peringkat pertama Domain Sosial ialah Berhubung
(Relating), yang mewakili cubaan seseorang menunjukkan tingkah laku membuat kontak
(contact) terhadap seseorang lain, seperti membuat kontak mata (eye contact).

Berkomunikasi Hasil pembelajaran peringkat kedua Domain Sosial ialah Berkomunikasi


(Communicating), yang mewakili cubaan seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang
lain, iaitu cuba memberi atau menerima mesej, seperti ingin bertanya tentang sesuatu.
14
Melibatkan Diri.Hasil pembelajaran ketiga Domain Sosial ialah Melibatkan Diri
(Participating), yang mewakili kebolehan melibatkan diri secara sukarela dalam sesuatu
aktiviti berkumpulan, seperti berbual-bual dengan beberapa orang lain.

Berunding Hasil pembelajaran keempat Domain Sosial ialah Berunding (Negotiating), yang
mewakili kebolehan membuat perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan tentang sesuatu
isu/masalah yang timbul, seperti berbincang untuk membuat sesuatu keputusan. Di sini,
tingkah laku berbincang menunjukkan seseorang itu ingin membantu untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi kumpulannya. Contoh hasil pembelajaran.

Bekerjasama Hasil pembelajaran kelima Domain Sosial ialah Bekerja sama (Collaborating),
yang mewakili kebolehan berkerjasama dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjayakan
sesuatu projek, seperti berkerjasama untuk membersihkan kawasan sekolah.

Menghakim Hasil pembelajaran keenam Domain Sosial ialah Menghakim (Adjudicating),


yang mewakili kebolehan bertindak untuk mendamaikan sesuatu keadaan apabila
terdapat perbezaan pendapat, seperti meleraikan satu pertengkaran.

Memulakan Hasil pembelajaran ketujuh Domain Sosial ialah Memulakan (Initiating),yang


mewakili kebolehan memulakan sesuatu aktiviti berkumpulan yang baru, walaupun
terpaksa menghadapi risiko tertentu, seperti berkhemah di tepi sungai.

Menukar Hasil pembelajaran kelapan dan terakhir Domain Sosial ialah Menukar
(Converting), yang mewakili keupayaan menukar gaya hidup ahlii kumpulan kepada
gaya hidup baru, seperti mencintai alam sekitar. Tingkah laku mendorong ahli-ahli
kumpulan mencintai alam sekitar menunjukkan seseorang itu ingin melihat ahli
kumpulannya hidup dalam persekitaran yang lebih harmoni. Contoh hasil pembelajaran
peringkat Menukar ialah ‘Murid berjaya mendorong ahli-ahli kumpulannya
membersihkan kawasan sekolah setiap minggu’.

15
JADUAL JPU

16
No.Item
Bil. BAHAGIAN A

Nama Pelaja 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jumla


h
1 V.RAVIVARMA 1 1 1 0 1 1 0 1 0 1 7
2 H.THEVASRI 1 1 1 0 1 1 1 1 0 1 8
3 M.JANANI 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 9
4 S.KAVILLASINI 1 1 1 1 1 1 0 1 0 0 7
5 A.SHASHINI 1 1 1 0 1 1 1 0 0 1 7
6 A.RIKISH 0 1 1 0 1 1 0 1 1 1 7
7 K.MOHAN RAJ 1 0 1 1 1 1 1 0 0 0 6
8 C.THINES KUMAR 1 0 1 0 1 1 0 1 0 0 5

No.Item
Bil. BAHAGIAN B

Nama Pelajar 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jumla


h
1 V.RAVIVARMA 1 1 1 0 1 1 0 1 0 1 7
2 H.THEVASRI 1 1 1 0 1 1 1 1 0 1 8
3 M.JANANI 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 9
4 S.KAVILLASIN 1 1 1 1 1 1 0 1 0 0 7
5 A.SHASHINI 1 1 1 0 1 1 1 0 0 1 7
6 A.RIKISH 0 1 1 0 1 1 0 1 1 1 7
7 K.MOHAN RAJ 1 0 1 1 1 1 1 0 0 0 6
8 C.THINES KUMAR 1 0 1 0 1 1 0 1 0 0 5

17
4.0 INDEKS KESUKARAN ITEM

Ciri-ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui
Indeks Kesukaran Item (p).Indeks ini terdapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu
sama ada sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab. Bagi ujian yang
berbentuk soalan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan
pelajar yang memberi jawpan betul bagi item tertentu kepada jumlah pelajar yang menjawab
item tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut :

Dari segi kesesuaian soalan peperiksaan rujukan norma, pembina soalan perlu ingat
bahawa soalan yang terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p<0.15) tidak akan dapat
memberi maklumat psikometrik ( ukuran psikologi ) yang bermakna. Ini adalah disebabkan,
soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir kesemua pelajar, sementara soalan
yang terlalu sukar pula tidak akan dapat dijawab oleh semua pelajar.

Justeru, soalan – soalan ini tidak dapat membezakan pelajar yang lebih rendah
keupayaannya dengan pelajar yang tinggi keupayaannya. Antara tujuan indeks kesukaran ini
diadakan adalah untuk mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu jika guru
mengenal pasti ramai pelajar yang tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik, untuk
mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian – bahagian kurikulum,
memberi maklumbalas kepada pelajar bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji dan untuk
mengenalpasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan.

Berikut adalah jadual yang menunjukkan Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item.

Nilai (p) Pengkelasan Item


0.00 – 0.20 Terlalu Sukar
0.21 – 0.40 Sukar
0.41 – 0.60 Sederhana Sukar
0.61 – 0.80 Mudah
0.81 – 1.00 Terlalu Mudah
Jadual yang menunjukkan Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item

Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas melaksanakan peperiksaan,
jadual untuk menunjukkan indeks kesukaran item telah diperolehi seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 6.

18
No.Soalan Nilai (p) / Aras Kesukaran Pengkelasan Item
1 0.8 Mudah
2 0.45 Sederhana Sukar
3 0.65 Mudah
4 0.40 Sukar
5 0.85 Terlalu Mudah
6 0.65 Mudah
7 0.35 Sukar
8 0.35 Sukar
9 0.15 Terlalu Sukar
10 0.45 Sederhana Sukar
Jadual 6 :Indeks Kesukaran bagi item-item ujian Bahagian A

Berdasarkan Jadual 6, yang diberi kita dapat melihat soalan 5 mempunyai aras
kesukaran 0.85 di mana pengkelasan item menunjukkan soalan ini terlalu mudah untuk
diselesaikan. Jika menurut ujian rujukan norma, soalan ini adalah tidak sesuai untuk
ditadbirkan kerana ia tidak dapat membezakan di antara pelajar yang pandai dengan yang
lemah.
Bagi soalan nombor 1,3 dan 6 pula, aras kesukarannya adalah di antara 0.61 – 0.80
yang menunjukkan soalan ini mudah untuk dijawab dan juga tidak sesuai untuk digunakan
bagi peperiksaan rujukan norma.
Sebanyak 2 soalan sahaja mempunyai aras kesukaran 0.41 - 0.60 iaitu soalan 2 dan
soalan 10 di mana soalan – soalan ini dikategorikan sebagai soalan yang sederhana
sukarnya. Soalan –soalan seperti ini sesuai untuk ditadbirkan di dalam kelas kerana ia dapat
membezakan keupayaan menjawab di antara pelajar yang lemah dengan pelajar yang
bijak.Soalan seperti ini tidaklah terlalu mudah atau terlalu sukar untuk dijawab dan sesuai
untuk menguji pengetahuan mengikut aras kemampuan kumpulan para pelajar yang tertentu.
Soalan yang berada pada aras yang sukar iaitu pada aras 0.21- 0.40 adalah soalan 4,7
dan 8 .Di dapati agak ramai pelajar yang gagal menjawab dengan tepat soalan- soalan ini. Jika
mengikut ujian rujukan norma, soalan – soalan seperti ini juga agak sesuai untuk digunakan
di dalam ujian kerana ia mampu membezakan pelajar yang rendah keupayaan dengan pelajar

19
yang tinggi keupayaannya. Walaubagaimana pun, soalan – soalan seperti ini, perlu
diperbaiki dan diseimbangkan mengikut aras kebolehan pelajar.
Manakala soalan 9 adalah soalan yang paling banyak gagal dijawab oleh pelajar di
mana hanya 3 orang pelajar sahaja yang berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Olehitu,
yang demikian, soalan ini dikategorikan sebagai terlalu sukar dan soalan ini tidak sesuai
untuk dikekalkan di dalam peperiksaan ini.

5.0 INDEKS DISKRIMINASI ITEM

Indeks diskriminasi item ialah indeks yang dapat membezakan/ mendiskriminasikan


antara pelajar yang berkeupayaan rendah dengan pelajar yang berpencapaian tinggi. Indeks
diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan ( RU – RL ) dengan T (L+U). RU
adalah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar yang berpencapaian
tinggi. RL pula ialah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar
berkeupayaan rendah.T(L+ U) adalah jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi. Cara
mengira indeks diskriminasi item adalah seperti yang berikut :
Indeks Diskriminasi (d) = (RU – RL)

( T) (L+U )

Berikut menunjukkan jadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item :


Nilai ( d ) Pengkelasan Item
0.00 – 0.10 Tidak Baik
0.11 – 0.20 Kurang Baik
0.21 – 0.30 Sederhana Baik
0.31 – 0.40 Baik
0.41 – 1.00 Sangat Baik

Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi
hampir kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma
( PRN) kerana ia dapat membezakan pelajar yang berpencapaian tinggi dengan pelajar yang
berpencapaian lemah. Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri
0.0, soalan – soalan ini dikatakan tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya

20
membezakan pelajar pandai dengan pelajar lemah. Akhirnya, bagi soalan yang mempunyai
indeks diskriminasi negatif yang menghampiri -1.00, dikatakan tidak baik untuk PRN kerana
ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai
pelajar lemah dapat menjawab soalan – soalan ini dengan betul berbanding pelajar
pandai.Antara tujuan indeks diskriminasi ini ialah , untuk mengenalpasti konsep yang perlu
diajar semula, mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian – bahagian
kurikulum yang tertentu, memberi maklumbalas kepada pelajar pandai tentang kelemahan
mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji, mengenalpasti soalan yang bias kepada
sesuatu kandungan dan mengenalpasti pelajar yang berpencapaian tinggiuntuk melanjutkan
pengajian dalam bidang – bidang tertentu.
Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas melaksanakan
peperiksaan, jadual untuk menunjukkan indeks diskriminasi item telah diperolehi seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 7.

No.Soalan Nilai (d) / Aras Diskriminasi Pengkelasan Item


1 0.2 Kurang Baik
2 0.4 Baik
3 0.6 Sangat Baik
4 0.2 Kurang baik
5 0.4 Baik
6 0.6 Sangat Baik
7 0.6 Sangat Baik
8 0.8 Sangat Baik
9 0.0 Tidak Baik
10 0.6 Sangat baik
Jadual 7 : Indeks Diskriminasi bagi item-item ujian Bahagian A

Soalan/Item 1
Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.2. Seramai 7 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan seorang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat
menjawab soalan ini dengan betul. Soalan yang diberikan kepada pelajar berada dalam
pengkelasan item yang kurang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini

21
tidak dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.Soalan ini perlu
diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik.

Soalan/Item 2
Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.4. Seramai 5 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan 3 orang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat
menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik
untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang
pandai dengan murid yang lemah.Soalan ini juga sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.

Soalan/Item 3
Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.6. Seramai 8 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada
dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia
dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam
kelas.Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 4
Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.2. Seramai 3 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan 5 orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat
menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang
baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid
yang pandai dengan murid yang lemah.Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan
soalan yang lebih baik.

Soalan/Item 5
Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.4. Seramai 8 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan semua orang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah
dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik
untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang
pandai dengan murid yang lemah.Soalan ini juga sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.

22
Soalan/Item 6
Indeks diskriminasi item bagi soalan 6 ini ialah 0.6. Seramai 8 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada
dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia
dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam
kelas.Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 7
Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.6. Seramai 4 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan tiada murid dari
kumpulan murid berpencapaian rendah yang dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada
dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia
dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam
kelas.Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 8
Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.8. Seramai 4 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan tiada seorang pun murid dari kumpulan pencapaian rendah
dapat menjawab soalan ini dengan jayanya. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang
sangat baik untuk PRN kerana ia dapat membezakan di antara murid yang bijak dengan
murid yang lemah di dalam kelas.Soalan 9 ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian
ini.

Soalan/Item 9
Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00.Bilangan pelajar berpencapaian
tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul adalah sama.Soalan ini
berada dalam pengkelasan item yang tidak baik untuk Penilaian Rujukan Norma kerana
soalan ini tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang
lemah.Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan yang lebih sesuai.

Soalan/Item 10
Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.6. Seramai 5 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, hanya
seorang sahaja murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini.

23
Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma
(PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di
dalam kelas.Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Daripada analisis diskriminasi item yang dibuat, sejumlah 7 daripada 10 soalan sesuai
digunakan dan dikekalkan dalam ujian ini.Item 1,4 dan 9 perlu digantikan dengan soalan yang
lebih sesuai.Kesimpulannya,diskriminasi item yang dibuat membolehkan guru mengenalpasti
kesesuaian dan kualiti item yang mampu menguji kefahaman murid dengan berkesan dan
yang amat penting sekali adalah item yang dibina haruslah dapat membezakan pencapaian
murid berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah

PENUTUP

Kesimpulannya, sebagai seorang guru merupakan orang yang berperanan penting


dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian para pelajar dalam
bilik darjah. Guru yang mempunyai menentukan hasil pembelajaran bagi pelajar-pelajarnya
serta merancang dan melaksanakan penilaian dan juga merekod segala maklumat yang
diperoleh, dan seterusnya melaksanakan tindakan susulan seterusnya.
Melalui aktiviti penilaian ini, guru dapat memastikan perkembangan potensi individu
pelajar secara menyeluruh agar menepati dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang ingin melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan
intelektual.Sehubungan itu,dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan
berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Ahkir kata, kecekapan guru dalam
membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya
dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran menuju ke TS-25 kurikkulam.

24
APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
6. Assoc. Prof.Dr.Rohani Ahmad Tarmizi ( 2009 ) . SBEM3403 Measurement and
Evaluation in Mathematics ( 7th.ed ) . Seri Kembangan , Selangor : Meteor
Doc.Sdn.Bhd.

7. Atan Long ( 1982 ).Psikologi Pendidikan. Kuala lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

8. Azizi Ahmad,Mohd. Isha Awang .( 2013 ).HBEF3203 Pengukuran Dan Penilaian


Dalam Pendidikan ( Edisi Kedua ),Seri Kembangan,Selangor Darul Ehsan,Meteor
Doc.Sdn.Bhd.

9. Cronbach, L.J. (1970).Essential of psychological testing (3rded.)New York: Harper &


Row.

10. Dr.Ragbir Kaur A/P Joginder Singh .(2010). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan
Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Dan Menengah.
Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman sdn.Bhd.

11. Ee Ah Meng ( 1993 ).Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu( 2nd.ed ) . Kuala


Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
12. Gay, L.R. (1985).Educational And Evaluation And Measurement. Competencies for
analysis and application. 2nded. Charles E. Merril.

13. Mok Soon Sang ( 1994 ).Penilaian,Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan.
Subang Jaya,Selangor : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

14. Mok Soon Sang. ( 1996 ). Pengajian Matematik untuk Diploma Perguruan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
15. Mok Soon Sang .( 2009 ).Ilmu Pendidikan Untuk KPLI.Kuala Lumpur.Kumpulan
Budiman Sdn.Bhd.

25
16. Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

17. Penilaian kendalian sekolah. (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian


PendidikanMalaysia.

18. Raminah Hj Sabran. (1991).Penilaian Dan Pengujian BahasaMalaysia:


Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

26
27
Lampiran 1 : UJIAN PENILAIAN MATEMATIK TAHUN 5
MASA : 45 MINIT
NAMA:____________________________ KELAS: ______________________

Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan Bahagian A dan Bahagian B.Jawab semua
soalan.

BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF

Arahan : Bulatkan jawapan anda

1) Enam juta empat ratus sembilan puluh satu sembilan belas, ditulis dalam angka ialah

A 6 491 019 B 6 4399 019

C 6 431 019 D 6 431 091

2). Bundarkan 928423 kepada ratus ribu yang terdekat. Nyatakan dalam juta.

A 1.0 juta B 0.94 juta

C 0.93 juta D 0.9 juta

3). ( 3 516 + 2 488 ) x (34+15) =

A 294 169 B. 294 196

C 295 169 D. 294169

4). Rajah 1 menunjukkan dua keping kad nombor.

451 945 5 820

Cari hasil darab bagi nilai digit 3 dan nilai digit 2.

A 8 000 B 800 000

C 880 00 D 8 000 000

28
5).

1 5 1
2 2 + 4 6 + 1 2

A 7 10 10
8 B 7 8

C 8 10 D 8 4
8 8

6).
1. 9 -4 -2 =

A 2 B 2

C 2 D 2

7). (520-82) ÷ 6 =

A) 73
B) 75
C)70
D) 88

8.) Ali membeli m kain merah. Dia memotong kain itu kepada m setiap satu. Berapa
kepingkah kain merah yang diperolehnya?

1 2
A 4 B 6 3
3

2
C 8 1 D 10 3
3

29
9. Seramai 2 ½ juta orang telah mengunjungi sebuah zoo. Penjaga zoo mengatakan
60 puluh ribu orang pengunjung adalah kanak-kanak. Berapakah orang dewasa yang telah
mengunjungi zoo tersebut?

A 2 440 000
B 1 900 000
C 244 000
D 190 000

10). Rajah menunjukkan harga sebuah baju. Sekiranya Siti membeli 2 pasang baju tersebut,
berapakah harga yang perlu dibayar olehnya?
A RM 78.00
B RM 39.00
C RM 7.80
D RM 3.90

30
BAHAGIAN B : SOALAN SUBJEKTIF

Arahan : Tulis jawapan kamu dengan jelas dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan
ini.Tunjukkan langkah-langkah penting.Ini boleh membantu anda mendapatkan markah.

1 Nyatakan nilai tempat bagi digit 1 dalam nombor 3 517 432. [1 markah]

2 Cerakinkan 9 087 596 [1 markah]

3 Bundarkan 9.136 kepada perseratus yang terdekat [1 markah]

4 [1 markah]
Tukarkan 5 kepada peratus.

31
5 Rajah 5 menunjukkan satu garis nombor.
[1 markah]

Rajah 5

Nyatakan nilai X

6 [2 markah]
2 + -1 =

7 [2 markah]
5 300 =

32
8 42 + 18. 65 – 26. 42 + 33.183 = [2 markah]

9 Terdapat 49 344 orang pekerja di syarikat A , B , C. Syarikat A mempunyai


13 560 orang pekerja manakala syarikat C mempunyai 1 000 orang pekerja [3 markah]
kurang daripada syarikat B. Berapa orangkah pekerja yang ada di syarikat C?

10 [3 markah]
Encik Amer membeli 9 biji piza. Dia memberi 4 biji piza kepada

jirannya dan 1 biji piza lagi kepada kawannya. Dia menyimpan pizza yang
selebihnya untuk anak-anaknya. Berapakah pecahan pizza yang disimpan
untuk anak-anaknya?

10

33
Lampiran 2 : SKEMA PEMARKAHAN
BAHAGIAN A: OBJEKTIF

BIL. JAWAPAN BIL. JAWAPAN


1. A 6. D
2. D 7. A
3. B 8. C
4. D 9. B
5. A 10. A

BAHAGIAN B: SUBJEKTIF

BIL. JAWAPAN MARKA CATATAN


H
1.
Ratus Ribu
J1
2.
9 087 596 =
J1
9 000 000 + 80 000 + 7 000 + 500 + 90 + 6

3.
9.14
J1

4. 20

5 x 100 % = x 100 % J1

= 560 %

5. J1
X=

34
2 + -1 = + -

K1
= + -
6.

=1 J1

K1
5 300 = x 300
7.
= 1 725 J1

42.00
+ 18.65
----------------
60.65
K1
- 26.42
8. ----------------
34.230
+ 33.183 75
---------------- J1
67.413 1
----------------

Jumlah pekerja syarikat B dan C :

49 344 orang B1
- 13 560 orang
----------------
9. 35 784 orang
----------------

Jumlah pekerja syarikat C : K1


35 784 orang
- 1 000 orang
------------------
34 784 orang
J1
------------------

35
34 784 ÷ 2 = 17 392 orang

B1
9 - 4 -1 = - -

= -
K1
= -

10. =

= 3
1
=3 3

Pecahan pizza yang disimpan oleh En.Amer


J1
untuk anak-anaknya ialah 3 .

Nota :
B1 : Jawapan bebas
K1 : Kaedah
J1 : Jawapan

36
LAMPIRAN 3

37
Bahagian B

38

Anda mungkin juga menyukai