Anda di halaman 1dari 2

JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN

Definisi disiplin
Disiplin berkaitan dengan tingkah laku seseorang.
Disiplin boleh dijelaskan sebagai
- latihan
- kepatuhan
- kawalan
Disiplin tidak boleh ditafsirkan sebagai hukuman,
hukuman bersifat negatif dan mengajar kanak-kanak
perkara yang tidak patut mereka lakukan
Sekolah di Malaysia memeberikan konsep disiplin
sebagai penekanan kepada cara-cara mencegah
masalah disiplin dan tingkah laku daripada berlaku di
dalam bilik darjah agar p&p dapat dilaksanakan
dengan lancar

Jenis disiplin di dalam bilik darjah
arahan Guru- termasuk peraturan & rutin
arahan rakan sebaya
arahan tugasan
diri sendiri

Jenis-jenis masalah disiplin
melawan
memukul
mencuri
mengugut rakan/guru
kekemesan diri
ponteng kelas

Masalah disiplin yang bersifat disruptif
tidak memberikan perhatian, menganggu rakan,
bercaap, makan dan tidur didalam kelas
keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran
lewat masuk kelas
tidak membawa buku latihan/teks
menunjukkan sikap biadap terhadap guru
membuli
melepak, berlari, menjerit di koridor

Masalah kekemasan diri
tidak memakai lencana, tanda nama.stoking
kuku panjang
warna rambut
pelajar lelaki rambut panjang

TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM BILIK
DARJAH
kurang memberikan perhatian
hiperaktif
pendiam
sensitif
apati (tidak kisah kepada arahan guru)
sikap melengahkan dan sambil lewa
gemar bercakap
menganggu rakan
membuli
berbohong
menipu
menimbulkan kekecohan dalam bilik darjah
kurang sopan
mencuri
merosakkan harta benda
mudah marah dan agrasif

SEBAB-SEBAB BERLAKU MASALAH DISIPLIN
DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH
diri murid
guru
sekolah
latar belakang murid

Peranan guru dalam mengurangkan masalah
disiplin dan tingkah laku bermasalah di dalam
bilik darjah
merancang
gunakan pelbagai kaedah dan teknik
yakin
berminat dan mengambil berat terhadap murid
rol model
adil
komunikasi yang jelas
memberikan bimbingan dan maklum balas
tenang dalam menangani masalah di dalam bilik
darjah

............Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan
kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi
perbualan hangat masyarakat lantaran
kegagalan golongan pendidik untuk membentuk
sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang
mendorong masalah ini berlaku dan apakah
peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa
dan kerajaan?

............Masalah ini semakin meruncing ekoran
kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa
era globalisasi ini. Ibu bapa lebih
mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa
tanggung jawab mereka mendidik anak yang
dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya,
pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan
melakukan tindakan-tindakan disiplin yang
bertujuan untuk menarik perhatian ibu bapa
mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah
yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-
jadi.

............Sementara itu kemunculan media massa
turut mendorong masalah ini memuncak
dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonah
yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa
untuk mencuba pula dalam hati pelajar.
Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu
cubaan meniru kelakuan yang telah mereka
tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai
kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar
yang terus merosot itu.

............Rakan sebaya turut menjadi punca
masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar
sering menganggap rakan sebaya mereka
sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang
mendengar dan sanggup berkorban untuk
mereka berbanding ibubapa yang gagal
menjalankan tanggungjawab mereka.
Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan
memastikan disiplin pelajar itu akan turut
merosot dengan drastiknya.

............Tambahan pula, kegagalan pihak
sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini
turut menjadi faktor yang mendorong
meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang
merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka
kerana tidak mahu nama sekolah terjejas.
Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang
beranggapan tindakan mereka melanggar
disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak
sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut
kekurangan guru disiplin ini menyebakan
pelajar semakin berani melakukan kesalahan
disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani
masalah disiplin turut menentukan peningkatan
masalah disiplin pelajar.

............Malah, ketiadaan program selepas
sekolah yang sesuai dengan pelajar turut
menjadi punca masalah ini terus berleluasa.
Program yang menarik dapat menghalang
pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-
pusat beli-belah dan terjerumus ke dalam
aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka
habiskan untuk menjalankan aktiviti ini
menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

............Kemelut ini mudah dibendung jika
ibubapa terlebih dahulu sanggup
menngorbankan masa mereka. Ibu bapa
hendaklah mengutamakan masa depan anak
mereka daripada kejayaan peribadi mereka
dalam kerjaya. Ibu bapa harus memberi ruang
kepada anak untuk menjadi manusia yang
berhemah tinggi. Ringkasnya, ibu bapa penting
dalam membanteras isu disiplin ini.

............Kesimpulannya, kemelut disiplin ini
sudah lama diperkatakan oleh masyarakat.
Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai
cadangan yang tinggal cadangan sahaja
terutama daripada pihak ahli politik. Begitu juga
dengan pihak media massa yang hanya tahu
menyiarkan sahaja berita sensasi tentang topik
ini berulang kali . Mungkin kali ini kita perlu
bertegas dan berpijak di bumi nyata.

Anda mungkin juga menyukai