Anda di halaman 1dari 8

KES 1 : BULI DEFINISI BULI .Apakah itu kes buli?

Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. PUNCA Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri mereka sendiri. ............Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka. ............Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagungdan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawankawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.

KESAN BULI Secara emosi,mangsa seringkali berasa takut dan bimbang ketika berada di sekolah.jadi,ini akan menyukarkan mereka untuk melinatkan diri dalam proses pembelajaran.Disebabkan ketakuatan , mangsa takut untuk ke sekolah dan akan mengakibatkan mereka keciciran.Mereka turut bertindak membunuh diri supaya dapat menghentikan kesengsaraan yang dialami oleh mereka. Secara sosial,mereka sering dipinggirkan oleh rakan-rakan sebaya mereka.hal ini kerana,mereka berasa rendah diri dan kurang berkeyakinan pada diri sendiri untuk berkawan dengan orang lain dan bersosial. Perbuatan buli memberi kesan kepada Negara.Kerancakan pembangunan Negara

akan terbantut dan ekonomi sukar berkembang akibat masalah yang berlaku.Banyak wang akan dikeluarkan oleh kerajaan melalui kempen pembentukan sasiah pelajar.Modal yang diperuntukkan terlalu besar,jadi Negara menjadi mundur.

LANGKAH Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini. Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini. ............Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini. ............Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya. ............Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya. ............Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah. ............Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.

............Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. .............Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain. ............Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anakanak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya.
Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.

KES 2 : PONTENG SEKOLAH DEFINISI PONTENG SEKOLAH

Ponteng sekolah bermaksud tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang munasabah atau diizinkan. Terdapat beberapa kategori atau jenis ponteng sekolah yang selalu berlaku dalam kalangan pelajar. Antaranya termasuklah tidak hadir ke sekolah sepenuhnya, pergi ke sekolah tetapi tidak sampai di sekolah atau berada di sekolah kemudian keluar dari kawasan sekolah sebelum tiba waktu pulang.

PUNCA Salah satu punca yang dikenal pasti berlakunya kejadian ini ialah pengaruh rakan sebaya. Kebiasaannya mereka telah membuat perancangan yang lebih awal. Mereka telah berpakat supaya mereka dapat mengunjungi tempat yang tertentu. Sebagai contoh, mereka meninggalkan sekolah atau tidak hadir ke sekolah untuk melepak di tempat-tempat yang tertentu sambil berbual-bual kosong, menonton filem, video atau VCD. Jadi, mereka ponteng sekolah kerana hendak menghabiskan masa bersama-sama dengan rakan sebaya mereka. Selain itu, mereka ponteng sekolah kerana ada daya tarikan dari luar kawasan sekolah. Dalam zaman yang serba canggih ini, banyak kafe siber, pusat hiburan, kompleks beli-belah dan sebagainya wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Mereka menggunakan wang yang diberikan oleh ibu bapa sebagai perbelanjaan di sekolah untuk berseronok-seronok di pusatpusat hiburan. Sebagai contoh, kebanyakan pelajar yang ponteng sekolah didapati berada di kafe siber atau di pusat snooker. Mereka berpendapat bahawa tempat-tempat seperti itu dapat memberikan kepuasan kepada mereka. Bukan itu sahaja, mereka ponteng sekolah kerana mereka berasa tertekan dan tidak berminat untuk belajar. Oleh sebab pencapaian mereka lemah

atau sederhana, banyak perkara yang diajarkan oleh guru tidak dapat difahami. Hal ini menyebabkan mereka berasa tertekan disebabkan perasaan malu kepada guru atau rakan. Akhirnya, mereka hilang minat untuk belajar. Mereka berpendapat bahawa daripada dimarahi guru atau membuang masa di sekolah, maka adalah lebih baik mereka meninggalkan sekolah dan mencari hiburan di luar kawasan sekolah. Seterusnya, pelajar ponteng sekolah kerana terbiar atau tidak diambil berat oleh ahli keluarga. Mereka mendapati bahawa ibu bapa mereka terlalu sibuk bekerja untuk mencari pendapatan atau kekayaan. Kebiasaannya ibu bapa seperti ini tidak meluangkan masa untuk bersamasama dengan anak mereka. Jadi, anak-anak berasa diabaikan dan kurang mendapat belaian dan kasih sayang. Sebagai contoh, ibu bapa yang sibuk tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan guru di sekolah untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian anak-anak di sekolah. Kesannya ialah anak-anak mengabaikan pelajaran dan terbabit dalam gejala ponteng sekolah.

KESAN
Kesan-kesan bagi pelajar yang ponteng adalah

masa dan tenaga telah

dibazirkan dengan sia-sia.Sekiranya mereka menguasai dan


merancang masa dengan baik dan bersistematik iaitu tidak memontengkan sekolahmereka akan berjaya dalam kerjaya mereka yang akan memberi kehidupan selesa pada masa yang akan datang.Di samping itu,pelajar yang ponteng menyebabkan keputusan pelajarannya tidak begitu cemerlang dan pelajar akan berasa rendah diri,masalah psikologi menimbul sebab ditertawakan oleh rakan-rakan lain lama-lamanya.Masyarakat juga akan memandang rendah kepada pelajar yang ponteng dan menjejaskan maruah keluarga pelajar tersebut.

masalah sosial meningkat pelajar tdk dpat mngikuti pelajaran di sekolah sebab ketinggalan

LANGKAH 1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. 2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktivitiaktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan kokurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknikteknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. 3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. 4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. 5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan

keberkesanan kaunseling tersebut. 6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu selalu berbincang untuk menyelesaikanm asalah ini.

KES 3 : MENCURI DEFINISI MENCURI


Mencuri atau mengambil hak orang lain yang bukan milik kita secara tegas adalah dilarang di dalam ajaran Islam. Dengan istilah yang keras , MENCURI ADALAH HARAM. Istilah haram amat unik dari segi pengertiannya. Haram yang berbunyi keras bahasanya amat sensitif bagi jiwa orang-orang yang beriman. Orang yang bersih hatinya dan beriman dengan Allah SWT akan menjauhi segala bentuk larangan Allah SWT termasuklah MENCURI. PUNCA

Anda mungkin juga menyukai