Anda di halaman 1dari 2

Adam Moh Sian Lun BDK SEM 4

Modul Bimbingan Kelompok (Pencegahan Ponteng Sekolah)

BIDANG : Pencegahan
TAJUK : Menaiki Rakit
OBJEKTIF : Pada akhir sesi murid dapat:

1. Melahirkan semangat kepunyaan dikalangan ahli dalam kelas.


2. Meningkatkan kesedaran bahawa perlunya semangat kerjasama.
3. Membina sikap saling perlu memerlukan bila keadaan terdesak.
MASA : 30 minit
SASARAN : Murid Tahun 5 (40orang, 20 orang lelaki dan 20 orang perempuan)
BAHAN : Surat khabar lama
LANGKAH-LANGKAH : Set Induksi (5 minit):
1, Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan video tentang
sekumpulan orang seramai 15 orang berjaya berdiri di atas sehelai
surat khabar lama sahaja.
Langkah 1 (5 minit):
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberitahu peraturan permainan
ini dan mencabarkan murid supaya berjaya membolehkan lagi ramai
orang berdiri di atas surat khabar.
Langkah 2 (10 minit):
1. Semua murid dikehendaki berdiri di atas surat khabar tersebut.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi tiga helai kertas surat
khabar tersebut dan mengoyakan separuh helai.
3. Murid tidak dibenar meletakkan kaki di tempat yang tiada surat
khabar (lantai).
4. Murid akan berpaut antara satu sama lain agar tidak jatuh.
5. Murid yang terjatuh dari 'rakit' dikira batal dan terkeluar. (Asingkan
peserta lelaki dan perempuan)
Langkah 3 (5 minit)
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta beberapa orang murid
berkongsi perasaan semasa aktiviti.
Rumusan (5 minit)
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat konklusi dan falsafah
aktivit pada hari ini.
PENILAIAN : 1. Murid menunjukkan sikap tolong-menolong dalam proses aktiviti.
Adam Moh Sian Lun BDK SEM 4
Modul Bimbingan Kelompok (Pencegahan Ponteng Sekolah)
2. Kedua-dua kumpulan murid (lelaki dan perempuan) dapat berdiri di
atas sehelai kertas surat khabar lama masing-masing.
RUMUSAN : Sebagai rakan sekelas, kita perlu sentiasa bantu membantu semasa
menghadapi cabaran. Kita juga perlu sentiasa mengambil berat tentang
kawan sekelas seperti memerhati kehadiran kawan dan menanya
khabar kalau kawan tak hadir kelas serta memberi pertolongan dan
sebagainya.
FALSAFAH : 1. Menyedarkan peserta bahawa yang berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing.
2. Hidup ini banyak dugaan dan cabaran.
3. Perlunya kita berganding bahu untuk mempertahankan maruah dan
akhlak kita.

Anda mungkin juga menyukai