Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan

Sejarah bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak
jelas, tetapi dipercayai bahawa terdapat satu permainan yang hampir sama dengan bola tampar
telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah, Selatan dan di Asia Tenggara.
Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A.,
Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan pada tahun 1870-
1942 sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah
dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang
enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula,permmainan ini telah menggunakan bola
keranjang, bola ini di pukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara seperti menimbang bola
takraw. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring
ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan
pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan
syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak
lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh masyarakat.
Sejarah
Asal usul bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak
jelas, adalah dipercayai bahawa permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah
dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah dan Selatan serta di Asia Tenggara.
Howard Keith (1942) di dalam bukunya Sports and Games telah melaporkan bahawa bola tampar
di Amerika telah diubahsuai daripada Fraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893.
Begitu juga dengan permainan Minton yang dibawa ke Amerika oleh David McConnaughly Jr.
pada tahun 1895. Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama
dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah
yang telah mencipta permainan bola tampar.
Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A.,
Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan (1870-1942) sebagai
suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah
dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang
enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula, bola keranjang dipukul dengan tangan
supaya ia sentiasa di udara. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan
diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah
menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah
meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan
menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh
Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan
diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896.
Kemahiran Asas
A. TEKNIK MENYANGGA (DIGGING)
1)Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.
2)Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.
3)Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke hadapan.
4)Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan untuk
menerima hantaran.
5)Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran sebelum bermain
bola.
6)Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.
7)Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.
8)Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.
9)Kendurkan bahagian atas tubuh.
10)Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik oleh ahli
pasukan yang lain.

B. TEKNIK SERVIS
a.SERVIS BAWAH
1)Langkah pertama adalah posisi ketika tubuh berdiri, kemudian kaki membentuk kuda - kuda
dengan badan agak condong ke depan.
2)Langkah yang kedua ialah salah satu tangan memegang bola dan tangan yang satu lagi
digunakan untuk memukul bola dengan jari - jari tangan dalam keadaan mengepal atau
menggenggam.
3)Yang ketiga pula adalah bola sedikit dilambungkan, kemudian bola dipukul di bahagian bawah
dengan ayunan tangan dari belakang ke depan.
b.SERVIS ATAS
1)Langkah pertama, posisi ketika tubuh berdiri, salah satu tangan memegang bola.
2)Kemudian bola dilambungkan dan dipukul dengan jari-jari secara rapat sekuat tenaga.
3)Langkah ketiga, pukulan bola perlu melepasi/melewati di atas net.
4)Langkah yang terakhir, bola boleh dipukul dengan keras supaya membentuk atau beralun.

C. TEKNIK MENGUMPAN (SETTING FULL)


1)Buka jari-jari supaya membentuk tiga segi seperti di dalam gambar
2)Sentuh bola pada ketinggian kepala dan pukul bola untuk rejaman yang kuat
3)Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan sepasukan dapat membuat rejaman
D. TEKNIK MEREJAM (SPIKE)
1)Sama ada run-up atau berdiri setempat
2)Melonjak dengan kedua-dua kaki dari setempat.
3)Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan ke belakang dan ke atas.
4)Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di belakang bahu untuk merejam bola.
5)Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak tangan terbuka atau
menadahkan tangan.
6)Pergerakan pergelangan tangan penting untuk membawa bola turun.
7)Untuk run-up, perejam berdiri dua hingga tiga meter dari jarring dan mengambil tiga langkah.
8)Langkah kedua akan menbawa perejam di bawah bola dan kedua-dua belah kaki akan hampir
bersama.

E.TEKNIK MENGADANG (BLOCK)


o Badan dan tapak tangan menghadap jaring.
o Lompat dengan kedua-dua belah kaki.
o Luruskan kedua-dua belah tangan ke atas.
o Jarakkan jari-jari tangan.
o Mata pandang arah pergerakan bola.
o Fleksikan kedua-dua belah lutut semasa mendarat.

Teknik Ansur Maju

Anda mungkin juga menyukai