Anda di halaman 1dari 5

INVENTORI PERSONALITI

EYSENCK JUNIOR
Junior Eysenck Personality Inventory
JEPI

JEPI

INVENTORI PERSONALITI EYSENCK JUNIOR


Junior Eysenck Personality Inventory JEPI

Ubahsuai Oleh:
SIDEK MOHD NOAH, Ph. D
Arahan:

Baca setiap kenyataan dan tanda (/) di ruangan Ya atau Tidak dalam borang jawapan yang
disediakan. Tidak ada jawapan yang BETUL atau SALAH, dan tidak ada soalan yang bertujuan
untuk mengelirukan anda. Jawab soalan-soalan yang disediakan dengan cepat tanpa perlu
berfikir panjang untuk menentukan maksud sebenar setiap soalan. Jawab dengan IKHLAS dan
JUJUR.

SILA JAWAB SEMUA SOALAN ATAU PERNYATAAN


Bil. Item YA TIDAK
1. Sukakah anda kepada perkara-perkara yang memerlukan anda bertindak
dengan segera dan cepat?
2. Pernahkah anda merasa tersangat berdukacita tanpa sesuatu sebab yang
munasabah?
3. Adakah anda seorang yang sangat aktif dan periang?
4. Adakah anda seorang yang tidak pernah meradang?
5. Banyakkah perkara yang mengganggu dan menyakiti hati anda?
6. Adakah anda lebih suka menyendiri daripada bersama dengan rakan-rakan
anda?
7. Adakah anda sering merasa gemuruh?
8. Adakah anda seorang yang segera melakukan sesuatu apabila disuruh?
9. Adakah anda selalu memberi gerak balas yang cepat dan spontan dalam
setiap tindakan yang dilakukan?
10. Adakah anda mudah tersinggung apabila orang lain menegur kesilapan
anda?
11. Adakah anda selalu merasa riang atau gembira?
12. Pernahkah anda tidak setuju dengan pendapat ibu bapa anda?
13. Adakah fikiran anda pernah terganggu?
14. Selalukah anda membuat cerita-cerita lucu kepada rakan-rakan anda?
15. Mudahkah anda menangis apabila diganggu oleh rakan-rakan anda?
16. Bolehkah anda menyimpan setiap rahsia yang disampaikan kepada anda?
17. Adakah anda selesa apabila berada di khalayak ramai?
18. Adakah anda merasakan yang anda tiada kawan?
19. Adakah anda selesa menerima dan melayan tetamu-tetamu yang berkunjung
ke rumah anda?
20. Pernahkah anda berbohong?
21. Adakah anda seorang yang cepat merasa bosan?
22. Selalukah anda mengelakkan diri daripada bercakap dengan seseorang
melainkan jika ditegur terlebih dahulu?
23. Adakah anda selalu merasa gelisah sehingga anda tidak selesa duduk?
24. Adakah anda mendiamkan diri anda apabila guru tiada di dalam kelas?
25. Bolehkah anda menyesuaikan diri dan merasa selesa di dalam suatu majlis
yang diadakan secara tiba-tiba?
26. Pernah anda merasakan bahawa hidup anda tiada berguna lagi?
27. Adakah anda gelisah apabila dikerumuni oleh orang ramai?
28. Pernahkah anda mengumpat tentang diri seseorang?
29. Adakah fikiran anda sering melayang ketika anda melakukan sesuatu kerja?
30. Adakah anda lebih suka duduk diam daripada berseronok di dalam sesuatu
majlis?
31. Adakah anda merasa tidak pasti melakukan sesuatu perkara yang mesti anda
lakukan?
32. Adakah anda selalu mengharapkan kejayaan dalam segala bentuk pekerjaan
yang anda lakukan?
33. Adakah anda lebih suka mendengar daripada bercakap?
34. Adakah anda selalu bergantung kepada orang lain yang dianggap penting
dalam hidup anda?
35. Adakah anda lebih meminati cerita-cerita komedi dan hiburan berbanding
cerita-cerita sedih?
36. Adakah anda tidak pernah berselisih faham dengan adik-beradik anda?
37. Adakah anda selalu dihantui oleh perasaan bersalah?
38. Adakah anda suka sesuatu yang baru walaupun ianya ganjil dan mencabar?
39. Adakah anda seorang yang mudah risau?
40. Adakah anda marah pada rakan-rakan yang sering membuat anda
menunggu?
41. Adakah anda suka mencuba sesuatu kerja yang baru?
42. Apabila anda melakukan sesuatu kesilapan, adakah anda merasa tidak
berguna dan menganggapnya sebagai suatu kelemahan?
43. Adakah anda suka menggunakan peluang yang ada untuk melakukan
sesuatu kerja?
44. Pernahkah anda merasa bosan melakukan kerja yang rutin atau berulang-
ulang?
45. Adakah anda sangat risau tentang kecantikan atau ketanpanan diri anda?

46. Adakah anda lebih cenderung melakukan aktiviti-aktiviti di luar rumah?

47. Adakah anda menghadapi masalah untuk berinteraksi dengan orang yang
lebih tua daripada anda?
48. Adakah anda tidak merasa cemburu apabila tunangan anda diganggu oleh
orang lain?
49. Adakah anda lebih berminat menyaksikan rancangan gusti dan lawak jenaka
berbanding rancangan yang mengandungi adegan sedih dan sentimental?
50. Adakah anda sering berubah-ubah fikiran?
51. Adakah anda merasa selesa apabila bercakap di hadapan orang ramai?
52. Adakah anda mudah merasa cemas apabila berhadapan dengan suatu
situasi yang baru?
53. Bolehkah anda dianggap sebagai seorang yang periang serta mudah
didampingi?
54. Adakah anda mudah terganggu oleh situasi serta orang yang berada di
sekeliling anda?
55. Adakah anda lebih gemar bercampur dengan rakan-rakan yang aktif serta
dinamik?
56. Adakah anda mudah panik apabila melakukan sesuatu kesilapan?
57. Adakah sukar bagi anda berkomunikasi dengan orang yang tidak pernah
anda temui?
58. Adakah anda merasakan yang anda mesti berjaya dalam segala bidang yang
anda ceburi?
59. Pernahkah rakan-rakan anda merasa kesunyian tanpa kehadiran anda
bersama-sama mereka?
60 Pernahkah anda perasan bahawa orang lain sedang memperkatakan
sesuatu yang buruk mengenai diri anda?

Mengira Skor JEPI

Bil. Introvert / Ekstrovert Neurotisma Skala Tipu


Item Skor Item Skor Item Skor
1. 1 2 (4)
2. 3 5 8
3. (6) 7 ( 12 )
4. 9 10 16
5. 11 13 ( 20 )
6. 14 15 24
7. 17 18 ( 28 )
8. 19 21 32
9. 22 23 36
10. 25 26 ( 40 )
11. 27 29 ( 44 )
12. 30 31 48
13. ( 33 ) 34
14. 35 37
15. 38 39
16. 41 42
17. 43 45
18. 46 47
19. 49 50
20. 51 52
21. 53 54
22. ( 55 ) 56
23. ( 57 ) 58
24. ( 59 ) 60

/24 /24 /12

Nota: Bagi item positif, jawapan YA (Y) = 1 dan TIDAK (T) = 0


Bagi item negatif, jawapan YA (Y) = 0 dan TIDAK (T) = 1
Item ( ) ialah item negatif.

Anda mungkin juga menyukai