Anda di halaman 1dari 1

TEORI PEMILIHAN KERJAYA KRUMBOLTZ Teori ini beranggapan bahawa keperibadian dan perilaku yang dimiliki oleh seseorang

timbul daripada pengalaman belajar yang unik. Pengalaman belajar ini terdiri daripada konteks antara analisis kognitif yang positif dan peristiwa-peristiwa yang menguatkan secara negatif (Mitchell & Krumboltz, 1984b, hal. 235). Pengalaman belajar yang terdiri daripada pengaruh kognitif yang positif dimaksudkan adalah faktorfaktor berikut:

1) Sifat pembawaan, seperti bangsa, jantina serta kemampuan bawaan seperti keterampilan, keintelektualan serta perilaku. 2) Keadaan lingkungan sosial, seperti kehidupan sosial, pengalaman individu dalam kerja, latihan, kebijakan sosial serta pengalaman kerja dari orang lain yang mempengaruhi pemilihan kerja. 3) Pengalaman belajar di masa lalu, dibahagi kepada 2 jenis iaitu pengalaman belajar asosiasi yang mana individu mengamati perkaitan antara kejadian dan mampu untuk meramalkan segala kemungkinan. Pengalaman belajar secara aplikasi akan menyebabkan individu mampu mengaplikasikan di lingkungan secara langsung dengan hasil yang dapat diperhatikan. 4) Kemahiran dalam pendekatan tugas, berkaitan kemahiran individu dalam melaksanakan tugas baru melalui pengalaman bahawa seperti penyelesaian masalah, kemahiran, kebiasaan kerja, mental set, respon emosional serta proses kognitif.

Daripada empat faktor-faktor di atas menyebabkan pengaruh primer yang sangat penting dalam penentuan kerjaya individu iaitu:

1) Self observation generalizations (SOGs), hal ini merupakan gambaran bahawa individu belajar berdasarkan pada pengalaman hidupnya yang diperolehi daripada vikarius even atau pengalaman pribadi. 2) Worldview generalizations, melihat gambaran persekitaran secara umum dan percaya bagaimana dunia berfungsi, meniru persekitaran dan menginterpretasikan 3) Task approach skill (TASs), kemampuan kognitif dan pencapaian serta kemampuan untuk bersatu dengan persekitaran serta menginterpretasikan hal tersebut kepada pengamatan diri sendiri, kaitannya dengan pemilihan kerjaya adalah adanya kemahiran dalam perancangan, pencarian maklumat, anggaran serta mempertimbangkan nilai kerja. 4) Tindakan yang diperlihatkan, hal yang diperlihatkan itu sangat spesifik, yang berhubungan dengan perilaku dalam pemilihan kerja yang sebabkan pengamatan diri sendiri, penggeneralisasian serta pendekatan kemahiran dalam tugas di atas tadi, kemudian individu akan mengetahui kerja yang spesifik dengan kemahirannya. Dengan kata lain, kemajuan dalam kerjaya seperti menerima kerja yang spesifik.

Anda mungkin juga menyukai