Anda di halaman 1dari 11

APLIKASI

UJIAN
PSIKOLOGI
KOSHELLA DEVI
VIJAY
DEFINISI
 Ujian Psikologi adalah satu prosedur yang
sistematik untuk memerhati tingkah laku manusia
dengan menerangkannya dengan bantuan skala
numerikal atau sistem kategori.
KEGUNAAN UJIAN PSIKOLOGI
 Untuk tujuan deskriptif atau keperihalan iaitu ujian yang digunakan
untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri klien.
 Untuk tujuan membuat keputusan terutama dalam membuat pemilihan
dan penempatan.
 Untuk tujuan profiling staf atau pelajar.
 Ujian sebagai alat motivasi.
 Ujian untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi klien.
MENGAPA MENGGUNAKAN UJIAN
PSIKOLOGI?
 Ujian menggunakan prosedur standard, jadi kurang dipengaruhi
oleh faktor bias atau berat sebelah.

 Terdapat kaedah untuk menentukan keberkesanan ujian psikologi

 Ujian Psikologi dibuktikan lebih sah dan berguna berbanding


kaedah lain.
HALATUJU PENGGUNAAN UJIAN
PSIKOLOGI DI MALAYSIA
 Semakin popular dan semakin diterima untuk pelbagai tujuan khususnya
pemilihan dan penempatan.

 Perlu ditadbirkan oleh profesional.

 Pengunaannya dikawalselia oleh badan tertentu iaitu Lembaga Kaunselor.

 Penggunaan Ujian Psikologi ini perlu memperoleh sijil layak menggunakan


ujian.
CONTOH-CONTOH UJIAN PSIKOLOGI
1. Inventori Personaliti Warna

2. Inventori Nilai Pekerjaan Sidek

3. Ujian Kecenderungan Bakat

4. Inventori Personaliti Sidek

5. Inventori Minat Pekerjaan


UJIAN PERSONALITI WARNA
 Inventori Personaliti Warna ini adalah inventori yang mengandungi 100 item yang mempunyai
format jawapan "Ya" atau "Tidak".
 Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam alat ukuran ini dikatakan dapat
menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Warna (IPW) mempunyai 4 skala
iaitu Skala Emas, Hijau, Biru dan Jingga.
 Alat ukuran ini telah dibina oleh Sidek et.al (1997), semasa pengendalian kursus Penilaian
Dalam Kaunseling Untuk Pelajar Bachelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti
Putra Malaysia, Terengganu.
 Inventori Personaliti Warna adalah satu alat ukuran yang dibina bertujuan untuk mengukur
atau mengenal pasti ciri-ciri personaliti berasaskan personaliti warna iaitu Emas, Hijau, Biru dan
Jingga.
INVENTORI NILAI PEKERJAAN
 Iventori Nilai Pekerjaan Sidek merupakan inventori yang digunakan untuk mengenalpasti nilai-nilai yang
dianggap penting oleh seseorang individu.
 Inventori ini mempunyai format jawapan berskala likert iaitu

i) Sangat Suka (SS)


ii) Suka (S)
iii) Tidak Pasti (TP)
iv) Tidak Suka (TS)
v) Sangat Tidak Suka (STS)
 Gerak balas individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian ini dikatakan dapat menerangkan
nilai-nilai pekerjaan individu.
UJIAN KECENDERUNGAN BAKAT

Ujian Bakat adalah ujian yang digunakan untuk membuat telahan


tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh seorang
pelajar.
INVENTORI PERSONALITI SIDEK
 Inventori Personaliti Sidek adalah inventori atau ujian untuk mengenal pasti ciri-ciri
atau tret-tret personaliti individu.

 Ujian Personaliti ini mempunyai format jawapan "Ya" atau "Tidak".

 Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian dikatakan dapat
menerangkan ciri-ciri personaliti individu.

 Inventori Personaliti Sidek adalah singkatan bagi IPS mempunyai 15 skala yang
mampu mengenalpasti 15 ciri-ciri personaliti individu.
INVENTORI MINAT KERJAYA
 Satu set Ujian Psikologi yang dibina untuk mengukur 6 pola minat kerjaya
iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Keusahawanan dan Konvensional.

 Tiada had masa yang ditetapkan untuk mengambil alat ukur minat kerjaya
ini.

 Walaubagaimanapun purata masa yang digunakan untuk mengambil


adalah di antara 10 sehingga 15 minit.

Anda mungkin juga menyukai