Anda di halaman 1dari 26

1.

0 Pengenalan

Teori Gestalt dipelopori dan diasaskan oleh Frederick Pearls bersama isterinya,
Laura pada tahun 1940-an. Ia merupakan satu pendekatan phenomenology
/existential yang berasaskan kepada premis bahawa manusia mesti mencari cara
tersendiri di dalam hidup dan menerima tanggungjawab peribadi jika seseorang itu
berharap untuk mencapai kematangan. Melalui pendekatan ini, terapis akan
membantu ke arah integrasi kendiri dan belajar menggunakan tenaga dengan cara
yang sesuai untuk pertumbuhan, pembinaan dan kesempurnaan kendiri. Matlamat
utama terapi ini adalah untuk klien mencapai kesedaran tentang apa yang dibuat dan
dialami. Melalui kesedaran ini, manusia akan dapat mencapai kefahaman kendiri dan
mengetahui bahawa ia boleh berubah. Pendekatan ini adalah pendekatan
phenomenological kerana ia memfokuskan kepada persepsi klien tentang realiti. Ia
juga berbentuk existential kerana ia berkonsepkan here and now dan setiap orang
bertanggungjawab ke atas hala tuju hidup masing-masing (Sabariah Siron, 2005).

Menurut Amir Awang (1987) dalam terapi ini seseorang individu dikatakan
mengalami masalah disebabkan dia belum berjaya melengkapkan persepsinya.
Kesedaran yang ada pada dirinya tidak mencukupi untuk membolehkannya bagi
merasai atau mengalami sepenuhnya sesuatu pengalaman itu, Oleh itu, terapi ini
menekankan aspek melengkapkan Gestalt agar seseorang individu dapat menyedari
sesuatu pengalaman itu secara menyeluruh.

Menurut Sabariah Siron (2005), apabila berada di masa kini, terapis akan melibatkan
transisi antara masa lalu dengan masa hadapan seseorang klien. Oleh itu, klien
disuruh untuk membawa apa-apa yang telah berlaku di masa lalu dan akan datang
kepada masa kini dan mengalaminya secara terus akan peristiwa-peristiwa tersebut.
Pendekatan ini berbentuk eksperimental kerana klien dapat mengalami apa dan
bagaimana ia berfikir, berperasaan dan melakukan sesuatu semasa ia berinteraksi
dengan terapis. Dengan mengambil pendekatan saya semasa hubungan klien dan
terapis, terapis Gestalt menunjukkan penghargaan dengan hadir sepenuhnya
semasa sesi terapeutik bersama klien. Perhubungan berlaku kerana kontak yang
tulen antara terapis dan klien bukan hasil daripada interpretasi dan teknik yang
digunakan terapis.

1
2.0 Pengenalan Ringkas Tokoh

Frederick Salomon Pearls merupakan tokoh utama dalam memperkembangkan


terapi Gestalt. Beliau dilahirkan di Berlin, German pada tahun 1893. Beliau
berbangsa Yahudi dan daripada keluarga kelas pertengahan bawah lower middle
class family. Beliau merupakan seorang kanak-kanak yang selalu tidak
menyenangkan hati orang tuanya dan dianggap penyebab pelbagai masalah dalam
keluarganya.

Pearls pernah di buang sekolah kerana masalah disiplin dan beliau juga gagal
semasa peperiksaan gred 7 sebanyak dua kali. Walaupun begitu, dengan usaha
gigihnya, beliau berjaya meneruskan pengajiannya sehingga berjaya memperoleh
M.D dan pengkhususan dalam psikiatri. Pada tahun 1916, beliau telah menyertai
Angkatan Tentera German dan bertugas sebagai pegawai perubatan semasa Perang
Dunia Pertama (Sapora Sipon, 2000).

Selepas peperangan, beliau bekerja dengan Kurt Goldstein di Institut Goldstein untuk
askar German yang cacat otak di Frankfurt. Melalui pertubuhan ini, beliau dapat
melihat kepentingan manusia dilihat secara keseluruhan bukan gabungan fungsi
bahagian-bahagian manusia. Selepas itu, beliau berpindah ke Vienna dan
memulakan latihan psychoanalytic. Pearls telah dianalisis oleh Wilhelm Reich
seorang psikoanalisis yang mempelopori kaedah memahami kendiri dan perubahan
personaliti melalui bekerja dengan badan. Beliau juga telah diselia oleh beberapa
orang tokoh pergerakan psikoanalisis termasuk Karen Horney.

Pearls telah keluar daripada tradisi psychoanalytic semasa beliau telah berpindah ke
Amerika pada tahun 1946. Pada tahun 1952, beliau telah membina New York
Institute for Gestalt Therapy, memberi bengkel dan seminar di Esalen Institute,
mengukir nama sebagai innovator dalam psikoterapi. Di sini, beliau telah memberi
impak yang kuat ke atas sebahagian masyarakat melalui penulisan profesionalnya.
Beliau telah dilihat sebagai seorang yang mempunyai wawasan, suka berlawak,
pintar, suka membuat provokasi dan manipulasi, garang serta mempunyai inspirasi
(Sabariah Siron, 2005).

2
3.0 Pandangan Tentang Sifat Semuala Jadi Manusia

Menurut Sapora Sipon, Hapshah Md. Yusof, Ab Aziz Mohd Yatim (2006), teori ini
melihat sifat kejadian manusia berdasarkan kepada falsafah kewujudan dan
phenomenology. Antara pandangan tersebut ialah:

i) Manusia adalah satu organisma yang bersepadu atau saling berhubung


dari aspek fizikal, mental, kerohanian dan emosi.

ii) Manusia mempunyai tanggungjawab, kebolehan, bakat dan keupayaan


untuk mengurus diri.

iii) Manusia mempunyai naluri seks dan naluri lapar bagi meneruskan zuriat
dan mencapai perimbangan.

iv) Manusia mempunyai realiti mereka tersendiri untuk melengkapi dan


menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku pada mereka.

Passons (1975) dalam Sabariah Siron (2005) menyenaraikan lapan andaian tentang
sifat semula jadi manusia yang membentuk kerangka pendekatan Terapi Gestalt:

i) Manusia terbentuk daripada pecahan keseluruhan yang terdiri daripada


bahagian-bahagian yang saling berkaitan. Tidak ada bahagian-bahagian
ini iaitu badan, emosi, pemikiran, sensasi dan persepsi boleh difahami di
luar konteks manusia itu sebagai makhluk keseluruhannya.

ii) Manusia adalah sebahagian daripada persekitarannya sendiri dan tidak


dapat difahami jika dipisahkan daripada persekitaran ini.

iii) Manusia memilih untuk bertindak balas kepada rangsangan dalaman dan
luaran. Manusia juga adalah pelakon di dunianya.

iv) Manusia mempunyai potensi menyedari sepenuhnya akan semua


sensasi, pemikiran, emosi dan persepsi.

v) Manusia berkebolehan membuat pemilihan kerana kesedarannya.

vi) Manusia berkeupayaan mengendalikan hidupnya secara berkesan.

vii) Manusia tidak dapat mengalami masa lalu dan masa akan datang.
Mereka hanya boleh mengalami apa yang berlaku pada masa kini.

3
Corey (1996) dalam Sabariah Siron (2005) menyatakan manusia boleh menangani
masalah hidupnya terutama jika mereka sedar apa yang berlaku di sekeliling
mereka. Lebih banyak kita cuba menjadi bukan diri kita yang sebenar, lebih banyak
kita kekal sebagai orang yang sama. Yang penting adalah apa kita sebenarnya (what
we are) bukan apa kita sepatutnya (what we should be).

Teori Gestalt juga mengutarakan tentang pertumbuhan (growth) atau kematangan


(maturation) yang mana didefinisikan oleh Pearls sebagai the transcendence from
environmental support to self-support. Kematangan di lihat dari segi proses, bukan
hasilnya dan melibatkan individu mengambil fungsi yang perlu untuk sokongan
kendiri dan belajar menggerakkan sumber diri untuk menangani persekitaran dengan
berkesan. Ianya memerlukan pembelajaran untuk membuat penyesuaian yang
kreatif, yang mana perubahan kendiri secara aktif dan dinamik boleh bertindak balas
kepada tekanan persekitaran dan memenuhi keperluan dalaman yang menonjol.

4.0 Matlamat Kaunseling

Menurut Amir Awang (1987), terdapat beberapa matlamat penting yang ingin dicapai
melalui terapi Gestalt. Antaranya ialah:

i) Membuat klien tidak lagi bergantung kepada orang lain dan memberi
kesedaran bahawa dirinya boleh melakukan pelbagai perkara, jauh lebih
banyak daripada apa yang disangkanya.

ii) Membantu klien agar dia dapat merasai dan mengalami nikmat hidup
dengan lebih sempurna. Terapi Gestalt mempunyai andaian bahawa
setiap individu itu mempunyai banyak potensi tetapi oleh kerana ia terikat
dan dikongkong oleh sekatan-sekatan tertentu di dalam hidupnya, ia tidak
berjaya mengalami hidupnya dengan sepenuhnya, sepertimana kata
Pearls (1947):
The Awareness of, and the ability to endure, unwanted emotion are
the condition sine qua non for a successful cure.

iii) Membantu klien untuk mencari pusat dalamannya sendiri iaitu mengenal
dirinya dengan sepenuhnya tanpa perlu berusaha menyesuaikan dirinya
dengan persekitarannya.

4
iv) Membantu klien untuk dapat benar-benar merasai dan menyedari segala
perasaan dan pengalamannya. Dengan itu, dia boleh berusaha ke arah
mengubah personalitinya menjadi sempurna dan lengkap. Di dalam
proses-proses melengkapkan perasaan-perasaan ini, klien akan
berdepan dengan perasaan yang tidak lengkap, tertekan dan sebagainya.
Perasaan-perasaan ini boleh diubah melalui terapi.

5.0 Konsep Asas Terapi Gestalt

Menurut Amir Awang (1987) terdapat 2 konsep utama yang digunakan di dalam teori
Gestalt ini iaitu sekarang dan perkara-perkara yang belum atau tidak selesai.
Sebenarnya terdapat juga konsep-konsep yang lain seperti contact, awareness dan
polarities.

5.1 Here And Now

Menurut Sapora Sipon (2002) pendekatan ini memberikan penekanan kepada apa
yang dirasai pada masa kini dan pada ketika ini. Perbincangan di sini dan kini
bertumpu kepada isu bagaimana dan sekarang bukanlah isu-isu yang berkaitan
dengan mengapa, bila, masa lepas atau masa akan datang. Mengikut teori
gestalt, adalah merugikan atau tidak berguna sekiranya kita asyik bercakap atau
berbincang mengenai perkara yang sudah lepas atau masa lampau. Masa yang
lampau merupakan perkara-perkara yang telah pun berlaku dan tidak dapat diubah
lagi dan hanya menjadi milik individu yang berpenyakit yang suka merintih nasib
yang lalu.

Menurut Corey (1996) here and now adalah power in present iaitu masa sekarang
yang berkuasa kepada diri kita dan masa lepas telah pun berlalu. Oleh itu, masa
sekarang mestilah diberikan tumpuan sepenuhnya kerana masa akan datang belum
lagi sampai. Namun begitu, bagi individu yang menganggap power in present in lost
pula adalah individu yang menggunakan tenaganya semata-mata untuk meratap,
mengeluh, menangisi kesilapan masa lalu dan lain-lain. Individu ini akan asyik
memikirkan masa silam tanpa membuat apa-apa perubahan dan dalam masa yang
sama individu ini akan selalu berfikir bagaimana tentang kehidupannya dan apa
kelainan yang perlu dibuat dalam hidup. Namun apa yang difikirkan hanya apa yang

5
telah berlaku pada masa lalu dan akan datang tanpa berfikir serta fokus apa yang
berlaku pada masa sekarang.

Oleh yang demikian bagi pemegang teori Gestalt ini, cara untuk membantu klien
adalah dengan meminta klien fokus kepada masa kini, apa yang berlaku sekarang
dan berpegang kepada what dan how tetapi jarang gunakan why . Sebagai
contoh what is happening now? ataupun what is going on now?. Kadang kala ada
individu yang cuba untuk fokus pada masa kini tetapi bersifat tidak lama dan
sementara. Individu ini akan beralih kepada memikirkan masa silamnya. Seseorang
individu yang lebih fokus pada masa sekarang lebih mengutamakan perasaannya
kerana kadang-kadang perasaan yang dihadapi sekarang ada perkaitan dengan apa
yang dialami pada waktu sekarang. Contohnya klien yang pada awal sesi
menyatakan dia dalam keadaan sedih dan kecewa. Itu sebenarnya menggambarkan
klien itu sedang mengalami perasaan kecewa dan juga sedih.

Gilliand (1998) pula menyatakan, here and now mempunyai perkaitan dengan
tingkah laku pada masa sekarang. Dalam keadaan ini kaunselor akan mengambil
kira mengenai postur, briefing (nafas laju), suara, isyarat bukan lisan ataupun
keywords dan terms tertentu yang terkeluar daripada pertuturan dan juga tingkah
laku serta ekspresi muka.

Bagi Perls dalam Muhd. Mansur Abdullah (1993) kebanyakan manusia boleh tinggal
dalam masa kini hanya dalam jangka masa yang singkat sahaja kerana manusia itu
akan menurun untuk cuba mencari jalan penghalang perjalanan masa kini.
Sepatutnya mereka mengalami perasaan sendiri. Mereka sebaliknya sering
memperkatakan mengenai perasaan hampir kadang-kadang mereka bercakap
seolah-olah seseorang yang lain pula. Manakala Perls menggalakkan seseorang
individu berhubungan dengan pengalaman-pengalamannya dengan lebih terang dan
yang lebih terdekat daripada hanya memperkatakan pengalamannya semata-mata.

5.2 Unfinished Business

Sharf (1996) menyatakan bahawa unfinished business ini adalah apa-apa sahaja
perasaan yang kita rasakan pada masa lalu kita tidak cuba untuk express ataupun
cuba luahkan seperti rasa marah pada seseorang, rasa kecewa, sakit hati dan lain-
lain tetapi perasaan itu telah dipendamkan. Perasaan ini dibawa pada masa kini dan
individu itu tidak akan dapat fokus kepada masa kini kerana tidak menyelesaikan apa

6
yang telah individu itu rasakan pada masa lalu. Perasaan itu akan terus mengganggu
masa kini dan selalu memikirkan apa yang bakal berlaku sehingga tidak mampu
lakukan apa-apa. Kebiasaannya unfinished business ini ada kaitan dengan diri
individu itu seperti rasa marah, rasa bersalah, takut pada memori-memori masa lalu
dan juga rasa benci. Kadang kala unfinished business ini akan menjadi terlalu
obsess terutamanya soal yang melibatkan duit, seks seperti kasih sayang dan cinta,
dan lain-lain isu-isu yang umum yang tidak mampu diluahkan.

Menurut Corey (1996) pula unfinished business juga dikenali sebagai unexpressed
feelings seperti rasa risau dan rasa bersalah. Perbuatan unfinished business ini telah
ditekankan ke alam bawah sedar kita dan ia tidak boleh dilupakan kerana perasaan
itu tidak diselesaikan pada masa lalu dan akan naik apabila kita ingat kembali.
Apabila kita memiliki rasa awareness yang penuh pada masa sekarang maka kita
akan sedar yang kita perlu luahkan pada yang kita rasa tetapi apabila individu itu
merasa not fully experience awareness maka individu itu akan mengalami unfinished
business kerana tidak merasai sepenuhnya kesedaran itu dan ia akan dibawa
kepada masa kini dan sekarang. Perasaan inilah yang akan mengganggu individu itu
pada masa sekarang. Unfinished business yang dialami ini akan wujud dan kekal
selagi tidak diluahkan sepenuhnya.

Sebagai contoh, seorang lelaki yang merasakan dirinya tidak pernah disayangi dan
diterima oleh ibunya sejak kecil lagi (masa lalu). Perasaan yang dirasai
menyebabkan lelaki itu berdendam dengan ibunya. Kesannya sekarang lelaki itu
selalu fikirkan kenapa dia tidak disayangi dan diterima oleh ibunya dahulu serta
merasakan mungkin dirinya memiliki sifat kekurangan. Oleh yang demikian
kehidupan masa kini lelaki akan terganggu dan menjadi tidak signifikan pada masa
kini. Rasa dendam pada ibu dan merasakan mungkin dirinya ada kekurangan
sehingga tidak mendapat kasih sayang serta penerimaan menyebabkan lelaki itu
tidak boleh atau sukar untuk mempunyai hubungan intim dengan perempuan lain
kerana dendamnya.

Apabila gangguan berlaku dalam homeostasis maka individu itu akan terus
membawa unfinished business ini ke dalam hidupnya. Kadang kala ia cuba dipenuhi
sama ada di dalam mimpi, bayangan atau dalam realiti kerana individu tersebut tidak
dapat menyempurnakan unfinished business tadi. Keadaan itu yang menyebabkan
individu tersebut mengalami gangguan emosi.

7
5.3 Awareness

Konsep ini mengutamakan kesedaran yang luas tentang apa yang difikirkan dan
dialami (Sapora Sipon , 2002). Menurut Sharf (1996) kesedaran merupakan
bahagian penting di dalam teori Gestalt banyak berkisarkan tentang personaliti.
Polster (1973) dalam Sharf (1996) menyatakan terdapat 4 jenis kesedaran iaitu :

i) Kesedaran Tentang Sensations Dan Actions

Kesedaran mengenai apa yang kita lihat, dengar, sentuh atau apa sahaja rasa lain
yang kita rasa dan perkara itu dipamerkan sama ada di dalam bentuk pergerakan
dan juga expression vokal. Ia lebih kepada perkara-perkara yang boleh menyinggung
perasaan seseorang dan seseorang itu akan membawa semua itu serta akan
dipamerkan di dalam bentuk vokal ataupun pergerakan.

ii) Kesedaran Kepada Perasaan

Ia melibatkan 2 emosi iaitu emotion feeling seperti rasa risau dan physical feeling
contohnya tangan menggeletar dan berpeluh. Kedua-dua kesedaran ini adalah saling
berkait antara satu sama lain.

iii) Kesedaran Terhadap Perkara-perkara Atau Keinginan Pada Masa Depan

Kesedaran ini adalah contohnya seperti menang loteri, akan menamatkan pelajaran
di kolej dan sebagainya. Masa akan datang akan menggantikan siapa kita pada
masa sekarang.

iv) Kesedaran Kita Pada Nilai Dan Pengalaman Yang Pernah Kita Lalui

Kesedaran ini berkait dengan nilai-nilai orang lain, sosial kita dan juga isu-isu
spiritual serta lain-lain.

Kesimpulannya, keempat-empat kesedaran ini adalah saling berkait rapat, saling


mempengaruhi dan saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Kebiasaannya
kesedaran ini merujuk kepada what is happening now daripada what is
remembered. Di dalam keadaan lain, individu akan sedar mengenai sensations,

8
actions, feelings dan wants. Tetapi sama ada kita sedar itu yang sebenarnya kita
mahukan ataupun orang lain juga mahukan.

5.3 Avoidance

Konsep berkaitan dengan urusan yang tidak selesai adalah pengelakan yang
merujuk kepada cara yang digunakan seseorang untuk mengelakkan ia daripada
mengalami urusan yang tidak selesai atau mengalami emosi yang tidak selesa
berkaitan dengan situasi tidak selesai. Oleh kerana kita berkecenderungan mengelak
mencabar atau mengalami sepenuhnya kebimbangan, kesedihan, rasa bersalah
emosi ini menjadi aliran air di dasar sungai (the nagging undercurrent) yang
sentiasa mengganggu seseorang dari menikmati hidup sepenuhnya (Sabariah Siron,
2005).

Menurut Corey (1996) pula secara umumnya avoidance ini ada kaitan dengan
unfinished business iaitu mengelakkan diri daripada mengalami emosi yang tidak
selesa yang mana emosi ini berkait rapat dengan unfinished business. Individu akan
cuba mengelakkan diri untuk merasai semua itu kesan daripada unfinished business.
Avoidance juga merupakan suatu cara untuk berhadapan dengan unfinished
business yang seseorang sedang alami. Pengelakan ini terjadi sebenarnya apabila
seseorang individu itu cuba mengelak daripada anxiety ataupun rasa bersalah
kerana kedua-duanya adalah emosi yang tidak begitu selesa.

5.4 Polarities

Apabila self regulation iaitu kebolehan untuk mengawal diri atau cara untuk mengatur
diri sendiri seseorang individu itu terganggu ataupun mengalami masalah maka dia
akan berisiko untuk mengalami sama ada internal atau inner (diri sendiri) ataupun
mengalami interpersonal conflict. Konflik terjadi apabila terdapat 2 pola dalam diri
yang berlawanan polar opposites bagi menyelesaikan konflik individu dengan cuba
mengintegrasikan antara polar opposites. Istilah lain bagi polar opposites adalah
antithesis.

Antithesis adalah merupakan karakteristik ataupun situasi, latar belakang individu


tersebut. Ia menghasilkan dimensi karakter kita sekarang. Sekiranya ia diteguhkan
dengan baik maka ia boleh menjadi suatu gambaran yang jelas pada diri individu itu.
Contoh 2 pola yang berlawanan adalah seperti dalam teknik Top dog and Under dog.

9
Di dalam teknik tersebut Top dog digambarkan sebagai seseorang yang autokratik,
kuat dan kebiasaannya adalah seperti ibu bapa, pensyarah dan lain-lain. Bagi watak
Under dog pula melibat seseorang yang sedang berkonflik dengan Top dog.
Kebiasaannya watak Under dog adalah anak-anak ataupun pelajar. Under dog
sedang berkonflik dengar top dog menyebabkan self regulation telah terganggu.

Bagaimana untuk menyelesaikan top dog dan under dog ini adalah dengan cuba
mengintegrasikan antara 2 pola yang berlawanan itu tadi. Dengan menggunakan
teknik empty chair konsep pola tersebut akan dapat dilihat yang mana main peranan
sepanjang sesi dibuat dengan merasai watak top dog dan bertukar-tukar peranan
itulah merupakan cara mengintegrasikan polarities ( Gilliand, 1998).

5.5 Top Dog dan Under Dog

Top dog dan Under dog adalah istilah yang digunakan di dalam terapi Gestalt
melibatkan situasi polarity. Top dog mengambil peranan ibu bapa yang autoritarian
yang selalu mengatakan Saya tahu apa yang baik untuk anda. Under dog
mengambil peranan seolah-olah tidak berdaya, Saya tidak tahu buat ini, boleh tolong
saya?. Seseorang yang mengambil peranan Top dog adalah bersikap autoritarian,
tegas dan bermoral. Under dog pula bersikap suka membuat alasan, mencari
keseronokan dan mempertahankan diri sendiri. Polarity ini adalah pemain utama
dalam hidup seseorang dan setiap pihak cuba mengawal pihak yang lain. Latihan
kerusi kosong yang melibatkan polarity ini akan menunjukkan dialog antara saya
sepatutnya dan saya mahu daripada seseorang (Sabariah Siron, 2005).

5.6 Tenaga Dan Sekatan Tenaga

Menurut Sabariah Siron (2005) di dalam terapi Gestalt perhatian penting diberikan
kepada di mana tenaga berada bagaimana ia digunakan is disekat. Tenaga yang
disekat adalah satu bentuk penentangan. Ia boleh dimanifestasikan oleh ketenangan
pada sebahagian badan, dengan membuatkan badan ketat dan ditutup, memandang
ke tempat lain apabila bercakap dengan seseorang sebagai cara mengelak kontak,
dan bercakap dengan nada suara yang terhad. Adalah tugas terapis mencari cara
bagaimana klien menyekat tenaganya dan menukarkan tenaga yang disekat kepada
tingkah laku yang sesuai agar dapat melalui hidup yang sempurna dengan
sepenuhnya.

10
5.7 Contact Boundary

Menurut Sharf (1996) boundaries adalah sempadan dan batasan antara seseorang
dengan seseorang yang lain, seorang dengan sesuatu objek dan juga seseorang
dengan seseorang yang berkualiti dan baik. Ia terbentuk hasil daripada pengalaman
kita sendiri. Terdapat 4 jenis contact boundary menurut Polster (1993) dalam Sharf
(1996) iaitu :

i) Body Boundaries

Garis sempadan berkait dengan tempat dan perasaan kita.

ii) Value Boundaries

Bergantung pada nilai-nilai kita pegang dengan nilai orang lain pegang. Namun
begitu kadangkala ada juga nilai yang kita pegang itu tetap menjadi berubah pada
keadaan tertentu seperti memikirkan semula adakah wajar wanita yang dirogol dan
telah mengandung menggugurkan kandungannya sedangkan sebelum ini nilai kita
adalah tidak baik menggugurkan kandungan.

iii) Experience Boundaries

Apa yang kita belajar semasa kecil dahulu. Ianya seperti tidak menjerit-jerit, tidak
merengek, tidak menyentuh sesuatu dan lain-lain. Apa yang kita belajar ini akan
dibawa sampai kita besar. Sebagai contoh lelaki tidak boleh menangis.

iv) Familiarity Boundaries

Perkara yang familiar yang sentiasa berulang-ulang tetapi tiada apa yang mencabar.
Contohnya seperti individu yang lakukan pekerjaan yang sama pada setiap hari dan
lalui jalan yang sama pada setiap hari. Apabila individu hilang pekerjaan dia akan
mengalami kebinasaan kerana biasa melakukan semua itu sebelum ini.

5.7 Kontak Dan Rintangan Kontak

Secara umumnya, ia bermaksud melihat mata klien. Kontak di sini adalah cara kita
melihat, mendengar merasa, menyentuh dan lain-lain. Kebiasaannya untuk

11
mendapat kontak yang berkesan haruslah menghilangkan sifat individualistik yang
mana sikap yang hanya memikirkan tentang diri sahaja bukan orang lain. Menurut
Corey (1996) kontak adalah cara kita berinteraksi dengan orang lain secara semula
jadi dan dalam masa yang sama tidak bersikap individualistik. Terdapat 3 syarat iaitu
:
i) Kesedaran yang jelas Clear awareness
ii) Tenaga yang penuh Full energy
iii) Keupayaan untuk menyatakan perasaan Ability to express ones self

Kontak adalah lifeblood iaitu nadi kepada perkembangan di dalam hidup kita. Apabila
tiada kontak yang baru maka agak sukar bagi kita untuk memahami individu lain.
Rintangan dan halangan untuk membuat kontak yang sebenar apabila kita
menggunakan mekanisme helah bela diri kerana untuk melindungi diri daripada rasa
sepenuhnya perkara yang sebenarnya. Individu akan cuba mengelakkan diri
daripada merasai dan mengalami apa yang dirasai sekarang ini iaitu unfinished
business. Ianya adalah berkait. Ego mekanisme helah bela diri digunakan untuk
mengelakkan diri daripada bersifat authentic iaitu diri kita yang sebenar.

5.8 Contact Boundary Disturbance

Menurut Sharft (1996) terdapat 5 jenis contact boundary disturbance iaitu :

i) Introjections

Iaitu mengambil nilai orang lain dan meletakkannya di dalam diri kita sendiri. Ia juga
adalah dengan terima segala pandangan ataupun cara melihat sesuatu dan
menjadikannya pegangan diri sendiri. Contohnya anak-anak yang mengambil
pendapat dan nilai ayah mereka. Menurut Corey (1996) kita terima ataupun
mengambil serta menggunakan kepercayaan orang lain dan selepas itu kita tidak
cuba untuk mengasimilasikan kepercayaan dan nilai yang diambil itu. Ini bermakna
kita telah mengambil sesuatu nilai secara bulat-bulat tanpa mengubahnya
sedangkan nilai itu tidak semestinya congruence dengan diri kita sendiri.

Menurut Sharf (1996) introjections yang salah akan menghalang individu itu
berkembang menjadi manusia yang unik dan pelbagai. Ini kerana individu sekarang
hidup dengan berpegang kepada kepercayaan orang lain dan ia adalah rigid dan

12
tidak sesuai dengan diri individu itu. Namun ia juga mengikut kesesuaian dan juga
tidak semua sebegitu.

ii) Projection

Menurut Sharf (1996) ia bermaksud seseorang yang cuba menafikan aspek dalam
diri seseorang itu dan lempar salah kepada orang lain. Kita dismissing atau
disowning iaitu menafikan aspek-aspek dalam diri kepada orang lain. Apabila kita
mengalami rasa bersalah dan kita projeksikan perasaan itu pada orang lain kita akan
merasa tenang namun tenang itu adalah sementara sahaja. Menurut Corey (1996)
projection adalah berlawanan dengan introjections yang mana nilai kita yang bersifat
negatif dilemparkan pada orang lain.

iii) Retroflection

Ia membawa maksud kita cuba lakukan sesuatu kepada diri kita atau to turn sharply
back again. Menurut Sharf (1996) terdapat 2 situasi iaitu kita buat kepada diri kita
dahulu sebelum buat kepada orang lain dan keduanya adalah kita buat kepada diri
kita benda yang orang lain buat untuk kita. Menurut Corey (1996) pula ia adalah
melihat semula kepada diri kita apa yang mahu dilakukan untuk orang lain ataupun
mahu lakukan kepada diri kita.

iv) Deflection

Menurut Sharf (1996) ia bermaksud mengelak kontak mata secara indirect iaitu tidak
mahu terlibat dengan apa yang sedang dibuat. Ia juga cuba untuk mengelak
daripada berinteraksi dengan orang lain dan suka menyimpang.

v) Confluence

Menurut Corey (1996) seseorang yang sedang blur untuk membezakan dirinya
dengan persekitaran. Sebagai contoh seseorang yang tidak mampu blending in. Di
mana individu ini hanya mampu fokus pada satu-satu perkara sahaja dan akan
mengalami konflik apabila berdepan dengan pengalaman sendiri atau
persekitarannya setelah tidak mampu memberi fokus dengan perkara yang
bercampur-aduk dalam suatu masa.

13
Sharf (1996) pula menyatakan contoh iaitu suatu perhubungan yang cenderung
untuk mempersepsikan individu yang berlainan memiliki nilai yang sama sahaja.
Kebiasaannya ia melibatkan individu yang sukakan penerimaan oleh orang lain
terhadap dirinya dan ia merupakan suatu pemikiran yang salah. Apabila individu
yang terlalu kuat inginkan penerimaan daripada orang lain, dia akan mengalami
confluence kerana sudah merasa putus asa tentang perasaannya yang sebenar dan
kehendaknya diterima oleh orang lain.

5.9 Layer Of Neurosis (Lapisan Neurosis)

Perls (1969a) dalam Sabariah Siron (2005) menyatakan bahawa lapisan neurosis
adalah sama seperti pembukaan personaliti orang dewasa seperti membuka kulit
bawang. Untuk mencapai kematangan, psikologi manusia mesti membuka 5 lapisan
neurosis ini. Menurut Sharf (1996) terdapat 5 lapisan neurosis iaitu daripada lapisan
yang paling luar kepada lapisan yang paling dalam.

i) The Phony Layer

Ia merupakan neurosis paling asas dan semua individu memiliki neurosis ini. Kita
bertindak tanpa mengikut siapa kita yang sebenar di mana kita telah menjadi tidak
tulen, berpura-pura dan stereotaip. Corey (1996) ia adalah stereotaip dalam
bertindak balas di mana kita tidak menjadi diri kita yang sebenar tetapi hanyalah
bermain-main sahaja iaitu bertingkah laku mengikut suasana yang orang lain
ciptakan. Sabariah Siron (2005) pula berpendapat bahawa seseorang itu akan
bertingkah laku mengikut cara yang orang lain ciptakan dan sebenarnya kita bukan
seperti itu serta sedar siapa kita yang sebenar sehingga menyebabkan kita rasa
tidak selesa berkeadaan begitu.

ii) The Phobic Layer

Menurut Corey (1996) ia adalah lapisan yang mana kita cuba menafikan apa yang
kita rasakan seperti kesakitan atau emotional pain. Lapisan ini berkait dengan aspek
dalam diri kita sendiri tetapi cuba dinafikan. Ini kerana pada tahap ini seseorang
mahukan penerimaan daripada orang lain dan sentiasa berfikir siapa diri kita yang
sebenar dan mungkinkah berlakunya rejection oleh orang lain terhadap diri kita.
Sabariah Siron (2005) pula menyatakan bahawa lapisan ini adalah cara kita melihat
diri kita dan apabila wujudnya aspek negatif dalam diri, kita akan cuba untuk

14
nafikannya untuk mendapatkan penerimaan dan tidak mahu diri ditolak oleh orang
lain.

iii) The Impasse Layer

Menurut Sharf (1996) lapisan ini kita sedar kita mempunyai masalah tetapi takut
untuk ambil apa-apa tindakan seperti masalah suami isteri yang sedang mengalami
konflik iaitu mereka tahu cara untuk menyelesaikan masalah mereka (cerai) tetapi
takut untuk melakukannya dan cuba menafikan hingga stuck. Apa yang dilakukan
hanyalah sikap saling salah-menyalahkan antara satu sama lain. Individu itu
sebenarnya bertindak begitu kerana merasakan kurangnya internal dan external
support daripada orang lain. Menurut Corey (1996) pula tahap ini kenapa boleh jadi
begitu adalah kerana tidak mampu untuk survive dan menjadi stuck. Dalam keadaan
ini, diri merasakan tidak mempunyai sumber tertentu untuk keluar daripada masalah
atau keluar daripada menjadi stuck itu. Pada tahap ini juga individu ini akan merasa
deadness sebab tidak tahu apa yang patut dilakukan.

iv) The Implosive Layer

Kita sudah mula sedar dan mula rasai real self kita. Kita akan cuba cari ciri-ciri dalam
diri kita yang tulen. Perls (1970) dalam Sabariah Siron (2005) menyatakan lapisan
ini perlu dilalui untuk bergerak ke arah kendiri autentik. Dengan berada di kontak
lapisan implosive kita mendedahkan semua bentuk helah bela diri dan mula
membuat kontak dengan diri kita yang tulen.

v) The Explosive Layer

Menurut Sharf (1996) pada lapisan ini kita sudah menjadi authentic dan sudah tidak
berpura-pura lagi. Corey (1996) pula menyatakan pada lapisan ini individu telah
bebas dan telah keluar daripada the phony layer (lawannya). Tenaga telah dimakan
oleh kepura-puraan kita dan mungkin dapat menghilangkan kesakitan dan
keseronokan (Pain versus Joy).

6.0 Bagaimana Manusia Bermasalah

Mengikut teori Gestalt, manusia akan bermasalah apabila individu itu tidak
mementingkan now iaitu power in the preset tetapi berpegang pada power in the

15
preset lost, di mana mereka lebih memikirkan masa silam dam mereka ini hilang
tumpuan dan fokus kepada masa sekarang. Individu tersebut akan meratapi,
menangisi apa kesilapan yang telah dilakukan pada masa silam dan berfikir
bagaimana untuk melakukan perubahan dalam hidupnya. Oleh yang demikian
mereka ini akan menggunakan tenaga untuk memikirkan apa yang telah dan apa
yang akan terjadi. Individu bermasalah ini akan menyalahkan masa lalu sebagai
tanggungjawab atas apa yang berlaku sekarang.

Selain itu juga, individu tersebut tidak meluahkan apa yang mereka rasa dan individu
tersebut memendam. Apabila berlaku pendaman, ia akan mengganggu masa kini
kerana mereka ini lebih memikirkan perasaan semalam daripada hari ini. Urusan
tidak selesai ini akan memberi kesan kepada individu tersebut dan ia akan terus
wujud dalam diri sekiranya tidak diluahkan. Hal ini kerana, sepatutnya individu
tersebut meluahkan tetapi tidak diluahkan. Kebiasaannya unfinished business ini
terdiri daripada perasaan marah, sakit hati, benci dan memori-memori yang tidak
menyenangkan. Apabila perasaan ini wujud, individu akan mengelak untuk
mengalami perasaan yang tidak selesa Perasaan ini akan berlegar-legar dalam diri
individu apabila individu tersebut not fully experience awareness. Individu tersebut
tidak mempunyai kesedaran terhadap perkara yang menyinggung perasaannya.

Perasaan tidak selesa ini akan muncul apabila individu bersikap under dog, di mana
mereka seperti tidak berdaya iaitu suka membuat alasan, mencari keseronokan dan
mempertahankan diri sendiri. Individu underdog ini akan bermasalah apabila
berhadapan dengan individu yang bersifat top dog kerana bagi mereka, individu
tersebut berautoriti dan mereka tidak mampu untuk meluahkan apa yang mereka
rasa. Bagi mengelak perasaan tersebut, under dog akan menggunakan helah bela
diri dalam melakukan contact dengan top dog. Mereka ini akan menafikan yang
mereka merasai perasaan yang tidak menyenangkan itu. Mereka ini mungkin akan
menggunakan helah bela diri introjections, projection, retroflection, deflection atau
confluence bagi meredakan perasaan tersebut walaupun ia bersifat sementara
sahaja.

Apabila individu tersebut mengalami dan mengelak emosi yang tidak selesa, mereka
ini akan berada dalam tahap neurosis sama ada tahap phonic, phobic, impasse,
implosive dan explosive. Tahap ini bergantung pada bagaimana seseorang individu
tersebut deal dengan kebimbangan yang dialaminya.

16
Menurut Passons (1975) dalam Muhd Mansur Abdullah (1993) telah menyenaraikan
enam masalah yang dialami oleh individu, iaitu kurang kesedaran, kurang
bertanggungjawab, putus hubungan dengan sekitar, tidak berkemampuan memenuhi
kehendak Gestalt, menyangkal kehendak-kehendak dan membahagi dua dimensi diri
sendiri.

i) Kurang Kesedaran

Kurang kesedaran selalunya merupakan suatu masalah biasa manusia. Ia berkaitan


dengan personaliti rigid bagi seseorang itu. Imej yang dibina oleh seseorang adalah
mengimbangkan kelemahan antara diri dengan imej dirinya dan menyebabkan
mereka putus hubungan dengan tingkah laku. Selalunya yang wujud ialah
pergerakan melalui kehidupan dari semasa ke semasa dengan perasaan yang tidak
senang terhadap segala yang tidak dipenuhi.

Ii) Kurang Bertanggungjawab

Kurang bertanggungjawab ialah sesuatu yang berhubung dengan kurang kesedaran,


tetapi dalam bentuk percubaan membentuk atau menggayakan alam sekitar.
Daripada berusaha mendapatkan kebebasan atau pemenuhan diri, sifat-sifat
kematangan, sebaliknya seseorang individu itu berusaha menetapkan keadaan
berharap dan bergantung lagi.

Iii) Putus Hubungan Dengan Sekitar

Ini juga berkaitan dengan masalah pertama tadi, iaitu kurang kesedaran. Ia terbentuk
dalam dua keadaan. Yang pertama timbul bila mana tingkah laku seseorang itu
menjadi rigid sehingga tiada input langsung dari alam sekelilingnya yang dapat
diterima atau digunakan bersama. Individu begini mengelak daripada berhubungan
dengan alam keliling serta bergaul dengan orang ramai. Pengunduran diri begini
akan menghalang mereka daripada menemui kehendak-kehendak dan mara ke arah
tahap kematangan yang sepatutnya. Bentuk wang kedua ialah dinyatakan oleh
semua mereka yang berkehendakkan pengiktirafan yang lebih kerana mereka itu
kehilangan diri dengan mencuba menyesuaikan dengan segala-galanya dari latar
belakang dan alam sekelilingnya, akhirnya menjadi hampir seluruh diandaikan oleh
imej.

iv) Tidak Berkemampuan Memenuhi Kehendak Gestalt

Tidak berkemampuan memenuhi kehendak Gestalt ataupun menyudahkan urusan


tidak selesai juga diambil kira kerana banyak mendatangkan masalah kepada

17
kaunseling. Urusan tidak selesai ini mengakibatkan seseorang itu terpaksa
menyudahkan juga urusan tersebut, sekalipun dalam aktivitinya sekarang. Walaupun
begitu, apabila keadaan urusan tidak selesai ini menjadi kuat dan berpengaruh, ia
akan menimbulkan kesusahan dan menghalang kita daripada berhubung dengan
keadaan masa kini yang sepatutnya. Sedangkan Polster dan Polster (1973)
mengakui bahawa seseorang individu itu memang baik dengan keadaan
prakerjanya, tingkah laku yang wajib, hati-hati, tenaga yang terhimpit dan aktiviti-
aktiviti mengalahkan diri yang banyak sekali.

v) Menyangkal Kehendak-kehendak

Ini wujud dalam masa apabila seseorang bertindak mengetepikan kehendak.


Passons (1975) mendapati bahawa dalam masyarakat kita, seseorang individu itu
sering kali mengetepikan kehendaknya sendiri dalam menjadikan dirinya lebih
agresif. Oleh sebab kehendak ini sering ditolak oleh masyarakat umum, maka
seseorang itu seolah-olah tidak berusaha menunjuk atau memaparkannya. Daripada
dia bergerak ke dalam tingkat yang lebih kukuh dan konstruktif, dia menjadi manusia
yang cuba mengetepikan kewujudan setengah-setengah kehendak yang
mengakibatkan dia kehilangan tenaga kepada melakukan sesuatu yang lain dengan
lebih baik dan sempurna.

vi) Membahagi Dua Dimensi Diri Sendiri

Pembahagian ini adalah dalam bentuk di mana manusia itu menerima dirinya pada
akhir sesuatu kemungkinan perlanjutan. Misalnya, seorang wanita yang merasakan
dirinya lemah, tidak pernah menyedari bahawa dia memiliki kekuatan di sebalik
kelemahannya itu. Inilah yang disebut oleh Perls sebagai top dog, under dog itu.
Seseorang manusia itu, apabila top dog, iaitu salah satu bahagian pada individu itu
bersifat bermoral, tepat dan mempunyai kekuasaan penentu atau autoriti, dia akan
menggesa seseorang itu supaya boleh berlaku dan bersikap sebagaimana yang
dikehendaki oleh orang-orang lain. Sementara under dog pula mengandungi serta
mewakili keinginan seseorang itu dan terlaksana sebagai penangkis atau
penghalang dan ia lebih berupa bahagian yang bergantung atau berharap pada
personaliti seseorang. Individu yang menurut kata top dog sahaja dan gagal
menyedari serta menemui kehendak-kehendaknya sendiri, akan mengalami
pertentangan dalaman semata-mata.

7.0 Peranan Kaunselor Dan Klien

18
Untuk memastikan terapi berjalan dengan baik dan mencapai matlamat perubahan
yang diinginkan, maka menjadi tanggungjawab kaunselor dan klien untuk
menggerakkan sesi terapi tersebut menjadi suatu sesi terapi yang boleh
menggalakkan perubahan untuk berlaku.

7.1 Peranan Kaunselor

Menurut Sapora Sipon, Hapshah Md Yusof & Ab Aziz Yatim (2006), kaunselor
hendaklah lebih menggunakan alam afektif daripada alam kognitif supaya semua
derianya menjadi sensitif atau peka terhadap perasaan, gerak-geri dan sekatan-
sekatan yang menghalang klien daripada merasai perasaan dan pengalaman-
pengalaman tertentu. Kaunselor akan mendorong klien supaya dapat melihat,
mendengar, merasa dan mengalami sesuatu itu melalui penggunaan soalan-soalan
yang mencabar.

Di samping itu, Sapora Sipon (2000) menyatakan tugas utama kaunselor adalah
menolong klien dalam memudahkan proses-proses menerima tanggungjawab dan
mengintegrasikan dengan peningkatan kesedaran kendiri. Matlamat ini boleh dicapai
dalam beberapa cara iaitu kaunselor mesti mengajar klien bagaimana belajar
mengenai dirinya sendiri. Bagi melakukannya, Kaunselor mesti mempelajari kliennya
dalam setting here and now. Bukan sebagai satu susunan hasil daripada sejarah
masa lalu. Kaunselor juga menolong klien melihat dirinya secara keseluruhan. Satu
cara yang dilakukannya ialah dengan menolong klien memahami dalam
perhubungannya dengan alam persekitarannya.

Selain itu, menurut Sabariah Siron (2005), fungsi penting kaunselor adalah memberi
perhatian kepada bahasa badan. Isyarat bukan lisan ini memberikan banyak
maklumat kerana kadang kala ia mewakili perasaan yang mana klien sendiri tidak
menyedarinya. Kaunselor Gestalt juga memberikan penekanan kepada hubungan
antara corak bahasa dan personality klien. Corak bahasa percakapan klien biasanya
adalah ekspresi perasaan, pemikiran dan sikap seseorang. Pendekatan Gestalt
memfokuskan kepada tabiat percakapan luaran sebagai cara kesedaran klien
tentang dirinya terutama dengan bertanya kepada klien sama ada perkataannya
kongruen atau tidak dengan apa yang dialaminya, serta bagaimana klien mengelak
kontak dengan pengalaman-pengalaman di sini dan masa kini.

7.2 Peranan Klien

19
Menurut Sapora Sipon (2000), kaunselor Gestalt percaya bahawa klien datang
membawa bersamanya keengganan dan penentangan (resistance) dalam dirinya.
Oleh itu, klien hendaklah terlebih dahulu menentukan matlamatnya apabila hendak
mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Sekiranya dia inginkan sesuatu perubahan
dalam perasaan dan tingkah laku, maka dia hendaklah bertanggungjawab bagi
menentukan sejauh mana perubahan yang hendak dilakukannya. Ini kerana,
matlamat kaunselor ialah menyediakan klien agar dapat bertindak secara autonomi
dan bertanggungjawab.

Klien juga belajar untuk menerima tanpa rasa kecewa dengan bentuk pertolongan
yang didedahkan sebagai perkembangannya ketika rawatan. Pada permulaan, klien
menyedari rasa tidak selesa di mana semua pergerakan dan isyarat bahasa badan
adalah dikawalnya dengan teliti. Klien mungkin menjadi rigid, cuba
menyembunyikannya daripada kaunselor atau orang lain dalam sesuatu kumpulan
tentang apa yang sedang dialaminya. Tetapi sebagai permulaan, dia melihat dirinya
untuk mengintegrasikan bahagian yang berasingan dalam personalitinya kepada
pertalian keseluruhan yang mewujudkan kesamaan di antara bahasa badan dengan
kandungan kata-kata serta kesannya terhadap emosi

8.0 Teknik Terapi Gestalt

Terdapat banyak teknik yang digunakan dalam teori Gestalt untuk membantu klien.
Antara teknik tersebut adalah seperti empty chair (kerusi kosong), making the round,
I take responsibility (saya bertanggungjawab bagi), saya ada satu rahsia, playing the
projection (bermain dengan projeksi), reversals ( teknik kebalikan), rehearsal
(permainan raptai), exaggeration (permainan melebih-lebih), dream work (tafsiran
mimpi) dan staying with the feeling (kekal dengan satu perasaan).

8.1 Empty Chair (Kerusi Kosong)

Terapi Gestalt membuat andaian bahawa sesuatu konflik yang wujud di dalam diri
seseorang individu itu adalah hasil daripada pertikaian di antara top dog dan under
dog. Top dog dan under dog merupakan dua bentuk fungsi yang wujud dalam diri
individu. Menurut Amir Awang (1987), individu yang mempunyai ciri top dog

20
digambarkan sebagai individu yang autokratik, moralistic, mendesak, memanipulasi,
berkuasa dan sebagainya. Manakala individu yang mempunyai ciri under dog pula
digambarkan sebagai individu yang lemah, mudah dieksploitasi, menjadi mangsa
kepada top dog, defensive, meminta maaf dan tidak berkeupayaan untuk melawan.
Top dog ingin mengawal under dog manakala under dog pula suka membantah dan
melawan. Kedua-dua pola personaliti ini sering berkonflik untuk menjadi unsur yang
paling dominan.

Empty chair atau turut dikenali sebagai teknik kerusi kosong dilakukan dengan
menggunakan dua buah kerusi (Corey, 1996). Dalam keadaan ini, kedua-dua kerusi
tersebut mempunyai peranan dan fungsi yang berbeza. Kedua-dua kerusi ini masing-
masing berperanan sebagai top dog dan under dog. Pada asasnya, klien merupakan
individu yang berunsurkan ciri under dog. Dalam teknik ini, klien akan memainkan
peranan untuk kedua-dua unsur ini (under dog dan top dog). Terapis akan meminta
klien untuk menggambarkan bahawa di depannya (kerusi top dog) adalah individu
yang membuatkan dirinya tidak selesa. Pada permulaan, klien diminta untuk duduk
di kerusi under dog. Pada masa ini klien akan diminta untuk meluahkan semua isi
hati atau perasaannya. Selepas itu, klien akan diminta untuk duduk di kerusi top dog
dan memainkan peranan sebagai top dog pula.

Konflik antara top dog dan under dog wujud hasil daripada berlakunya opposite
polarities. Untuk menyelesaikan konflik ini, klien perlu mengintegrasikan kedua-dua
pola yang bertentangan ini. Secara umumnya, teknik empty chair ini dilakukan
dengan tujuan untuk meningkatkan integrasi antara dua pola yang berlawanan yang
menyebabkan konflik internal dan interpersonal wujud dalam diri individu. Bagi
menjayakan pelaksanaan teknik ini, jenis konflik yang berlaku hendaklah diketahui
terlebih dahulu. Konflik tersebut biasanya membabitkan konflik yang terjadi antara
golongan yang dominan dan minoriti. Contohnya seperti personaliti bapa dengan
anak ataupun majikan dengan pekerja. Anak dan pekerja sebagai under dog
manakala bapa dan majikan sebagai top dog.

8.2 Making The Round

Teknik ini selalunya digunakan dalam kaunseling kelompok. Individu yang menyertai
kaunseling kelompok ini akan diminta untuk bertemu dengan individu-individu lain
yang terdapat dalam kelompok tersebut. Individu ini akan diminta untuk menyatakan
perasaan yang sedang dialaminya pada masa kini dengan jujur kepada individu yang

21
ditemui. Individu tersebut tidak semestinya bercakap dengan individu yang ditemui
tetapi dia boleh melakukan tingkah laku baru yang ingin dilakukan atau sebagainya.
Menurut Sabariah Siron (2005), teknik ini bertujuan untuk membuat konfrontasi
supaya individu tersebut berani dan bersedia untuk berhadapan dengan risiko.

Beberapa contoh lain yang sesuai dan boleh digunakan dalam aktiviti making the
rounds adalah intervensi yang melibatkan ahli membuat komen seperti, saya ingin
berjumpa dan mencari orang dengan lebih kerap, saya ingin berhubung dengan
anda tetapi saya takut saya tidak diterima. Adalah sukar untuk saya menerima
komen baik yang dinyatakan oleh orang lain kepada saya. Adalah sukar untuk saya
menyatakan perkara negatif kepada orang lain kerana saya hendak menjadi orang
baik sepanjang masa, Saya ingin merasa lebih selesa dalam menyentuh dan
membuat perhubungan yang rapat dengan orang lain.

8.3 I Take Responsibility For

Dalam teknik ini, terapis meminta klien untuk membuat pernyataan dan kemudian
menambah pernyataan tersebut dengan menyatakan bahawa saya mengambil
tanggungjawab itu (Corey, 1996). Sebagai contoh, klien berkata Saya berasa bosan
dan saya bertanggungjawab terhadap kebosanan tersebut. Secara umum, teknik
dilihat sebagai agak lucu tetapi sebenarnya ia cukup bermakna kerana ia mempunyai
tujuan yang tersendiri. Teknik ini bertujuan untuk membantu dan mendorong klien
supaya dia menerima perasaan dan situasi yang dialaminya pada masa tersebut.
Dalam masa yang sama, ia bertujuan mengelakkan klien daripada melakukan
introjeksi terhadap perasaan yang dialaminya kepada individu lain.

8.4 Playing The Projection

Projeksi merupakan suatu usaha atau tindakan yang dilakukan individu untuk
menafikan sifat-sifat atau ciri-ciri tertentu yang terdapat dalam dirinya. Kedinamikan
projeksi ini mengandungi satu cara untuk melihat dengan jelas sesuatu perkara yang
tidak mahu diterima dan dilihat dalam diri klien. Ini dilakukan dengan meletakkan
sifat-sifat atau ciri-ciri tersebut ke dalam diri individu lain. Klien banyak melakukan
projeksi, maka klien akan diminta untuk merasai dan mengalami perasaan yang
dinafikan tersebut. Dalam teknik ini, terapis akan meminta individu yang berkata
Saya tidak percaya kamu untuk memainkan peranan sebagai individu yang tidak

22
dipercayai seperti yang dinyatakannya tadi. Dalam kata lain, individu diminta untuk
merasai dan mengalami sendiri pernyataan yang dibuat untuk individu lain.

8.5 Reversal Technique

Dalam diri individu terdapat dua bentuk personaliti iaitu personaliti jahat (negatif) dan
personaliti baik (positif). Kebiasaannya, individu akan cuba menekan ke dalam atau
menafikan personaliti jahat (negatif) yang dimilikinya. Individu cenderung untuk
mempamerkan tingkah laku yang baik sahaja. Keadaan seperti ini akan
menyebabkan individu terbabit tidak akan dapat menerima kelemahan yang ada
dalam diri mereka. Maka, dalam teknik ini, individu diminta untuk bertindak atau
berperanan sebaliknya. Sebagai contoh, individu yang selama ini bercakap dengan
sopan diminta untuk memainkan peranan bercakap dengan kasar. Teknik ini akan
dapat membantu diri individu menerima sifat atau ciri negatif d\yang mereka miliki
sepertimana mereka boleh menerima sifat atau ciri positif yang ada dalam diri
mereka.

8.6 I Have A Secret

Dalam teknik ini, terapis akan meminta klien untuk berfantasi bahawa dia mempunyai
satu rahsia yang tidak mahu diketahui oleh orang alin. Individu tersebut akan diminta
untuk mengandaikan perasaannya sendiri jika rahsia tersebut terbongkar kepada
individu yang lain (Amir Awang, 1987). Dalam masa yang sama, individu tersebut
akan diminta untuk berfantasi bagaimana tindak balas individu lain terhadap dirinya
setelah mengetahui rahsia yang cuba disembunyikannya. Secara tidak langsung,
teknik ini sebenarnya bertujuan untuk membantu individu merasai dan
membayangkan perasaan ayang akan dirasainya jika rahsia yang disimpan tersebut
terbuka kepada individu lain. Dalam masa yang sama, teknik ini membolehkan
kaunselor meneroka sebab-sebab mengapa seseorang klien itu menyimpan rahsia
serta kebimbangannya berhubung dengan rahsia yang disimpan itu.

8.7 Rehearsal

Menurut Corey (1996), individu sebenarnya sentiasa melakukan raptai (rehearsal)


dalam kehidupan seharian. Kadang kala, individu juga melakukan rehearsal terhadap
pemikiran mereka. Individu melakukan rehearsal secara fantasi dengan

23
membayangkan perkara-perkara yang bakal mereka lakukan ketika berada dalam
masyarakat. Kebiasaannya, individu membuat rehearsal terhadap perkara yang
mereka jangkakan akan mereka lakukan. Rehearsal dilakukan untuk mengelakkan
perasaan seperti takut dan nervous apabila saat dan masa yang sebenar tiba untuk
individu melakukan sesuatu. Rehearsal sebenarnya membantu individu untuk
melihat persediaan-persediaan yang perlu mereka lakukan sebelum melakukan
sesuatu tindakan.

Individu akan mengalami perasaan takut, cemas dan bimbang apabila tahu mereka
perlu melakukan sesuatu. Perasan seperti takut dan cemas itu sebenarnya wujud
kesan daripada ketakutan individu terhadap kegagalan mereka untuk melakukan
sesuatu itu dengan baik. Menurut Sapora Sipon (2000), dalam teknik rehearsal ini,
individu diberi peluang untuk menceritakan raptainya kepada individu lain dan dalam
masa yang sama berpeluang untuk melihat raptai individu lain. Teknik ini
mengharapkan supaya individu tersebut akan dapat melihat kekuatan dan
kelemahan dalam diri dan seterusnya memperbaiki kelemahan yang ada untuk
meningkatkan prestasi yang diinginkan.

8.8 Exaggeration

Matlamat utama terapi Gestalt adalah supaya klien mendapat kesedaran


(awareness) terhadap apa yang dirasakan pada masa sekarang (here and now).
Selain itu, peka terhadap petanda atau petunjuk yang boleh membantu klien
mendapat kesedaran terhadap masa kini mereka. Pergerakan, posture tubuh dan
ekspresi wajah memberi makna yang cukup banyak untuk menggambarkan
perasaan yang sedang dialami oleh individu (Corey, 1996). Oleh yang demikian,
dalam teknik ini, individu yang sedang merasai perasaan tertentu diminta untuk
melahirkan atau mempamerkan perasaan yang sedang dirasai tersebut secara
berlebihan sama ada melalui gerak-geri ataupun secara lisan.

Di dalam teknik ini, klien yang merasai sesuatu akan digalakkan melahirkan
perasaan dengan lebih hebat atau dengan kata lain melahirkan perasaan tersebut
secara berlebihan melebihi perasaan sebenar yang sedang dirasai. Sebagai contoh,
menggigil akan membuatkan klien bergoyang kaki dan tangan, klien gementar lutut.
Oleh itu kaunselor akan menggalakkan kliennya menggerakkan lututnya dengan
lebih hebat lagi. Andainya sesuatu usaha perasaan itu dilahirkan melalui bahasa, ia
akan digalakkan untuk mengulangi percakapannya dan setiap kali dilafazkan klien

24
dikehendaki menambahkan kelantangannya dan kenyaringan. Menurut Amir Awang
(1987), teknik ini bertujuan untuk klien merasai, menyedari dan mendengar apa
yang dirasai dan dialaminya.

8.9 Staying With The Feeling

Kebanyakan klien akan cuba melarikan diri dari rangsangan yang menakutkan dan
mengelak daripada perasaan yang tidak menyeronokkan. Suatu ketika, apabila klien
merujuk kepada perasaan yang tidak menyenangkan maka dalam masa yang sama,
terapis akan menggesa dan memaksa klien untuk terus kekal dengan perasaan yang
tidak menyenangkan tersebut. Ini bertujuan supaya klien merasai perasaan yang
tidak menyenangkan tersebut dengan lebih baik. Terapis akan turut sama meminta
klien untuk mendalami dan memahami perasaan yang cuba dielakkan tadi. Ini untuk
membantu klien berdepan dengan situasi yang tidak menyenangkan supaya dia
mendapat ketahanan dan dalam masa yang sama membantu klien untuk mengelak
daripada melakukan projection terhadap perkara atau perasaan yang mahu
dielakkan.

Teknik ini sememangnya tidak mudah untuk dilakukan. Ini kerana terapis harus
memaksa klien untuk menghilangkan sebarang ingatan atau perkara yang selama ini
digunakannya untuk mengelak daripada merasa atau mengalami perasaan atau
perkara tersebut. Teknik ini memerlukan klien untuk berdepan dengan perasaan
yang tidak disukai. Sabariah Siron (2005) menyatakan bahawa menghadapi atau
menguji perasaan bukan sahaja memerlukan keberanian tetapi juga memerlukan
kepada kesedaran dan keupayaan untuk menahan diri daripada merasai kesakitan
yang boleh menghalang proses perkembangan diri berlaku dengan baik.

9.0 Kesimpulan

Terapi Gestalt adalah terapi yang menekankan kepada keadaan masa kini dan di
sini. Ia memberi perhatian khusus kepada jenis-jenis tingkah laku yang tersekat
perkembangannya dan bagaimana tingkah laku ini menjadi sedemikian. Terapi

25
Gestalt juga mengkaji masa lampau individu dengan cara yang menarik sambil
mengiktiraf akan kepentingannya. Ini kerana masa lalu klien menjadi gambaran
kepada keadaan dan perasaan yang dialami klien pada masa kini. Individu akan
dibantu untuk memperoleh kesedaran diri dari semasa ke semasa supaya ia sedar
akan perasaan atau situasi yang benar-benar dialami karang. Dalam terapi Gestalt,
individu didorong untuk fokus kepada masa kini, bukan melihat kepada masa silam
yang sudah berlalu ataupun memikirkan apa akan terjadi seterusnya. Terapi gestalt
turut mencabar klien. Ia tidak mengizinkan klien untuk merasai putus asa dan tidak
membenarkan rasa putus asa tersebut dijadikan sebagai suatu alasan untuk tidak
mahu melakukan perubahan dalam kehidupan.

Matlamat utama yang diberi penekanan oleh teori ini adalah untuk membantu
individu menerima tanggungjawab sendiri dan hidup untuk masa kini. Menggalakkan
individu untuk melalui kehidupan secara konkrit terutama daripada aspek perasaan.
Terapi Gestalt berbentuk konfrontasi dan aktif serta menekankan kepada persoalan
apa dan bagaimana. Terapi Gestalt tidak menggalakkan terapis mengajar klien
sebaliknya terapis bertindak sebagai fasilitator kepada klien. Terapis berfungsi untuk
membantu dan memandu klien ke arah mencapai kesedaran terhadap situasi atau
perasaan yang sedang dialami pada masa kini. Melalui kesedaran, individu akan
memperoleh kefahaman diri dan pengetahuan untuk membantu dirinya melakukan
perubahan.

26

Anda mungkin juga menyukai