Anda di halaman 1dari 12

KULLIYYAH KAUNSELING DAN SAINS SOSIAL

KTK 6213 TEORI DAN TEKNIK KAUNSELING KELOMPOK

PENDEKATAN GESTALT DALAM KAUNSELING


KELOMPOK

NAMA : MIRA WAHIDAH BINTI MUHAR


NO MATRIK : M214014746
NAMA PENSYARAH : DR. ABU BAKAR BIN ABDULLAH
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 3-4

2.0 FALSAFAH TEORI GESTALT 4-7

3.0 MATLAMAT TEORI 7-8

4.0 TEKNIK-TEKNIK TEORI GESTALT 8-10

5.0 PERANAN KETUA KELOMPOK DAN 11


AHLI KELOMPOK

6.0 KESIMPULAN 11-12


RUJUKAN 12

2
1.0 PENGENALAN

Teori Gestalt dipelopori dan diasaskan oleh Frederick Pearls pada tahun 1940-an. Ia
merupakan satu pendekatan phenomenology/existential yang berasaskan kepada pemahaman
bahawa manusia mesti mencari cara tersendiri di dalam hidup dan menerima tanggungjawab
peribadi jika seseorang itu berharap untuk mencapai kematangan. Melalui pendekatan ini,
ahli terapi akan membantu ke arah integrasi kendiri dan belajar menggunakan tenaga dengan
cara yang sesuai untuk pertumbuhan, pembinaan dan kesempurnaan kendiri. Matlamat utama
terapi ini adalah untuk klien mencapai kesedaran tentang apa yang dibuat dan dialami.
Melalui kesedaran ini, manusia akan dapat mencapai kefahaman kendiri dan mengetahui
bahawa ia boleh berubah. Pendekatan ini adalah pendekatan phenomenological kerana ia
memfokuskan kepada persepsi klien tentang realiti. Ia juga berbentuk existential kerana ia
berkonsepkan “here and now” dan setiap orang bertanggungjawab ke atas hala tuju hidup
masing-masing (Sabariah Siron, 2005).

Pendekatan Teori Gestalt dipengaruhi oleh falsafah eksistensialisme. Frederik S. Perls


merupakan tokoh terkemuka yang berpendirian teguh di sebalik perkembangan pendekatan
terapi Gestalt. Individu secara menyeluruh diandaikan mengandungi bahagian yang saling
berhubungan antara satu dengan yang lain. Dalam falsafah ini, manusia dilihat sebagai saling
memerlukan antara fizikal, emosi, pemikiran, kederiaan serta persepsi. Individu juga dilihat
sebagai sebahagian daripada alam persekitarannya. Hakikatnya, bagi memastikan pendekatan
Gestalt, wajar diterima bahawa konteks pendekatannya memastikan kesinambungan antara
diri dengan alam persekitarannya (Perls, 1972;1974 dalam Othman Mohamed 2005).

Menurut Sapora, Ahmad Jazimin & Hapsah, 2002 dalam Khadijah Rohani &
Nazariah (2007) teori Gestalt telah memberikan penekanan terhadap isu-isu yang berkaitan
dengan manusia secara holistik. Manusia dilihat mempunyai satu komposisi yang terdiri
daripada bahagian-bahagian yang saling berhubung kait di antara satu sama lain seperti
perasaan, fikiran dan tingkah laku yang saling berinteraksi dan bergerak balas secara aktif,
bukan berasingan dan compartmental. Pada asasnya terapi ini telah melihat manusia itu
mempunyi sifat tabii berdasarkan falsafah (existentialism) dan fenomenologi.

3
Menurut Sabariah Siron (2005), apabila berada di masa kini, ahli terapi akan
melibatkan transisi antara masa lalu dengan masa hadapan ahli kelompok. Oleh itu, ahli
disuruh untuk membawa apa-apa yang telah berlaku di masa lalu dan akan datang kepada
masa kini dan mengalaminya secara terus akan peristiwa-peristiwa tersebut. Pendekatan
ini berbentuk eksperimental kerana ahli kelompok dapat mengalami ‘apa’ dan
‘bagaimana’ ia berfikir, berperasaan dan melakukan sesuatu semasa ia berinteraksi
dengan ketua kelompok dan ahli yang lain. Dengan mengambil pendekatan ‘saya’
semasa hubungan antara ahli kelompok, ahli terapi Gestalt menunjukkan penghargaan
dengan hadir sepenuhnya semasa sesi terapeutik bersama ahli kelompok. Perhubungan
berlaku kerana kontak yang tulen antara semasa ahli kelompok bukan hasil daripada
interpretasi dan teknik yang digunakan ketua kelompok.

2.0 FALSAFAH DAN KONSEP TEORI GESTALT TENTANG


MANUSIA

Passons (1975) dalam Muhd. Mansur Abdullah (1986). menyenaraikan lapan andaian
tentang sifat semula jadi manusia yang membentuk kerangka pendekatan Terapi Gestalt:
i) Manusia terbentuk daripada pecahan keseluruhan yang terdiri daripada bahagian-
bahagian yang saling berkaitan. Tidak ada bahagian-bahagian ini iaitu badan,
emosi, pemikiran, sensasi dan persepsi boleh difahami di luar konteks manusia itu
sebagai makhluk keseluruhannya.
ii) Manusia adalah sebahagian daripada persekitarannya sendiri dan tidak dapat
difahami jika dipisahkan daripada persekitaran ini.
iii) Manusia memilih untuk bertindak balas kepada rangsangan dalaman dan luaran.
Manusia juga adalah pelakon di dunianya.
iv) Manusia mempunyai potensi menyedari sepenuhnya akan semua sensasi,
pemikiran, emosi dan persepsi.
v) Manusia berkebolehan membuat pemilihan kerana kesedarannya.
vi) Manusia berkeupayaan mengendalikan hidupnya secara berkesan.
vii) Manusia tidak dapat mengalami masa lalu dan masa akan datang. Mereka hanya
boleh mengalami apa yang berlaku pada masa kini.
viii) Manusia secara amnya tidaklah jahat dan juga tidaklah baik.

4
Corey (1996) dalam Sabariah Siron (2005) menyatakan manusia boleh menangani
masalah hidupnya terutama jika mereka sedar apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Lebih banyak kita cuba menjadi bukan diri kita yang sebenar, lebih banyak kita kekal
sebagai orang yang sama. Yang penting adalah apa kita sebenarnya (what we are) bukan
apa kita sepatutnya (what we should be).

2.1 Here And Now

Menurut Corey (1996) here and now adalah power in present iaitu masa sekarang
yang berkuasa kepada diri kita dan masa lepas telah pun berlalu. Oleh itu, masa
sekarang mestilah diberikan tumpuan sepenuhnya kerana masa akan datang belum
lagi sampai.

2.2 Unfinished Business

Sharf (1996) menyatakan bahawa unfinished business ini adalah apa-apa sahaja perasaan
yang kita rasakan pada masa lalu kita tidak cuba untuk express ataupun cuba luahkan
seperti rasa marah pada seseorang, rasa kecewa, sakit hati dan lain-lain tetapi perasaan
itu telah dipendamkan. Perasaan ini dibawa pada masa kini dan individu itu tidak akan
dapat fokus kepada masa kini kerana tidak menyelesaikan apa yang telah individu itu
rasakan pada masa lalu.

2.3 Awareness

Konsep ini mengutamakan kesedaran yang luas tentang apa yang difikirkan dan dialami
(Sapora Sipon , 2002). Menurut Sharf (1996) kesedaran merupakan bahagian penting di
dalam teori Gestalt banyak berkisarkan tentang personaliti. Polster (1973) dalam Sharf
(1996) menyatakan terdapat 4 jenis kesedaran iaitu kesedaran tentang sensations dan
actions, kesedaran kepada perasaan, kesedaran terhadap perkara-perkara atau keinginan
pada masa depan, dan kesedaran kita pada nilai dan pengalaman yang pernah kita lalui.
Kesedaran ini berkait dengan nilai-nilai orang lain, sosial kita dan juga isu-isu spiritual
serta lain-lain.

2.4 Avoidance

5
Konsep berkaitan dengan urusan yang tidak selesai adalah pengelakan yang merujuk
kepada cara yang digunakan seseorang untuk mengelakkan ia daripada mengalami
urusan yang tidak selesai atau mengalami emosi yang tidak selesa berkaitan dengan
situasi tidak selesai. Oleh kerana kita berkecenderungan mengelak mencabar atau
mengalami sepenuhnya kebimbangan, kesedihan, rasa bersalah emosi ini menjadi ‘aliran
air di dasar sungai’ (the nagging undercurrent) yang sentiasa mengganggu seseorang
dari menikmati hidup sepenuhnya (Sabariah Siron, 2005).

2.5 Polarities

Apabila self regulation iaitu kebolehan untuk mengawal diri atau cara untuk mengatur
diri sendiri seseorang individu itu terganggu ataupun mengalami masalah maka dia akan
berisiko untuk mengalami sama ada internal atau inner (diri sendiri) ataupun mengalami
interpersonal conflict. Konflik terjadi apabila terdapat 2 pola dalam diri yang berlawanan
‘polar opposites’ bagi menyelesaikan konflik individu dengan cuba mengintegrasikan
antara ‘polar opposites’. Istilah lain bagi polar opposites adalah antithesis (Gililand,
James & Bowman, 1984).

2.6 Top Dog dan Under Dog

Top dog dan Under dog adalah istilah yang digunakan di dalam terapi Gestalt melibatkan
situasi polarity. Top dog mengambil peranan ibu bapa yang autoritarian yang selalu
mengatakan ‘Saya tahu apa yang baik untuk anda’. Under dog mengambil peranan
seolah-olah tidak berdaya, ‘Saya tidak tahu buat ini, boleh tolong saya?’. Seseorang yang
mengambil peranan Top dog adalah bersikap autoritarian, tegas dan bermoral. Under
dog pula bersikap suka membuat alasan, mencari keseronokan dan mempertahankan diri
sendiri (Sabariah Siron, 2005).

2.7 Tenaga Dan Sekatan Tenaga

Menurut Sabariah Siron (2005) di dalam terapi Gestalt perhatian penting diberikan
kepada di mana tenaga berada bagaimana ia digunakan dan ia disekat. Tenaga yang
disekat adalah satu bentuk penentangan. Ia boleh dimanifestasikan oleh ketenangan pada
sebahagian badan, dengan membuatkan badan ketat dan ditutup, memandang ke tempat

6
lain apabila bercakap dengan seseorang sebagai cara mengelak kontak, dan bercakap
dengan nada suara yang terhad.

2.8 Contact Boundary

Menurut Sharf (1996) boundaries adalah sempadan dan batasan antara seseorang dengan
seseorang yang lain, seorang dengan sesuatu objek dan juga seseorang dengan seseorang
yang berkualiti dan baik. Ia terbentuk hasil daripada pengalaman kita sendiri. Terdapat 4
jenis contact boundary menurut Polster (1993) dalam Sharf (1996) iaitu body
Boundaries, Value Boundaries, Experience Boundaries dan Familiarity Boundaries.

2.9 Contact Boundary Disturbance

Menurut Sharf (1996) terdapat 5 jenis contact boundary disturbance iaitu, Introjections,
Projection, Retroflection, Deflection dan Confluence.

2.10 Layer Of Neurosis (Lapisan Neurosis)

Perls (1969a) dalam Sabariah Siron (2005) menyatakan bahawa lapisan neurosis adalah
sama seperti pembukaan personaliti orang dewasa seperti membuka kulit bawang. Untuk
mencapai kematangan, psikologi manusia mesti membuka 5 lapisan neurosis ini.
Menurut Sharf (1996) terdapat 5 lapisan neurosis iaitu daripada lapisan yang paling luar
kepada lapisan yang paling dalam. Lapisan Phony, Lapisan Phobic, Lapisan Impasse,
Lapisan Implosive dan Lapisan Explosive.

3.0 MATLAMAT TEORI

Menurut Sapora Sipon & Wan Anor Wan Sulaiman (2002), matlamat teori Gestalt bertujuan
untuk mewujudkan kesedaran yang tinggi yang bersifat "di sini dan sekarang" dalam diri ahli.
Antara matlamat umum terapi Gestalt adalah memberi kesedaran kepada ahli bahawa mereka
mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Setiap manusia mempunyai banyak potensi,
tetapi oleh kerana terhalang dari sekatan-sekatan atau gangguan-gangguan tertentu di dalam
hidupnya , maka ia tidak berjaya mengalami hidupnya dengan sempurna.

7
Terapi ini juga membantu ahli kelompok agar lebih mengenali diri sendiri dengan
lebih mendalam dan membantu ahli agar dapat merasai dan menyedari segala perasaan dan
pengalaman mereka masing-masing.

Selain itu, matlamat asas kaunseling kelompok melalui Teori Gestalt ini juga adalah :
3.1 Mencabar ahli – ahli kelompok supaya sedar tentang perlakuan mengelak diri dari
tanggungajawab.
3.2 Fokus Gestalt ialah kepada individu sebagai manusia yang lengkap
3.3 Menolong individu mendapatkan kembali kesedaran dirinya secara keseluruhanya
dan tidak bergantung kepada apa yang telah berlaku pada masa – masa yang lalu.
3.4 Mencabar ahli untuk bergerak meninggalkan rasa bergantung kepada alam sekitar
dan menjadi lebih bebas dalam membina sistem sokongan kendiri.
3.5 Paling asas yang hendak dilatih oleh Gestalt ialah untuk mendapatkan kesedaran
kerana kesedaran ini akan membuka jalan kepada penyembuhan.
3.6 Gestalt tidak mengalakkan ahli memberi tafsiran kepada perkara – perkara yang tidak
disedari tetapi menitikberatkan kepada petanda – petanda yang jelas kelihatan megapa
seseorang itu mengalami masalah.
3.7 Menitikberatkan kepada aspek pembelajaran dan pengalaman yang berlaku semasa
itu kerana apa yang berlaku telah berlaku dan apa yang akan berlaku belum diketahui.

4.0 TEKNIK-TEKNIK TEORI GESTALT

Terdapat banyak teknik yang digunakan dalam teori Gestalt untuk membantu klien. Antara
teknik tersebut adalah seperti empty chair (kerusi kosong), making the round, I take
responsibility (saya bertanggungjawab bagi), saya ada satu rahsia, playing the projection
(bermain dengan projeksi), reversals ( teknik kebalikan), rehearsal (permainan raptai),
exaggeration (permainan melebih-lebih), dream work (tafsiran mimpi) dan staying with the
feeling (kekal dengan satu perasaan).

 Empty Chair (Kerusi Kosong)

Empty chair atau turut dikenali sebagai teknik kerusi kosong dilakukan dengan
menggunakan dua buah kerusi. Dalam keadaan ini, kedua-dua kerusi tersebut

8
mempunyai peranan dan fungsi yang berbeza. Kedua-dua kerusi ini masing-masing
berperanan sebagai top dog dan under dog (Corey, 1996).

 Making The Round

Teknik ini selalunya digunakan dalam kaunseling kelompok. Individu yang menyertai
kaunseling kelompok ini akan diminta untuk bertemu dengan individu-individu lain yang
terdapat dalam kelompok tersebut. Individu ini akan diminta untuk menyatakan perasaan
yang sedang dialaminya pada masa kini dengan jujur kepada individu yang ditemui.
Individu tersebut tidak semestinya bercakap dengan individu yang ditemui tetapi dia
boleh melakukan tingkah laku baru yang ingin dilakukan atau sebagainya. Menurut
Sabariah Siron (2005), teknik ini bertujuan untuk membuat konfrontasi supaya individu
tersebut berani dan bersedia untuk berhadapan dengan risiko.

 I Take Responsibility For


Dalam teknik ini, terapis meminta klien untuk membuat pernyataan dan kemudian
menambah pernyataan tersebut dengan menyatakan bahawa ‘saya mengambil
tanggungjawab itu’ (Corey, 1996).

 Playing The Projection

Projeksi merupakan suatu usaha atau tindakan yang dilakukan individu untuk menafikan
sifat-sifat atau ciri-ciri tertentu yang tidak disukainya yang terdapat dalam dirinya.

 Reversal Technique

Dalam diri individu terdapat dua bentuk personaliti iaitu personaliti jahat (negatif) dan
personaliti baik (positif). Kebiasaannya, individu akan cuba menekan ke dalam atau
menafikan personaliti jahat (negatif) yang dimilikinya. Individu cenderung untuk
mempamerkan tingkah laku yang baik sahaja. Keadaan seperti ini akan menyebabkan
individu terbabit tidak akan dapat menerima kelemahan yang ada dalam diri mereka.
Maka, dalam teknik ini, individu diminta untuk bertindak atau berperanan sebaliknya.

9
 I Have A Secret

Dalam teknik ini, terapis akan meminta klien untuk berfantasi bahawa dia mempunyai
satu rahsia yang tidak mahu diketahui oleh orang lain. Individu tersebut akan diminta
untuk mengandaikan perasaannya sendiri jika rahsia tersebut terbongkar kepada individu
yang lain.

 Rehearsal

Menurut Corey (1996), individu sebenarnya sentiasa melakukan raptai (rehearsal) dalam
kehidupan seharian. Kadang kala, individu juga melakukan rehearsal terhadap pemikiran
mereka. Individu melakukan rehearsal secara fantasi dengan membayangkan perkara-
perkara yang bakal mereka lakukan ketika berada dalam masyarakat. Kebiasaannya,
individu membuat rehearsal terhadap perkara yang mereka jangkakan akan mereka
lakukan. Rehearsal dilakukan untuk mengelakkan perasaan seperti takut dan nervous
apabila saat dan masa yang sebenar tiba untuk individu melakukan sesuatu. Rehearsal
sebenarnya membantu individu untuk melihat persediaan-persediaan yang perlu mereka
lakukan sebelum melakukan sesuatu tindakan.

 Exaggeration

Dalam teknik ini, individu yang sedang merasai perasaan tertentu diminta untuk
melahirkan atau mempamerkan perasaan yang sedang dirasai tersebut secara berlebihan
sama ada melalui gerak-geri ataupun secara lisan, (Corey, 1996). Di dalam teknik ini,
klien yang merasai sesuatu akan digalakkan melahirkan perasaan dengan lebih hebat atau
dengan kata lain melahirkan perasaan tersebut secara berlebihan melebihi perasaan
sebenar yang sedang dirasai.

 Staying With The Feeling


Kebanyakan klien akan cuba melarikan diri dari rangsangan yang menakutkan dan
mengelak daripada perasaan yang tidak menyeronokkan. Suatu ketika, apabila klien
merujuk kepada perasaan yang tidak menyenangkan maka dalam masa yang sama,
terapis akan menggesa dan memaksa klien untuk terus kekal dengan perasaan yang tidak
menyenangkan tersebut.

10
5.0 PERANAN KETUA KELOMPOK DAN AHLI KELOMPOK

Ketua kelompok ialah orang yang akan menentukan apa yang akan dilakukan, dengan siapa
dan bila interaksi akan berlaku. Ketua kelompok juga berperanan dalam membantu kelompok
mengenal pasti tahap ahli-ahli tersekat dan seterusnya mencari jalan keluar. Ketua kelompok
mestilah bijak mengimbangi peranan ini dengan mempunyai sifat integriti peribadi.
Ketua kelompok memberi fokus kepada seorang ahli kelompok dengan kehadiran ahli-ahli
kelompok yang lain. Seterusnya, isu yang dibawa dalam kelompok ialah ahli-ahli perlu
mempunyai kesedaran diri dan sikap tanggungjawab. Akhir sekali, ahli kelompok diminta
untuk menyatatkan sesuatu yang mereka tidak dapat nyatakan sebelum ini.

6.0 KESIMPULAN

Terapi Gestalt adalah terapi yang menekankan kepada keadaan masa kini dan di sini. Ia
memberi perhatian khusus kepada jenis-jenis tingkah laku yang tersekat perkembangannya
dan bagaimana tingkah laku ini menjadi sedemikian. Terapi Gestalt juga mengkaji masa
lampau individu dengan cara yang menarik sambil mengiktiraf akan kepentingannya. Ini
kerana masa lalu klien menjadi gambaran kepada keadaan dan perasaan yang dialami klien
pada masa kini. Individu akan dibantu untuk memperoleh kesedaran diri dari semasa ke
semasa supaya ia sedar akan perasaan atau situasi yang benar-benar dialami sekarang. Dalam
terapi Gestalt, individu didorong untuk fokus kepada masa kini, bukan melihat kepada masa
silam yang sudah berlalu ataupun memikirkan apa akan terjadi seterusnya. Terapi gestalt
turut mencabar klien. Ia tidak mengizinkan klien untuk merasai putus asa dan tidak
membenarkan rasa putus asa tersebut dijadikan sebagai suatu alasan untuk tidak mahu
melakukan perubahan dalam kehidupan.

Terapi Gestalt menekankan kesedaran masa kini.Namun, ini tidak bermakna pendekatan
Gestalt mengabaikan masa lampau ahli kelompok, tetapi penekanannya ialah bagaimana ahli
melihat masa lampau dari perspektif masa kini. Pendekatan ini banyak mencabar ahli

11
kelompok,namun ketua kelompok perlu berhati – hati menggunakannya dengan memastikan
bahawa ahli kelompok sudah mencapai tahap kematangan yang sesuai dalam proses
kaunseling kelompok bagi menerima :
i) Cabaran.
ii) Soalan yang dikemukakan.
Pendekatan Gestalt juga boleh diaplikasi dalam pelbagai budaya dengan syarat ketua
kelompok cekap dan berkebolehan :
i) Memahami budaya ahli kelompok minoriti
ii) Membuat modifikasi yang bersesuaian.

RUJUKAN

Othman Mohamad. 2005. Prinsip psikoterapi dan pengurusan dalam kaunseling. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Sabariah Siron. 2005. Teori kaunseling dan psikoterapi. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Sapora Sipon & Wan Anor Wan Sulaiman. 2002. Pengantar kaunseling. Petaling Jaya:
Prentice Hall.

Surya Mohamad. 2003. Teor-teori Konseling :Bandung,Pustaka bani Quraisy.


http://one.indoskripsi.com/judul/skripsi/tugas-makalah-manaj-teknik-kewirausahaan/terapi-
Gestalt

12

Anda mungkin juga menyukai