Anda di halaman 1dari 15

IJAZAH SARJANA PSIKOLOGI KAUNSELING

PENYALAHGUNAAN DADAH (SPADA)

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

SEMESTER 1, SESI 2022/2023

TAJUK :
GADIS CUBA TERJUN BANGUNAN AKIBAT “ KEMURUNGAN”
PENDEKATAN KAUNSELOR BERDASARKAN 6 PRINSIP KITCHENER

NAMA PELAJAR : HAMIDAH BINTI RAZALI (MP2212157T)


NAMA PENSYARAH : DR. NORZIHAN BINTI AYUB
KANDUNGAN JADUAL

BIL PERKARA MUKA SURAT


1.0 Pengenalan
1.1 Pengenalan Etika 1
1.2 Kepentingan Etika 1
1.3 Pengenalan Kepada Isu 2
2.0 Refleksi Isu Kemurungan Berdasarkan 6 Prinsip Moral 4
Kitchener
2.1 Autonomy (kebebasan) 5

2.2 Beneficence (kebaikan) 6

2.3 Non-maleficence (Tidak mendatangkan kemudaratan) 7

2.4 Justice (keadilan) 9

2.5 Fidelity (kesetiaan) 10

2.6 Veracity (kebenaran/ketulusan) 11

3.0 Rumusan 12
4.0 Rujukan
Refleksi Kaunselor Isu “Kemurungan” Berdasarkan 6 Prinsip Kitchener
1

1.0 PENGENALAN KEPADA ETIKA DAN ISU

1.1 ETIKA

Etika adalah batasan yang dikenakan bagi mengehadkan tingkahlaku individu. 


Etika dalam kaunseling merangkumi etika kaunseling dan etika kaunselor.  Individu yang
terlibat dalam profesion kaunseling perlu memahami dan mematuhi etika yang ditetapkan
supaya menjaga imej bidang kaunseling.  Etika menyentuh persoalan berkaitan apakah
yang terbaik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun nilai.  Berdasarkan perkara ini,
penetapan tingkahlaku beretika perlu berlandaskan agama atau sistem kepercayaan
masyarakat tempatan.

Etika adalah suatu tindakan yang menuntut kepatuhan terhadap piawaian profesional
serta undang-undang tentang apa yang dianggap betul dan yang salah. Menurut Othman
Mohamed, (dalam Othman Mohamed, 2005:283-284),  kod etika merupakan tatasusila yang
menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu
profesion. Ianya merupakan standard asas bagi mencerminkan satu praktis profesional. Etika
juga boleh membawa maksud yang berlainan tetapi saling berhubungan di antara satu dengan
yang lain, iaitu ;
1) Pola hidup am atau suatu cara hidup.
2) Set peraturan tingkah laku atau kod moral
3) Tatacara mengenai cara hidup atau peraturan tingkah laku.

Daripada beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa etika mengkaji


tingkah laku manusia sama ada patut atau tidak manusia bertingkah laku (bagaimana
seharusnya manusia bertingkah laku). Etika melibatkan peraturan masyarakat yang
didasarkan norma-norma dan nilai-nilai yang baik di dalam sesebuah masyarakat itu. Oleh itu
mematuhi kod etika dianggap penting baik  membantu membuat keputusan dalam
pengendalian kelompok.
Refleksi Kaunselor Isu “Kemurungan” Berdasarkan 6 Prinsip Kitchener
2

1.2 KEPENTINGAN ETIKA

Secara umumnya , etika ini memberitahu kaunselor apa yang boleh dan apa yang
tidak boleh dilakukan oleh mereka dalam menjalankan tugasnya sebagai
kaunselor  profesional.Selain itu, etika juga menggariskan dengan jelas beberapa perkara
yang dianggap sebagai tingkah laku menyeleweng yang ditegah daripada dilakukan oleh
kaunselor. Antara  tingkah laku yang menyeleweng seperti tidak menyimpan rahsia, mengaku
mempunyai kelayakan yang beliau tidak memilikinya, meletakkan nilai diri kepada klien,
melakukan hubungan seks dengan klien, mengambil kesempatan di atas kelemahan klien dan
sebagainya. Kesan  yang timbul hasil daripada tindakan menyeleweng  itu akan
memberi  kesan yang negatif kepada klien  dan juga profesion  kaunseling itu sendiri. Dalam
usaha untuk membantu klien, maka seseorang itu haruslah mempunyai kemahiran membantu
yang tertentu agar pertolongan yang diberikan tidak mendatangkan kesan yang boleh
memudaratkan klien. Disamping itu,  untuk membantu klien, kaunselor juga perlu sedar
batasan yang perlu dipatuhi. Kaunselor perlu menjalankan tugasnya dengan ikhlas dan jujur,
iaitu tidak mempunyai  kepentingan peribadi apabila membantu klien. Dengan cara ini,
profesion kaunselor akan mendapat pengiktirafan lebih baik daripada masyarakat.

1.3 PENGENALAN KEPADA ISU

Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu


merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang
minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu.
Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa.
Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun (K.K.M,
2012).
Berdasarkan statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) tahun lalu,
hampir setengah juta penduduk di negara ini mengalami kemurungan dengan 2.3 peratus
daripada mereka berusia 16 tahun ke atas mengalami kesihatan mental.Menurut Ketua
Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sesetengah individu berisiko tinggi
untuk mengalami kemurungan, terutama ketika berada dalam keadaan tekanan melampau dan
terasing daripada rangkaian sokongan keluarga serta sahabat. Sebenarnya, banyak kes
kemurungan tidak dirawat berakhir dengan kejadian malang. Kira-kira 10 hingga 15 peratus
Refleksi Kaunselor Isu “Kemurungan” Berdasarkan 6 Prinsip Kitchener
3

individu mengalami kemurungan teruk dan tidak dirawat mengambil keputusan membunuh
diri. Kemurungan jika ia gagal dikenal pasti dan dirawat dengan baik, berpotensi
meningkatkan risiko tingkah laku bunuh diri.(Mohd Khairul Anuar, 2022)

Terdapat banyak punca berlaku kemurungan kepada individu antaranya disebabkan


oleh berlakunya perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia
(Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine), mewarisi keluarga mempunyai keluarga
yang pernah menghidapi penyakit tersebut, peristiwa hidup dan kekurangan sokongan
keluarga sosial , kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi, gangguan fungsi
thyroid juga boleh menyebabkan kemurungan. Terdapat juga penyebab lain kemurungan iaitu
pemikiran yang boleh mencetus kemurungan sebagai contoh bagaimana persepsi kita kepada
diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya, penyalahgunaan dadah atau ketagihan
arak, menghidapi penyakit serius atau tinggal dengan orang yang menghidap penyakit
tersebut, kehilangan orang yang disayangi, dan baru melahirkan anak.

Di antara tanda kemurungan adalah perasaan sedih atau “kekosongan” yang


berpanjangan, hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang
biasanya mendatangkan keseronokan, cepat rasa letih dan tidak bertenaga, perasaan
pesimistik dan mudah putus asa, perasaan bersalah, merasakan diri tidak berguna , gangguan
tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur, hilang selera makan dan penurunan berat
badan , percubaan bunuh diri ,rasa tidak tenteram dan mudah marah, kurang daya tumpuan
dan ingatan, kurang nafsu seksual dan mudah cemas atau fobia. Sebenarnya, banyak lagi
tanda-tanda seorang itu mengalami kemurungan namun kebanyakkan mereka mengambil
ringan perubahan yang berlaku kepada diri sendiri mahupun orang disekeliling sehingga
apabila keadaan menjadi tidak terkawal atau berlaku kemudaratan yang tidak dijangka
barulah mereka menyedari hal tersebut.

Kemurungan boleh dirawat dengan beberapa cara dan peratus pesakit yang sembuh
adalah sebanyak 80%. mereka yang mengalami kemurungan boleh mnendapatkan rawatan
seperti penggunaan ubat ‘Anti-depressant’, Terapi elektrokonvulsif (ECT), mengikuti
rawatan psikoterapi dan mendapatkan kaunseling daripada kaunseling bertauliah.
Kesembuhan adalah tidak mustahil sekiranya pesakit mendapatkan rawatan yang teratur dan
berkala.
Refleksi Kaunselor Isu “Kemurungan” Berdasarkan 6 Prinsip Kitchener
4

Perbahasan tentang tekanan hidup dan bunuh diri juga dibincangkan di laman
sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Dalam artikel bertajuk Bayan Linnas Siri ke-
74: Tekanan Hidup yang Membawa Bunuh Diri : Hukum dan Penyelesaiannya menyebutkan
bahawa hukum membunuh diri adalah haram dan dilarang dalam Islam. (Mohammad Razif,
2016) Di dalam Al-Quran pada surah Al-Israa ayat 33 bermaksud “Dan janganlah kamu
membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali
dengan alasan yang benar”. Islam melarang umatnya melakukan perbuatan bunuh diri kerana
ianya merupakan salah satu dari dosa besar. Perbuatan bunuh diri atau mencederakan diri
adalah dilarang sama sekali kerana badan manusia adalah amanah yang
dipertanggungjawabkan kepada setiap hambanya untuk dijaga. Oleh yang demikian kita tidak
mempunyai hak untuk melakukan kerosakan kepada anggota badan yang dipinjamkan oleh
Allah S.W.T kepada diri kita.

2.0 REFLEKSI ISU KEMURUNGAN BERDASARKAN 6 PRINSIP MORAL


KITCHENER

Dalam satu kes yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 12 Mei 2022
bertajuk Gadis Cuba Terjun Bangunan Akibat Kemurungan (Iskandar Shah, 2022). Gadis
tersebut berusia 19 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Tindakan beliau yang naik
ke atas bangunan sebuah pusat membeli belah setinggi 5 tingkat dan berdiri di tepi bangunan
merupakan tindakan yang dirancang. Walaupun beliau menjelaskan tindakan beliau adalah
bagi menenangkan fikiran namun ianya bukan suatu tindakan yang biasa dilakukan oleh
seseorang yang berfikiran waras. Gadis ini juga sedang mendapatkan rawatan tekanan dan
anxiety yang dihidapi beliau di sebuah hospital. Kemurungan yang dialami oleh beliau
sebenarnya boleh dibantu dengan memberikan sewajarnya bagi mengurangkan tekanan yang
dihadapi. Beliau telah mendapatkan rawatan secara perubatan di sebuah hospital bagi
mengatasi kemurungan beliau, dan beliau boleh mendapatkan bantuan kaunselor bertauliah
bagi berkongsi masalah atau tekanan yang dihadapi. Oleh yang demikian, tekanan yang
dihadapi oleh beliau dapat dikurangkan.

Sebagai seorang kaunselor pelatih, saya juga merasakan masalah bagi kes ini diatasi
bagi mengelakkan kejadian yang berlaku berulang dan memberikan impak yang lebih teruk.
Sebagai contoh, dalam kes di atas, gadis tersebut bernasib baik kerana rakannya menyedari
status whatsapp beliau dan mencari keberadaan mangsa lantas memujuk mangsa untuk tidak
Refleksi Kaunselor Isu “Kemurungan” Berdasarkan 6 Prinsip Kitchener
5

meneruskan tindakan terjun dari bangunan. Sekiranya perkara ini tidak disedari oleh orang
lain maka sudah pasti gadis ini akan berjaya meneruskan niatnya kerana beliau telah
melaksanakan rancangannya dan hampir berjaya melaksanakannya.

Bagi membantu gadis ini saya sebagai kaunselor pelatih boleh membantu beliau
namun saya juga tertakluk kepada kod etika dalam menjalankan sesi kaunseling. Etika
profesional merupakan garis panduan yang dipersetujui oleh badan yang mentadbir bagi
memastikan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan memberikan
penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengann peraturan dan peradaban, peranan
nilai serta tingkah laku profesion. (Melati et al., 2021, p. 13). Pelaksanaan kerja mengikut
etika menjadi sangat penting bagi memastikan kedua -dua pihak, klien dan kaunselor
dilindungi.

Menurut Kitchener (1984) terdapat 6 prinsip etika yang utama dalam membuat
keputusan secara beretika dalam melakukan proses menolong , saya juga perlu memastikan
saya mematuhi dan mengamalkan 6 prinsip tersebut agar sesi kaunseling yang saya jalankan
akan memenuhi etika tersebut. 6 prinsip tersebut adalah:

2.1 Autonomy (kebebasan) :

Kebebasan secara amnya difahami sebagai satu istilah yang menekankan kebolehan


seseorang individu untuk bertindak mengikut kehendaknya sendiri. Seseorang yang
berpegang kepada fahaman individualisme dan liberalisme menerima kebebasan sebagai
ketiadaan paksaan atau ugutan luar. Sosialisme pula memahami kebebasan sebagai
pembahagian kuasa yang samarata di dalam masyarakat dengan mengatakan bahawa
kebebasan tanpa kesamarataan adalah serupa dengan penjajahan oleh mereka yang berkuasa.
("Kebebasan", 2013). Di dalam bahagian A.1.c pelan-pelan kaunseling disebutkan bahawa
“Kaunselor dan kliennya secara bersama berusaha untuk membentuk pelan kaunseling
bersepadu yang menjamin kejayaan serta tekal dengan kebolehan dan keadaan klien.
Kaunselor dan klien selalu menyemak secara berterusan pelan kaunseling ini bagi menaksir
viabiliti dan keberkesanannya, sambil menghormati kebebasan klien membuat pilihan.”

Dalam Bahagian A.2.a. berkaitan persetujuan termaklum disebutkan “klien


mempunyai kebebasan memilih untuk memasuki atau terus berada di dalam sesuatu
Refleksi Kaunselor Isu “Kemurungan” Berdasarkan 6 Prinsip Kitchener
6

perhubungan kaunseling. Klien memerlukan maklumat yang cukup mengenai proses


kaunseling dan kaunselor. Kaunselor mempunyai obligasi untuk menjelaskan secara bertulis
dan lisan kepada kliennya mengenai hak-hak dan tanggungjawab kaunselor dan klien.
Persetujuan termaklum merupakan sesuatu yang berlaku terus menerus di dalam proses
kaunseling, dan kaunselor hendaklah mendokumenkan persetujuan termaklum, sepanjang
perhubungan kaunseling dengan cara yang sesuai.” (Lembaga Kaunselor Malaysia, 2016)

Prinsip kebebasan melibatkan usaha seseorang untuk bertindak secara bebas


berasaskan nilai dan kata putusnya. Autonomi melibatkan keadaan di mana individu berupaya
untuk memahami implikasi dan akibat daripada pilihan yang dibuat. Ianya melibatkan
kebebasan melakukan sesuatu yang diingini secara rela dan sedar serta bukan secara paksaan
atau mengikut secara membuta tuli. Sekiranya klien hanya mematuhi arahan dan tidak
memberikan keputusan atas dasar rasional dan sedar maka ianya tidak dikira sebagai
kebebasan kepada klien. Walau bagaimanapun, isu ini tidak merangkumi perkara yang boleh
meruntuhkan atau memusnahkan kebajikan orang lain terutama apabila melibatkan
kepentingan kepada pihak lain atau perkara yang boleh menyebabkan kerosakan kepada
kaunselor dan klien.

Dalam isu kemurungan, sekiranya klien saya meminta saya untuk menentukan masa
yang dirasakan sesuai untuk menjalankan sesi, saya boleh mempertimbangkan untuk
bersetuju dengan masa yang dicadangkan dan berusaha sedaya upaya saya untuk memastikan
sesi tersebut dapat dijalankan seperti yang dirancang. Walau bagaimanapun, saya boleh
memberikan pandangan yang berbeza dan meminimakan kecederaan kepada klien sekiranya
saya mendapati masa tersebut adalah masa yang sepatutnya diperuntukan untuk klien
mendapatkan rawatan dan pemulihan bagi mengawal kemurungannya. Saya juga mesti
menerima keputusan yang diambil oleh klien seandainya klien memutuskan untuk
meneruskan atau menamatkan sesi kaunseling. Walau bagaimanapun, saya perlu bertanyakan
secara rasional mengapa klien memutuskan untuk menamatkan sesi supaya tidak berlaku
salah faham di antara saya dan klien dan memastikan perkara yang sepatutnya diselesaikan
semasa sesi tidak menimbulkan unfinished business.

2.2 Beneficence (Kebaikan)

Beneficence merujuk kepada melakukan sesuatu yang baik dan berfaedah. Bimbingan


dan nasihat menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan klien. Oleh yang
Refleksi Kaunselor Isu “Kemurungan” Berdasarkan 6 Prinsip Kitchener
7

demikian, apa sahaja bantuan yang diberikan kaunselor perlu berasaskan kebajikan klien.
Justeru itu, kaunselor perlu mempunyai komitmen dan kemahiran yang secukupnya untuk
membantu pelajar (Khadijah Rohani & Nazariah , 2007) . Justeru, setiap daripada perkataan
atau perbuatan kaunselor adalah berasaskan kebajikan kepada klien. Kemahiran dan
komitmen yang secukupnya perlu ada pada seorang kaunselor bagi memastikan proses
membantu dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sekiranya kaunselor sedar bahawa dirinya
belum mempunyai kemahiran dalam sesuatu isu maka dia boleh melakukan rujukan kepada
pihak yang mempunyai kepakaran sekaligus dapat meningkatkan pengetahuan diri.
Harus diingati bahawa rujukan ini tidak bermaksud memecahkan maklumat secara
detail kepada pihak yang dirujuk seperti nama klien kerana kaunselor masih terikat dengan
kerahsiaan maklumat. Sekiranya klien mendapati maklumat dirinya terdedah maka ianya
akan mendatangkan persepsi buruk kepada kaunselor seperti tidak amanah, tidak dipercayai
dan tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh, klien mengadu kepada saya kesan daripada
kemurungan yang dialami, klien mengalami penurunan berat badan disebabkan hilang selera
makan. Disebabkan itu, klien tidak mampu untuk melakukan pekerjaan berat dan terpaksa
berehat bagi mendapatkan tenaga.
Dalam hal ini saya sebagai kaunselor pelatih tidak mempunyai kemahiran untuk
memberikan maklumat yang tepat berkaitan ubat yang boleh membantu mengurangkan
kemurungan dan memberikan nasihat berkaitan pemakanan sihat. Saya boleh mencuba untuk
mendapatkan maklumat yang betul dan tepat untuk dikongsikan kepada klien pada sesi
berikutnya dengan mendapatkan nasihat daripada pakar pemakanan. Saya boleh merujuk
perkara ini kepada pakar pemakanan dan mengetahui jenis makanan yang sihat dan tidak
menceritakan tujuan pertanyaan tersebut. Dalam hal ini merupakan saya perlu merahsiakan
maklumat sulit klien dan tidak mencederakan emosi dengan memecahkan maklumat detail
kepada orang lain. Selain itu, saya perlu membimbing klien untuk mendapatkan rawatan dan
pemulihan daripada pakar kesihatan dengan mengambil ubat yang mampu mengawal emosi
klien.

2.3 Nonmaleficence (Tidak mendatangkan mudarat)

Istilah nonmaleficence juga digunakan dalam etika perubatan iaitu “A term in medical
ethics that derives from the ancient maxim primum non nocere, which, translated from the
Latin, means first, do no harm.” Menurut Rafidah Aga & Lau Poh Li (2016) nonmaleficence
Refleksi Kaunselor Isu “Kemurungan” Berdasarkan 6 Prinsip Kitchener
8

bermaksud mengelak melakukan kemudaratan, termasuk mengelak daripada mengambil


tindakan yang berisiko menyakitkan klien (Mahligai kecilku, 2018). Di dalam bahagian
A.4.a. Menghindari kemudaratan, Kod Etika Lembaga Kaunselor Malaysia disebutkan
“Kaunselor hendaklah menghindari daripada memudaratkan klien, pelatih dan peserta
penyelidikan mereka. Kaunselor juga hendaklah berusaha untuk meminimumkan atau
memulihkan kemudaratan yang tidak dapat dielak atau yang tidak diduga. Justeru, menjadi
tanggungjawab kepada kaunselor untuk memastikan setiap perbuatan dan perkataan yang
digunakan oleh kaunselor tidak mendatangkan kemudaratan dan sekiranya berlaku
kemudaratan maka hendaklah memulihkan kemudaratan tersebut.
Sebagai contoh, dalam kes kemurungan yang dihadapi oleh klien, saya sepatutnya
tidak bercerita tentang statistik atau kes-kes kemurungan yang menyebabkan kematian.
Tindakan ini boleh menyebabkan klien menjadi panik dan runsing kerana klien yang datang
mungkin berada pada situasi kemurungan yang teruk namun tidak mempunyai idea untuk
menamatkan kemurungannya. Kemungkinan sekiranya saya berkongsikan perkara berkaitan
bunuh diri, maka klien boleh berfikir untuk menamatkan nyawanya.

Dalam bahagian B.2.c kaunselor perlu memastikan sekiranya pendedahan maklumat


perlu dibuat ke atas klien atas sebab-sebab keselamatan, maka kaunselor perlu menghalang
sedaya upaya daripada memberikan maklumat klien bagi memastikan tidak berlaku
kemudaratan dan kaunseling yang dijalankan tidak terjejas. (Lembaga Kaunselor Malaysia,
2016). Sekiranya perkara tersebut tidak dapat dielakkan maka saya perlu mendapatkan
kebenaran bertulis daripada klien dan memastikan maklumat yang diberikan adalah berkaitan
sahaja dan secara minima. Saya perlu bertanggungjawab untuk menghindari daripada
melakukan sesuatu yang membahayakan serta mendatangkan mudarat kepada klien. Saya
juga perlu sentiasa menjaga batasan dalam perhubungan, tidak cuai serta sentiasa
mengekalkan rasa hormatnya kepada klien di samping mengelak daripada melakukan sesuatu
untuk kepentingan diri. Perbuatan dan perkataan kaunselor kepada klien mestilah tidak
menyebabkan salah tafsir dan boleh mendatangkan kecederaan emosi kepada klien.
Sekiranya klien saya menceritakan bahawa kemurungan yang dialami adalah disebabkan
keturunan maka saya boleh menyatakan bahawa ianya tidak menjadi masalah andai klien
mempunyai sejarah keluarga yang sama kerana dunia dan teknologi perubatan semakin
moden dan rawatan yang sesuai serta komitmen terhadap sesi rawatan yang konsisten akan
memberikan kesembuhan kepada mereka yang mengalami masalah tersebut. Dalam hal ini,
Refleksi Kaunselor Isu “Kemurungan” Berdasarkan 6 Prinsip Kitchener
9

saya sangat perlu berhati-hati memilih perkataan dan ayat bagi mengelakkan salah tafsir dan
kemusnahan kepercayaan klien.

2.4  Justice (Keadilan)

Kata dasar ia, "adil" ditakrifkan Kamus Dewan sebagai "menyebelahi pihak yang
benar" serta "meletakkan sesuatu pada tempatnya yg betul". Perkataan "adil" diserap
dari bahasa Arab iaitu `adl yang diertikan sebagai "penyukatan, penimbangan dan penilaian
atau penuntutan apa yang kekurangan daripada apa yang dilayakkan (seseorang)". Ia juga
boleh ditafsirkan sebagai "apa yang diwujudkan dalam diri sebagai lurus serta melawan
penindasan”.("Keadilan", 2020).
Keadilan dalam islam merujuk kepada meletakkan sesuatu di tempatnya. Keadilan
akan membina asas kepercayaan klien untuk membina hubungan yang baik dengan
kaunselor. Kaunselor perlu mengelakkan sikap bias, prejudis dan favouratism dalam
mengendalikan klien. Keadilan dalam menjalankan sesi kaunseling merujuk kepada memberi
keadilan kepada semua klien tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama dan sebagainya.
Sebagai contoh, sekiranya saya mendapat dua kes melibatkan kemurungan dan kedua-dua
klien merupakan mereka yang datang dari jantina, agama dan bangsa berlainan. Saya perlu
bersikap adil dengan melayan kedua-dua klien tanpa mengambil kira status mereka. Begitu
juga sekiranya saya menjalankan kaunseling kelompok. Saya perlu memastikan prinsip
keadilan itu diberikan kepada semua klien tanpa kompromi. Begitu juga seandainya saya
mendapat klien yang kaya dan miskin. Saya perlu memastikan keduanya dilayan secara adil
kerana mereka berdua adalah manusia dan berhak untuk dilayan secara sama rata. Saya tidak
boleh memilih untuk melayan klien yang boleh memberikan bayaran sahaja dan
mengenepikan klien yang kurang berkemampuan atau tidak berkemampuan. Saya perlu
menjelaskan dengan betul jumlah bayaran dan jumlah sesi yang akan dijalankan berdasarkan
perkhidmatan yang mampu di bayar oleh klien.

Sekiranya saya mengetahui bahawa klien adalah seorang yang mengalami


kemurungan dan tidak boleh bekerja disebabkan masalah tersebut, maka saya boleh
mempertimbangkan untuk memberikan khidmat secara percuma atas dasar kemanusiaan.
Islam juga mengalakkan hambanya untuk melaksanakan kebaikan sesama manusia. Allah
S.W.T dalam kitab-Nya menyebut “Saling Menolonglah kamu dalam melakukan kebajikan
dan taqwa. Dan jangan saling menolong pada perbuatan yang dosa dan permusuhan.
Bertakwalah kepada Allah SWT. Sebenarnya siksaan Allh SWT sangatlah pedih.” (Al-
Refleksi Kaunselor Isu “Kemurungan” Berdasarkan 6 Prinsip Kitchener
10

Maidah:2). Dalam hal ini saya seharusnya memahami etika secara mendalam dan memahami
maksud kaunseling adalah membantu bukan untuk menjana kemewahan.

2.5 Fidelity (Kesetiaan)

Fidelity melibatkan kejujuran dan keikhlasan dalam perhubungan menolong antara


klien dan kaunselor. Menurut Corey Patterson dan Welfel ( dalam Khadijah Rohani &
Nazariah 2007), fidelity merupakan tanggungjawab untuk memberikan kepercayaan  serta
membuat janji yang jujur terhadap klien. Ianya merupakan aspek yang penting dalam proses
kaunseling. Fidelity merangkumi aspek kerahsiaan dan segala janji yang diberikan oleh
kaunselor terhadap klien. Sebagai contoh kerahsiaan maklumat berkaitan klien yang telah
dipersetujui bersama. Kaunselor perlu memastikan tidak berlaku sebarang kebocoran
maklumat tanpa izin daripada klien walaupun diminta untuk berbuat demikian. Kaunselor
perlu memastikan prinsip ini tidak hilang daripada klien kerana ianya boleh menyebabkan
klien menamatkan sesi atau memilih untuk tidak bercerita hal yang sebenar.

Fidelity juga bermaksud ahli psikologi professional memberikan komitmen yang


realistik dan berpegang kepada janji mereka. Contohnya, ahli psikologi kaunseling sentiasa
berusaha untuk menghormati kepercayaan yang diberikan oleh klien dalam hubungan
kaunseling dan menunaikan janji mereka untuk membantu klien. (Rafidah Aga & Lau Poh li
2016). Dalam kes kemurungan yang dialami oleh klien, saya tidak boleh memberikan
jaminan bahawa dengan hanya menjalani kaunseling sahaja klien boleh menjadi lebih baik.
Dalam kemurungan yang melibatkan penyalahgunaan bahan terlarang seperti alkohol dan
dadah, klien perlu mendapatkan rawatan dan pemulihan daripada badan yang mempunyai
autoriti seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Justeru saya sebagai kaunselor pelatih perlu
menggalakkan klien untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan bagi mengelakkan klien
tidak dipulihkan kerana tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Sekiranya klien enggan
membuat demikian, saya perlu mendapatkan pandangan penyelia dan menyedarkan klien
bahaya dan kesan sekiranya klien tidak mendapatkan rawatan sewajarnya. Begitu juga
sekiranya klien menyatakan kebimbangan terhadap perasaan atau peristiwa- peristiwa yang
boleh melahirkan rasa kebimbangan kepada klien. Saya tidak boleh mengganggap isu yang
diceritakan oleh klien sebagai benda remeh kerana ianya mungkin boleh mempengaruhi klien
dalam membuat sesuatu keputusan.

Sebagai kaunselor pelatih juga saya tertakluk kepada perkara F.8.b iaitu kaunselor
pelatih hendaklah memahami dan mematuhi Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor dan
Refleksi Kaunselor Isu “Kemurungan” Berdasarkan 6 Prinsip Kitchener
11

undang-undang yang berkaitan, dasar institusi dan peraturan-peraturan yang mengawal


tingkah laku staf profesional di agensi atau seting penempatan yang berkaitan. Pelajar
mempunyai obligasi yang sama kepada klien mereka seperti mana ditetapkan kepada
kaunselor profesional. (Lembaga Kaunselor Malaysia, 2016)

Oleh yang demikian, sebarang keputusan yang dilaksanakan oleh saya perlu merujuk
kepada garis panduan dan kod etika yang telah digariskan. Saya tidak boleh dalam apa cara
sekalipun untuk meletakkan kepentingan diri melebihi kepentingan organisasi dan juga klien.

2.6 Veracity (Kebenaran/ Ketulusan)

            Prinsip veracity berarti penuh dengan kebenaran. Nilai ini diperlukan oleh pemberi


pelayanan kesehatan untuk menyampaikan kebenaran pada setiap klien dan untuk
meyakinkan bahwa klien sangat mengerti. Prinsip veracity berhubungan dengan kemampuan
seseorang untuk mengatakan kebenaran. Veracity juga bermaksud  ketulusan yang
melibatkan kewajipan pengamal psikologi untuk berkhidmat dengan ikhlas dengan klien.
Rafidah Aga & Lau Poh li memberikan contoh ahli psikologi mesti berusaha untuk tulus
dengan klien mereka supaya kepercayaan antara ahli psikologi dengan klien dapat dibina dan
dipelihara.  (Mahligai kecilku, 2018). Dalam kes kemurungan yang dihadapi oleh klien saya
perlu berhati-hati dalam memberikan pandangan terhadap isu-isu yang dinyatakan oleh klien
bagi mengelakkan kemudaratan kepada klien. Sebagai contoh, sekiranya klien menerangkan
kepada saya berkaitan cara beliau mengatasi kemurungan yang dihadapi adalah mengurung
dirinya dan tidak bersosial. Saya tidak digalakkan untuk memberikan tanggapan atau
pandangan namun saya boleh membimbing klien untuk menyelami adakah tindakan yang
diambil adalah benar dan memberikan kesan yang baik kepada dirinya.

Dalam situasi lain, klien datang kepada saya menceritakan kerisauan yang
dihadapinya. Walaupun bukan ditahap yang serius, tetapi saya perlu menghormati
kepercayaan klien yang begitu susah hati dan takut kehilangan pertimbangan sekiranya
berlaku sesuatu perkara yang membimbangkan. Oleh itu saya boleh membantu klien untuk
meneroka punca kepada kebimbangan yang dialami serta cuba membimbing klien untuk
mengatasi kebimbangan tersebut. Saya juga tidak boleh sewenang-wenangnya menceritakan
kepada kaunselor lain atau penyelia berkaitan perkongsian tersebut disebabkan prinsip
kesetiaan dan membantu klien meningkatkan rasa percaya dalam dirinya. Dalam prinsip ini
kesetiaan dan juga ketulusan yang ditunjukkan oleh saya kepada klien adalah benar dan
seiring.
Refleksi Kaunselor Isu “Kemurungan” Berdasarkan 6 Prinsip Kitchener
12

3.0 RUMUSAN

Perkhidmatan kaunseling di Malaysia khususnya dan dunia amnya merupakan


perkhidmatan yang penting dan perlu diberikan perhatian. Peningkatan kes-kes yang
memerlukan kepada khidmat kaunselor perlu diperhalusi dan ditambah baik demi
memastikan mereka yang memerlukan perkhidmatan ini mendapat perkhidmatan pada tahap
yang terbaik. Kerjaya kaunselor merupakan kerjaya yang professional sepertimana kerjaya
professional lain. Kaunselor merupakan individu yang normal yang perlu panduan dan
peraturan dalam melaksanakan perkhidmatan mereka sebagai kaunselor yang
professional.Sepanjang menjalankan perkhidmatan sebagai kaunselor profesional, mereka
perlu memastikan perkhidmatan yang dijalankan adalah beretika dan tidak menyalahi Kod
Etika Kaunselor (Lembaga Kaunselor Malaysia) dan Akta Kaunselor 1998. Menurut Gerald
Corey, Marianne Schnieder Corey & Patrick Callanan (2011), kompetensi seorang kaunselor
profesional mesti melibatkan etika dan keterikatan pada konsep perundangan. Selain daripada
itu, ciri-ciri yang dianggap penting adalah mempunyai standard etika seperti kod etika untuk
dijadikan panduan dalam menjalankan pengamalan kepada masyarakat.
Identiti profesional juga mencerminkan tanggungjawab perundangan dan etika.

Sebagai seorang kaunselor pelatih, saya seharusnya mendaftar dengan persatuan


profesional dan badan yang menguruskan pendaftaran dan mengeluarkan lesen bagi
memastikan saya tidak melanggar mana-mana peraturan. Saya juga boleh memastikan diri
saya sentiasa dipantau dan menambah pengetahuan sedia ada. Selain daripada itu, sebagai
seorang Muslim saya boleh menerapkan sifat yang ada pada Rasulullah S.A.W iaitu benar,
amanah, menyampaikan dan bijaksana. Menerusi sifat wajib yang ada pada Rasulullah saya
akan dapat memastikan imej saya sebagai kaunsleor dapat dijalankan dengan baik. Stigma
masyarakat yang negatif serta pengetahuan yang cetek tentang kaunselor menyebabkan ramai
dikalangan mereka yang bermasalah tidak mendapatkan perkhidmatan kaunselor. Justeru,
kod etika yang digariskan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia perlu dipatuhi demi menjaga
dan memartabatkan kerjaya kaunselor di mata masyarakat.
Refleksi Kaunselor Isu “Kemurungan” Berdasarkan 6 Prinsip Kitchener
13

RUJUKAN

Iskandar Shah, M. (2022, May 12). Gadis Cuba Terjun Bangunan Akibat Kemurungan.
Utusan Malaysia.
Keadilan. (2020, November 18). In Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Keadilan
Kebebasan. (2013, March 8). In Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kebebasan
Khadijah Rohani, M. Y., & Nazariah , A. S. (2007). Bimbingan dan Penasihatan Falsafah,
Kemahiran, Proses dan Etika. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
K.K.M. (2012). Kemurungan : Apa Yang Anda Perlu Tahu. Kementerian Kesihatan
Malaysia. https://www.moh.gov.my
Mahligai kecilku (2018). Tujuan Dan Kepentingan Kod Etika Kaunseling, Prinsip-Prinsip
Penting Yang Perlu Diambil Kira [Kaunselor Review].
Melati, S., Ida, A. T. H., Norfaezah, M. K., & Azmawaty, M. N. (2021). Teori Kaunseling
dan Psikoterapi. Universiti Malaya.

Mohammad Razif (2016). Bayan Linnas Siri ke-74: Tekanan Hidup yang Membawa Bunuh
Diri : Hukum dan Penyelesaiannya menyebutkan bahawa hukum membunuh diri
adalah haram dan dilarang dalam Islam. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1124-bayan-linnas-siri-
74-tekanan-hidup-yang-membawa-bunuh-diri-hukum-dan-penyelesaiannya
Mohd Khairul Anuar, O. (2022, August 30). Pendidikan awal buka minda atasi masalah
kemurungan tersembunyi. Berita Harian.
Nonmaleficence. IAHPC Pallipedia. https://pallipedia.org/nonmaleficence/. Accessed
November 12, 2022.
Othman Mohamed. 2005. Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling : Etika dan

            Perundangan Kaunseling. Selangor. Universiti Putra Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai