Anda di halaman 1dari 6

UTK KEGUNAAN MODERASI (BULATKAN YG BERKENAAN)

CEMERLANG/
TINGGI/SEDERHANA/RENDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN


JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Nama Pelajar : AYU NABILAH BINTI ESA

Angka Giliran : 2018182340058

Nombor Kad Pengenalan : 990914-01-6240

Kumpulan/Unit : PISMP JUN 2018 (BNK 2)

Kod dan Nama Kursus : PBKK 3083


ETIKA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Nama Pensyarah : EN TARMIZI BIN KASIM

Tarikh Hantar : 22 MAC 2020

Saya telah menerima maklum balas tentang semakan kerja kursus daripada
pensyarah kursus ini.

Tandatangan Pelajar:
ISI KANDUNGAN

WWW1.0 PENGENALAN.....................................................................................................................3
2.0 ANALISIS ETIKA YANG DIAMALKAN....................................................................................... 3
3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN........................................................................................... 5
4.0 RUMUSAN.......................................................................................................................................5
RUJUKAN...............................................................................................................................................6
1.0 PENGENALAN
Bradley dan Hendricks (2008) mendefinisikan etika sebagai satu disiplin di dalam
sesuatu falsafah yang berkenaan tingkah laku manusia. Manakala, Nur Hasyimah Mat Rani
(2017) pula menyatakan etika merupakan suatu prinsip umum yang merujuk kepada
pelbagai teori mengenai tingkah laku manusia. Ini bermakna etika merupakan satu panduan
dalam tanggungjawab profesional seseorang GBK. Dalam hal ini, tanggungjawab
profesional ini menggalakkan GBK menjalankan amalan dalam suasana yang tidak
diskriminatif yang melingkungi sempadan profesional dan kompetensi peribadi berdasarkan
Kod Etika Kaunselor. Hal ini menggambarkan bahawa profesion kaunseling ini merupakan
satu kerjaya yang bermakna dalam menolong serta memberikan perkhidmatan yang
menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa atau agama. Sehubungan
dengan itu, pada 13 dan 14 Mac 2020 pengkaji telah menjalani amali lapangan kelompok di
sebuah sekolah. Dalam amali tersebut, pengkaji telah menerapkan amalan profesional
berdasarkan kompetensi peribadi dalam pendidikan kerjaya kepada murid sekolah rendah.
Amali lapangan ini adalah bertujuan bagi mengekalkan penglibatan yang aktif dalam
memupuk perkembangan dan kemajuan kaunseling yang dipelajari melalui teori di dalam
kelas. Oleh itu, analisis etika yang diamalkan dijelaskan dalam kajian kes ini.

2.0 ANALISIS ETIKA YANG DIAMALKAN


Lembaga Kaunselor Malaysia (2011) menyatakan perhubungan menolong iaitu pada
bahagian B dalam kod etika kaunselor adalah merupakan panduan yang dapat
menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan klien mengikut cara-cara yang memupuk
kepentingan dan kebajikan klien melalui jalinan hubungan yang sihat. dengan lebih cekap
selari dengan matlamat kaunseling yang ingin dicapai. Dalam konteks ini, cara yang
diterapkan dalam memastikan perkembangan ahli kelompok ialah melaksanakan pelan-
pelan kaunseling dan bertanggungjawab membantu murid dalam keperluan-keperluannya.
Hal ini kerana etika yang ditekankan akan dapat meningkatkan keberkesanan proses
kaunseling dan menjamin kejayaan secara tekal dengan kebolehan dan keadaan ahli
kelompok (Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof, 2002). Dari sudut
pandangan etika, pelaksanaan pelan-pelan kaunseling ini merupakan tanggungjawab ketua
kelompok dalam memenuhi kebajikan ahlinya yang diberikan perkhidmatan. Sehubungan
dengan itu, pelan-pelan kaunseling telah dirancang berdasarkan fokus kajian yang hendak
dicapai sebelum pelaksanaan sesi. Pelan ini adalah memenuhi keperluan murid dalam
memberi kesedaran pemilihan kerjaya serta kesesuaian keperluan pekerjaan dengan diri
murid tersebut. Secara keseluruhannya, perhubungan menolong ini menggalakkan GBK
memberi sumbangan dalam memberi khidmat perkembangan kerjaya kepada murid melalui
pelan-pelan yang dibentuk.

Isaacs dan Stone (1999) menyatakan bahawa kerahsiaan adalah perkara untuk
memperoleh kepercayaan klien. Secara umum, murid tidak akan mendapatkan
perkhidmatan kaunseling sekiranya etika kerahsiaan dan privasi tidak dihayati dan
diamalkan oleh GBK. Dalam mana-mana profesion atau pekerjaan, pasti akan ada kod etika
atau peraturan yang perlu dipatuhi oleh ahli profesion itu. Kod etika bertujuan untuk
menentukan kualiti perkhidmatan yang diberikan dan menjaga nama baik profesion serta
kepentingan orang yang menerima perkhidmatan berkenaan (Noriah, Zuria dan Amla, 2003).
Berdasarkan kod etika bahagian B.4 iaitu kelompok dan keluarga, saya telah menerangkan
secara jelas tentang kepentingan kerahsiaan kepada semua ahli kelompok. Hal ini
diterangkan pada peringkat permulaan bagi memberi penjelasan tentang batasan, privasi
serta kerahsiaan yang digariskan pada perkara 1 bahagian B (Lembaga Kaunselor Malaysia,
2011). Penerangan yang dilakukan menggunakan bahasa yang mudah kerana ahli
kelompok terdiri daripada murid sekolah rendah yang berumur 11 hingga 12 tahun.
Sehubungan dengan itu, murid dapat memahami secara terperinci keperluan, kepentingan
serta etika yang perlu diikuti oleh semua ahli dan tidak terkecuali ketua kelompok. Secara
keseluruhannya, konteks etika, privasi dan komunikasi privilej ini membantu saya
mendapatkan kepercayaan melalui tunjang perhubungan menolong dalam pendidikan
kerjaya yang telah dilaksanakan.

Salah satu etika profesional utama yang diamalkan dalam pelaksanaan amali
lapangan kaunseling ini ialah persetujuan termaklum dalam penyelidikan (Bahagian G.2).
Menurut Fisher (2003), persetujuan termaklum adalah merupakan perjanjian utama bagi
melindungi hak-hak privasi klien yang dilakukan pada awal sebelum perkhidmatan
kaunseling dijalankan. Prinsip etika ini menekankan kepada keperluan seseorang GBK
untuk memberikan penerangan yang secukupnya kepada ahli kelompok tentang perkara-
perkara berkaitan matlamat kaunseling, teknik dan prosedur dalam perkhidmatan kaunseling,
kerahsiaan, limitasi dan risiko tertentu serta hal-hal penting lain yang melibatkan GBK dan
juga semua ahli kelompok. Dalam hal ini saya telah menjelaskan bahawa kaunseling kerjaya
yang dijalankan adalah untuk satu kajian kerjaya dalam mengenalpasti potensi diri murid
serta penyelidikan inventori kod Holland. Secara rasionalnya dengan adanya etika ini, ahli
kelompok dapat mengetahui dengan lebih mendalam dan dapat memberi gambaran secara
kasar kepadanya tentang proses-proses yang akan berlaku pada keseluruhan khidmat
kaunseling kerjaya yang diterima oleh mereka. Selain itu, melalui makluman dan penjelasan
yang diberikan juga membantu ketua kelompok membuat dokumentasi atau sebarang
rakaman untuk dijadikan bahan penyelidikan. Oleh yang demikian, persetujuan termaklum
dalam pnyelidikan ini membolehkan ahli kelompok mengetahui hak-hak mereka dalam
mendapatkan perkhidmatan kaunseling yang cekap dan telus serta sesuai dengan prinsip
profesional yang dipegang oleh ketua kelompok.

3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN


Amalan etika yang dilaksanakan oleh saya ini boleh ditambah baik dengan
meningkatkan kepekaan terhadap budaya dan perkembangan ahli kelompok (Bahagian
A.2.c). Hal ini kerana sesetengah maklumat yang diberikan dalam amali lapangan ini tidak
bersesuaian dengan tahap perkembangan mereka. Sehubungan dengan itu, murid
mengambil masa untuk memahami maklumat yang diberikan dan menentukan kesesuaian
terhadap diri mereka. Oleh yang demikian, saya perlu merangka perancangan aktiviti yang
bersesuaian dengan tahap mereka dalam memberi penjelasan yang lebih mudah kepada
murid berkaitan keperluan perkembangan mereka. Justeru, perkhidmatan yang disediakan
dapat memenuhi keperluan dan proses berjalan secara lancar serta mencapai objektif atau
matlamat kelompok.

4.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, amali lapangan ini memberi pengetahuan baru tentang amalan
kaunseling yang sebenar dan praktikal dalam menyediakan diri menghadapi cabaran dunia
kaunseling sebenar. Dalam kontes ini juga, amali lapangan ini sangat membantu
meningkatkan kompetensi pengendalian sesi kelompok yang menerapkan etika kaunseling
yang perlu diamalkan secara telus dan murni. Sehubungan dengan itu, keberkesanan dalam
menerapkan elemen-elemen penting dalam etika ini mampu meningkatkan pengetahuan
dan profesionalisme dalam pengaplikasiannya kepada murid-murid sekolah rendah. Oleh itu,
amali ini memberi pembelajaran bermakna kepada saya dalam kemenjadian seorang GBK
yang berkualiti.
RUJUKAN

Bradley, L. J. dan Hendricks, C. B. (2008). Ethical decision making: Basic issues. The
Family Journal. 16, 261-263. doi: 10.1177/1066480708317728.

Fisher, C. B. (2003). Decoding Ethics Code. United States: Sage Publications.

Isaacs, M.L. and Stone, C. (1999). School Counselors and Confidentiality: Factors Affecting
Profesional Choices. Profesional School Counseling: ASCA, Vol. 2, Number 4, April
1999.

Lembaga Kaunselor Malaysia. (2011). Kod Etika Kaunselor Edisi Pertama. Putrajaya:
Penerbitan Lembaga Kaunselor.

Noriah Mohd. Ishak, Zuria Mahmud dan Amla Md. Salleh. (2003). Kesedaran perkembangan
hubungan dual di kalangan kaunselor: Satu Kajian Kes.

Nur Hasyimah Mat Rani. (2017). Pengaruh pengetahuan, kepercayaan dan orentasi prinsip
terhadap tingkah laku beretika dalam kalangan kaunselor di Malaysia. Tesis Ijazah
Doktor Falsafah. 1-20.
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68316/1/FPP%202018%202%20IR.pdf

Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof. (2002). Kaunseling Individu.
Petaling Jaya: Prentice Hall.

Anda mungkin juga menyukai