Anda di halaman 1dari 2

Kemahiran Mengenalpasti Masalah Pada peringkat ini, peranan yang dimainkan oleh kaunselor adalah membantu klien mengenali

masalah yang membawa dirinya menghadiri sesi ini. Dengan mengetahui pelbagai masalah yang dihadapi oleh klien akan memudahkan kaunselor menentukan langkah bagi membantu klien mengatasinya. Kaunselor boleh menggunakan pendekatan secara langsung seperti Inner Circle oleh lazarus (1998) sekiranya terdapat klien yang sukar hendak berkongsi pada peringkat awal. Kaunselor perlu memban tu klien meletakkan keutamaan ke atas masalah yang dikenal pasti. Klasifikasi Masalah Klien Terdapat pelbagai masalah yang dibawa oleh klien, bagi dikemukakan kepada seorang kaunselor. Kaunselor perlu sentiasa melengkapi dirinya dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan supaya dapat membantu klien menyelesaikan masalah mereka. Antara masalah yang seringkali dihadapi oleh klien adalah masalah psikologi 1. Masalah Psikologi a. Tekanan emosi b. Malu dan rendah diri terhadap rakan -rakan c. Iri hati terhadap kebahagiaan o rang lain d. Menjadi orang yang sangat sensitif e. Tiada tempat untuk meluahkan masalah f. Perasaan marah yang sukar dikawal g. Rasa diri tidak dihargai h. Perasaan kesunyian i. j. Kegagalan memenuhi impian individu lain Masalah hilang keyakinan diri

k. Masalah perhubungan dengan ibu-bapa mulai renggang l. Perhubungan dan komunikasi

m. Kenangan pahit yang mengganggu, dan lain -lain.

2. Masalah Akademik dan Pengurusan Diri a. Pengurusan masa b. Tekanan kerja rumah terlalu banyak dan kerja tertangguh c. Tidak bermotivasi untuk belajar d. Sering mengantuk dalam kelas e. Sibuk dengan aktiviti luar f. Berfikiran negatif dalam subjek akademik g. Perasaan benci pada guru.

3. Masalah pemikiran. a. Berfikiran negatif b. Ragu-ragu dalam tindakan yang bakal diambil c. Tidak yakin dengan kebolehan diri d. Tidak tahu bagaimana mahu membuat keputusan e. Terlalu bergantung kepada orang lain f. Terlalu mudah putus asa g. Tidak boleh terima kegagalan h. Terlalu inginkan kesempurnaan Contoh perbualan: Kaunselor : Baiklah berdasarkan permasalahan Alia tadi, iaitu Alia terlalu berterus-terang bermasalah. Jadi, dengan kawan-kawan yang menyebabkan Alia Alia perlu lebih berhati -hati dalam membuat

pendedahan kendiri, iaitu Alia perlu kemahiran pendedahan kendiri yang lebih bijak agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Klien : Saya bersetuju.

Anda mungkin juga menyukai