Anda di halaman 1dari 5

Kuiz Etika (Dipindah ke EDMODO)

1 Guru Bimbingan dan Kaunseling wajib mematuhi etika Bimbingan dan


Kaunseling semasa melaksanakan tugasnya.

Terangkan konsep etika Bimbingan dan Kaunseling.


Jawapan:

Etika boleh diertikan sebagai prinsip moral, nilai-nilai akhlak atau


sopan santun yang menjadi pegangan seseorang individu atau satu
kumpulan masyarakat. Etika juga merupakan garis panduan yang perlu
dipatuhi oleh para pengamal bidang tertentu seperti kaunselor, doktor dan
saintis. Dalam konteks Bimbingan dan Kaunseling, etika merujuk kepada
garis panduan yang perlu dipatuhi oleh seorang kaunselor.

2. Selain sebagai garis panduan, etika juga berfungsi sebagai peraturan-


peraturan yang perlu dipatuhi.

Huraikan sebab-sebab guru Bimbingan dan Kaunseling perlu mematuhi etika


berkenaan.

Jawapan:

Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat melaksanakan tugas


perkhidmatan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Lembaga
Kaunselor Malaysia. Di samping itu, nilai profesional seorang Guru
Bimbingan dan Kaunseling dapat diamalkan secara tekal semasa
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dijalankan.

3. Untuk menjadi Guru Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan, kod


etika perkhidmatan perlu dipatuhi dengan terperinci.

Kemukakan tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh Guru Bimbingan dan


Kaunseling dalam mematuhi Kod Etika Perkhidmatan Bimbingan dan
tersebut.

Jawapan:

Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu melaksanakan


perkhidmatan dengan penuh tanggungjawab dalam memberikan impak yang
diharapkan oleh klien. Amalan kaunseling yang beretika meningkatkan tahap
kepercayaan klien terhadap kaunselor. Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu
bersikap profesional dengan rakan sejawat yang lain. Tindakan susulan yang
sesuai perlu diambil terhadap sebarang salah laku GBK untuk menjaga
standard amalan kaunseling.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling profesional sentiasa mengamalkan


etika kaunselor demi menjamin keberkesanan dalam perkhidmatannya.

Buktikan kod etika perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat mengawal


piawaian pelaksanaan amalan kaunseling seorang guru bimbingan dan
kaunseling profesional.

Jawapan:

Kod Etika Bimbingan dan Kaunseling dapat melancarkan


pelaksanaan perkhidmatan melalui penekanan kepada fokus tanggungjawab
yang digariskan. Contohnya dalam aspek tanggungjawab kaunselor kepada
klien, kaunselor akan sedar dan faham limitasi serta hak klien dalam sesi.
Klien dan Guru Bimbingan dan Kaunseling berhak menamatkan sesi pada
bila-bila masa yang perlu dan dikehendaki. Dari segi tanggungjawab sesama
rakan kaunselor, Guru Bimbingan dan Kaunseling menyedari bahawa mereka
tidak boleh melakukan perkara-perkara yang menyalahi akta.

5. Kod Etika Kaunselor menekankan beberapa perkara


yang melibatkan kerahsiaan, hak klien dan hak kaunselor serta prosedur
yang wajib dipatuhi.

Berikan sebab utama Kod Etika Kaunselor adalah penting kepada Guru
Bimbingan dan Kaunseling.
Jawapan:

Perbincangan boleh termasuk jawapan yang dicadangkan di


bawah. Walau

bagaimanapun kualiti hendaklan dinilai berdasarkan kriteria yang digunakan

di dalam rubrik yang dilampirkan.

6. Seorang kaunselor berdaftar perlu sentiasa melaksanakan


perkhidmatannya dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

Perincikan cara-cara Kod Etika Kaunselor dapat mengawal pelaksanaan


perkhidmatan seorang Kaunselor Berdaftar.

Jawapan:
Kod Etika Kaunselor dapat mengawal piawaian pelaksanaan
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Guru Bimbingan dan Kaunseling
dapat melaksanakan kemahiran membantu klien mengikut prosedur yang
digariskan. Kerahsiaan klien perlu dijaga kerana Kaunselor boleh dikenakan
tindakan tatatertib sekiranya melanggar etika tersebut. Kaunselor juga perlu
memahami nilai privasi dalam menjalankan kajian dan melaksanakan
inventori intervensi.

7. Dalam menjalani sesi kaunseling, guru Bimbingan dan


Kaunseling perlu mewujudkan hubungan mesra dengan klien serta menjaga
hak kliennya.

Cerakinkan hak-hak klien semasa sesi kaunseling dijalankan.


Jawapan:

Berdasarkan kepada Kod Etika Kaunselor, klien mendapat hak


yang sewajarnya dalam dan luar sesi. Etika kerahsiaan, maruah dan
keselamatan klien dijaga dalam tempoh klien mendapatkan perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling . Kaunselor boleh didenda atau dikenakan
tindakan undang-undang sekiranya melakukan kesalahan. Tindakan ini
bergantung kepada keputusan pihak tataertib Lembaga Kaunselor Malaysia .
Klien berhak membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya rahsia klien
dibuka oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling. Guru Bimbingan dan
Kaunseling juga dilarang sama sekali memberi kecederaan dan mengganggu
emosi klien.

8. Terdapat beberapa limitasi dalam kaunseling yang perlu dijaga oleh


seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling profesional.

Berikan hujah limitasi yang perlu dijelaskan oleh kaunselor dalam satu sesi
kaunseling.

Jawapan:

Dalam satu sesi kaunseling, kaunselor perlu menjelaskan


limitasi dari segi masa, topik perbincangan dan kerahsiaan. Topik atau isu
yang dibincangkan bukan atas paksaan kaunselor tetapi atas kerelaan klien
sendiri.Sesi kaunseling hendaklah dijalankan dalam suasana yang kondusif
dan teraputik. Kedudukan atau ruang bilik yang tidak kondusif menyebabkan
klien kurang selesa seterusnya mengganggu kelancaran sesi.
9. Cikgu S merupakan seorang guru Bimbingan dan Kaunseling di sebuah
sekolah. Beliau menghadapi situasi pihak sekolah yang kurang jelas dengan
tugas dan peranan beliau sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam
seting sekolah.
Berikan justifikasi tentang tindakan yang boleh diambil oleh cikgu S
sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling terhadap organisasi dan
majikannya.
Jawapan:

Guru Bimbingan dan Kaunseling yang baik bertanggungjawab penuh


terhadap organisasi dan majikannya. Warga sekolah perlu diberi penjelasan
tentang peranan dan tanggungjawab yang dilaksanakan di sekolah
termasuklahsokongan akademik, keibubapaan, kerjaya, pencegahan, sesi
saunseling individu dan kelompok serta program-program pembangunan
sahsiah.

Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu melaporkan aktiviti yang dijalankan


sebagai makluman kepada guru-guru untuk cadangan intervensi berikutnya
sekiranya diperlukan. Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menjelaskan
program-program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun kepada majikan.
Satu anggaran perbelanjaan yang lengkap perlu disediakan supaya majikan
dapat membuat tindakan susulan yang wajar agar program yang
dilaksanakan dapat dijayakan.

Guru Bimbingan dan Kaunseling juga perlu melaporkan kepada majikan


sekiranya terdapat kes-kes yang melibatkan keselamatan klien. Hal ini
termasuk kes-kes kaunseling krisis yang memerlukan kaunselor bertindak
segera menghubungi majikan.

10. Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanggungjawab penuh atas


amanah yang diberikan kepadanya terhadap klien.

Bincangkan cara-cara Guru Bimbingan dan Kaunseling mewujudkan


hubungan dengan klien.
Jawapan:

GBKSM di sekolah haruslah mengutamakan kepentingan


klien, sama ada klien individu atau kelompok dan bukannya memperalatkan
klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual,
emosi dan sebagainya. Pengutamaan kepentingan klien tersebut adalah
tanggungjawab GBKSM untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling kepada mereka seperti sesi kaunseling individu atau kelompok,
bimbingan individu atau kelompok atau konsultasi.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada klien boleh diberikan dalam


bidang pembangunan diri iaitu menganjurkan program Latihan Dalam
Kumpulan (LDK) . GBKSM juga boleh menganjurkan program-program atau
aktiviti dalam bidang psikologi dan kesejahteraan mental untuk memberi input
kepada klien-klien tersebut mengenai kemahiran pengurusan tekanan,
kemahiran pengawalan diri, kemahiran penghargaan kendiri atau kemahiran
kerohanian dalam program bimbingan kelompok dan LDK. Mohd Zain
Kosnon et al (2014), mengatakan salah satu elemen yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah memperkembangkan potensi
secara menyeluruh dan bersepadu. Oleh itu, perkhidmatan ini adalah selaras
dengan elemen-elemen yang terkandung dalam FPK. Keperluan ini adalah
merupakan keperluan klien yang perlu diutamakan.

Anda mungkin juga menyukai