Anda di halaman 1dari 3

13.

Analisiskan halangan komunikasi silang budaya kaunselor dari


aspek bahasa,
ekonomi, sosial dan tingkahlaku.

Halangan Budaya bagi Komunikasi Silang


Budaya

(i) Bahasa atau mesej lisan


Perbezaan linguistik yang begitu ketara boleh menyulitkan sesuatu komunikasi.
Seringkali pula berlaku salah faham dan kekeliruan yang menimbulkan masalah.
Penggunaan suatu bahasa global yang diketahui ramai mungkin membantu tetapi masih
terhad sekiranya tahap penguasaan bahasa Inggeris antara komunikator jauh berbeza.

(ii) Bahasa atau mesej bukan lisan

Terdapat budaya bangsa tertentu yang kaya dengan bahasa bukan verbal.
Hanya bangsa itu sahaja mengamalkan bahasa verbal tersebut dan ini berbeza dengan
budaya bangsa yang lain. Dalam amalan yang biasa di Barat, mencium pipi wanita yang
tiada pertalian dianggap lazim sebagai cara menghormati tetamu. Masyarakat di Timur
khususnya di Jepun, kurang menggunakan sentuhan terutamanya antara lelaki dan
wanita. Malah, pandangan mata secara terus juga dianggap tidak sopan kerana tidak
merendah diri iaitu, asas utama dalam budaya komunikasi masyarakat Jepun. Berbeza
pula dengan budaya masyarakat Barat yang sekiranya seseorang itu tidak melakukan
pandangan mata beliau dianggap menyimpan muslihat dan menyangsikan.

(iii) Kesan etnosentrisme


Etnosentrisme adalah kecenderungan seseorang melihat bangsanya sendiri lebih
baik berbanding bangsa lain. Ketaksuban sebegini boleh menghalang komunikasi yang
positif kerana telah wujud pelbagai andaian negatif terhadap kelompok suatu bangsa
lain. Selain itu, individu yang etnosentrik akan cenderung bersifat angkuh dan tidak raguragu memperkecilkan suatu kelompok masyarakat yang lain. Ini sudah tentu tidak dapat
membantu menghasilkan satu komunikasi silang budaya yang berkesan.
(iv) Stereotaip
Stereotaip adalah kenyataan umum yang terbina melalui pemerhatian ciri yang
lazim terhadap sebilangan kecil kelompok suatu bangsa. Di Malaysia, wujud stereotaip
bahawa orang Melayu pemalas, orang Cina tamak dan orang India suka
memutarbelitkan fakta. Stereotaip menyediakan tafsiran psikologi yang negatif apabila
berhadapan dengan bangsa yang berbeza.

(v) Norma, resam dan tuntutan moral

Norma adalah panduan menjalankan kehidupan yang diterima secara


konvensional oleh segenap masyarakat. Kegiatan yang melanggari norma masyarakat
akan menerima risiko dikenakan hukuman undang-undang yang berat dan juga
didiskriminasikan oleh masyarakat setempat. Tingkah laku yang berasaskan adat resam
juga suatu yang diterima oleh segenap pengamal amalan tersebut khususnya bagi satusatu bangsa. Perbuatan yang menyimpang dari adat resam yang diamalkan dianggap
tidak menghormati amalan tradisi suatu bangsa. Sama juga halnya dengan tuntutan
moral. Setiap agama amat menitikberatkan pegangan moral penganutnya. Terdapat garis
panduan yang jelas tentang apa yang dianggap bermoral dan apa yang dianggap tidak
bermoral. Justeru melanggari tuntutan sedemikian, akan dengan mudah dilabel sebagai
tidak bermoral. Setiap aspek budaya ini sekiranya diabaikan akan menyebabkan
kedudukan sosial seseorang individu tergugat selain halangan terhadap komunikasi
yang berkesan.

http://transformasi-ummah.blogspot.my/2011/12/komunikasi-silangbudaya.html

HALANGAN DALAM KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA


3 sumber utama yang mengahalang kepada hubungan kaunseling :
a) Kaunselor :
- Bersikap prejudis (terima klien bersyarat)
- Ada kemahiran tetapi tidak dipraktikkan.
- Tidak menjaga etika.
b) Klien :
- Tidak ada kesediaan. Contohnya bagi klien yang dirujuk.
- Mempunyai stereotaip
- Susah nak percaya kaunselor.
c) Persekitaran :
- Tidak terapiutik
- Bilik kaunseling jauh
-Polisi yang wujud ( tidak dibenarkan menjalankan sesi semasa waktu P&P)
- Pandangan rakan sebaya.
# Lain-lain halangan
a) Bahasa dan komunikasi
- Verbal & non verbal
- Stail komunikasi
- Adab berinteraksi
b) Sikap dan Andaian
- Tanggapan awal
- Stereotaip
- Kebimbangan yang tinggi
- Kecenderungan menilai

# ciri-ciri umum kaunseling


- Klien bersikap terbuka
- aktif bersemuka satu sama satu
- Situasi kabur
- Berorientasikan satu bahasa
- Matlamat jangka panjang

http://lifelovemoment.blogspot.my/2014/01/subuh-nii-aku-ulang-kajikaunseling.html

Anda mungkin juga menyukai