Anda di halaman 1dari 31

UNIT 12

AKTA PENDIDIKAN 1996 DAN PERATURAN PENDIDIKAN


(Zaini Abdullah)

Objektif
1. Menerangkan pembentukan Akta Pendidikan 1996.
2. Menghuraikan perkara yang menjadi asas pembentukan Akta Pendidikan 1996.
3. Menganalisis kandungan Akta Pendidikan 1996.
4. Merumuskan implikasi Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di
Malaysia.
5. Menilai perkara-perkara yang telah diperundangkan dalam pendidikan menerusi Akta
Pendidikan 1996.

PERLEMBAGAAN

Ordinan PARLIMEN Kanun

AKTA 550

AKTA
Peraturan Pendidikan Peraturan Pendidikan
PENDIDIKAN
(Kurikulum & Bahan) (Institusi & Masyarakat)
1996
Kurikulum kebangsaan. Pendidikan khas.
Kurikulum pra sekolah. Institusi pendidikan swasta (disiplin
Penilaian & peperiksaan. murid).
Kurikulum kursus pengajian dan Pendaftaran institusi pendidikan.
program latihan di politeknik. Institusi pendidikan swasta
Peperiksaan dan penganugerahan (piawaian).
sijil/diploma politeknik. Institusi pendidikan swasta (iklan).
Kursus pengajian dan program Penerimaan masuk murid ke
latihan IPG. sekolah penyimpanan daftar dan
Peperiksaan, penilaian dan syarat bagi pengekalan murid
pensijilan IPG. belajar di sekolah.
Majalah sekolah & bahan Penggal, hari dan cuti sekolah.
multimedia. Persatuan Ibu BapaGuru (PIBG).

1
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

S emakin maju sesebuah negara, semakin rencam kehendak rakyatnya dan semakin rumit
aturan hidup masyarakatnya. Untuk menjadikan kehidupan yang harmoni dan seimbang
maka peraturan dalam sistem kehidupan bekerja dibentuk oleh pihak kerajaan. Hal ini
terkandung dalam dasar kerajaan dalam konteks kawalan, disiplin dan etika. Guru sebagai
penjawat awam juga tidak terkecuali apabila akta pendidikan, peraturan-peraturan dan
undang-undang dalam pendidikan dilaksanakan. Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) telah dibentuk untuk menjadi panduan kepada kaki tangan
perkhidmatan awam dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Setiap guru
yang bertindak selaku Pegawai Perkhidmatan Awam mestilah memahami sepenuhnya
Peraturan Kelakuan dan Tatatertib (1993) dan pindaan tahun 2002. Di samping itu Akta
Pendidikan 1996 mestilah difahami dan dihayati bagi mempastikan matlamat pendidikan
negara tercapai. Semua garis panduan yang diadakan bertujuan meningkatkan kualiti,
produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan kepada semua
aspek yang berkaitan dengan peraturan, undang-undang dan peradaban, peranan nilai dan
tingkahlaku profesional dalam masyarakat.

Latar Pembentukan Akta Pendidikan 1996


Pendidikan di Malaysia telah berkembang pesat dan mengalami perubahan untuk membawa
kepentingan negara pada peringkat global. Bagi terus memacu kepesatan perkembangan
pendidikan pada peringkat dunia maka Malaysia perlu ada acuannya yang tersendiri. Oleh itu
beberapa akta berkaitan dengan pendidikan telah dibentuk, termasuklah Akta Pendidikan
1996, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996
dan Akta Majlis Pendidikan Negara 1996 serta Akta Universlti dan Kolej Universiti
(Pindaan) 1996. Langkah mengimplementasikan akta-akta tersebut menunjukkan bahawa
sistem pendidikan negara semakin dipengaruhi dan tertakluk kepada undang-undang dengan
lebih khusus. Di samping itu, institusi pendidikan kebangsaan semakin dipengaruhi oleh satu
rangka perundangan yang berbentuk kompleks. Hal ini kerana mahkamah telah dihadapi
dengan kes seperti pengawalan kurikulum, disiplin, kuasa guru dan kecuaian.

Sebelum tahun 1996, undang-undang pendidikan di Malaysia adalah tertakluk kepada


terma dan syarat yang didapati dalam Akta Pelajaran 1961. Mukadimah Akta Pelajaran 1961
menegaskan bahawa matlamat utama Dasar Pendidikan Negara pada masa itu ialah untuk
menubuhkan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang boleh memenuhi keperluan negara
dan menggalakkan pembangunan ekonomi, sosio-budaya serta politik. Prinsip umum Akta
Pelajaran 1961 adalah selaras dengan Ordinan Pelajaran 1957 di mana akta tersebut
digunakan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan yang cekap. Pada masa yang sama,
pertimbangan juga diberi kepada kehendak ibubapa semasa akta tersebut dilaksanakan.
Peruntukan juga disediakan bagi memastikan dasar pendidikan yang telah digubal
dilaksanakan dengan berkesan.

Menjelang abad ke-21, era digital dan teknologi maklumat telah berkembang pesat dan
meluas dengan menyaksikan bidang tumpuan utama dalam pendidikan perlu diselaraskan
kepada teknologi dan orientasi pengeluaran serta pasaran. Suatu strategi pendidikan negara
yang baru dikehendaki untuk membantu melengkapkan individu dengan pengetahuan dan
kemahiran menghadapi cabaran baru contohnya lebuhraya maklumat, internet dan pengaruh
ruang siber. Selaras dengan perkembangan ini, peruntukan Akta 1961, Akta Pelajaran
(Pindaan) 1963, Perintah Akta Pelajaran (Perluasan ke Sarawak) 1975, dan Perintah Akta
2
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

Pelajaran (Perluasan ke Sabah) 1976 telah dikaji semula dan akhirnya dimansuhkan. Akta
tersebut telah digantikan oleh Akta Pendidikan 1996 (juga dikenali sebagai Akta 550).
Matlamatnya ialah untuk membantu mewujudkan satu sistem pendidikan negara yang baru
dan boleh menghadapi cabaran alaf baru. Pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 adalah
dilakukan selaras dengan aspirasi menghasilkan satu sistem pendidikan yang seragam dan
berteraskan prinsip pendemokrasian serta berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di
dalam RMK-7 (1996-2000) dinyatakan:
.. to increase the effectiveness of the education system and to strengthen the
regulatory framework, a new Act called the Education Act, 1996 was enacted.
Among others, the Act will strengthen the concept oj a national system oj
education by including all levels and types of education and bringing within its
ambit, pre-school, post-secondary and special education. At the primary and
secondary levels, public and private educational institutions will be required to
use thenational curriculum.

Di bahagian mukadimah dokumen Akta Pendidikan 1996 dinyatakan pentingnya


menitikberatkan ilmu sebagai penentu utama arah tujuan negara. Pemerolehan dan
penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai murni diakui membantu melengkapkan masyarakat
dengan kemahiran untuk menghadapi cabaran dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat
global. Peruntukan akta ini menegaskan bahawa kejayaan wawasan negara hanya dapat
dicapai melalui pendidikan. Satu pendekatan yang fleksibel diperkenalkan pada peringkat
sekolah rendah di mana tempoh masa persekolahan adalah di antara lima hingga tujuh tahun
(seksyen 29). Selain daripada itu, Akta Pendidikan 1996 juga telah menambahkan kuasa
Menteri Pendidikan seperti dalam tanggungjawab merangka peraturan-peraturan untuk
menyelia, mengawas dan mengawal tahap pendidikan. Peruntukan dalam Akta Pendidikan
1996 telah memperluaskan bidang tugas dan tanggungjawab Kementerian Pendidikan
terutama Menteri Pendidikan. Peranan yang dimainkan oleh Menteri Pendidikan dalam
berbagai bidang juga bertambah. Kuasa yang diberikan kepada Menteri Pendidikan juga telah
meningkat contoh dari segi menubuhkan lembaga pengelola (seksyen 54), membuat
peraturan yang mengadakan peruntukan untuk kuasa, fungsi dan kewajipan Pengarah
Peperiksaan [seksyen 68(f)], dan membuat peraturan bagi pengawasan, pengawalseliaan dan
pengawalan institusi pendidikan swasta (seksyen 76). Pembentukan undang-undang
merupakan hak mutlak kerajaan di mana kelulusan sesuatu undang-undang adalah tertakluk
kepada kelulusan daripada Parlimen.

Sebaliknya, polisi dan undang-undang khususnya undang-undang pendidikan adalah


diimplementasikan oleh Menteri Pendidikan. Beliau bertanggungjawab memastikan bahawa
pembangunan pendidikan adalah selaras dengan Dasar Nasional. Setiap tindakan yang
diambil adalah berasaskan keputusan yang ditentukan oleh Kabinet. Oleh sebab itu,
tingkahlaku Menteri bukan seperti yang telah dinyatakan oleh Nice (1986) sebagai free
standing nism acting on the education system of his own motion as a free agent. Perundingan
di antara beberapa kumpulan pakar dengan koordinasi tertentu sebelum sesuatu tindakan
diambil. Ia memerlukan satu tempoh masa yang panjang dan komitmen yang tinggi.
Rundingan dan kordinasi antara individu dalam melaksanakan dasar pendidikan bermakna
pendapat bahawa sesuatu jabatan kerajaan tidak rnengetahui apa yang dirancangkan oleh
jabatan yang lain adalah tidak munasabah.

3
Akta Pendidikan & Peraturan Pendidikan

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA


Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR

Tel: 03-
2586900
Fax: 03-2535150
KP (BS) 8591/Jld. XIV (5)
25 Mac 1998

Semua Ketua Bahagian


Kementerian Pendidikan Malaysia

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1998:


Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Pendidikan
1996

Adalah dimaklumkan bahawa Akta Pendidikan 1996 telah berkuatkuasa mulai daripada 31
Disember 1997. Dengan berkuatkuasanya Akta ini, maka Akta Pelajaran 1961 telah
dimansuhkan pada tarikh yang sama.

2. Sehubungan dengan penguatkuasaan Akta Pendidikan 1996, maka beberapa


Peraturan-peraturan baru telah digubal dan dikuatkuasakan mulai daripada I Januari 1998.
Peraturan-peraturan tersebut adalah seperti berikut:

2.1 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah) 1997;


2.2 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Peperiksaan dan Penganugerahan
Sijil/Diploma Politeknik) 1997;
2.3 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan)
(Maktab Pendidikan Guru) 1997;
2.4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kursus Pengajian dan Program Latihan)
(Maktab Pendidikan Guru) 1997;
2.5 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kursus Pengajian dan Program
Latihan Di Politeknik) 1997;
2.6 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997;
2.7 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997;
2.8 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997;
2.9 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) (Pindaan) 1998;
dan
2.10 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendaftaran Institusi Pendidikan) 1997.

4
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

3. Peraturan-Peraturan di bawah Akta Pelajaran 1961 dan ordinan-ordinan sebelumnya


yang tidak diliputi oleh peraturan-peraturan baru di bawah Akta Pendidikan 1996 adalah
masih terpakai sehingga selesai disemak dan dimansuhkan. Pemansuhan
peraturanperaturan yang lama ini dan penguatkuasaan peraturan-peraturan yang
menggantikannya akan dimaklumkan kelak.

4. Semua Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian, Pejabat


Pendidikan Daerah, institusi pendidikan dan sekolah adalah dinasihatkan untuk
memperolehi Akta dan Peraturan-peraturan ini.

5. Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996


seperti yang dinyatakan di atas boleh dipesan atau dibeli daripada Percetakan Nasional
Malaysia Berhad (PNMB). Alamat syarikat tersebut dan cawangan-cawangannya adalah
seperti di lampirkan.

6. Kandungan Pekeliling ini hendaklah dimaklumkan oleh Bahagian/Jabatan Pendidikan


Negeri kepada semua Pejabat Pendidikan Bahagian, Pejabat Pendidikan Daerah, institusi
pendidikan dan sekolah.

Sekian. Terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATUK MATNOR DAIM


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus


Timbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn


Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
8. Setiausaha Agung Majlis Peperiksaan Malaysia
9. Ketua Nazir Sekolah
10. Penasihat Undang-Undang
11. Pegawai Perhubungan Awam

5
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

Asas Pembentukan Akta Pendidikan 1996

Rajah 12.1: Asas pembentukan Akta 1996

Akta Pendidikan Pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta
Pelajaran 1961. Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini ialah ke arah memantapkan sistem
pendidikan kebangasaan untuk generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita
negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu
tinggi dan bertaraf dunia. Walaupun Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang
baru, ia menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia
berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas Dasar
Pendidikan Kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang
masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan undang-undang ini (Akta
Pendidikan 1996) ialah untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan
mengenai pendidikan. Sambil mengambilkira aspirasi semua kaum di dalam masyarakat
majmuk di Malaysia, Akta Pendidikan 1996 memperkenalkan banyak peruntukan perundagan
(Legislative provision) baru untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dan
memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan 2020. Dalam pada itu juga, beberapa peruntukan
Akta Pelajaran 1961 yang tidak relevan telah digugurkan. Telah dikatakan bahawa Laporan
Razak boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan
yang telah digunakan. Ciri-ciri penting dalam pendidikan kebangsaan itu ialah:
Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama .
Hasrat untuk membentuk satu Sistem Pendidikan Kebangsaan bagi semua kaum.
Untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua pelajar di negara
ini.
Untuk menjadi kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling tanah air dengan
mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya.

6
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

Laporan Razak 1956


Laporan Razak (Penyata Razak) mempunyai 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat
akhirnya membentuk satu Sistem Pendidikan Kebangsaan. Di antara perkara utama yang
diperkatakan ialah:
Aliran sekolah kebangsaan
Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama
Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan
menengah.
Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa
pengantar.
Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama.
Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR),
Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir
Persekutuan ditubuhkan.
Sistem pendidikan yang terdapat di dalam Penyata Razak (1956) ini kemudiannya telah
disesuaikan dan dimurnikan lagi oleh Abdul Rahman Talib dan laporan yang dihasilkan
dikenali sebagai Laporan Talib (1960) yang seterusnya menjadi Akta Pelajaran 1961.

Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran 1961


Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak (1956) yang
dikenali dengan Laporan Rahman Talib (1960) ialah:
Sekolah kebangsaan
Pendidikan akhlak dititikberatkan.
Murid naik darjah secara automatik
Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma
Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.
Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang.
Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah
Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka
jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga,
Sains Pertanian dan Perdagangan. Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini
untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk
mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang
Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan
perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat
sukar untuk menyatukan mereka. Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula
laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua
Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya
berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

7
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

Laporan Hussein Onn (1971)


Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Hussein Onn yang menjadi Mentei Pelajaran ketika
itu.Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara
ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam
lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu,
Inggeris, Cina dan Tamil. Ketika itu, di sekolah-sekola kerajaan dan bantuan kerajaan masih
dijalankan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Menurut laporan ini:
"Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi keperluan
negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial. Ekonomi dan
politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa
Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai baasa pengantar di
sekolah-sekolah aliran Inggeris.

Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem


pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara.
Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat
penting dan penguasaan bahasa itu boleh mempertingkatkan pembangunan negara.
Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh kerana
kepentingannya dalam pendidikan tinggi ddan perdagangan dan juga hal-
ehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi
menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa mengajar bahasa Inggeris
ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik. Bahasa
Inggeris terus menjadi bahasa kedua.

Laporan Jawatankuasa Kabinet/ Laporan Mahathir (1985)


Pada bulan september 1974, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet yang
dipengerusikan oleh Dr, Mahathir Mohamad. Laporan ini bertujuan:
Untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem
pendidikan yang diamalkan sekarang, dengan tujuan memastikan
keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan
jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan ini
memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu,
berdisiplin dan terlatih.

Tujuan laporan ini adalah sama dengan apa yang didapati dalam laporan Hussein Onn (1971).
Matlamat utama tidak lain dan tidak bukan untuk menyatupadukan rakyat seperti yang
terdapat dalam Akta Pendidikan 1961. Sebagai langkah utama alat perpaduan ialah
pendidikan. Input penting dalam pendidikan ini ialah bahasa. Oleh itu aspek bahasa telah
diberi penekanan. Dalam Laporan ini matlamat pendidikan bahasa Malaysia (Bahasa Melayu)
sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk menyatukan rakyat mestilah
lengkap dan jelas supaya guru-guru mendapat gambaran yang sebenar sebagai panduan
pengajaran harian mereka. Dalam laporan ini kursus bahasa Malaysia dalam perkhidmatan
kepada guru-guru harus dikaji semula dan penilaian terhadap keupayaan mereka yang telah
mengikuti kursus tersebut harus dijalankan secepat mungkin. Kedudukan bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua tetap dijamin. Ada dua tujuan bahasa Inggeris diajar di institusi
pendidikan pada waktu itu: (i) untuk membolehkan murid-murid menggunakan bahasa
tersebut dalam kerja dan aktivitinya. (ii) untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
mereka untuk digunakan bagi tujuan pendidikan tinggi.

8
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

Rumusan Akta Pendidikan 1996


Diluluskan Parlimen pada 15 Julai 1996.
Mendapat perkenan oleh DYMM Agong.
Diwartakan pada 1 Ogos 1996 sebagai Akta 550.
Akta 550 kemudiannya dikenali Akta Pendidikan 1996
Akta 550 dipinda bagi menggantikan Akta Pelajaran 1961.
Akta 550 dibahagikan kepada 16 bahagian dengan 156 seksyen.
Pada pendahuluan Akta 550 ada menyatakan kepentingan dan hala tuju pendidikan.
Inti pati kandungan dalam Akta 550 berasaskan perakuan-perakuan dalam Laporan
Jawatan-kuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979).

Kandungan Akta Pendidikan 1996 & Peraturan-Peraturan Yang Berkaitan


Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) mengandungi peraturan-peraturan khusus mengikut seksyen
130, menteri berkuasa membuat peraturan-peraturan pendidikan berikut;
i. Pendidikan khas.
ii. Persatuan sekolah.
iii. Kurikulum pra sekolah.
iv. Kurikulum kebangsaan.
v. Penilaian & peperiksaan.
vi. Penggal, hari dan cuti sekolah.
vii. Pendaftaran institusi pendidikan.
viii. Institusi pendidikan swasta (iklan).
ix. Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG).
x. Majalah sekolah & bahan multimedia.
xi. Institusi pendidikan swasta (piawaian).
xii. Peperiksaan, penilaian dan pensijilan IPG.
xiii. Kursus pengajian dan program latihan IPG.
xiv. Institusi pendidikan swasta (disiplin murid).
xv. Peperiksaan dan penganugerahan sijil/diploma politeknik.
xvi. Kurikulum kursus pengajian dan program latihan di politeknik.
xvii. Penerimaan masuk murid ke sekolah penyimpanan daftar dan syarat bagi
pengekalan murid belajar di sekolah.

Dasar Konseptual Akta Pendidikan


Undang-undang yang berkait rapat dengan pendidikan pada zaman pemerintahan Inggeris
adalah mempunyai ciri-ciri jurisprudens berbentuk positivists. Latarbelakang ini telah
menjadi asas pembentukan dasar konseptual Akta Pendidikan. Tumpuan utama Akta
Pendidikan ialah untuk membangunkan sistem pendidikan awam di mana sebuah jabatan
pendidikan dibentuk untuk mencapai matlamat itu (Ramsay dan Shorten, 1996).
Perkernbangan pendidikan pada abad seterusnya mewujudkan satu sistem birokrasi yang
berpusat. Pada peringkat ini, Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan diberikan
kuasa dan kebebasan yang Iuas. Jurisprudens positivists abad ke sembilan belas sehingga
pertengahan abad kedua puluh) hanya memberikan perhatian yang sedikit kepada hak
ibubapa atau kanak-kanak.

9
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

Perlantikan Pendidikan Dalam Sistem Pentadbiran


Pendidikan Di Bawah Akta Pelajaran 1961.
Di bawah Akta 1961, sistem pentadbiran pendidikan tradisonal telah dikelolakan dan
dianggotai oleh beberapa pegawai pelajaran utama contohnya Ketua Pegawai Pelajaran,
Ketua Pendaftar Sekolah, Ketua Pendaftar Guru dan Ketua Nazir Sekolah. Kuasa telah
diberikan kepada DYMM Yang di Pertuan Agong untuk melantik pegawai yang
bertanggungjawab menguruskan Sistem Pentadbiran Pendidikan Negara. Pemusatan kuasa ini
dapat diperhatikan dalam seksyen 3 Akta 1961 yang mengatakan bahawa seorang Ketua
Pegawai Pelajaran akan dilantik oleh Yang di Pertuan Agong bagi setiap negeri atau mana-
mana tempat yang ditetapkan oleh Menteri Pelajaran. Peranan yang dimainkan oleh DYMM
Yang di Pertuan Agong pada masa itu adalah lebih signifikan memandangkan bahawa sistem
perkhidmatan pelajaran pada masa itu masih di peringkat yang muda. Faktor sejarah juga
memainkan satu pengaruh sebab perlantikan dalam perkhidmatan awam tradisonal adalah di
bawah bidang kuasa DYMM Yang di Pertuan Agong.

Peruntukan seksyen 4 (1) Akta 1961 juga memberikan kuasa kepada DYMM Yang di
Pertuan Agong untuk melantik seorang Ketua Pendaftar Sekolah dan Penolong Ketua
Pendaftar Sekolah. Walau bagaimanapun, Menteri Pelajaran diberikan kuasa untuk melantik
Pendaftar Sekolah bagi setiap negeri apabila diperlukan. Kawalan Menteri dikatakan
berbentuk administrative control sahaja. Di samping itu, seksyen 5 Akta 1961 menegaskan
bahawa DYMM Yang di Pertuan Agong diberikan kuasa untuk melantik seorang Ketua
Pendaftar Guru dan Penolong Ketua Pendaftar Guru. Di peringkat negeri, Menteri Pelajaran
boleh melantik seorang Pendaftar Guru [seksyen 6 (2)]. Kuasa untuk melantik seorang Ketua
Nazir Sekolah untuk seluruh Persekutuan tidak diperuntukkan kepada Menteri Pelajaran
[seksyen 6 (1)]. Walau bagaimanapun, beliau boleh melantik Nazir Sekolah apabila
diperlukan [seksyen 6 (2)] dan Nazir Sekolah Tempatan [seksyen 7 (1)]. Menurut seksyen 8
Akta Pelajaran 1961, Pengawal Peperiksaan dilantik oleh DYMM Yang di Pertuan Agong.
Kuasa DYMM Yang di Pertuan Agong adalah luas dan ia merangkumi pembentukan
peraturan berkaitan dengan pihak berkuasa pendidikan tempatan (seksyen 111), gaji dan skim
tabung provident (seksyen 117), serta peraturan mengenai penerbitan, sindiket peperiksaan,
bantuan, dan yuran (seksyen 118).

Perubahan Dalam Sistem Perlantikan Dan Pentadbiran


Pendidikan Di Bawah Akta Pendidikan 1996
Penstrukturan semula sistem pendidikan negara telah membawa perubahan dalam
perundangan yang berkait dengan pendidikan. Reformasi pendidikan juga menghasilkan
perubahan dalam kuasa yang diberikan kepada Menteri Pendidikan. Struktur dan sistem
pentabiran pendidikan telah berubah dengan Akta Pendidikan 1996. Satu perubahan spesifik
ialah peningkatan dalam pemusatan kawalan beberapa aspek penting dalam sistem tersebut
contohnya dari segi perlantikan Pentadbir Pendidikan Utama. Gelaran baru yang diberikan
kepada pentadbir pendidikan termasuk Ketua Pengarah Pendidikan, Pengarah Pendidikan
Negeri, Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru, Ketua Nazir Sekolah dan Pengarah Peperiksaan.
Struktur dan organisasi bam mencerminkan usaha dan langkah untuk menghasilkan sistem
pendidikan yang berkualiti tinggi selaras dengan cita-cita untuk meliberalisasikan dan
mendemokrasikan sistem pendidikan. Usaha ini hampir sama dengan apa yang berlaku di

10
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

negara England dan Wales di rnana Akta Pendidikan yang diperkenalkan oleh Butler pada
tahun 1944 tidak lagi mengekalkan struktur tradisonal. Perkembangan signifikan yang
didapati dengan pelaksanaan Akta Pendidikan 1993 di England dan Wales ialah perubahan
dalam konsep kerjasarna di antara pihak berkuasa pusat dan tempatan. Pengurusan dan
pentadbiran sistem pendidikan di kedua-dua negara itu kini lebih berbentuk kawalan berpusat
di mana Setiausaha Negeri untuk Pendidikan dan Sains (Setiausaha Negeri)
bertanggungjawab melaksanakan dasar pendidikan kebangsaan (Harris, 1995). Pada masa ini,
undang-undang pendidikan yang dibentuk telah menambahkaan kuasa Setiausaha Negeri di
negara England dan Wales. Walau bagaimanapun, kuasa itu hanya digunakan melalui
bantuan yang diberikan oleh agensi yang dilantik oleh kerajaan. Contoh dua agensi ialah
Majlis Tabung Pendidikan Lanjutan yang dibentuk melalui Akta Pendidikan Tinggi dan
Lanjutan 1992 dan lembaga tabung pendidikan untuk sekolah yang ditubuhkan melalui Akta
Pendidikan 1993.

Pengaruh yang rapat di antara undang-undang dan pendidikan telah meningkatkan


kesedaran mengenai kepentingan akauntabiliti dalam persediaan perkhidmatan pendidikan.
Pendidikan sebagai satu cara untuk menguasai ilmu dan kemahiran dianggap jentera
signifikan mewujudkan masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Isu
yang timbul ialah siapakah yang harus diberikan tanggungjawab yang lebih terhadap sistem
pendidikan? Siapakah yang perlu menjadi lebih akauntabiliti? Muir (1986) berpendapat
bahawa ramai individu khuatir dengan isu tersebut contoh para pendidik, ibu bapa dan
pentadbir. Tanggungjawab Menteri Pendidikan terhadap pembangunan sistem pendidikan
kebangsaan telah ditambah di bawah Akta Pendidikan 1996. Selaras dengan itu, lebih banyak
kuasa telah diberikan kepada Menteri Pendidikan. Akta tersebut cenderung memusatkan
kuasa kepada Menteri Pendidikan. Keadaan ini adalah hampir sarna dengan negara United
Kingdom di mana Setiausaha Negeri dilaporkan telah memperolehi lebih daripada dua ratus
jenis kuasa yang berbeza di bawah Akta Reforrnasi Pendidikan 1988. Dengan berbagai jenis
kuasa yang diberikan, peranan yang dimainkan oleh Jabatan Pendidikan di United Kingdom
dalam mentadbirkan sistem pendidikan telah bertambah. Satu faktor yang menyebabkan
keadaan ini ialah akibat peningkatan dalam bilangan sekolah jenis grant maintained. Bidang
kuasa Setiausaha Negeri mengalami pertambahan lebih lagi apabila Akta Pendidikan 1993
untuk England dan Wales dilaksanakan. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas
hati dalam kalangan pihak tertentu sebab objektif Akta Pendidikan 1993 di negara England
dan Wales adalah rnenuju ke arah pemusatan kuasa.

Di Malaysia, seksyen 3(1) Akta Pendidikan 1996 telah memberikan kuasa kepada
DYMM Yang di Pertuan Agong untuk melantik seorang Ketua Pengarah Pendidikan. Kuasa
tersebut tertakluk kepada satu syarat iaitu Ketua Pengarah Pendidikan mesti dipilih daripada
kalangan pegawai dalam perkhidmatan pendidikan. Ciri signifikan ini adalah sesuai sebab
keputusan memasukkan syarat ini memberikan peluang kepada Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan untuk naik pangkat. Seksyen 3(2) menegaskan bahawa Ketua Pengarah
mernpunyai kuasa dan menjalankan tugas mengikut Akta Pendidikn 1996. Beliau menasihat
Menteri Pendidikan mengenai hal berkaitan dengan pendidikan. Peruntukan dalam seksyen
4(1) memberikan kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk melantik Pengarah Pendidikan
Negeri, Pegawai Pendidikan Daerah dan Pegawai Pendidikan yang lain. Kuasa yang luas dan
kebebasan untuk bertindak mengikut pertimbangan diri merupakan dua dari yang khusus. Ia
adalah hampir sama dengan ciri yang telah dilaporkan oleh Ramsay dan Shorten 1996:9)
dalam kes Australian Teachers' Union menentang Minister for Education of Victoria (1995)
di mana kuasa itu telah dihuraikan sebagai an obscure blend 0/ specific enabling powers and
11
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

ministerial discretion. Seksyen 4 Akta 1996 menyatakan seperti berikut: Maka hendaklah ada
bagi setiap negeri atau bagi mana-mana kawasan lain di dalam Malaysia yang ditentukan oleh
Menteri, seorang Pengarah Pendidikan; dan bagi setiap daerah atau bagi mana-mana kawasan
lain di dalam sesuatu negeri yang ditentukan oleh Menteri, seorang Pegawai Pendidikan yang
dinamakan sedemikian bagi maksud Akta ini, yang dilantik oleh Menteri di samping itu,
perlantikan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru adalah dalam termasuk dalam bidang kuasa
Menteri Pendidikan, seksyen (1).

Walau bagaimanapun, seksyen 5(2) rnengatakan bahawa Menteri boleh melantik


seorang Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru. Di peringkat negeri, syarat tersebut
adalah tidak sama dari segi perlantikan Pendaftar Sekolah dan Guru di mana seksyen 5 (2)
menegaskan bahawa Menteri hendaklah melantik seorang Pendaftar Sekolah dan Guru bagi
setiap negeri, dan boleh melantik apa-apa bilangan Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong
Pendaftar Guru yang difikirkan perlu bagi maksud Akta tersebut. Jawatan Ketua Nazir
Sekolah dan Nazir Sekolah adalah dihuraikan dalam seksyen 6. Perlantikan Ketua Nazir
Sekolah, seksyen 6 (1) dan Nazir-Nazir Sekolah, seksyen 6 (2) adalah merupakan
tanggungjawab Menteri Pendidikan. Fungsi Nazir Sekolah ialah untuk mengawal kualiti
perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh pihak sekolah, melaporkan mutu pendidikan
yang dicapai kepada Menteri, pengurusan sumber-sumber sekolah secara berkesan, dan
perkembangan menyeluruh pelajar dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Tambahan
juga, perlantikan Pengarah Peperiksaan adalah tanggungjawab Menteri. Beliau boleh
melantik pegawai-pegawai yang lain untuk bertindak di bawah arahan dan kawalan am
Pengarah Peperiksaan

Selain daripada itu, Menteri Pendidikan diberikan kuasa untuk mengeluarkan arahan
am dan arahan khas. Menurut seksyen 8, Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi
seseorang pegawai yang dilantik di bawah bahagian itu arahan-arahan yang bersifat am.
Kuasa tersebut adalah terhad dan tertakluk kepada dua syarat. Pertama, arahan am yang
dikeluarkan mesti konsisten dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996. Arahan itu
merangkumi penjalanan kuasa, budi bicara yang diberikan kepada pegawai, kewajipan-
kewajipan yang perlu ditunaikan oleh pegawai di bawah Akta dan peraturan-peraturan yang
dibuat di bawah Akta. Ia juga melibatkan segala hal berkenaan dengan Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Apabila syarat-syarat itu telah dipatuhi, maka pegawai itu hendaklah
melaksanakan tiap-tiap arahan yang dikeluarkan. Peruntukan dalam seksyen 9 menegaskan
bahawa kuasa Menteri Pendidikan untuk mengeluarkan arahan khas di mana beliau boleh dari
semasa ke semasa memberi (a) pengelola atau mana-mana angota suatu lembaga yang
dilantik di bawah subseksyen 61(1), atau peker]a atau guru besar, sesuatu institusi
pendidikan; dan (b) anggota Lembaga Pusat yang ditubuhkan di bawah seksyen 92 Akta
pelajaran 1961, arahan-arahan, yang tidak konsisten dengan peruntukan Akta ini dan
peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, berhubungan dengan apa-apa perkara
yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah Akta ini, dan
pengelola, anggota, pekerja atau guru besar itu hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan
sedemikian.

12
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

Implikasi Akta Pendidikan 1996: Perbandingan Dengan Akta Pelajaran


1961
Jadual 12.1: Perbandingan implikasi Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996

Sistem Pendidikan Kebangsaan


Landasan Dan Wawasan Pendidikan
Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Falsafah pendidikan tidak Dasar pendidikan dibentuk berlandaskan Falsafah Pendidikan
didokumenkan dan tidak Kebangsaan (FPK) mengarah kepada hasrat Wawasan 2020 dan ini
jelas. Dasar Pelajaran dijelaskan seperti berikut:
Kebangsaan untuk
BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama
menyatukan kaum di
arah tujuan Negara dan penyelamat bangsa;
Malaysia mengikut Penyata
Razak yang menjadi asas DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk
kepada Akta Pelajaran 1961: membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan
nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi
"Tujuan Dasar Pelajaran di serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains,
dalam negeri ini ialah teknologi dan maklumat:
bermaksud hendak DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting
menyatukan budak-budak dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf
daripada semua bangsa di negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan
dalam negeri ini dengan sosial dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan
menggunakan bahasa suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik:
kebangsaan sebagai bahasa
pengantar yang besar, DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah
walapun perkara ini tiada berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan
dapat dilaksanakan dengan seperti berikut:
serta-merta melainkan "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
hendaklah diperbuat dengan lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
beransur-ansur." (Penyata bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
Razak, Perenggan 12) dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berkhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara":
DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atas akan
dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang
memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar
utama, kurikulum kebangsaan dan peperiksaan yang sama;
pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif
skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta
memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial,
ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara:
DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi
ia selaras dengan dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang
cekap selagi ia tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak
munasabah, untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid
harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing:
13
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT


UNDANG-UNDANG oleh seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan
Rakyat yang bersidang dalam Parlimen.

Sistem Pendidikan Kebangsaan Di Semua Peringkat


Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996 telah memperjelaskan tentang Sistem
menyebut bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Pendidikan Kebangsaan "Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada:
hanyalah meliputi sekolah pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah,
atau institusi pendidikan pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi (tetapi tidak
kerajaan atau bantuan sahaja. termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat).
"For the purpose of this act, ( Bahagian IV, Bab 1, seksyen 15)
the stages of statutory
education system shall be as
follws:primary education;
lower secondary education;
upper secondary education;
education in the educational
institutions referred to in
paragraph (a) to (d) o f
section 25. (Edu Act 1961,
Sec.19)

Kategori Sekolah
Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Akta Pelajaran 1961, sekolah Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan institusi pendidikan
dibahagikan kepada dua dibahagi kepada tiga kategori untuk lebih memudahkan pentadbiran
kategori iaitu bantuan penuh khususnya berkaitan dengan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
(termasuk kerajaan dan bukan Maka hendaklah ada tiga kategori institusi pendidikan dalam
milik kerajaan) dan swasta. Sistem Pendidikan Kebangsaan iaitu; institusi pendidikan kerajaan,
institusi pendidikan bantuan kerajaan dan institusi pendidikan
swasta.
(Bahagian IV, Bab 1, seksyen 16)

Kedudukan Bahasa Kebangsaan


Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Dalam Akta Pelajaran 1961 Dalam Akta Pandidikan 1996 dijelaskan kedudukan Bahasa
Bahasa Kebangsaan adalah Kebangsaan (yakni bahasa Melayu sebagaimana yang diperuntukkan
bahasa pengantar sekolah dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan) sebagai bahasa
kebangsaan dan sekolah pengantar utama di semua sekolah atau institusi kecuali di Sekolah
menengah kebangsaan sahaja. Jenis Kebangsaan atau lain-lain sekolah yang diberi pengecualian. Di
sini soal bahasa telah diperkukuhkan.
(1) Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar
utama di semua institusi pendidikan kecuali sekolah jenis
kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana
institusi lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen
ini
(Bahagian IV, Bab 1, seksyen 17(1))

14
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

Bahasa Kebangsaan Sebagai Mata Pelajaran Wajib


Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Akta Pelajaran 1961, Bahasa Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan Bahasa Kebangsaan
kebangsaan adalah wajib bagi sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah.
sekolah-sekolah yang dibiayai Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan
oleh kerajaan dan bantuan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa
kerajaan sahaja. kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di
intitusi pendidikan itu. (Bahagian IV, Bab 1,
seksyen 17(2))

Kurikulum Kebangsaan
Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Dalam Akta Pelajaran 1961, Akta Pendidikan 1996, memperuntukkan kurikulum kebangsaan
tiada langsung peruntukan. (kurikulum yang ditetapkan) hendaklah digunakan oleh semua
sekolah.
(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenli
sebagai Kurikulum Kebangsaan yang tertakluk kepada subseksyen
(3), hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem
pendidikan Kebangsaan.

(2) Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen


(1)hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh
persekolahan masing-masing dan hendaklah termasuk mata
pelajaran teras yang dinyatakan dan apa-apa mata pelajaran lain
yang dinyatakan.

(3) Dalam hal sekolah swasta, subseksyen (1) hendaklah disifatkan


telah dipatuhi jika mata teras Kurikulum Kebangsaan yang
dinyatakan diajarkan di sekolah itu.

(4) Menteri boleh dari masa ke semasa melalui perintah yang


disiarkan dalam warta menambah, meminda atau mengubahnya.
(Bahagian IV, Bab 1, seksyen 18)

Peperiksaan Awam
Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Akta Pelajaran 1961 pula Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan semua sekolah
tiada peruntukan diberi. menyediakan murid untuk peperiksaan awam, melainkan yang
dikecualikan.
"Tiap-tiap sekolah hendaklah menyediakan murid-muridnya bagi
peperiksaan yang ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini atau mana-
mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini melainkan jika
dikecualikan selainnya oleh atau di bawah Akta ini.
(Bahagian IV, Bab 1, seksyen 19)

15
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

Pendidikan Prasekolah
Menubuh Dan Menyenggara Tadika
Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Akta Pelajaran 1961, perkara Akta Pendidikan 1996, memberi kuasa kepada menteri untuk
ini tidak begitu jelas. menubuh dan menyenggara tadika. Seksyen ini perlu untuk
membolehkan kementerian mengadakan kemudahan prasekolah
kepada kanak-kanak khususnya masyarakat luar bandar dan
berpendapatan rendah.
"Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta ini menubuh dan
menyenggarakan tadika. (Bahagian IV, Bab 2, seksyen
21)

Kurikulum Untuk Tadika


Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Akta Pelajaran 1961, garis Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan garis panduan kurikulum
panduan ini tidak wajib untuk tadika bagi menyelaraskan pendidikan di peringkat tersebut
digunakan bagi semua tadika. dan wajib digunakan oleh semua tadika.
Program dan kegiatan tiap-tiap tadika hendaklah berasaskan garis
panduan kurikulum untuk tadika yang diluluskan oleh Menteri.
(Bahagian IV, Bab 2, seksyen 21)

Bahasa Pengantar Di Tadika


Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Akta Pelajaran 1961, tidak Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan garis panduan penggunaan
dinyatakan dengan jelas. bahasa pengantar yang wajib digunakan oleh semua tadika.
Bahasa-bahasa selain daripada bahasa kebangsaan boleh
digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu
tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan,
bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran
wajib.
(Bahagian IV, Bab 2, seksyen 23)

Pendidikan Rendah
Tempoh Pendidikan Rendah
Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Dalam Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996 menyebut dengan jelas bahawa tempoh
tempoh pendidikan rendah pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7 tahun. Dengan adanya
adalah 6 tahun peruntukan ini, dapat menampung keperluan murid cerdas, sederhana
dan lembab. Dalam akta ini tempohnya agak ketat.
"Sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan yang
ditubuhkan di bawah Akta ini hendaklah mengadakan kursus
pendidikan rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun
tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh lima hingga tujuh
tahun.
(Bahagian IV, Bab 4, seksyen 29)

"National primary school", or Sekolah kebangsaan, means a fully-


assited primary school providing a six-year course of primary
edducation appropriate for children between the ages of six and
eleven years;" (Education Act 1961, Sec.2)

16
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

Jenis Sekolah Rendah


Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Dalam Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996 menyebut dengan jelas dua jenis sekolah
rendah iaitu sekola kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.
Sekolah kebangsaan ertinya sekolah rendah kerajaan atau sekolah
rendah bantuan kerajaan: (a) yang menyediakan pendidikan rendah
yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun. (b) yang
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
(c) yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib.
(d) di mana kemudahan bagi bahasa Cina, bahasa Tamil dan
bahasa-bahasa kaum asli.
(Bahagian 1, seksyen 2)

Sekolah jenis kebangsaan ertinya sekolah rendah kerajaan atau


sekolah rendah bantuan kerajaan: (a) yang menyediakan pendidikan
rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun. (b) yang
menggunakan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar
utama. (c) yang menjadikan bahasa kebangsaan dan Inggeris
sebagai mata pelajaran wajib. (Bahagian 1,
seksyen 2)

Pengajaran Bahasa Cina Dan Bahasa Tamil


Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Akta Pendidikan 1961, bahasa Dalam seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan
Cina dan bahasa Tamil boleh pengajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan
diajar dengan dua syarat: ada dan Sekolah Menengah Kebangsaan boleh diadakan dengan satu
permintaan dari 15 orang ibu syarat: jika ada permintaan 15 orang ibu bapa atau lebih. Dengan ini
bapa; jika didapati munasabah lebih mudah mengadakan kemudahan bagi pengajaran bahasa Cina
dan praktik. dan bahasa Tamil.

Bahasa Kaum Asli


Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Tidak diperuntukkan. Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan pengajaran bahasa
kaum asli dengan dua syarat:
Bahasa-bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika didapati
munasabah dan praktik berbuat sedemikian dan jika ibu bapa
sekurang-kurangnya 15 orang murid di sekolah itu memintanya.
(Bahagian 1, seksyen 2)
Melalui peruntukan ini, telah memberi pengiktirafan kepada bahasa
kaum Bumiputera untuk diperkembangkan.

Pendidikan Menengah
Kewajipan Mengadakan, Menubuhkan dan Penyenggaraan Pendidikan Menengah
Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Dalam Akta Pelajaran 1961, Akta Pendidikan 1996, memperuntukkan pendidikan menengah di
Sekolah Menengah Kebangsaan,
(1) Hendaklah menjadi kewajipan menteri untuk mengadakan
pendidikan menengah di sekolah menengah kebangsaan yang
berikut: (a) sekolah menengah akademik. (b) sekolah menengah
teknik. (c) sekolah menengah daripada apa-apa perihal lain yang
ditentukan oleh Menteri dari masa ke semasa

17
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

(2 ) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, menteri boleh


mengadakan pendidikan menengah atas di mana-mana sekolah
menengah kebangsaan. (Bahagian IV, Bab
4, seksyen 30)
(3) Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan mana-mana
sekolah yang diperihalkan dalam seksyen 30. (Bahagian IV, Bab 4,
seksyen 31)

Kelas Peralihan
Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Dalam Akta Pelajaran 1961, Seksyen 32, Akta Pendidikan 1996, memperuntukkan menteri boleh
megadakan kelas peraliha di mana-mana sekolah menengah
akademik.

Pendidikan Lepas Menengah


Pendidikan Lepas Menengah
Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Dalam Akta Pelajaran 1961, Akta Pendidikan 1996, memperuntukkan pendidikan lepas menengah
tiada peruntukan yang jelas di sekolah menengah kebangsaan, kolej atau mana-mana institusi
tentang pendidikan lepas pendidikan lain. Melalui seksyen ini boleh menampung dengan jelas
menengah. kelas tingkatan 6, kelas matrikulasi dan sebagainya.
Menteri boleh mengadakan pendidikan lepas menengah di (a)
sekolah menengah kebangsaan yang dinyatakan dalam seksyen
30(1a & 1b) . (b) maktab-maktab. (c) mana-mana sekolah menengah
kebangsaan atau institusi pendidikan lain yang ditubuhkan dan
disenggarakan di bawah akta ini. (Bahagian
IV, Bab 4, seksyen 33)

Pendidikan Teknik Dan Politeknik


Pendidikan Teknik Di Sekolah Menengah Kebangsaan
Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Dalam Akta Pelajaran 1961, Akta Pendidikan 1996, seksyen 35, membolehkan menteri
tiada peruntukan berkenaan mengadakan pendidikan teknik di mana-mana sekolah menengah
dengan perkara ini kebangsaan yang dinyatakan dalam seksyen 30 dan institusi
pendidikan lain. Pendidikan teknik menyediakan (a) latihan
kemahiran. (b) latihan khusus yang berhubung dengan pekerjaan
tertentu. (c) latihan meningkatkan kemahiran sedia ada. (d) latihan
teknik atau vokasional yang diluluskan.

Politeknik Boleh Mengadakan Kerjasama


Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Dalam Akta Pelajaran 1961, Akta Pendidikan 1996, seksyen 37, membolehkan politeknik
tiada peruntukan berkenaan mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi,
dengan perkara ini perbadanan atau organisasi perindustrian. Manakala seksyen 38
membolehkan politeknik mengadakan kursus pengajian atau program
latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain kelayakan dengan mana-
mana universiti atau institusi pendidikan lain. Seksyen 37 dan 38 ini
amat diperlukan untuk memenuhi keperluan pembangunan tenaga
manusia, berteraskan matematik, sains dan teknologi serta informasi.
Dengan ini Wawasan 2020 akan menjadi kenyataan dan selaras
dengan itu juga akan lahirnya sebagai sebuah negara maju setanding
dengan negara-negara maju yang lain.

18
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

Pendidikan Khas
Mengadakan Pendidikan Khas
Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Dalam Akta Pelajaran 1961, Selaras dengan sebuah negara yang mahu mewujudkan masyarakat
perkara ini tidak jelas. penyayang, maka dalam Akta Pendidikan 1996 telah diperuntukkan
dalam seksyen 40, yang membolehkan menteri mengadakan
pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah
atau menengah.

Tempoh Dan Kurikulum Pendidikan Khas


Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Dalam Akta Pelajaran 1961, (1) Menteri boleh menetapkan:
perkara ini tidak jelas. (b) Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai
dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas.
(c) Kurikulum yang hendak digunakan berhubung dengan
pendidikan khas.
(d) Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan
kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap
kategori pendidikan khas.
(e) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh menteri
suaimanfaat atau perlu bagi Bab ini.

(2) Tempoh yang ditetapkan oleh menteri di bawah 1(a) tidak boleh
kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah atau
menengah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang
diperuntukkan di bawah Akta ini.

(3) Kurikulum yang ditetapkan di bawah 1 (b) hendaklah mematuhi


kehendak kurikulum kebangsaan setakat yang munasabah dan
praktik.
(Bahagian IV, Bab 8, seksyen 41)

Pendidikan Guru
Peruntukan Tentang Kursus Pengajian Dan Peringkat Pengajian
Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Dalam Akta Pelajaran 1961, Melalui seksyen 47 (1), membolehkan maktab perguruan (maktab
peruntukan mengenai pendidikan) mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil
pendidikan guru adalah dan mengadakan program kerjasama dengan universiti atau institusi
terlalu umum. pendidikan tinggi lain. Melalui seksyen ini, selaras dengan hasrat
untuk mempertingkatkan kualiti tenaga pengajar, di sekolah-sekolah.
Khususnya hendak memupuk kepada pengeluaran guru-guru sains,
matematik dan IT yang lebih banyak selaras dengan kehendak dan
perkembangan negara dengan menubuhkan sekolah bestari dan
perkembangan teknologi maklumat yang menjadi sebahagian dari
unsur kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara khususnya
Malaysia.

19
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

Pengajaran Agama Islam


Pengajaran Pendidikan Agama Islam
Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Akta Pelajaran 1961 Dalam Seksyen 50, Akta Pendidikan 1996, memperuntukkan supaya
menyebut Pendidikan Islam Pendidikan Islam wajib diajar di semua sekolah termasuk sekolah
diwajibkan apabila terdapat swasta bila terdapat 5 atau lebih murid Islam selama tempoh
15 orang atau lebih murid di sekurang-kurangnya 2 jam seminggu dalam waktu pengajaran biasa.
sekolah kerajaan dan bantuan Ini amat penting untuk syiar dan nilai-nilai murni yang sejagat.
kerajaan sahaja.

Pengajaran Pengetahuan Agama Selain dari Agama Islam


Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Akta Pelajaran 1961, Tidak Dalam Seksyen 51, Akta Pendidikan 1996, memperuntukkan supaya
dinyatakan dengan jelas. pengelola institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh mengadakan
pengajaran bagi agama selian daripada agama Islam untuk murid
institusi pendidikan itu atau mana-mana daripada mereka tetapi:
(a) Pengadaan sedemikian tidak boleh dibiayai dengan wang yang
diperuntukkan oleh Parlimen.
(b) Tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain daripada
agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapa.

Larangan Pengendalian Peperiksaan


Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Tiada diperuntukkan dalam Seksyen 69, Akta Pendidikan 1996 mengkehendaki semua pihak
Akta Pelajaran 1961. yang menganjurkan peperiksaan awam mendapatkan kebenaran dari
Pengarah Peperiksaan. Tujuan seksyen ini ialah untuk mengesan
peperiksaan yang dijalankan oleh pihak luar dan melindungi calon-
calon dari tertipu dan mendapat sijil-sijil atau apa-apa anugerah yang
tidak diiktiraf oleh kerajaan.

Lembaga Pengelola Sekolah


Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Dalam Akta Pelajaran 1961, Peruntukan dalam seksyen 62, Akta Pendidikan 1996 , membolehkan
semua kategori sekolah Lembaga pengelola sekolah kerajaan yang tidak berfungsi lagi
termasuk sekolah kerajaan dimansuhkan kecuali bagi sekolah Jenis Kebangsaan dan sekolah-
perlu menubuhkan lembaga sekolah tertentu. Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
pengelola. Kerajaan dikekalkan atas permintaan mereka. Lembaga Pengelola
Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta memang dikekalkan
kerana masih diperlukan.

Program "Twinning" Dan "Lingkage"


Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Dalam Akta Pelajaran 1961, Dalam seksyen 77 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan
tiada peruntukan tentang bahawa isntitusi pendidikan swasta yang menjalankan program
perkara ini. "twinning" dan "lingkage" hendaklah mendapat kebenaran bertulis
dari menteri terlebih dahulu. Tujuan seksyen, untuk mengawal
institusi-institusi pendidikan tinggi swasta yang sedang pesat
menjalankan program "twinning" dan lingkage", selain dari pada
memudahkan ke arah Malaysia sebagai "Centre of Education
Excellence".

20
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

Kuasa Untuk Menyiasat


Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Dalam Akta Pelajaran 1991, Seksyen 136, memberi kuasa kepada Pendaftar untuk menyiasat,
tiada peruntukan.Perkara ini seksyen 137 kuasa untuk masuk tanpa waran, seksyen 138
merupakan satu pembaharuan memulakan dan mejalankan pendakwaan serta kuasa untuk
untuk memudahkan mengkompaun kesalahan. Dalam ketiga-tiga seksyen ini, Ketua
penyiasatan dan tindakan Pendaftar atau seorang pegawai awam yang diberi kuasa bagi
diambil kepada mereka yang maksud itu secara bertulis oleh Ketua Pendaftar atau seorang
melanggar akta ini. pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor
mempunyai kuasa dalam ketiga-tiga perkara dalam ketiga-tiga
sekyen tadi. Seksyen-seksyen ini akan membolehkan Pendaftar
Besar bertindak dengan lebih cepat dan berkesan terhadap pihak-
pihak yang melakukan kesalahan bagi mengawal kepentingan
masyarakat pengguna.

Implikasi Akta Pendidikan 1996 Terhadap Falsafah dan Dasar Pendidikan


Akta pendidikan 1996 merupakan satu kesinambungan daripada akta terdahulu iaitu Akta
Pendidikan 1961, sebagai sebuah akta untuk melihatkan negara yang memunyai masyarakat
majmuk hidup bersatu padu di bawah satu bumbung demokrasi melalui perlembagaan yang
telah dibuat sebegitu rupa. Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-
centristic" yang masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman "Cultural
pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil
perhatian dari semasa ke semasa. Unutk mewujudkan proses pemasyarakatan ini, Pendidikan
adalah merupakan satu mekanisma terpenting. Mendaulatkan satu bahasa sebagai bahasa
kebangsaan untuk semua kaum adalah termasuk dalam ciri ini. Sebagai sebuah negara yang
mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih untuk
menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara. Dalam soal ini sepanjang tempoh
negara kita merdeka sampai ke hari perkara ini sentiasa diambil perhatian. Melalui Akta
Pendidikan 1996 dengan jelas telah menyentuh tentang perkara ini. Kesan dari tinggalan
penjajahan British dahulu merupakan amat payah untuk kita selesaikan, kerana masyarakat
Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk dengan sengaja oleh British untuk kepentingan politik
mereka. Dasar pecah dan perintah yang dijalankan itu, menyebabkan pemimpin-pemimpin
negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk mencapai perpaduan. Dalam
aspek ini, adalah diharapkan semoga melalui Akta Pendidikan 1996 dapat membaiki dan
memantapkan perpaduan semua kaum di negara kita.

Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Penyata
Razak dan Rahman Talib dulu telah menampakkan kejayaan. Walaupun tidak sepenuhnya.
Dengan cara menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah, jelas
bahawa hasrat kerajaan adalah untuk menyatukan kaum dengan menggunakan bahasa Melayu
dan satu bentuk kurikulum yang sama. Ekoran dari Akta Pendidikan 1961, telah lahirnya
Universiti Kebangsaan Malaysia (1971) yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di peringkat pengajian tinggi. Hal ini telah menampakkan bahasa Melayu bukan
sahaja dijadikan bahasa untuk pembinaan pemuafakatan tetapi juga sebagai bahasa ilmu.
Menjelang tahun 1983, semua kursus di institusi pengajian tinggi (sastera, Sains,
Kejuruteraan, Perubatan, Undang-undang dan sebagainya) yelah mula diajar dalam bahasa
Melayu kecuali beberapa kursus yang dilonggarkan penggunaan bahasa pengantar itu. Hal ini
kerana semua pelajar yang memasuki universiti-universiti selepas itu adalah daripada aliran
21
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

Melayu. Perkara ini berlaku adalah hasil kesinambungan dari Akta Pendidikan 1961 dan
berdasarkan Laporan Tun Hussein Onn (1971). Berikut adalah kronologi kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa di sekolah-sekolah:
i. Bahasa pengantar Darjah Satu.
ii. Bahasa pengantar Tingkatan Satu.
iii. Bahasa pengantar Tingkatan Enam aliran sains.
iv. Bahasa pengantar Tingkatan Enam aliran sastera.
v. Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan.
vi. Bahasa pengantar jurusan sastera tahun satu di university.
vii. Bahasa pengantar semua kursus pada peringkat universiti.
viii. Merupakan mata pelajaran wajib di sekolah rendah dan menengah.
ix. Semua sekolah Inggeris ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan.
Perkembangan pendidikan berlaku seiring dengan perkembangan negara. Pendedahan dan
tuntutan terhadap sains dan teknologi dan globlisasi menyebabkan pendidikan dan kurikulum
perlu berkembang selari untuk memenuhi guna tenaga dan dan melahirkan masyarakt yang
berilmu pengatahuan serta berketerampilan. Sehubungan itu, beberapa sekolah yang berfokus
mengembangkan potensi khas para pelajar dibina seperti sekolah teknik dan vokasional,
sekolah sukan dan sekolah seni.

Malaysia kini telah mula melangkah ke tahap yang lebih maju dan mencabar, dari
negara pertanian ke industri dan sedang menuju ke negara maju berteraskan teknologi yang
memerlukan kepakaran dan kecanggihan yang tersendiri. Oleh itu amat sesuai dengan adanya
peruntukan-peruntukan tertentu yang menyentuh berkenaan dengan insititusi yang berbentuk
teknik dan vokasional, kedudukan maktab perguruan, universiti dan sebagainya. Kesemuanya
diberikan peranan dan kuasa-kuasa tertentu untuk meningkatkan mutu pendidikan negara
sesuai dengan hasrat dan falasafah pendidikan negara kita. Melalui Akta Pendidikan 1996,
bukan lagi hanya mahu melihat dalam aspek perpaduan semata-mata tetapi merupakan satu
akta yang berupa agenda negara yang perlu ditunaikan kerana bukan sahaja ke arah memupuk
masyarakat bersatu padu, tetapi turut menjadikan masyarakat Malaysia yang penyayang dan
berakhlak mulia. Sehubungan itu wujudnya sekolah-sekolah khas seperti yang telah
dinyatakan dalam akta tersebut. Dengan memberi peruntukan-peruntukan tertentu terhadap
institusi pendidikan kita, maka akan lahirlah masyarakat yang serba maju dan serba boleh.
Untuk pengisian agenda negara bukanlah mudah seperti yang termaktub dalam Akta
Pendidikan ini, tetapi memerlukan kajian dari semasa ke semasa agar ia tetap sesuai. Jika
terdapat mana-mana kandungan yang tidak sesuai dalam akta ini, perlu diperbetulkan
mengikut kesesuaian.

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib 1993;


Pindaan 2002)
Peraturan-peraturan ini dinamakan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) pindaan 2002 dan mula dikuatkuasakan pada 20 Jun 2001. Tujuan utama
peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkahidmatan Awan amnya.
Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam
yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat membaiki tingkahlaku mereka
pada masa hadapan dan pada masa yang sama menjadi panduan dan pengajaran kepada orang
lain. Peraturan tatatertib yang digunakan adalah terkandung dalam Peraturan-Perturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang kemudiannya telah dibuat pindaan pada
22
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

tahun 2002. Peraturan ini mengandungi peraturan yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan
oleh seorang pegawai awam. Pelanggaran terhadap sebarang peraturan yang ditetapkan akan
membolehkan tindakan tatatertib di ambil terhadap penjawat awam tersebut. Dalam
menjalankan tugas, pegawai dibekalkan dengan kuasa. Kuasa tersebut mestilah dikawal bagi
mengelakkan penyelewengan, menyalahgunakan kuasa atau kepentingan peribadi dan supaya
reputasi perkhidmatan awam tidak terjejas. Peraturan ini juga dilaksanakan untuk memelihara
tingkahlaku dan mengelakkan keraguan masyarakat terhadap kejujuran dan kesungguhan
penjawat awam dalam melaksanakan tugas mereka. Rasional pelaksanaan Peraturan
Tatatertib:
i. Memelihara imej dan reputasi perkhidmatan awam.
ii. Pegawai yang bersalah perlu diberi pengajaran/hukuman.
iii. Meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan diri sendiri.
iv. Mempastikan penjawat awam melaksanakan tugasnya dengan cekap, amanah dan
bertanggungjawab.

Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kelakuan Dan Tatatertib


Peraturan-peraturan yang ada sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa bagi memastikan
semua pegawai awam memahaminya. Ketua Jabatan turut diingatkan supaya memastikan
semua pegawai dan anggota bawahannya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan tersebut.
Peraturan yang berkuatkuasa, beserta amaran di mana sekiranya berlaku pelaanggaran
tatatertib tindakan tegas boleh diambil. Semua kes pelanggaran tatatertib yang dirujuk kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah diselesaikan dalam tempoh 6
bulan dari tarikh kes dirujuk.Kesalahan-Kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh
penjawat awam menurut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993
(P.U.A.246). Antara perkara yang termasuk dalam peraturan tersebut adalah seperti yang
berikut:
Hukuman Tindakan Tatatertib Peraturan 3A:Penjawat awam wajib mematuhi
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan tindakan tatatertib boleh dikenakan
kepada pegawai yang engkar.
Peraturan 3B: Seorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang
diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (P.U.A.176) melibatkan
perlantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan.
Peraturan 3C: Menjadi tanggungjawab kepada mana-mana pegawai awam untuk
menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan
mengambil tindakan yang sesuai dengan segera terhadap mana-mana pegawai yang
melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan tersebut. Pegawai yang gagal
menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal mengambil tindakan terhadap
pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peraturan-peraturan disifatkan
sebagai cuai dan tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Peraturan 4(1): Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat
setianya kepada Yang di Pertuan Agong, negara dan kerajaan semasa yang
memerintah. Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan
kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh kepada undang-undang serta
berusaha untuk berbakti kepada negara. Antara contoh pelanggaran peraturan 4(1):
i. Membocorkan rahsia kerajaan.
ii. Menjadi anggota jemaah islamiah.
iii. Bersubahat dengan musuh negara.
23
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

iv. Menyertai kesatuan militan Malaysia.


v. Memburuk serta memperkecil dasar dan tindakan kerajaan.

Perkara-Perkara Yang Tidak Dibenarkan Penjawat Awam Lakukan


[Peraturan 4(2)]

Perkara Yang Tidak Dibenarkan Contoh


Membelakangkan tugas awamnya Memberikan markah lulus yang tinggi kepada murid dan
demi kepentingan peribadi. sebagai balasan meminta bayaran.
Berkelakuan dengan sedemikian cara Menguruskan tender/sebut harga sedangkan pegawai
yang mungkin menyebabkan mengetahui ada di antara mereka yang mengemukakannya
kepentingan peribadinya bercanggah adalah kalangan saudara sendiri.
dengan tugas awamnya.
Berkelakuan dengan apa-apa cara Menggunakan kakitangan/alat/barang jabatan untuk hal-hal
yang mungkin menyebabkan syak persendirian.
yang munasabah
Seseorang pegawai tidak boleh Penyalahgunaan dadah, berjudi, minum arak, kesalahan
berkelakuan dengan cara yang boleh jenayah/ syariah, kesusahan hutang, menerima keraian yang
memburukkan/ mencemarkan nama ada hubungan rasmi dan gangguan seksual.
baik perkhidmatan awam
Seseorang pegawai tidak boleh tidak Gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai secara
cekap atau kurang berusaha teratur. Penjawat awam juga tidak boleh tiada inisiatif untuk
menyelesaikan urusan kerja dengan seberapa segera.
Seseorang pegawai tidak boleh tidak Menggunakan wang tabung amanah untuk kegunaan sendiri.
jujur atau tidak amanah Membuat pembayaran tanpa menyemak kerja-kerja yang
diarahkan. Tidak mengisytiharkan harta dan pelaburan yang
dimiliki.
Seseorang pegawai tidak boleh tidak Menghasut kakitangan supaya jangan tertalu berusaha dalam
bertanggungjawab menjalankan tugas. Tidak boleh menjalankan tugas tanpa
menghiraukan implikasi terhadap jabatan/ kerajaan. Tidak
boleh mengambil cuti rehat disaat perkhidmatannya
diperlukan. Keluar untuk urusan peribadi ketika waktu kerja.
Membawa atau cuba membawa apa- Menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung
apa bentuk pengaruh atau tekanan dengan atau terhadap perkhidmatan sama ada tuntutan itu
luar tuntutan sendiri atau pegawai lain. Meminta orang kenamaan
mempengaruhi lembaga kenaikan pangkat.
Membantah atau melawan pegawai Membawa keluar fail tanpa kebenaran bertulis Ketua jabatan.
atasan Tidak boleh keluar negara tanpa kelulusan KSU.
Cuai dalam melaksanakan tugas. Cuai memastikan barang-barang yang dibeli dimasukkan ke
dalam inventori. Menghilangkan harta kerajaan. Cuai menjaga
keselamatan pelajar ketika di bawah penyeliaannya.

24
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

Berikut ialah perkara dan jenis larangan yang penjawat awam ditegah sama sekali
(mandatori) dari melakukannya sama ada secara langsung ataupun tidak secara langsung:

Peraturan Jenis Penjelasan


Larangan
4A Gangguan Cubaan merapati atau meminta layanan seks secara lisan, bertulis,
Seksual gambar dan sebagainya. Menyebabkan seseorang yang waras
tersinggung, terhina atau terugut. Contoh: Bercerita/ jenaka/ isyarat
berunsur lucah & menyentuh anggota sensitif badan. Memberi cadangan
bahawa layanan seks akan diberi ganjaran. Menunjuk/mempamer/
mengedar alat-alat/ bahan-bahan/ gambar-gambar lucah. Meraba,
mencubit, menepuk atau menyentuh secara seksual.
5 Pekerjaan luar Penjawat awam tidak boleh membuat kerja luar kecuali:
i. Dibenarkan oleh Ketua Jabatan dianggap tugas rasmi.
ii. Bagi faedah diri/saudara mara/badan yang bukan mencari
keuntungan dengan kebenaran Ketua Jabatan.
Kebenaran tertakluk kepada syarat-syarat yang mesti dipatuhi:
i. Diluar waktu pejabat/ tugas rasmi.
ii. Tidak menjejaskan kebergunaannya sebagai penjawat awam.
iii. Tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam.
Contoh:
Memandu teksi selepas waktu pejabat tanpa kebenaran.
Berniaga pasar malam, pengawal keselamatan dan sebagainya
tanpa kebenaran
6 Pakaian Penjawat awam tidak boleh berpakaian yang tidak kemas, selekeh dan
tidak memenuhi etika berpakaian pegawai awam.
Contoh, memakai singlet, baju-T (tanpa kolar), memakai sarong,
berseluar pendek, berselipar dan sebagainya.
7 Menyalahguna Menagih, menghisap, mengguna dan mengedar dadah (ganja, heroin,
dadah morfin dan sebagainya). Pegawai ditamatkan perkhidmatan atas
kepentingan awam (Peraturan 49).
8 Hadiah Seorang penjawat awam dilarang memberi/menerima hadiah, jika:
i. Ada kena mengena dengan pelaksanaan tugas.
ii. Bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud
hadiah.
Seorang penjawat awam perlu mendapatkan kebenaran Ketua Jabatan
(KSU/KP) jika:
i. Pegawai meragui tentang bentuk, amaun dan nilai hadiah.
ii. Menerima hadiah sukar ditolak.
Ketua jabatan boleh memberi kebenaran jika:
i. Pegawai menerima surat pujian sempena persaraan/ pertukaran.
(Jangan yang mahal).
ii. Pungutan spontan oleh pegawai bagi maksud hadiah sempena
persaraan, pertukaran, perkahwinan dan seumpamanya.
9 Menerima/ Seseorang penjawat awam tidak boleh menerima/memberi keraian
memberi keraian sekiranya keraian itu dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas
Aktarasmi
Pendidikan
kerana 1996 & Peraturan
bercanggah Pendidikan
peraturan 4. Contoh: Kontraktor meraikan
Ketua Jabatan yang menjadi ahli lembaga tender seperti (keraian =
belanja makan, penginapan di hotel, tambang percutian dan lain-lain)
11 Menyenggara Seseorang penjawat awam tidak boleh menyenggara taraf hidup
taraf hidup melebihi emolument/pendapatan yang sah. Selain itu pegawai tidak
melebihi boleh memiliki sumber kewangan/ harta yang tidak seimbang atau tidak
emolumen rasmi munasabah dengan emolumen/ pendapatan yang sah. Contoh: Pegawai
25
memiliki kereta mewah dan rumah mewah yang diketahui bukan dari
pusaka dan sumber lain.
12 Meminjam Seorang penjawat awam tidak boleh meminjam wang/menjadi penjamin
wang/ menjadi kepada mana-mana orang yang: i) Tertakluk kepada kuasa rasminya. ii)
penjamin Ada urusan rasmi dengannya. iii) Tinggal/ memiliki tanah/menjalankan
perniagaan dalam kawasan kuasa rasmi. iv) Menjalankan perniagaan
memberi pinjam wang boleh pinjam daripada:
Bank (bercagar/overdraf).
Syarikat insuran (cagaran polisi).
Syarikat kerjasama (termasuk kerajaan).
Syarikat meminjam (Akta syarikat meminjam 1969 perjanjian sewa
beli dengan syarat:
- Institusi itu tidak secara langsung di bawah kuasa rasminya.
- Jangan bawa skandal awam/menggunakan kedudukan awam.
- Agregat hutang tidak menyebabkan keberhutangan kewangan
yang serius.
13 Keterhutangan Seseorang pegawai tidak boleh mempunyai tanggungan hutang yang
kewangan yang menyebabkan kesulitan kewangan yang serius seperti:
serius i. Aggregat hutang/tanggungan tak bercagar melebihi 10 kali
emolumen bulanannya kecuali pinjaman pendidikan.
ii. Penghutang penghakiman (judgement debtor) dan tidak dijelaskan
dalam tempoh 1 bulan.
iii. Bankrupsi atau pemakan gaji insolvent.
Contoh: Penjamin yang gagal membayar hutang peminjam dalam
tempoh 1 bulan dari perintah mahkamah. Selain itu peminjam diisytihar
bankrap oleh mahkamah dan gaji dipegang dan diurus oleh Amanah
Raya. Gaji tidak mencukupi untuk melepaskan tanggungan.
15 Meminjamkan Penjawat awam juga tidak boleh meminjamkan wang dengan
wang dengan mengenakan faedah/ bunga.
bunga
16 Penglibatan Penjawat awam tidak boleh terlibat dalam pasaran niaga hadapan
dalam pasaran sebagai pembeli atau penjual dalam pasaran tempatan atau luar negara.
hadapan Contoh pasaran komoditi dan pasaran hadapan.
17 Refel dan loteri Seorang penjawat awam tidak boleh mengadakan refel atau loteri harta
persendiriannya. Contoh: Menggunakan harta persendirian untuk refel
atau loteri.
18 Penerbitan buku Seorang penjawat awam tidak boleh menerbit atau menulis
berdasarkan buku/makalah/ karya lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat.
maklumat Contohnya menulis, menerbit buku dengan menggunakan maklumat
terperingkat rasmi terperingkat (rahsia besar, rahsia dan sulit)
19 Pernyataan Seorang penjawat awam tidak boleh membuat pernyataan awam kecuali
Awam mendapat kebenaran menteri yang berkenaan. Contoh: Memberi
ceramah yang memburukkan pentadbiran kerajaan semasa dan membuat
ulasan/penjelasan mengenai sesuatu peristiwa tanpa kebenaran menteri.
20 Penyuntingan Seorang penjawat awam tidak boleh menjadi penyunting
akhbar /majalah/ akhbar/majalah/jurnal Contoh: Penyunting bagi akhbar harian atau
jurnal akhbar parti politik. Kekecualian diberi kepada penerbitan jabatan,
professional, pertubuhan NGO dengan kelulusan bertulis dari Ketua
jabatan.
21 Kegiatan politik Seseorang penjawat awam dilarang mengambil bahagian dalam parti
politik atau membuka lambang parti politik.
i. Merayu undi.
ii. Bertanding apa-apa jawatan.
26
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

iii. Memegang apa-apa jawatan.


iv. Agen pilihanraya tempat mengundi.
v. Menerbit, mengedar buku/artikel/risalah mengenai politik.
vi. Membuat pernyataan menyebelahi mana-mana parti politik.
22 Mean membawa Seorang penjawat awam yang mahu membawa seseuatu kes menurut
perbicaraan undang-undang atau mendapatkan bantuan guaman mesti mendapat
kebenaran Ketua Jabatan. Contoh: Tanpa kebenaran Ketua Jabatan,
seorang pegawai melantik peguam untuk perbicaraan mahkamah yang
kesnya berkaitan dengan tugas rasmi.
23 Tidak hadir Seorang penjawat awam tidak boleh tidak hadir bertugas tanpa cuti atau
bertugas tanpa tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah bagi apa-apa juga
kebenaran/ tempoh masa pada masa dan di tempat pegawai itu dikehendaki
bersebab yang bertugas.
munasabah Contoh: Pegawai hilang selepas mengketik kad perakam waktu pada
waktu pagi kemudian muncul pada waktu petang untuk mengketik masa
balik dan tidak patuh waktu berperingkat.

Berdasarkan keterangan, jelaslah bahawa Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan


Tatatertib) perlu dipatuhi. Peraturan tersebut merupakan satu sistem kawalan disiplin dalam
bentuk pembentulan, penghukuman dan langkah-langkah peningkatan disiplin. Keberhasilan
peraturan tersebut bergantung kepada komitmen dan kesungguhan semua pihak yang
berkenaan bagi melaksanakannya supaya tahap keberkesanan yang maksimum dapat dicapai.
Kepatuhan dan penghayatan tatalaku ini diharapkan dapat:
i. menghalang penyelewengan.
ii. menghindar perbuatan rasuah.
iii. mewujudkan perkhidmatan yang menepati slogan Bersih, Cekap dan Amanah.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) tersebut bukanlah bertujuan
semata-mata untuk menghukum sahaja tetapi lebih kepada pencegahan, peringatan dan
pengajaran.

27
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

Mengelakkan dari berlakunya


amalan-amalan yang melanggar
peraturan-peraturan tersebut.

PENCEGAHAN

PERINGATAN PENGAJARAN

Tindakan yang
Mengingatkan para dikenakan untuk
pegawai agar dijadikan iktibar
sentiasa berwaspada dan panduan
dalam melaksanakan kepada pegawai
tugas dan yang terlibat dan
tanggungjawab yang pihak-pihak lain
diamanahkan. agar perkaran yang
sama tidak
berulang.

Rajah 12.2: Tujuan peraturan tatatertib.

Rumusan
Akta Pelajaran 1961 yang dibentuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan adalah sesuai
pada waktu itu untuk memberi tumpuan terhadap usaha menyatupadukan kaum. Peredaran
masa menyebabkan Akta tersebut perlu diolah semula mengikut kehendak dan aspirasi
pendidikan semasa. Lantaran itulah lahirnya Akta Pendidikan 1996 yang lebih komprehensif,
holistik dan dapat mencapai cita-cita negara pada masa kini, yang mahu menjadikan
pendidikan sebagai asas pembangunan modal insan dan negara. Walaupun ada beberapa
perkara yang boleh dibincangkan lagi terhadap beberapa peraturan atau seksyen, namun
ternyata ia merupakan satu perundangan yang dapat menggambarkan hasrat negara. Dengan
harapan melalui akta ini akan dapat melahirkan satu corak pendidikan yang unggul dan
menjadi kebanggaan bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Sesungguhnya ciri-
ciri lama untuk menyatupadukan kaum masih terkandung dalam Akta 1996 ini dan
gabungjalin di antara hasrat Akta Pelajaran 1961 dengan hasrat yang dibincangkan itulah
maka lahirnya satu bentuk kurikulum pendidikan yang lebih mantap dan telah mulai dirasai
oleh rakyat kini. Namun usaha-usaha penyemakan terhadap kedudukan bahasa Melayu
(Bahasa Kebangsaan) di institusi pendidikan, kedudukan institusi pendidikan dan kuasa-
kuasa menteri dan kuasa penyiasat yang tidak memerlukan waran untuk memasuki premis
28
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

dan kuasa penggeledahan adalah difikirkan patut disemak semula. Ini adalah tidak lain dan
tidak bukan untuk menjaga kemurnian Akta Pendidikan 1996 itu sendiri demi mencapai
matlamat pendidikan negara dan Wawasan 2020.

Latihan Objektif
1. Pada 1 Ogos 1996, Akta Pendidikan 1996 telah diwartakan bagi menggantikan Akta
Pelajaran 1961. Apakah nama lain bagi Akta Pendidikan 1996?
A. Akta 174. B. Akta 500.
C. Akta 515. D. Akta 550.

2. Apakah tujuan Akta Pendidikan 1996 dikuatkuasakan?


A. Mengukuhkan perpaduan kaum.
B. Melestarikan pendidikan di Malaysia.
C. Memajukan Malaysia menjelang 2020.
D. Memgembangkan potensi murid secara menyeluruh.

3. Pernyataan manakah yang berikut benar mengenai pembentukan Akta Pendidikan


1996?
A. Peneguhan kuasa menteri.
B. Pengenalan institusi pra sekolah.
C. Pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
D. Kebenaran kepada Ketua Polis Daerah memasuki sekolah.

4. Akta Pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta
Pelajaran 1961. Manakah antara kenyataan berikut merupakan tujuan Akta Pendidikan
1996 digubal?
I. Memantapkan sistem pendidikan kebangsaan.
II. Melahirkan generasi akan datang yang sejajar dengan kehendak negara.
III. Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia.
IV. Meningkatkan tahap pendapatan rakyat Malaysia sejajar dengan pendapatan
rakyat negara maju.
A. I dan II sahaja. B. I, II dan III sahaja.
C. II, III dan Iv sahaja. D. I, II, III dan IV.

5. Merujuk kepada Akta Pendidikan 1996, manakah antara berikut tergolong dalam sistem
pendidikan kebangsaan?
I. Pendidikan tinggi. II. Pendidikan rendah.
III. Pendidikan ekspatriat. IV. Pendidikan menengah.
A. I, II dan III sahaja. B. I, II dan IV sahaja.
Akta Pendidikan 1996 & Peraturan
C. II, III dan IV sahaja. D. Pendidikan
I, II, III dan IV.

6. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) tersebut bukanlah


bertujuan semata-mata untuk menghukum sahaja tetapi lebih kepada pencegahan,
peringatan dan pengajaran. Manakah kenyataan berikut merujuk kepada tujuan
pencegahan?

29
A. Mengelakkan dari berlakunya amalan-amalan yang melanggar peraturan-
peraturan tersebut.
B. Memastikan para pegawai agar sentiasa berwaspada dalam melaksanakan tugas
dan tanggungjawab yang diamanahkan.
C. Tindakan yang dikenakan untuk dijadikan iktibar untuk dielakkan atau diikuti
oleh pegawai yang diberikan tanggungjawab.
D. Menjadikan arahan sebagai panduan kepada pegawai yang terlibat dan pihak-
pihak lain agar perkara yang sama tidak berulang.

7. Dalam Peraturan 4 (2), penjawat awam ditegah sama sekali (mandatori) dari melakukan
pekerjaan luar melainkan mendapat kebenaran dari Ketua Jabatan. Manakah berikut
merupakan syarat-syarat kebenaran Ketua Jabatan yang dikenakan terhadap penjawat
awam yang berhasrat untuk menjalankan pekerjaan luar?
I. Pekerjaan dilakukan di luar waktu tugas rasmi.
II. Pekerjaan yang memberi keuntungan kepada jabatan.
III. Pekerjaan tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam.
IV. Pekerjaan tidak menjejaskan kebergunaannya sebagai penjawat awam.
A. I, II dan III sahaja. B. I, III dan IV sahaja.
C. II, III dan IV sahaja. D. I, II, III dan IV.

8. Dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib), tindakan yang


dikenakan untuk dijadikan iktibar dan panduan kepada pegawai yang terlibat dan pihak-
pihak lain agar perkara yang sama tidak berulang merupakan peraturan berkaitan
________
A. hukuman. B. peringatan.
C. pengajaran. D. pencegahan.

9. Dalam Peraturan 4(1) seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat
setianya kepada Yang di Pertuan Agong, negara dan kerajaan semasa yang memerintah.
Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan
maruah negara, hormat dan patuh kepada undang-undang serta berusaha untuk berbakti
kepada negara. Manakah antara berikut merupakan contoh pelanggaran peraturan 4(1)
tersebut?
I. Membocorkan rahsia kerajaan.
II. Memperkecil-kecilkan dasar dan tindakan kerajaan.
III. Membuat kerja sampingan semasa menjalankan tugas.
IV. Tidak mematuhi etika berpakaian dalam menjalankan tugas.
A. I dan II sahaja. B. III dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja. D. I, II, III dan IV.

Akta Pendidikan 1996 & Peraturan Pendidikan

10. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, manakah antara berikut merupakan langkah-
langkah yang diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai usaha
meningkatkan kadar penyertaan murid pada peringkat sekolah rendah?
I. Meningkatkan pembangunan infrastruktur di sekolah rendah.
II. Melaksanakan pendidikan wajib dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
III. Mengatasi masalah keciciran pada peringkat pendidikan rendah.
30
IV. Meningkatkan kadar penyertaan murid orang asli dan kumpulan etnik di
pedalaman Sabah dan Sarawak.
A. I dan II sahaja. B. III dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja. D. II, III dan IV sahaja.

Latihan Esei
1. Terangkan bagaimanakah pembentukan Akta Pendidikan 1996 dilaksanakan?
2. Huraikan apakah perkara-perkara yang menjadi asas kepada pembentukan Akta
Pendidikan 1996?
3. Berdasarkan kepada kefahaman anda, analisiskan kandungan Akta Pendidikan 1996?
4. Apakah yang dapat anda rumuskan tentang implikasi Akta Pendidikan 1996 terhadap
perkembangan pendidikan di Malaysia?
5. Berikan penilaian anda terhadap perkara-perkara yang telah diperundangkan dalam
pendidikan menerusi Akta Pendidikan 1996.

31

Anda mungkin juga menyukai